Hi dan Assalamualaikum semua.
Seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas, kali ni Noorul akan kongsikan secara detail apa yang Dr. Sarah (Klinik As-Salam) bincangkan tentang condition baby dalam kandungan Noorul.
Mungkin para mommy di luar sana yang tengah mengalami condition sama macam Noorul, boleh jadikan rujukan atau panduan.
Untuk makluman, Dr. Sarah adalah doktor O&G tapi bukan pakar sonographer untuk scan detail baby dalam kandungan. Cuma disebabkan Noorul hanya nak buat normal growth scan, jadi tak perlukan pakar sonographer dari luar (yang biasanya pakar sonographer dari luar akan datang ke klinik-klinik untuk buat perkhidmatan dan perlukan appointment)
Macam yang Noorul cerita dalam post sebelum ni, Dr. Sarah ada sebut tentang condition baby dalam kandungan Noorul dalam keadaan serius. Doktor tak dapat detect air ketuban dalam kantung bayi atau senang kata tak ada air ketuban langsung !
Air Ketuban – Apa tu?
Air ketuban yang Noorul tahu sangat penting untuk baby survive dalam perut. Antara kepentingan air ketuban;
- Sebagai ‘kusyen’ daripada hentakan atau kecederaan dari luar yang tak disengajakan.
- Memberi perlindungan terhadap perkembangan bayi untuk berkembang secara normal.
- Memberi ruang untuk bayi bergerak bebas di dalam rahim. Bayi yang aktif menunjukkan kesihatan bayi yang sangat baik (sebab tu penting untuk record pergerakan bayi).
- Menjadi ‘inkubator’ istimewa untuk menjaga kehangatan di sekitar bayi dengan baik.
- Membantu pembentukan sistem otot dan tulang rangka bayi.
- Memberi ruang untuk bayi berlatih menggunakan anggota badan sebelum lahir. Pada usia 18 minggu selalunya bayi dah boleh lakukan pergerakan kecil.
- Membantu pembentukan sistem percernaan bayi di dalam kandungan. Pada usia 10 hingga 11 minggu, bayi akan mula menelan air ketuban dan mengeluarkan semula sebagai air kencing.
- Membantu pembentukan paru-paru sebagai sistem pernafasan bayi selepas lahir kelak.
- Mencegah dan melindungi tali pusat dari kekeringan. Jika tali pusat kering ia akan mengganggu pengaliran darah ibu (dan juga oksigen) terus kepada bayi.
- Menyalurkan nutrition sementara kepada bayi.
Dalam kes Noorul, kandungan air ketuban dalam kantung adalah zero. Sedangkan kalau sedikit pun dah merbahaya, apatah lagi kalau kering kontang!
That’s why Dr. Sarah sangat concern dan nasihatkan Noorul untuk rujuk semula specialist Fetomaternal di DEMC, tempat Noorul buat monthly check up sebelum ni.
Lagi cepat buat apppointment, lagi bagus katanya.
Baby dalam kandungan Noorul masih bernyawa, masih dengar degupan jantung baby, tetapi dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Cuma disebabkan ia tidak memberi effect kepada ibu, so Noorul tak rasa apa-apa sakit, even pergerakan dari baby.
So sebabkan kali pertama, keadaan agak panik lepas tu, suami cepat-cepat call DEMC untuk buat appointment dengan specialist, tetapi terpaksa cancel sebab tarikh doktor available lagi 4 hari dan bagi kami tempoh tu sangat lama untuk buat further check-up.
Jadi kami cuba call Hospital Umra di Seksyen 13, Shah Alam dan alhamdulillah, tak perlu buat appointment hanya walk-in saja untuk berjumpa dengan specialist O&G.
Dengan referral letter dari Dr. Sarah, kami tunjukkan pada Dr. Ummil Wahiy (pakar O&G dan juga owner kepada Hospital Umra). Doktor pun terkejut sebab kes ni di kira sebagai kes yang agak berat.
Dr. Ummil explain kemungkinan baby kami mengalami Bladder Outlet Obstruction (BOO).
[quote align=”” name=””]Di mana semasa dalam kandungan, perkembangan saluran kencing baby tak terbentuk dengan sempurna dan menyebabkan air kencing tersekat dari mengalir keluar.[/quote]
Dalam ultrasound, kita boleh nampak pundi kencing baby mengembang dan sangat besar. Seolah-olah dah lama tahan air kencing tapi tak dapat keluar secara normal.
Air ketuban akan kering apabila air kencing tak dapat mengalir dengan sempurna (bayi akan minum semula air kencing @ air ketuban dan akan keluarkan semula melalui pundi kencing) – macam satu cycle.
Bergenang air mata suami bila doktor cakap kemungkinan baby tak dapat diselamatkan. Tiada yang lebih berat untuk ditanggung selain daripada berita ni. Noorul cuba untuk tahan emosi dan tak nak menangis depan doktor. Bila nampak raut wajah kami dah bertukar sedih, Dr. Ummil cepat-cepat buat lawak supaya kami tak terlalu terbawa-bawa dengan emosi :’)
Kemudian doktor suruh kami refer dengan specialist yang betul2 pakar dalam kes ni (Fetomaternal Specialist). Doktor senaraikan beberapa hospital government yang ada specialist seperti HUKM, PPUM, HKL dan HTAR.
Kami pilih HTAR sebab dekat dengan rumah dan Dr. Ummil juga ada sebut di HTAR ada seorang Fetomaternal Specialist yang sangat bagus bernama Dr. Ramesh.
Jadi esoknya (Isnin pagi) kami terus berjumpa dengan Dr. Ramesh untuk buat further check terhadap condition baby.
Bladder Outlet Obstruction – Kenapa Ia Merbahaya Kepada Bayi?
- Air kencing (urine) dihasilkan melalui buah pinggang dan akan disalurkan ke pundi kencing melalui saluran Ureters. Kemudian, air kencing akan disalur keluar dari badan melalui saluran bernama Urethra. BOO berlaku apabila saluran Urethra terlalu nipis atau tersekat sepenuhnya menyebabkan air kencing tak dapat keluar.
- Apabila saluran tersekat, buah pinggang akan rosak dan tak dapat menghasilkan air kencing. Kemungkinan juga akan affect pada paru-paru dan menyebabkan paru-paru tak terbentuk dengan sempurna / tak matang. Chances untuk baby survive adalah nipis atau terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.
- Tanda-tanda BOO boleh di detect dengan menggunakan ultrasound semasa bayi di dalam kandungan lagi. Tanda-tandanya seperti kekurangan air ketuban, pundi kencing bayi besar / bengkak atau buah pinggang bayi kelihatan tak normal. Semua tanda-tanda tu ada pada bayi Noorul semasa scan 20 weeks.
- Selalunya BOO terjadi pada bayi lelaki. Air kencing akan tersekat dan akan berkumpul, kemudian berpatah balik ke pundi kencing. Sebab tu pundi kencing kelihatan besar semasa scan ultrasound. Buah pinggang akan nampak tidak normal dan lebih teruk lagi jika najis tak dapat dikeluarkan, najis akan memasuki paru-paru dan bayi akan lemas.
Contoh gambar bayi yang mengalami BOO :
——-
Hopefully post ni membantu sesiapa yang memerlukan informasi, so Noorul stop dulu dan InshaAllah akan bersambung pada next post. Doakan Noorul dan baby dalam kandungan semuanya baik-baik saja ya. Noorul perlukan kekuatan dan semangat.
It’s very hard for me and my husband to accept the fact sebab anak ni adalah anak pertama kami yang sangat ditunggu-tunggu. Tetapi walau apapun yang akan terjadi, kami akan redha setiap ketentuan Allah. InshaAllah.
??
Hi noorul, saya sedang pregnant 15 weeks dan mengalamai situasi yg sama dgn awak. Doctor bagi pilihan untuk gugurkan atau simpan tapi kalau simpan possibility untk survive sangat nipis. Saya sangat buntu harap awak boleh berikan sedikit tips? Terima kasih!
Hi Fatin, semoga awak kuat ya..
Kalau Fatin tanya saya, saya tak gugurkan melainkan ianya mendatangkan bahaya pada ibu.
Saya petik pendapat dari Ijmak Fuqaha’, “hukum pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu. Namun Muzakarah mengambil keputusan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.”
Jika Fatin tanya saya pun, saya tak sanggup nak gugurkan anak sebab rasa sayang pada anak ini walaupun peluang anak untuk sihat / survibe sangat tipis. InshaAllah Fatin, Allah ada yang plan yang lebih baik untuk awak 🙂 Noorul doakan yg terbaik.
Hai sis noorul blh tak sy berhubung dgn sis.. Sy mngalami kes sme mcm sis.. Brpe lame ye sis mngandung.. Bersalin normal or czer??
Hi sis. Sy mengandung selama 32 weeks dan bersalin secara normal alhamdulillah 😊 sis dah berapa bulan tu?
Sy skrg dh 35 minggu… Sis blh tak wsp sy.. 0186685880..sy nak sgt berbual ngn sis..
Sis boleh email Noorul k 🙂
noorul_hidayah@ymail.com
Hi sis Noorul. Rawatan modern sis ada buat ka? Sorry bertanya. Saya mengandung 18w doctor detect baby ada Megacystis. Doctor suggest buat small operation nak ambil cecair dalam bladder dia.
Hi sis! Noorul tak buat rawatan modern. Mungkin waktu tu kandungan Noorul dah besar dan dh terlewat untuk buat any rawatan. Anak Noorul pun ada Megacystics tapi doctor tak suggest buat any rawatan since kandungan Noorul masa tu pun dah besar.
Hai sis..bole bg email sis tak?saya nak tny psl sis bt small operation berkenaan cecair blandder
Boleh sis.. noorul_hidayah@ymail.com
Hai sis noorul blh tak sy berhubung dgn sis.. Sy mngalami kes sme mcm sis.. Brpe lame ye sis mngandung.. Bersalin normal or czer??
Salam sis Noorul, Saya pun ada masalah yg sama mcm sis. Saya nak tanya apa yg dokter akan buat slps baby keluar nanti. Maksudnya pemantauan slps baby kluar
skrng cmna yea?? kes awk sama dgn sy… huhuhu rasa down giler bila dpt tau… cara tradisional pom usaha bt..
Hi sis Ayu 🙂 skrg baby saya dah jadi anak syurga alhamdulillah.. saham di akhirat.
Harap sis kuat ya.. jgn rasa down, anggap saja ni semua hanya ujian dari Allah. Sis boleh usaha dengan cara moden atau tradisional, mcm saya hanya consume air zamzam, air kelapa jus rozel jus mengkudu DXN.
Apa apa pun kita kena buat yg terbaik dan selebihnya berserah pada Allah 🙂