Category

Baby Recipe

Category

Hi semua! Macam mana minggu pertama korang stay at home? Dah rasa lemau? Hehe.. kalau macam tu, apa kata kita cuba resepi baru yang Noorul nak kongsikan ni. Khas untuk bayi 8 atau 9 bulan ke atas.

Alang-alang buah strawberry yang dibeli kat Cameron Highlands masih berbaki, so timbul lah idea resepi baru ni. Boleh juga bagi anak makan dengan roti sambil ajar dia makan pakai tangan (Baby-led-weaning @ BLW).

Cara buat sangat simple. Hanya perlukan buah strawberry, kurma dan air.

Bahan-bahan :

  • Buah strawberry (9-10 biji)
  • Buah kurma (5-6 biji)
  • Air

Cara-cara :

Pertama, siapkan puree kurma terlebih dahulu. Basuh dan rendam kurma semalaman dan blend sampai halus.

Dalam mangkuk lain, rendam buah strawberry dengan Liquid Cleanser Pigeon. Biarkan dalam 5-10 minit kemudian bilas. Tujuan cuci dengan liquid cleanser ni untuk hilangkan segala chemicals yang ada pada buah atau sayur.

Then buah strawberry tadi dipotong kecil atau dadu. Senang nak masak nanti (tapi nak blend pun boleh)

Dah siap dua ni, baru boleh start buat Strawberry Dates Jam kita!

Mula-mula panaskan kuali dengan api paling kecil. Masukkan sedikit air.

Masukkan puree kurma tadi dan kacau sekejap.

Masukkan pula buah strawberry yang dah dipotong kecil @ dadu tadi. Tambahkan air kalau rasa terlalu kering. Jangan biar kering sangat nanti keras tak shedapp.

Sementara tu pukul-pukul sikit buah strawberry tu bagi separa hancur atau lenyekkan pakai masher. Saja Noorul buat macam ni sebab taknak jem tu terlalu berketul. Sedang-sedang ajaaa

Cantik tak jadiannya? Ada sedikit tekstur macam ni, barulah jem strawberry namanya!

Jangan lupa kacau sampai buah strawberry tu keluarkan sedikit air dan biarkan likat.

Dah siap! Biarkan sejuk sekejap sebelum letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan 2-3 bulan kalau betul cara penggunaannya. Bila nak ambil pastikan pakai sudu bersih dan jangan campur dengan benda lain.

Sedap dan mudah kan resepi ni. Rasa masam manis gitu. Confirm anak suka. Boleh makan dengan roti, biskut, pancake atau waffle.

Selamat mencuba!

Bila baby dah mula makan solid food, mesti mummy excited nak masak sedap-sedap dan nak sediakan makanan sihat untuk anak tersayang. Tapi ada masa anak taknak makan mungkin sebab tak ada selera atau sebab gatal gusi yang menyebabkan anak taknak makan. Mummy dah pening dah nak masak apa.. Mula lah risau berat badan anak tak naik dengan cantik atau tak ikut graf.

Kadang-kadang rasa nak giveup, puas dah sumbat dengan makanan tapi anak taknak bukak mulut pun. Bagi la apa pun semua dia campak ke tepi. Sedihh

Selain serbuk ikan bilis homemade yang Noorul dah share dalam post lepas, apa kata mummy try buat mirepoix sebagai penambah rasa makanan anak. Bukan je mudah nak buat tapi sihat untuk dicampur dalam setiap menu.

Apa Tu Mirepoix?

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa tu mirepoix dan apa kegunaannya? Mirepoix atau cara sebutannya “meer-pwah” adalah aromatic vegetable, salah satu penyedap makanan yang berasaskan sayuran dan baunya sangat wangi.

Simple, mirepoix hanya perlukan dua atau tiga bahan je untuk masak. Korek peti ais confirm ada bahan-bahan ni sebab semua pakai bahan basic je. 

Ada orang kata mirepoix ni boleh ganti garam dengan pepper. Tak payah dah tambah garam lagipun anak bawah 2 tahun memang tak digalakkan tambah garam pun. Ganti je dengan mirepoix ni terus sedap makanan anak hehe.

Bahan-bahan dan Cara Masak

Bahan-bahan yang diperlukan hanya bawang holland, celery dan carrot dengan nisbah 2 : 1 : 1.

Mula-mula panaskan minyak masak dan tumis bawang holland hingga naik bau. Nak tumis pakai unsalted butter pun boleh.

Kemudian masukkan celery dan carrot, masak hingga lembut.

Masa ni satu dapur bau wangi sangat bila dah tumis ketiga-tiga bahan.

Next, kisar kesemua bahan dalam blender sampai halus. Noorul pakai Autumnz-2-in-1 Steamer untuk blend.

Kalau rasa kurang halus boleh tambah dengan sedikit air sampai tekstur cantik. Tesktur depends pada masing-masing nak separa kasar atau halus pun boleh.

Dah siap, boleh bekukan simpan dalam freezer dan letak dalam icetray silicone macam ni. Best bila pakai icetray jenis ni sebab senang nak keluarkan, tolak je pakai jari tak perlu ketuk. Yang ni Noorul beli dekat Shopee tapi dekat Mr.Diy pun ada.

Untuk mirepoix ni seeloknya perkenalkan pada baby 7 bulan ke atas, sebab masa ni baby dah boleh makan masakan yang bertumis. Pastikan baby dah pass 4 days rule (4dr) dengan kesemua bahan-bahan tu tau.

So, menu apa yang boleh dibuat dengan mirepoix ni?

Ha.. macam-macam boleh buat. Nak buat masak lemak boleh, masak merah boleh, masak spageti, lemak cili api, mee goreng, bubur biasa, sup stew, dan banyak lagi. Sebab mirepoix ni sebagai bahan perasa atau perencah je kan. Confirm lepas ni anak akan makan dengan lebih berselera. Lega hati mummy!

Selamat mencuba ❤

Sejak anak dah masuk 8 bulan ni, makin rajinlah mummy nak masak macam-macam untuk baby. Since Zyad masuk 6 bulan haritu dia dah start solid food dan benda pertama yang Noorul buat ialah 4 days rule (4DR).

Untuk new mommies yang masih tak tau 4DR ni untuk apa, tujuannya ialah untuk kenalpasti makanan mana yang ok dan tak ok untuk baby. So senanglah mommy nak detect makanan apa yang buat baby naik ruam, gatal-gatal atau sembelit kan.

Macam anak Noorul, dia tak boleh makan ayam untuk permulaan tu. Mula lah leher, betis naik merah lagipun kulit dia jenis sensitif @ eczema. Then after one month baru slowly Noorul masukkan ayam dalam lauk dia dan alhamdulillah dia dah boleh mula terima semula.

Ikan bilis ni ada banyak jenis tapi yang paling sesuai untuk baby ialah ikan bilis mata biru.

Untuk serbuk ikan bilis yang Noorul nak kongsi ni, sebenarnya untuk perasa (seasoning) sahaja. Bukan sebagai protein utama macam ayam, ikan atau daging tu. Ala seasoning yang untuk tabur-tabur dalam makanan je nak bagi lauk tu lagi sedap. 

Walaupun serbuk ikan bilis ni untuk dijadikan seasoning sahaja tapi sebenarnya mengandungi vitamin A, kalsium, kalium dan selenium juga tau, so bagus untuk perkembangan anak kita. Yang best bila ada serbuk ikan bilis ni, kita boleh buat macam-macam dengan lauk dan boleh varietykan lagi masakan. 

Steps nak buat dia sangat senang.

Yang perlu ada :

  1. Blender with miller (blender kering)
  2. Ikan bilis
  3. Air untuk rendam
  4. Bekas kedap udara

Cara-cara :

First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.

Kemudian rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.

Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.

Next, sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya, jangan letak minyak pulak macam nak goreng biasa tu haha. Sangai ni proses agak renyah bagi Noorul sebab api kena slow and kena jaga ikan bilis tu jangan sampai hangus. Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.

Bila dah nampak rangup macam ni dah boleh angkat!

Then, biarkan ikan bilis tu sejuk kejap baru blend. Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap.

Start blend!

Lepas dah blend akan dapat serbuk halus macam ni. Kalau nak lagi halus, boleh tapis pakai penapis dan blend lagi sekali. Tapi bagi Noorul macam ni ok dah.

Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan!

So mommies, senang tak cara nak buat serbuk ikan bilis homemade ni? Pejam mata celik je dah siap kan. Confirm anak akan lagi berselera bila tambah serbuk ikan bilis ni nanti. Biasa lah anak ni macam-macam ragamnya kan kejap taknak bubur kejap taknak sayur kejap mudah muak. Pening kepala nak masakkan apa. So mommies kena cuba ok buat resipi ni ok, InshaAllah dengan serbuk ikan bilis ni anak akan lagi berselera.

Lagipun lagi senang hati bila kita buat sendiri ni, confirm kebersihan akan terjaga dan kita boleh control no garam, no sugar, no msg, no preservatives dalam makanan anak.

Selamat mencuba dan jaga lupa share untuk kongsi manfaatnya bersama ❤