Author

Noorul

Browsing

First time Noorul kena tipu dengan scammer Iphone. Noorul terkedu sebab tak sangka betapa liciknya scammer-scammer di Malaysia ni sampai Noorul tak sedar pun di tipu hidup-hidup.

Noorul tak berjumpa pun dengan scammer ni secara berdepan. Semuanya dalam phone je tapi senangnya kena tipu! Hanya perlukan planning terancang dan 2-3 nombor yang berlainan untuk tipu mangsa, dapat duit RM2000 senang-senang dalam masa tak sampai 24 jam!

Scammer Sanggup Beli Dengan Harga Tinggi

Kisahnya, Noorul nak jual Iphone 11 Pro Max yang berharga RM2750 dan letak iklan di Carousell, Mudah.my dan Facebook Marketplace. Noorul sengaja letak harga tinggi sebab tahu mesti akan ada yang nak tawar-menawar nanti. Harga market untuk iPhone 11 Max Pro 256GB masa ni RM2500 – RM2800.

Dalam ramai-ramai buyer yang berminat, ada seorang buyer dari Mudah.my ni (si scammer tulah) minta nombor telefon Noorul sebab nak deal dalam Whatsapp. Lebih mudah katanya.

Pada mulanya Noorul anggap scammer ni ‘tak banyak cekadak’ sebab dia tak tanya banyak, terus kata sanggup beli Iphone dengan harga RM2600. Noorul pun dengan senang hati terus setuju. Yelah mana nak jumpa buyer yang sanggup bayar dengan harga tinggi kan! Buyer-buyer lain offer harga RM2100-RM2300 which is Noorul rasa tak logik pulak nak jual. Noorul fikir positif mungkin orang ni nak belikan untuk anak dia kot, sebab profile picture dia letak gambar muka pakcik. So pakcik ni biasanya duit banyak, tak payah bargain pun dia beli je dengan harga tinggi.

Noorul pun happy kononnya Noorul bertuah sebab dapat buyer ‘banyak duit’, rupanya kena tipu hidup-hidup HAHAHA.

Scammer Tak Datang Jumpa Masa Urusan Jual Beli

Pada mulanya Scammer ni minta Noorul datang ke Bangi untuk urusan jual beli. Noorul taknak, sebab Noorul sebagai seller kenapa kita yang nak ke sana jauh-jauh? So si Scammer kata tak apa kita jumpa di McDonald’s area kawasan rumah Noorul.

Noorul dan husband pun datang ke McD pukul 2.30 petang seperti yang dijanjikan. Noorul whatsapp si Scammer kata dah sampai dan tunggu di tingkat atas. Nampak si Scammer online tapi tak reply Whatsapp Noorul hinggalah pukul 5.30 petang, baru dia gelabah reply, cakap minta maaf sebab tak check phone, phone dalam meja, tak dengar bila kita whatsapp etc etc. Merayu bersungguh-sungguh kata nak beli juga iPhone Noorul dan sanggup beli dengan harga RM2750 pun tak kisah.

Fuh! Bila Noorul dengar scammer nak beli dengan harga full terus Noorul tak jadi marah balik. Aduh Noorul ni pun 😂 So Noorul pun bersetuju dan anggap dia serius sebab berani call Noorul, kata nak beli juga iPhone Noorul dan jumpa malam ni di KFC pula. Cuma katanya bukan dia yang nak datang, tapi kawan dia untuk deal sambil tolong check phone. Dengar macam tak pelik kan? Kawan je pun yang nak datang. So Noorul pun tak syak apa-apa lagi masa ni.

Scammer Minta ‘Kawan’ Datang Deal Beli iPhone

Pukul 8 malam, Noorul minta husband tolong dealkan dengan si Scammer sebab Noorul tak boleh keluar kena jaga anak kat rumah. Masa ni lah bermulanya plan Scammer paling licik. Dia whatsapp Noorul kata kawan dia dah sampai, siap bagi gambar katanya tengah tunggu. Noorul kata, boleh tak minta kawan dia tu direct call atau whatsapp je husband sebab husband yang keluar jumpa dia nanti. Tapi si Scammer asyik whatsapp dan call Noorul bertalu-talu, tanya nombor plat kereta lah, tanya dah sampai ke belum lah. Noorul macam, tak boleh ke biarkan kawan dia deal je dengan husband? Kita kat rumah bukan boleh buat apa-apa pun 😑 Husband pun dah keluar rumah dah pun.

Masa ni profile picture si Scammer dah tukar daripada gambar pakcik tukar kepada gambar perempuan muda bertudung. Noorul tak syak sangat masa ni, perasaan wasangka Noorul tepis dan layankan je whatsapp si Scammer ni.

‘Kawan’ si Scammer dah sampai jumpa dengan husband tapi si Scammer asyik update Noorul banyak kali. Then suddenly dia call dan Noorul masih ingat lagi setiap patah perkataan yang dia cakap ;

“Hello, kawan saya dah jumpa dengan your husband tu. Tengah check phone. Kalau semua ok nanti saya akan transfer amount RM2750 kepada akaun awak. Tapi pastikan jangan bagitau amount nak jual dekat kawan saya tu tau. Nanti dia marah saya pulak kenapa mahal la, apa la. So apa-apa nanti lepas saya dah transfer ke akaun awak, awak check dulu duit dah masuk ke belum. Nanti baru minta your husband pass iPhone tu ke kawan saya ya.”

Then Noorul tanya, “Siapa kawan yang datang tu nanti? Perempuan ke? Atau pakcik-pakcik ke?”

Tapi dia tak jawab. Macam tergagap-gagap. “Err.. ha.. takpe nanti apa-apa kalau kawan saya cakap iPhone semua ok, nanti baru saya transfer ke akaun awak ya.”

Noorul pun ok, tak tanya banyak terus letak phone dan terus whatsapp husband. Noorul ikut je perintah si Scammer minta husband jangan bagitau amount nak jual RM2750 kepada kawan dia tu.

Duit Transfer Tak Masuk ke Akaun Bank 

Then, husband call Noorul tanya, “Dah masuk ke duit tu? Budak ni cakap dia dah transfer. So saya call awak mintak check dah masuk ke belum.” Tapi bila Noorul check, duit tak masuk-masuk. Banyak kali refresh pun tak masuk jugak.

Lama tunggu, lastly baru husband perasan yang mungkin budak ni dah kena scam. Sebab Noorul refresh Maybank2u banyak kali duit tak masuk lagi, tapi budak yang nak beli Iphone ni kata transfer dah successful.

Husband pun tanya budak tu, “Tadi transfer berapa kat wife saya?”

Budak tu jawab RM2150. Hah! Terasa jatuh terus jantung ni. Noorul jual Iphone ni RM2750 tapi budak ni transfer RM2150 sebab dia kata kawan dia pesan jangan tanya banyak, transfer je RM2150 kat akaun scammer (bukan akaun Noorul). Husband cakap budak tu nak mengamuk, ingat husband yang tipu dia, siap mintak husband follow dia pergi balai polis untuk buat report.

Suami ikut jela, bukan salah dia, suami ikut je permintaan Noorul tolong jumpa buyer haha. Rasa kesian pulak kat budak ni.

Cara Scammer Deal Sebagai Orang Tengah, Manipulasi Info Antara Buyer dan Seller

Scammer ni pandai tau, cara dia deal pun macam dah biasa berjual beli, dan kita tak rasa suspicious langsung (ke Noorul je yang senang kena tipu?)

Cara dia call Noorul pun dengan suara yakin, jelas, setiap ayat disebut satu persatu. Tak ada tergagap-gagap.

Yang ni full conversation antara si Scammer dengan Seller (Noorul). Boleh tengok betapa liciknya si Scammer ni. Dia sebagai orang tengah, forward je maklumat yang Noorul bagi pada dia kepada Buyer dan tipu sedikit sebanyak maklumat. Gambar yang dia bagi pun bukan gambar dari Noorul!

Noorul share pula full conversation si Scammer deal dengan Buyer. Moga you guys semua boleh berhati-hati dengan cara licik ni. Nampak macam real seller, tapi sebenarnya scammer terhebat!

Apa yang Noorul tau, si Scammer ni pakai dua nombor yang berlainan. Nombor yang Scammer pakai untuk whatsapp Buyer lain dengan nombor untuk whatsapp Noorul. So tak senang terkantoi. Kerja si Scammer ni senang je, hanya duduk kat rumah, pegang dua phone, pass maklumat, set masa Buyer jumpa dengan Seller, dan dia hanya duduk di rumah goyang kaki. Tau-tau duit masuk dalam akaun dia 😪

Hati-hati dengan akaun bank Scammer ni :

BSN 0211641000056095 Shahrizan

Noorul harap moga kita semua sentiasa peka dan tak mudah terpedaya dengan taktik licik geng-geng scammer ni. Masa urusan jual beli, pastikan barang yang nak dibeli tu tepat dan akaun adalah akaun seller tu sendiri, bukan kawan atau orang lain.

Semoga Allah balas segala perbuatan aniya dan zalim mereka dengan balasan yang setimpal.

Sebelum ni dalam Instagram, Noorul banyak share tentang journey Noorul turunkan berat badan sebanyak 6 kg dalam masa 3 minggu. Ramai juga yang tanya tips cara nak kurus dengan Intermittent Fasting (IF), lebih-lebih lagi untuk breastfeeding mom macam Noorul. So dalam post kali ni Noorul nak share dengan lebih detail apa yang Noorul buat sepanjang 3 minggu. Sebelum ni Noorul rasa Intermittent Fasting ni sangat impossible, tapi bila dah buat sendiri, sangat-sangat mudah je sebenarnya. Yang penting, say no to produk ubat kurus ya! 😊

2 tahun lepas, lepas Noorul habis pantang berat Noorul maintain 54 kg sampailah umur Zyad nak masuk 2 tahun. Masa tu seronoklah sebab boleh pakai baju sebelum kahwin balik. Size baju pun pakai size S-M je. Pakai jeans, blouse semua cantik terletak pada badan. Tapi lepas 2 tahun lebih, berat Noorul naik mendadak sampai 64 kg!

Haa ye guyss.. taktau lah kenapa Noorul tak jaga makan sampai naik 10 kg ni. Sebab bagi Noorul, makan banyak is heaven! Haha. Masa tu mindset memang tak kisah tentang keadaan diri. Biarlah gemuk naik berat badan pun. Bila lagi nak makan sedap-sedap sementara masih sihat walafiat ni kan. Tapi bila dah naik sampai 64 kg sampai orang tegur “awak pregnant ke?”, terus Noorul tersentak. Maksudnya perut ni dah buncit sangat sampai orang ingat dah ada isi. Sedihhh. Masa tu barulah Noorul start gelabah cari cara macam mana nak kurus macam dulu balik.

Kebetulan, sejak dah naik 10 kg ni Noorul pun mula rasa cepat penat. Nak naik tangga pun mengah. Dada Noorul kadang-kadang rasa macam dicucuk-cucuk. So risau kalau Noorul tak kawal cara pemakanan dari sekarang akan ada side effect yang lebih teruk.

Suami Noorul pernah cakap, antara diet yang paling senang ialah Intermittent Fasting (IF) yang Lisa Surihani pernah buat tu. Sebab apa senang, sebab kita kena jaga jadual makan je. Bukan nak kena buat benda pelik-pelik yang lain pun. Tapi bagi Noorul macam mustahil je dengan nafsu makan Noorul yang melampau-lampu ni, mampu ke? Haha.

Jadual makan Noorul sebelum start Intermittent Fasting (IF)

29 June 2021 – Berat 64 kg

nasi kak wok kelantan

Sebelum start IF, Noorul memang makan ikut suka. Makan mesti 3 kali sehari paling minimum. Pagi, tengahari, malam, kadang-kadang tengah malam kalau lapar, masaklah megi ke popia carbonara ke.

Minuman pulak, wajib minum teh ais 2 kali sehari. Teh ais ni air kegemaran Noorul sejak dari zaman anak dara lagi. Memang ketagih, setiap hari tak sah kalau tak minum. Kalau dine in kat kedai, Noorul wajib order teh ais yang dalam mangkuk tu sebab portion air lebih banyak compared dengan dalam cawan. Tak puas kononnya haha.

Balik dari ofis wajib singgah beli keropok lekor atau takoyaki tepi jalan. Makanan bergoreng ni memang favourite Noorul jugak. Pantang tak beli. Kalau ada makanan / minuman viral laju je Noorul nak try dan repeat beli almost setiap hari. Tak pun, pantang perut bunyi sikit, mesti nak cari keropok atau cikedis.

Kalau macam ni gayanya, macam mana tak naik 10 kg dalam masa 3-4 bulan 🤪 Lebih-lebih lagi kalau balik kampung belah suami kat Kelantan tu. Makanan semua memang sedap-sedap. Dekat sana makanan breakfast pun dah heavy. Susah nak tolak kalau dah di offer depan mata hehe.

Cara Noorul Kuruskan Berat Badan 6 kg Selama 3 Minggu

21 July 2021 – Berat turun kepada 57.7 kg (3 minggu selepas mula IF)

So sebagai usaha nak kuruskan badan semula, Noorul try Intermittent Fasting (IF). IF ni bukanlah sejenis diet tapi hanya kawal jadual makan je. Makan secara berjadual ikut mana yang sesuai dengan badan.

  1. Noorul amalkan OMAD – One Meal A Day. Dalam bahasa mudah, Noorul jaga jadual makan dengan hanya makan sekali sehari sahaja. Dalam sehari ada 24 jam, jadi Noorul akan puasa selama 23 jam dan baki 1 jam tu, Noorul makan apa saja sepanjang eating / open window.
  2. Dalam 1 jam eating window tu Noorul makan je macam biasa yang selalu Noorul makan, contohnya nasi berlauk –  ayam goreng, daging kicap etc. Kalau boleh kurangkan nasi sikit dalam pinggan supaya perut tak terkejut bila dah puasa 23 jam tu. Ada orang diet tak makan nasi langsung, tapi Noorul tak boleh sebab pernah ada pengalaman pengsan dalam bas bila diet strict haha. So penting untuk kita kenal kemampuan badan kita macam mana sebelum mula sesuatu diet.
  3. Cut direct sugar. Noorul tak sentuh langsung minuman manis! Haramkan ia dari masuk dalam mulut. Anggap gula ni musuh utama, sebab gula lah kita jadi cepat lapar, sentiasa craving nak benda manis, punca penyakit diabetes, sakit jantung, darah tinggi, obesiti, strok etc. Mula-mula memang sangat susah nak tinggalkan minuman manis sebab dah terbiasa minum teh ais setiap hari kan. Tapi Noorul kuatkan hati juga, niat nak sihat sambil nak kurus. Cuma kalau dalam masakan, Noorul terpaksa masukkan juga gula atau kurangkan portion sikit dari biasa. Nanti tak jadi pulak sambal kalau takda gula kan 😛
  4. Amalkan minum green tea kosong 2 kali sehari, pagi dan malam. Atau bila-bila terasa lapar je, Noorul cepat-cepat minum green tea terus perut akan rasa kenyang. Green tea kosong tu bermaksud tanpa gula, madu atau lemon. Haa pahit-pahit tu Noorul telan je biarlah tak sedap pun. Untuk pengetahuan, green tea ni mampu meningkatkan metabolism badan so thats why bila dah kurus, berat takkan senang naik balik.

Noorul minum green tea brand OSK ni, beli kat Shopee. Rasa dia sebiji macam green tea kat Sushi King. Tak pahit, kalau minum sejuk-sejuk tambah ais memang ngam. Minum green tea ni pun buat kita mudah lawas dan senang membuang.

Berat Badan Turun 10 kg Selepas 2 Bulan

Selepas 2 bulan, alhamdulillah berat Noorul turun daripada 64 kg kepada 54 kg. Memang happy lah sebab Noorul berjaya turunkan total 10 kg! Dah boleh pakai baju size S-M balik. Seluar pun dah boleh pakai seluar yang lama. Perubahan paling obvious especially bahagian lengan dan pinggang.

Pipi? Ermmm no komen sebab pipi Noorul memang tembam sejak azali haha.

Since Noorul dah dapat berat badan ideal, Noorul dah tak perlu follow jadual makan sama macam sebelum ni. Kalau sebelum ni Noorul makan sekali sehari (nisbah 23 : 1), sekarang Noorul tukar kepada 16 : 8. Noorul akan puasa selama 16 jam dan makan selama tempoh baki 8 jam tu.

Dalam 8 jam tu Noorul akan bahagikan masa kepada dua kali makan. Dalam 4 jam pertama Noorul akan makan ringan-ringan macam roti untuk breakfast, kemudian dalam 4 jam terakhir baru Noorul akan makan yang heavy.

Berat Badan Statik / Plateau

Berat badan statik atau plateau ni memang perkara paling ‘sakit hati’ bila buat sesuatu diet. Kenapa sakit hati, sebab kita puas jaga makan, exercise 4-5 kali seminggu tapi berat badan kita still stuck kat situ jugak haha! Nombor tu lah paling degil nak berganjak, taknak turun tapi senang pula nak naik 😂

Noorul pun pernah alami benda yang sama juga. Bayangkan Noorul dah capai berat badan 54 kg, tapi bila nak turun ke angka 53 kg tu memang susah sangat. Sebulan lebih Noorul tukar cara diet & tukar cara exercise akhirnya sebulan kemudian baru nampak angka 53 kg dekat penimbang.

Betul kata pakar IF, bila berat badan statik, kena ubah jadual makan dan cara exercise. Sebelum ni Noorul fokus makan sekali sehari tanpa exercise, tapi kali ni Noorul tukar jadual makan dua kali sehari dan buat skipping at least 700-1000 lompatan. Try turunkan lemak-lemak tepu pulak.

Jadikan Intermittent Fasting Sebagai Rutin Harian

Bila kita dah biasa buat IF, automatik kita akan kurang makan dan lebih mengutamakan REAL FOOD. Automatik kita akan rasa cepat kenyang walaupun makan hanya sejemput nasi. Tengok kek pun dah nampak macam tong gula. Apatah lagi teh ais, air Starbucks semua tu. Rasa berdosa yang amat sangat bila kita curi-curi minum 😂

Tips nak sihat dan kurus, letak fokus 80% pada corak pemakanan dan 20% dengan exercise. Mulakan dengan jaga makan terlebih dahulu, lepas berat badan dah turun sedikit, baru boleh mula dengan exercise yang bersesuaian. Exercise pun penting jugak barulah kalori boleh terbakar dengan jayanya. Taklah badan nampak menggelebeh dan kulit kusam.

Try eksperimen kan diri, buat mana yang termampu. Paling penting please jangan give up. Letak mindset yang sebenarnya Intermittent Fasting ni mudah sangat, bayangkan dalam 2 bulan dah boleh turun 10kg!

Jadikan IF sebagai lifestyle, bukan diet semata-mata.

Good luck ❤️

Assalamualaikum dan Hi semua!

Dalam 4 bulan juga Noorul tak update blog. Rinduuu pulak hehe. Biasa lah bila dah mula masuk ofis ni kena fokus pada bisnes dan kadang-kadang tak sempat nak menulis blog.

Alhamdulillah, anak Noorul dah masuk 2 tahun 2 bulan. Terasa cepat betul masa berlalu. Since Zyad pun dah besar, ramai mula tanya Noorul,

“Tak nak bagi Zyad adik ke?”

“Masih nak merancang lagi? Sampai bila?”

“Tak kesian ke dekat Zyad selalu main sorang je takda kawan?”

For now Noorul rasa cukuplah 2 tahun Noorul rancang kehamilan. Memang dari awal lagi Noorul plan dengan husband nak jarakkan kehamilan 2 tahun, ikut nasihat doktor. Lagipun sebelum ni Noorul pernah mengandung 2 tahun berturut-turut dengan seorang anak syurga. Jadi nak bagi badan Noorul rest betul-betul sebelum bersedia untuk next pregnancy. (Kisah anak syurga Noorul boleh baca di sini..)

Sebagai perancang kehamilan, pada mulanya Noorul try makan pill hormon sebab bagi Noorul mudah nak dapat kat mana-mana farmasi. Tapi Noorul stop sebab Noorul malas nak ikut jadual, kena makan wajib tepat ikut waktu. Contoh kalau hari ni telan pill pukul 10 malam, esok pun kena telan pill tepat pukul 10 malam.

Noorul selalu juga terlupa, entah dah berapa kali Noorul termiss lepas tu gelabah sendiri haha! So Noorul ambil keputusan untuk ambil suntikan perancang depo je. Lebih mudah, 3 bulan sekali datang klinik untuk inject.

Ada Kesan Sampingan Ke Ambil Suntikan Perancang?

Ok boleh kata ramai juga yang tanya Noorul soalan ni. Noorul ambil suntikan perancang tepat selama 2 tahun. Ada yang Noorul ambil di Klinik Kesihatan. Ada juga yang Noorul ambil di klinik swasta sebab tak nak buang masa beratur panjang. Kalau di KK kena bayar RM1 je, di klinik swasta dalam RM35-RM45 untuk sekali suntikan depo.

#1 – Haid Tak Teratur

Bila kita disuntik dengan hormon progesteron, akan ada sedikit gangguan kepada kitaran haid. Ni antara kesan sampingan yang paling obvious. Boleh kata period tak teratur tu perkara normal. Seingat Noorul, selama 2 tahun cucuk depo ni hanya 3 kali je Noorul datang bulan. Selebihnya hanya spotting atau memang tak datang terus.

Pengalaman Noorul masa first time lepas cucuk depo tu, Noorul masih datang haid macam biasa. Nurse KK terkejut, “Aik? Dah cucuk depo masih datang period ke? Suburnya awak!” Haa cuaklah Noorul. Maksudnya normal ke tak normal tu?  Paling penting, setiap 3 bulan Noorul tak pernah miss repeat cucuk depo sampailah cukup 2 tahun.

#2 – Naik Berat Badan

Bila cucuk depo ni memang dia akan kacau hormon buat kita lapar. Perangai ni datang sama macam bila kita nak datang period tu. Terasa nak makan, asyik nak mengunyah jee 24 jam.

Sepanjang Noorul suntik depo ni sebenarnya taklah naik berat badan sangat walaupun Noorul makan nasi berlauk 2 pinggan bersulamkan teh ais setiap hari 😁 Mungkin sebab Noorul fully breastfeed, secara tak langsung kalori akan terbakar dengan banyak. (Baca : Tips Kurus Selepas Bersalin)

Secara logiknya memanglah berat badan akan naik banyak kan kalau dah kuat makan tu. Tapi kalau berjaya kawal makan takda nyaa nak jadi obese. Berat naik salahkan je perancang. Haha kesian depo tu.

#3 – Mengganggu Pengeluaran Susu Ibu

Ada yang kata suntik depo akan menggangu pengeluaran susu ibu. Ada betulnya, depends pada badan masing-masing. That’s why doktor atau nurse akan minta kita try depo dulu for few months, kalau susu drop, baru tukar ke perancang lain. Sebab ada ibu yang tak serasi dengan perancang suntikan depo ni.

Ibu-ibu boleh try and error dulu ya. Kesian kat baby kalau tiba-tiba susu kurang.

brestfeeding
Menyusu Zyad selepas landed di airport New Zealand tahun 2019. Rindunya zaman tiada pandemik. Huhu.

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun ambil suntikan depo, susu badan Noorul tak pernah kurang so Noorul teruskan je sebab dah serasi dengan badan. Know your body ok!

#4 – Rambut Gugur Dengan Banyak!

Yang ni bukan kita je stress, tapi husband pun stress jugak haha. Setiap hari lantai mesti penuh dengan rambut. Tak kira sikat pakai berus atau jari memang rambut akan gugur dengan banyak. Paling mencabar bila nak vacuum satu rumah tu.

Jadi kena bertabahlah. Nasib tak botak je rambut Noorul ni. Kena pakai minyak rambut untuk kuatkan akar baru ok.

#5 – Ambil Masa untuk Betulkan Hormon Semula

Bayangkan dah 2 tahun kita suntik depo, jadi badan kita pun mesti akan ambil masa juga untuk betulkan hormon semula.

Pengalaman Noorul, selepas 6 bulan stop suntik depo barulah haid datang semula. Lama juga kan? Rasa macam dah lama tak beli pad. Rasa pelik pulak tetiba. Bila dah datang haid ni bermaksud hormon kita dah kembali normal. InshaAllah akan mudah lekat untuk mengandung lepas ni, doakan Noorul untuk dapat 3rd baby ya!😊

So Berbaloi Ke Ambil Suntikan Perancang?

Kalau tanya Noorul, memang berbaloi sangatlah ambil suntikan perancang ni. Antara kebaikan ambil suntikan perancang ialah :

  • Mudah dan tak perlu makan consume setiap hari macam pill.
  • Hanya perlu suntik 4 kali setahun (setiap 3 bulan).
  • Harga affordable, dalam RM35-RM45 sahaja di klinik swasta dan RM1 di Klinik Kesihatan.
harga depo-provera
Sebelum cucuk depo boleh call klinik dan tanya harga terlebih dahulu. Yang Noorul pergi ni u.n.i Klinik Cyberjaya, best tak perlu beratur panjang tunggu giliran lama macam di KK.
  • 99% berkesan dalam rancang kehamilan sepanjang tempoh 3 bulan.
  • Tak mengganggu dalam hubungan suami isteri.
  • Sangat sesuai untuk ibu yang menyusu badan.
  • Tidak mengurangkan susu ibu (depends).

Wallahu’alam. Ibu-ibu buatlah perancang yang terbaik ya. Boleh bincang sama-sama dengan husband sebelum buat keputusan bersama. Thank you for reading dan Noorul doakan yang terbaik untuk ibu-ibu semua ❤

Assalamualaikum dan hi semua!

Kali ni Noorul nak share resepi Creamy Buttermilk Chicken versi baby yang super sedap! Menu ni antara favourite anak Noorul, bila makan jarang pinggan tak licin. Kita pun happy tengok dia berselera dan makan banyak.

Menu ni juga bagus untuk naikkan berat badan anak yang underweight. Parents bolehlah cuba ya!

Bahan-bahan :

  • Ayam potong dadu
  • Tepung jagung
  • Unsalted butter
  • 1 kotak kecil susu full cream (125ml)
  • Setengah tangkai daun kari
  • Tatura cream cheese / Beqa Super Tasty (plastik merah)
  • Serbuk ikan bilis homemade (resepi di sini)
  • 1-2 biji bawang putih – cincang halus
  • Sayur karot / brokoli

Cara Memasak :

buttermilk chicken baby

Salut ayam dengan tepung jagung dan goreng beberapa minit menggunakan minyak / unsalted butter.

Dalam kuali yang berasingan, masukkan 1-2 sudu unsalted butter serta bawang putih yang dicincang halus.

Masukkan daun kari dan masak hingga wangi.

full cream milk baby

Masukkan setengah kotak full cream milk (125ml) ke dalam kuali. Tapi kalau suka berkuah macam anak Noorul, boleh tuang semua sekaligus dan reneh seketika.

Untuk baby pastikan guna FULL CREAM MILK ya. Untuk baby bawah 1 tahun pun boleh guna susu ni 😉

buttermilk chicken baby

Last sekali masukkan serbuk ikan bilis, cheese dan ayam yang telah digoreng. Masak 1 minit sebelum tutup api.

tatura cream cheese beqa extra tasty

Untuk cheese Noorul suka pakai Tatura Cream Cheese ataupun Beqa Extra Tasty. Memang sedap dan kuah buttermilk akan jadi lebih creamy!

buttermilk chicken baby

Siap sudah Creamy Buttermilk Chicken versi baby! Simple dan mudah.

Yang penting sedap dan kalau Zyad makan memang berselera sungguh. Kita pun happy dia makan banyak sampai licin pinggan. Kuah sikit pun takde! Memang licin habisss. Bikin ketagih betul resepi ni haha.

Oh, lepas dah siap masak, mommies juga boleh blend secara halus atau kasar ikut kesesuaian anak. Kalau anak tak biasa makan seketul besar macam ni boleh je kisar, takut anak tercekik pula kan. Lain nanti jadinya.

Goodluck mommies! ♥

 

 

 

Bila nak cari babysitter / nursery untuk anak ni, normal bila parents risau terlampau kan. Macam-macam yang bermain dalam kepala. Banyak berita yang kita dengar pengasuh dera baby, leka jaga budak, kurang pengetahuan sampai ada yang meninggal dari kelalaian pengasuh. Allahuakbar! Harapnya janganlah berlaku pada anak kita.

Boleh ke pengasuh jaga anak kita dengan baik? Boleh ke pengasuh sayang anak kita macam kita sayang dia?

Kita bukan tak nak jaga sendiri, tapi keadaan yang memaksa 🙁

Now Zyad dah nak masuk 2 tahun, dah 3 tempat Zyad bertukar nursery. Memang keturunan suka bertukar-tukar sekolah kot sebab masa kecil dulu Noorul pun selalu bertukar sekolah. Haha.

Tapi kes Zyad ni lain. Nak tahu kenapa, jom Noorul cerita kat bawah.

Nursery Pertama

Ceritanya, masa umur Zyad 3 bulan, company kami agak kelam kabut disebabkan hal tertentu. Sebelum ni memang Noorul dan husband masuk ofis setiap hari, cuma bila dah ada plan untuk duduk rumah jaga anak ni, tiba-tiba something happen pada bisnes kami jadi Noorul kena step up untuk take over beberapa perkara.

Puas Noorul survey banyak nursery di Cyberjaya, tapi kebanyakan tak ambil baby 12 bulan ke bawah ataupun perlu book tempat sekurang-kurangnya 3 bulan before. Noorul pulak, baby dah lahir baru kelam kabut nak cari haha. Padan lah muka kan. Finally jumpa juga nursery yang sesuai walaupun bayaran bulanan agak mahal dalam RM1200.

Masa tu tak kisah sangat bayar mahal pun. Pejam mata je, sebab kita nak hantar tempat yang terbaik dan paling selamat untuk anak kita. Biasalah sayang anakkk. Noorul nak pengasuh yang berkelulusan, yang tahu cara handle baby, yang tahu cara penggunaan susu badan, etc.  Umur Zyad pun baru 3 bulan, sangat fragile dan perlukan perhatian sepenuh masa dari pengasuh.

kulit bayi rashes

Kulit Zyad rashes teruk masa tu, so perlu duduk tempat beraircond sentiasa kalau tak kulit dia mudah naik merah. Tapi… mampu bertahan sebulan jelah. Tiba-tiba rasa berat nak bayar RM1200 tu setiap bulan 😂 Company pun dah mula stabil masa tu so Noorul pun dah boleh berehat sambil jaga anak dekat rumah alhamdulillah.

Sempat belajar berenang dekat nursery. Seronoknya!

Nursery Kedua

Nursery yang kedua ni, Noorul hantar Zyad masa umur 1 tahun 5 bulan. Zyad pun dah besar, dah boleh berjalan, dan boleh makan solid food. Nursery ni depan ofis kami je, jalan 5 langkah dah sampai. Kalau Zyad jerit pun boleh dengar hehe. Tapi malangnya mampu bertahan 2 bulan je sebab kecewa bila management tak strict, terima parents hantar anak walaupun anak sakit / tak sihat.

bayi demam panas

Setiap kali hantar Zyad ke situ, mesti berjangkit selesema, batuk, dan paling worst pernah demam sampai cecah 39.6 celcius (Noorul pernah cerita dalam blog lepas). Rasa tak best bila kita jaga anak kita elok, tiba-tiba jatuh sakit disebabkan berjangkit dari anak orang lain 😞

Teacher di situ pun kurang mesra, kurang senyum, hanya jawab sepatah bila Noorul tanya perkembangan Zyad setiap hari. Zyad pun nampak tak happy setiap kali nak hantar ke sana. Bila nampak teacher je terus menangis! So sebagai langkah terbaik, Noorul stop hantar Zyad ke situ dan cari pula nursery lain. Trust my mother instinct. Tak apa membazir burn duit deposit tapi demi kegembiraan dan kesihatan anak tersayang.

Survey untuk Nursery Ketiga

Nursery yang ketiga ni, Noorul betul-betul buat survey supaya tak perlu bertukar nursery dah. Penat juga kena contact setiap nursery yang available kat Cyberjaya dan tanya bermacam-macam soalan. Kalau pihak nursery benarkan, Noorul akan visit tempat untuk tengok environment dan kenal kawasan sekitar. Cuma disebabkan PKP, most nursery prefer untuk buat Virtual Tour (VT) melalui Zoom atau Whatsapp Video Call.

virtual tour nursery
VT with teachers

Teacher akan share aktiviti anak setiap hari, akan tunjuk tempat students belajar, berkumpul, makan etc. Lebih mudah dan senang kan! Tak perlu Noorul bersiap-siap untuk keluar rumah. Kalau nak tanya apa-apa soalan pun boleh terus tanya dekat situ.

Lagipun sekarang kan kita di zaman penuh teknologi, so bagus juga kita manfaatkan teknologi yang bersesuaian dengan keadaan kita sekarang. Contohnya dengan musim Covid-19 yang makin meningkat ni, jadi bagus juga buat meeting melalui Zoom supaya kurang risiko dijangkiti. Cuma kena biasakan diri je sebab Noorul pun baru first time guna Zoom ni so kekok habis. Haha!

10 Soalan Wajib Yang Perlu Ditanya Pada Cikgu

Sebelum confirmkan tempat nursery, Noorul akan tanya soalan-soalan wajib ni. Mungkin kurang penting bagi sesetengah ibubapa, tapi bagi Noorul transparent communication between teacher dengan parents ni sangat penting supaya kita akan lebih jelas.

  1. Berapa ramai students untuk seorang teacher jaga?
  2. Apa jadual atau aktiviti untuk anak 2 tahun?
  3. Makanan perlu disediakan oleh ibubapa atau nursery akan sediakan?
  4. Berapa kali anak makan dalam sehari?
  5. Method pembelajaran anak, sama ada Islamic teaching, Montessori playing, etc?
  6. Macam mana nak tahu perkembangan aktiviti anak? Melalui apps atau Whatsapp between guru dengan ibubapa sahaja?
  7. Masa untuk hantar dan ambil anak pukul berapa?
  8. Ada extra charge tak kalau lewat ambil anak? (usually memang ada)
  9. Ada buat pembersihan atau sanitize kawasan sekolah sepanjang musim PKP ni?
  10. Paling penting, nursery berdaftar dengan JKM tak? (tapi Noorul segan nak tanya, so Noorul search je dalam website JKM kat sini)

Kalau Noorul berpuas hati dengan semua soalan di atas, baru Noorul fikirkan berbaloi tak dengan harga yang dibayar setiap bulan. Memang susah, hati berbolak-balik, risau semua ada. Tapi Noorul hanya serah pada Allah, semoga keputusan kami kali ni betul dan Allah permudahkan semuanya, supaya Zyad tak perlu lagi bertukar-tukar sekolah.

Nursery Ketiga

Nursery yang ketiga ni, Noorul hantar jauh sikit dari ofis dan rumah. Alhamdulillah Zyad nampak happy walaupun baru beberapa bulan hantar Zyad ke situ. Setiap pagi bila hantar ke sana, nampak je teacher, mesti Zyad akan berlari minta teacher dukung haha. Maksudnya dia dah selesa dengan teacher dekat situ. Cikgu-cikgu pun baik, walaupun muda (mostly 20s) tapi nampak very caring, knowledgeable, cakap lemah lembut dengan parents, hopefully mereka pun jaga anak-anak dengan baik dekat situ.

Sesekali Noorul try juga jenguk ke dalam nursery. Nampak Zyad happy je main dengan kawan-kawan dia. Paling best bila ada Virtual Meet The Teacher Session melalui Zoom between parents dengan cikgu. Bertujuan untuk kenalkan cikgu, background cikgu, inform aktiviti anak setiap minggu, event yang bakal dibuat contohnya sambutan hari raya etc. So parents pun taklah clueless siapa dan apa aktiviti dekat nursery. Lagi-lagi kalau anak tak pandai cakap lagi so kita nak tanya siapa kan.

Chinese New Year celebration di nursery

Happy setiap kali jumpa teacher 🥰

Untuk record perkembangan anak, nursery ni akan guna apps ClassDojo untuk share gambar-gambar students. Tapi tak lah update setiap hari, at least seminggu sekali pun dah memadai. Selebihnya parents sendiri kena tanya teacher direct bila jemput anak balik dari nursery.

So far Noorul dan husband berpuas hati hantar Zyad ke nursery ni. Baru beberapa bulan hantar ke sana, Zyad dah berjaya pickup new skills dan sebut beberapa patah perkataan baru. Syukur. Mudah-mudahan Zyad pun kekal happy bersekolah kat situ.

Bila anak happy, kita pun akan happy! ♥

Agak panik bila pertama kali Zyad kena demam panas sampai suhu cecah 39°C. Sebelum ni pernah beberapa kali Zyad demam tapi suhu taklah tinggi macam ni. Semuanya bermula malam tadi bila Zyad dah masuk tidur, dalam pukul 2 pagi tiba-tiba dia terbangun dan merengek, badan suddenly panas macam kena jemur bawah matahari. Bila check suhu, terkejutnya bila suhu badan Zyad cecah 39.6°C!

suhu badan demam bayi tinggi 39 celcius

Noorul panik, cepat-cepat panggil husband. Taktau nak buat apa, sebab first time suhu tinggi macam ni. Macam-macam yang bermain dalam kepala. Pernah dengar kalau suhu badan baby terlampau tinggi ni sangat-sangat bahaya. Nak ke klinik memang tak bukak pula tengah malam macam ni.

anak bayi demam
Noorul letak Cool Fever dekat dahi dan belakang badan Zyad. Kemudian sapu air seluruh badan dan sesekali sapu aloe vera gel untuk sejukkan badan dia yang overheated.

Noorul try pujuk dan susukan sampai dia sampai tertidur, tapi setiap setengah jam Zyad akan bangun semula dan menangis lagi, berulang-ulang kali sampai terpaksa bergilir dengan husband untuk dodoi sampai dia tertidur semula.

Pagi esoknya terus kami ke klinik Orion Clinic and Childcare Centre, Cyberjaya sebab terlampau risau suhu badan Zyad masih tak turun. Noorul dan husband masing-masing sebenarnya dah ‘tingtong’ sebab tidur tak betul malam tadi. Tapi demi anak kami gagahkan diri juga untuk bawa ke klinik. Kebetulan hari ni hari pertama PKP 2.0, jadi jalan agak lengang dan tak busy dengan kereta. Parking pun banyak kosong. Syukur.

klinik orion cyberjaya
Orion Clinic menjadi pilihan hati sebab banyak review best dan recommended child clinic area Cyberjaya.

Zyad nampak lemah sangat masa ni. Badan pun lembik je. Noorul sempat breastfeed kejap sebelum ke klinik, sebab makan apa pun dia taknak melainkan susu. Nasib baik jadi orang pertama sampai ke klinik, daftar sekejap dan terus masuk jumpa doktor.

Doktor istighfar kejap bila Noorul cakap bawa Zyad ke kenduri kahwin abang baru-baru ni. Kena bebel sebab bawa baby ke majlis keramaian, sedangkan nak ke mall pun tak digalakkan bawa baby apatah lagi tempat ramai orang. Especially time pandemik Covid-19 dengan kes setiap hari lebih 3000 ni. Maafkan kami doktor 😭 Walaupun dah cuba patuh SOP tapi memang betul salah kami tak sepatutnya bawa baby ke tempat macam tu.

anal bayi demam
Mata kuyu.

Doktor tanya kawasan rumah ada banyak nyamuk tak? Ada orang datang buat fogging area rumah tak? Noorul cakap la tak ada (memang Noorul je banyak jawab sebab husband busy pegang Zyad). Doktor tanya sebab takut demam Zyad ni disebabkan denggi. Sesungguhnya demam denggi lebih bahaya dan more deadly than other viruses katanya. AllahuAkbar.

Kemudian doktor check pernafasan, check badan, check suhu, dan check bahagian dalam tekak Zyad. Alhamdulillah semuanya nampak ok, maksudnya tak nampak benda yang tak normal. So maybe demam Zyad hanya demam biasa je. Cuma kena monitor sentiasa dan kalau nak cari punca jangkitan lebih detail, kena ambil darah untuk tahu demam akibat virus atau bakteria.

Alamak! Kesian pula Zyad. Teringat masa kena ambil darah demam kuning 2 tahun lepas. Zyad menjerit macam kena dera oi!

ambil darah bayi demam

Banyak kali doktor terpaksa tepuk tangan Zyad sebab urat tak timbul. Ada lah dalam 6-7 titik darah Zyad diambil. Muka Zyad nampak pasrah je, menangis pun tak kuat sangat sebab tak larat. Doktor buatlah apa pun, dahlah badan Zyad kena hempap tahan dengan Babah. Haha.

Lepas semua dah selesai, doktor hantar tube darah ke bilik belakang untuk test result. Sambil tunggu result Noorul tunjuk ubat-ubatan yang dibawa dari rumah, kononnya nak bagi doktor check ok tak ubat ni semua dan sesuai tak dengan Zyad. Padahal ubat tu ambil dari klinik kanak-kanak juga.

Ubat demam saja Noorul bawa 2-3 jenis. Taktau mana yang paling ok. Ada certain ubat yang doktor nasihat tak payah bagi makan dan ada yang perlu tambah dosage ikut kesesuaian berat badan. Kalau badan Zyad 10kg maybe kena ambil pil 2 biji macam tu.

Kemudian doktor offer nak tolong bagi Zyad ubat demam tak? Kita try ubat yang masuk ikut punggung ni!

Arfen Paracetamol 125mg
Arfen Paracetamol 125mg. Ubat demam sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

Sebenarnya banyak jenis ubat demam untuk baby dekat luar sana, ada yang jenis serbuk, pil, cecair dan jenis sumbat dalam punggung macam ubat Arfen Paracetamol ni. Sebelum ni pernah bagi Zyad minum ubat jenis cecair, tapi kena bergaduh bergusti dulu baru Zyad nak telan. Tu pun banyak yang dia sengaja muntahkan semula 😑 So bagi Noorul, ubat sumbat masuk dalam punggung macam ni je yang paling sesuai untuk budak degil nak makan ubat macam Zyad ni haha. Yang bestnya, Zyad macam tak rasa apa bila doktor masukkan ubat dalam punggung. Cuma kena pandai bagi Zyad leka. Lagipun ubat Arfen Paracetamol ni bersize kecil, memang sesuai untuk masuk ke dalam punggung anak.

Tentang result darah, memang sekejap je tunggu tak sampai 15 minit result dah keluar. Bila doktor analyse, semua nampak ok dan normal. Syukur! Kalau denggi, bacaan yang dibulat akan menurun. Tapi bacaan nampak normal so most probably Zyad hanya demam biasa je. Still kena monitor, kalau dalam 2-3 hari lagi demam masih tak kebah doktor nasihatkan untuk buat swab test.

hapacol junior
Ubat Hapacol Junior untuk kanak-kanak.

Bagus betul doktor ni, siap bagi ubat free 10 sachet Hapacol Junior untuk try bagi Zyad minum. Disebabkan Noorul dah ada ubat-ubatan dari rumah, doktor suruh habiskan dulu so tak perlu bagi ubat baru. Ubat ni macam vitamin C, letak air dalam 10ml dan bancuh dengan serbuk Hapacol Junior. Kalau serasi dengan Zyad dan Zyad pun suka, baru boleh beli yang lain dekat farmasi.

Jadi Apa Nak Buat Bila Suhu Demam Bayi Tinggi?

Antara petua dan tips yang Noorul dapat dari doktor ialah ;

1) Bila suhu badan anak panas especially hampir cecah 40°C, buka semua baju anak dan lap seluruh badan dengan air. Biarkan air meresap ke dalam kulit dan beri ruang haba dalam badan untuk keluar. Fokus juga lap bahagian kepala, area pelipat, celah ketiak, tapak kaki dan telinga.

2) Jangan hanya tekap badan anak dengan kain sejuk, sebab bila tekap, haba panas tak bebas keluar dari dalam badan. Jadi sebaiknya lap badan dengan air dan biar ianya kering sendiri.

3) Kalau perlu mandikan anak, mandikan dengan suhu paip air biasa, tak perlu terlalu sejuk dan tak terlalu panas.

4) Pastikan pengambilan cecair anak cukup. Banyakkan beri air kosong (untuk bayi lebih 6 bulan), susu badan dan jus buah.

5) Extra tips dari doktor, disebabkan anak yang demam ni tak ada selera makan, jadi kita bagi je dia makan apa-apa jangan terlalu strict dengan no sugar no salt rule. Asalkan anak berselera nak makan, itu lebih baik dari taknak makan langsung. Ok baik doktor! 😂

Muka happy sebab dapat makan ayam masak kicap. First time makan sebab Noorul very strict in no sugar no salt rule ni. So memang tak pernah lah masukkan kicap dalam makanan since kicap penuh dengan gula. Tapi kali ni Noorul tutup mata, bagi je makan asalkan Zyad berselera semula. Kemain happy yaaa!

Alhamdulillah, sekejap je suhu badan Zyad dah turun semula. Dan Zyad dah kembali aktif dan happy seperti biasa! Syukur ❤

Dah hujung tahun ni mesti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga, lebih-lebih lagi bila kerajaan umum dah boleh merentas negeri. Noorul juga tak terkecuali, bila kerajaan umum terus kami pecut balik Kelantan! Rindunya dengan suasana kampung yang tenang dan aman damai.

Bila pergi bercuti ni, tak kira stay di Airbnb atau balik kampung halaman, Noorul lebih selesa untuk masak lauk anak siap-siap dari rumah. Bukan tak selesa masak di dapur rumah ibu atau mertua, cuma lebih mudah bila kita dah prepare awal. Nanti kita tinggal panaskan je tak perlu rushing nak masak lauk anak.

Masak Dengan Portion Yang Banyak

Sehari sebelum bercuti Noorul akan masak 3-4 lauk dengan portion yang banyak. Of course with no sugar no salt since Zyad masih belum cukup 2 tahun. Noorul akan masak lauk favourite Zyad dan varietykan masakan, contohnya lauk western, lauk sambal, berkuah etc supaya dia tak bosan bila rotate lauk yang sama.

Macam lauk di atas, Noorul masak ayam masak bijan, garam masala chicken, buttermilk chicken dan sayur campur ikan bilis bersama telur. Cukup untuk makan tengahari dan malam sepanjang 5 hari di kampung.

(Resepi Creamy Buttermilk Chicken versi bayi 👉 https://simplynoorul.com/creamy-buttermilk-chicken-versi-bayi/)

Pack Dalam Bekas Kecil dan Bekukan

garam masala chicken bayi baby

Lepas settle masak, Noorul akan biar makanan sejuk sebentar supaya tak meruwap bila disimpan dalam bekas nanti. Noorul asingkan dan pack dalam bekas kecil macam ni. Sesuai untuk sekali makan. Bekas ni Noorul beli di supermarket je. Banyak kegunaan selain untuk simpan makanan anak. Boleh simpan chopped fruits dan vege juga.

Yang ni Noorul masak extra, kebetulan tengah rajin dan sementara nak habiskan bahan mentah dalam fridge. Since nak cuti lama ni takut sayur semua rosak so memang nak kosongkan peti ais. Then, simpan dan bekukan dalam freezer boleh tahan hingga 2 bulan.

(Resepi mirepoix sebagai penyedap makanan anak 👉 https://simplynoorul.com/resipi-bayi-mirepoix-sebagai-penyedap-makanan-anak/)

Simpan Makanan Dalam Kotak Ais Polisterin Ketika Dalam Perjalanan Jauh

lauk frozen food bayi anak

Bila travel jauh, paling penting simpan makanan yang dibeku ke dalam kotak ais polisterin dan tindih dengan ice brick / ice pack. InshaAllah walaupun 8 jam perjalanan tapi makanan dalam kotak ais masih sejuk beku. Paling tak pun, makanan akan sedikit berair tetapi masih elok untuk dimakan.

Pernah Noorul stuck dalam jem 10 jam balik Kelantan, alhamdulillah makanan dalam kotak ais polisterin masih ok. Tapi bila dah sampai rumah tu kena cepat-cepat masukkan dalam peti ais, jangan sengaja biarkan lama-lama dekat luar pun tak elok juga kan.

kotak ais polisterin

Noorul guna kotak ais polisterin from Baskin Robin ni je. Dapat free bila beli icecream cake hehe. Size pun ngam boleh letak 6-7 bekas makanan kecil dalam tu. Jimat ruang letak dalam kereta.

Kalau nak beli di Shopee, Noorul sharekan link supaya senang nak shopping! Ada pelbagai size tapi Noorul prefer yang kecil je, boleh muat masuk dalam kereta.

Link Shopee 👉 https://shp.ee/c9rem3z

Cara Guna Semula Makanan Frozen

Cara nak guna semula makanan frozen sangat senang dan simple. Nak makan nanti hanya pindahkan bekas makanan dari freezer (pintu atas) ke chiller bahagian bawah untuk defrost. Pindahkan sehari sebelum, kemudian reheat guna microwave atau ELB dan titis sedikit air untuk panaskan semula lauk anak.

Cara penggunaan ELB boleh visit post yang Noorul pernah share sebelum ni, memang senang pakai especially bila travel! 👉 https://simplynoorul.com/electric-lunch-box-elb-memudahkan-masak-panaskan-lauk-anak/

Selain tu rendam bekas dalam mangkuk bersama air panas pun boleh, biarkan lauk frozen cair sendiri kemudian reheat menggunakan microwave atau ELB.

buttermilk chicken bayi

Siap untuk dimakan! Kalau nak lebih sihat tambahkan sedikit EVOO (extra virgin olive oil) dan gaul bersama nasi anak. Banyak manfaat yang boleh diperoleh dari EVOO ni seperti meningkatkan perkembangan otak anak dan mengurangkan sembelit. InshaAllah. Apa yang bagus untuk anak kita cuba 😊

Semoga bermanfaat ♥

 

Bila dah jadi mak kepada anak kecil ni, baru terasa betapa letihnya melayan lasaknya perangai anak yang sedang membesar. Anak yang baru dapat kaki, faham fahamlah. Tak sah dalam sehari tak panjat kerusi, sofa atau kabinet tv.

Rumah bersepah – itu biasa.

Kerusi tergolek atas lantai – itu biasa.

Karpet penuh dengan sisa makanan – itu lagi lah biasa!

Sejujurnya Noorul happy bila anak melasak. Itu tandanya dia sedang membesar dan sibuk meneroka ‘dunia baru’. Bak kata orang, di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak. Tapi pening jugak kita nak melayan perangainya tu kan. Lagi-lagi Noorul stay at home mom, jadi 24 jam lah kena menghadap rumah yang bersepah tu.

Kadang tu Noorul pejam mata je tengok rumah berselerak. Apa nak jadi, jadilah haha. Noorul pun bukanlah malas nak kemas rumah. Tapi kalau dah kemas sekejap, 5 minit dah sepah semula stress juga kita. So selalunya tengah malam sebelum tidur baru Noorul akan kemas semua sekaligus. Masa tulah nak mop, sapu, vacuum carpet, susun toys etc. 

Cuma yang tak bestnya, kalau tiba-tiba ada orang nak datang rumah masa rumah tengah bersepah tu. Kelam kabut sisss! 

Kita semua ada angan-angan nak rumah nampak sentiasa bersih dan cantik. Tapi bila ada anak kecil ni, jangan harap rumah nak bersih sentiasa melainkan kita ada pembantu rumah. Kalau ada maid kita bolehlah goyang kaki sikit. Sementara kita siapkan makanan untuk tetamu, maid boleh kemas rumah.

Ada orang kata, kita boleh start ajar anak mengemas dari kecil. Kalau anak lebih sorang, boleh minta kakak atau abang tolong kemas rumah sekali. Tak pun, bila dah kelam kabut, barang yang berselerak tu boleh campak masuk je dalam mana-mana bilik kosong, boleh settle dalam masa 5 minit. Tapi macam mana kalau tiba-tiba tetamu nak tumpang solat dalam bilik yang kosong tu. Tak ke haru bila tetamu masuk bilik nampak juga yang bersepah tu!

Bukan nak kata kita tak suka tetamu datang ke rumah, malah lebih suka sebab Islam pun sangat memuliakan tetamu. Tapi kalau boleh janganlah datang secara mengejut. Nanti bukan kita yang terkejut, tetamu pun boleh terkejut tengok rumah kita nanti hehe.

So kalau nak bertandang ke rumah orang especially yang ada anak kecil ni, bersedialah untuk menjamu mata tengok benda yang kurang enak di pandangan. Kalau bersepah, dinding comot penuh dengan lukisan anak, buat-buat tak nampak je dan jangan pula bercerita pada orang lain. Cuba faham situasi tuan rumah dan bayangkan kita berada di tempatnya 😊

Just a simple reminder to myself and others ❤️

Salam sayang,

Dalam musim PKP ni, ramai yang ambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan walaupun penuh dengan SOP. Penuh timeline dekat Facebook dengan gambar kahwin kawan-kawan. Seronok Noorul tengok, teringat zaman baru nikah dulu malu-malu je nak bergambar dengan suami. Awkward sungguh rasa nak berpegang tangan apatah lagi nak peluk bergambar atas pelamin. Haha!

Majlis Noorul dulu boleh dikatakan agak cepat, sebab Noorul kenal dengan suami tak sampai 6 bulan, 2 minggu bertunang kemudian terus nikah. Agak kelam-kabut, jadinya banyak yang Noorul ‘lack’ dalam persiapan sebelum majlis kahwin. Kalau boleh diputarkan masa semula, banyak benda yang Noorul nak perbetulkan supaya semuanya nampak teratur dan tersusun.

Semua orang pernah buat silap, jadi Noorul nak kongsi sedikit sebanyak tips persediaan, checklist, do’s and don’ts untuk para pengantin, especially bride-to-be supaya tak kelam kabut bila tiba hari majlis perkahwinan nanti. Noorul fokuskan untuk persiapan seminggu sebelum majlis kahwin, sebab masa tu adalah masa paling ‘crucial’ untuk perfectkan semua benda!

Checklist Persiapan Kahwin Seminggu Sebelum Majlis

#1 – Buat Manicure Pedicure Sebelum Berinai

Orang kata kalau tak pakai inai tak lengkap nak jadi pengantin. Betul tak? Jadi kalau plan nak pakai inai, jangan lupa buat manicure pedicure beberapa hari sebelum berinai supaya warna inai nampak cantik dan terang. Kulit pun jadi lebih halus dan paling penting, inai takkan merekah dekat kulit.

Inai ni ibarat penaik seri pengantin. Rugilah kalau tak pakai kan! Jadi kalau nak buat manicure pedicure, sebaiknya buat seminggu lebih awal supaya warna inai dapat serap masuk sepenuhnya kedalam kulit dan kuku.

#2 – Manjakan Diri Dengan Spa Treatment

Dah penat-penat buat persiapan nak dekat setahun, inilah masanya untuk beri reward pada diri sendiri. 2-3 hari sebelum majlis kahwin bolehlah ke spa untuk manjakan diri buat lulur, scrub, atau mandi bunga. Rilekskan badan dengan buat urutan, barulah badan terasa ringan dan segar untuk melalui hari bahagia yang bakal tiba nanti.

Bila manjakan diri dengan spa treatment ni, barulah naik seri orang kata! *wink*

#3 – Jangan Buat Facial Treatment Seminggu Sebelum Majlis Kahwin

Kenapa Noorul cakap jangan buat facial treatment seminggu sebelum majlis kahwin, sebab selalunya selepas rawatan kulit muka akan jadi merah dan kering. Kulit muka akan ambil masa beberapa hari untuk heal, jadi takut susah nak apply makeup bila majlis kahwin nanti. Lagipun bukan sekali buat treatment je dah nampak result muka glowing kan.

Jangan tiru macam Noorul buat facial treatment dua hari sebelum majlis. Esoknya muka terus nampak merah dan berjerawat. Haha menyesal betul terus rasa tak konfiden nak naik pelamin. Mana tak merah kalau dah picit dan korek segala benda kotor kat muka. Especially whitehead blackhead yang degil tu. 

So waktu yang paling sesuai buat facial treatment ialah secara konsisten beberapa bulan sebelum majlis kahwin. Jangan seminggu nak majlis baru kelam-kabut nak buat facial treatment tau!

#4 – Kurangkan Pakai Makeup Menjelang Hari Perkahwinan

Perasan kan kalau kita tengok artis kahwin, masa kahwin dengan hari biasa muka diorang sama je? Dah pakai makeup tebal pun masih nampak biasa biasa. Sebab setiap hari kita nampak diorang pakai makeup, orang kata dah hilang ‘seri’ nya.

Sama juga dengan kita. Kalau boleh bare face je sentiasa lagi-lagi nak dekat majlis kahwin tu. Biarkan muka kita kosong tanpa apa-apa makeup, majlis kahwin nanti baru kita nampak ‘woww’ gitu! Pakai je basic skincare seperti serum dan moisturiser supaya kulit muka terjaga. Takut bila hari majlis kahwin tiba-tiba naik jerawat tak ke haru.

#5 – Asingkan Pakaian Pengantin Di Tempat Khas

Kita tau pakaian pengantin perempuan ni agak complicated, tak sama macam baju pengantin lelaki. Dengan tudungnya, veil, anak tudung, pin tudung, crown, rantai dan accessories lain.

Jadi seminggu sebelum majlis kahwin tu, letak semuanya di satu tempat khas, supaya tak bercampur dengan barang lain dan tak kelam kabut bila hari majlis tiba nanti. Jangan lupa seterika siap-siap, mana tahu kain terbakar ke (biasalah bila dah nervous 😂) so sempat lagi untuk repair sebelum majlis kahwin berlangsung. Anything can happen kan?

Noorul dulu punya nervous siap beli tudung extra sebab takut tudung tak dapat bentuk. Haha punya la overthinking kan. Lepas tu simpan je tudung extra warna putih tu dalam almari tak pakai sampai sekarang.

#6 – Sediakan Kawasan Makeup Di Dalam Bilik :

Yaaa. Pastikan kawasan makeup dalam bilik pun disediakan tau. Walaupun benda ni nampak simple tapi bila dah last minit, bila MUA dah sampai, kalau tak prepare siap-siap memang akan jadi kelam kabut percayalah! Lagi-lagi majlis dah nak berlangsung beberapa jam je lagi.

Pastikan semua ini dah diprepare awal-awal :

  • Sediakan kerusi untuk bride-to-be duduk dan makeup
  • Sediakan tempat untuk MUA letak barang makeup (kerusi, meja, etc)
  • Pastikan tempat makeup dekat dengan plug (nak pasang lampu ringlight, blower)
  • Pastikan ada ruang untuk MUA berjalan dan ruang untuk photographer ambil gambar

Semua ni Noorul cerita berdasarkan pengalaman lepas. Kalau boleh diputarkan masa semula, nak je Noorul kemaskan mana yang patut supaya nampak lebih teratur majlis kahwin Noorul tu. Haha. Tapi sekarang since musim PKP, rasa nya semua boleh di minimise dan senang untuk susun segala persiapan supaya lebih kemas.

Good luck bakal pengantin! ♥

 

Tergerak hati untuk kongsi tip rawat luka jahitan bersalin dalam post kali ni. Sebab teringat kawan Noorul yang baru lahirkan anak lelaki baru-baru ni. Katanya kena jahit sebab tersalah teknik teran dan terangkat punggung, jadinya terkoyak banyak kat bahagian perineum bawah tu. Anak dah masuk sebulan pun, luka bawah masih belum sembuh. Jalan masih terkepit-kepit. Seriaunya dengar! Ngilu!

Noorul tahu sakit tu macam mana, Noorul pun pernah ada pengalaman yang sama masa lahirkan anak pertama, anak syurga hampir 3 tahun lalu. Masa tu memang boleh kata zero knowledge, tak ambil tahu pun teknik teran dengan betul. Sepanjang pregnancy anak pertama tu Noorul terlampau fikirkan keadaan anak dalam kandungan sampai lupa everything. Sudahnya Noorul pun ada tear kat bawah dan kena jahit banyak!

Tapi alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah sembuh luka jahitan episiotomi tu. Dalam seminggu dah boleh jalan macam biasa walaupun masih berjaga-jaga. Jadi dalam post kali ni, tergerak pula hati untuk share cara untuk cepatkan luka bersalin. Kepada para ibu yang baru first time deliver khususnya, Noorul nak share 6 cara rawatan yang Noorul amalkan untuk merawat luka jahitan bersalin dalam masa kurang dari 2 minggu.

1.  Belajar Teknik Cuci Luka Jahitan Bersalin Yang Betul

Lepas buang air, lap kering di bahagian luka episiotomi dengan cara ‘dab’ atau tekap secara perlahan dari depan ke belakang. Lepas tu letak ubat kuning dan biarkan 5-10 minit sebelum pakai seluar dalam. Selain ubat kuning boleh juga letak minyak herba. Noorul suka letak minyak herbanika Nona Roguy dekat pad sebab rasa fresh je, rasa berangin dan kurang bau hanyir darah.

2.  Wajib Keringkan Tempat Luka Jahitan

Selepas cuci, lap bersih dan sapu ubat, wajib keringkan bahagian luka dengan kipas kecil atau hairdryer. Tapi pakai hairdryer ni angin dia panas dan bunyi agak bising, takut orang luar bilik dengar pulak hehe. Ataupun, buka sedikit kaki sambil baring kat bawah kipas dan biarkan dia kering sendiri. Pemandangan yang kurang enak, jadi pastikan bilik berkunci yaa 😂 Cara ni yang paling selesa sebab baring je tak payah buat apa.

3.  Tukar Pad Setiap 3 hingga 4 Jam

Lagi kerap tukar, lagi bagus. Taknak segala bakteria berkumpul kat bawah tu kan. Sedangkan kalau heavy period pun sentiasa nak tukar pad apatah lagi darah nifas yang banyak tu. Kalau bertungku tekan kat bahagian perut, lagi boleh rasa menderu-deru darah kotor tu keluar. Jadi kena tukar pad sekerap yang mungkin!

Setiap kali nak pakai pad, Noorul akan letak minyak Herbanika Nona Roguy dalam 6-7 titik.

4.  Elak Posisi Duduk Terlalu Lama

Orang berpantang ni, especially kalau ada jahitan episiotomi, kena banyakkan baring selalu. Tak boleh duduk terlalu lama sebab takut akan beri tekanan pada luka bawah.

Kalau nak duduk juga, duduklah atas bantal bentuk donut atau half moon yang berlubang di bahagian tengah. Memang selesa sangat I tell youu!

Noorul dulu sebab ada banyak bantal breastfeeding hadiah orang bagi, jadi Noorul ambil pakai untuk duduk atas bantal tu. Memang tak sakit duduk macam ni, tak rasa pressure dekat luka bawah. Bukan apa, takut juga kalau-kalau benang jahitan terbuka tanpa sedar. Jadi better kita elakkan dari awal.

5.  Amalkan Rendaman Sitz Bath (Rendaman Air Garam)

Katanya air garam boleh cepatkan luka bersalin bercantum dan keringkan benang kat bahagian berjahit. Tapi kita ni, dengar perkataan garam je mesti rasa seram haha betul tak. Macam-macam persoalan timbul, “tak pedih ke bila kena luka tu?” “tak rasa mencucuk-cucuk ke?”

Tapi sebenarnya langsung takk!

Sitz bath ni hanya perlukan air panas, besen leper dan garam bukit je. Simple dan sangat mudah. Nak lagi better, beli besen portable yang memang khas untuk sitz bath sebab boleh letak dalam mangkuk tandas. Nak rendam duduk lama-lama pun selesa. Nak bangun semula pun senang.

Caranya ambil besen, tabur garam bukit dan letak air panas sikit untuk larutkan garam. Then baru tambah dengan air sejuk sampai air bertukar suam, duduklah dalam besen tu untuk 10-15 minit.

Selain guna air garam, boleh juga letak air rebusan dari daun herba. Rasa fresh sangat! Noorul masa pantang dulu setiap 2 atau 3 hari wajib buat. Atau kadang-kadang kalau timbul rasa gatal, Noorul akan buat rendaman sitz bath ni juga.

6.  Elakkan dari Terkena Sembelit, Kalau Tak Luka Jahitan Bersalin…

Masa berpantang anak kedua, Noorul pernah rasa susah nak buang air besar. Memang seksa sebab susah nak teran, kalau boleh seminggu pun sanggup tak nak ke toilet sebab teringatkan sakit tu huhu!

Noorul amalkan minum ubat Duphalac (ubat stool softener) tapi efek dia agak lambat, maybe tak berapa serasi berbanding pil Phytonatal Nona Roguy yang Noorul amalkan masa berpantang anak pertama dulu.

Makan pil Phytonatal tu, memang laju je rasa nak ke toilet dan najis lembut seolah-olah cirit birit. Masalah sembelit memang tak ada langsung! Jadi cadangan Noorul, kalau tak serasi dengan ubat maybe boleh cuba cara lain dengan makan pil Vitamin C, makan buah oren dan minum air banyak-banyak. Jangan percaya mitos yang minum air banyak tu boleh buat bahagian bawah berair pula, doktor tak pernah kata macam tu pun tau.

Alhamdulillah dengan cara di atas, tak sampai 2 minggu luka Noorul dah sembuh. Boleh kata terkejut juga sebab luka banyak macam tu boleh sembuh dengan cepat. Benang pun cepat reput dan mudah tertanggal. Syukur sangat. Anything is possible kan! Hehe.

Moga bermanfaat ♥