Lepas lahirkan Zyad bulan May yang lepas, ramai yang tanya macam mana Noorul boleh kurus macam anak dara balik. Entahlah, dalam syukur Noorul pun tak sangka sebab Noorul tak gila-gila nak jaga body since penat oii jaga anak yang tengah lasak ni haha.
Anak dah masuk 8 bulan, dia punya style bergolek tu jauh betul dia pergi sampai hujung dunia. Merangkak dah boleh boleh slow-slow. Hmm tu pun belum dapat kaki lagi sekarang mommy dah pening betapa lasaknya dia.
Lepas pantang haritu, Noorul turun 17kg. Lepas 6 bulan, turun lagi 3-5kg. Tak banyak mana pun sebenarnya kan! Tapi berat Noorul sekarang lagi kurang dari zaman sebelum kahwin.
Setiap hari Noorul makan macam biasa, nasi dua kali sehari, teh ais tak boleh tinggal. Treadmill dekat rumah dah dua tahun tak guna since 2017. Last-last suami jual je dengan harga half price hehe.
Jadi macam mana Noorul boleh turun sebanyak tu?
Actually ada dua benda je yang Noorul rasa membantu sangat untuk kuruskan badan.
#1 – Cuba Untuk Sentiasa Breastfeeding
Betul lah bila orang kata breastfeed ni boleh bantu mommy untuk kurus secara natural. Noorul bersyukur sebab sampai sekarang susu masih cukup untuk baby. Nak kata susu tu banyak tu taklah sebab Noorul sekarang dah tak pump atau buat stok susu since Noorul feed on demand je. Sejak Zyad masuk 3 bulan, Noorul full time duduk rumah jaga anak so bila baby merengek nak susu Noorul terus sumbat je dengan nen.
Kalau nak tau dengan breastfeed ni mampu bakar kalori dalam 300-700 kalori (at least) dalam sehari. Kiranya kalori kita semua pergi ke anak sebab tu cepat kurus dan anak pulak yang makin bambam. So bayangkan kalau setiap hari breastfeed dah berapa banyak kalori tu keluar. Mudahnya nak kurus kan! Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.
Ada yang kata juga βsebab breastfeed lah aku gemuk!β Haha. Mana taknya bila lapar kita tend to makan banyak betul tak? Noorul pun tak terkecuali. Tapi bila makan janganlah makan banyak sekaligus, pastikan kalori yang keluar tu lebih banyak dari kalori yang masuk. Barulah seimbang gituu.
#2 – Jaga Aturan Makanan & Diri Sewaktu Berpantang
Ok masa dalam tempoh pantang pula, Noorul ambil confinement lady yang duduk sekali dengan Noorul untuk 2 minggu. Dialah yang jaga makan minum Noorul, urut full body, bertungku dan uruskan baby. Dan dia jugak yang selalu masakkan lauk untuk berbuka puasa sebab Zyad lahir first Ramadhan, so dialah yang uruskan semua sekali alang-alang hehe. Terima kasih Kak Mah :β)
Dalam tempoh berpantang tu walaupun Noorul dijaga betul-betul dari segi pemakanan dan kesihatan luaran & dalaman badan, Kak Mah akan pastikan Noorul tak stress LANGSUNG. Contoh Noorul teringin sangat minum air sejuk, dia akan bagi minum air sejuk Coway (bukan ais) dengan kuantiti sikit, janji dapat lepas gian. Selebihnya dia akan pastikan Noorul eat clean dengan masakan sihat yang less calori. Boleh kurus kalau setiap hari makan benda rebus atau kurang minyak, berapa kalori lah tu sangat kan.
Then kena pulak dengan proses bertungku kempiskan perut dan pecahkan lemak. Lepas tu pakai lagi bengkung setiap masa pagi dan malam. Mana tak flat perut tuu. Suami pun puji cakap baru 2 minggu dah keding. Eh eh eh.. kembang hidung jap.
Tapi sebenarnya, yang menentukan seseorang tu cepat kurus atau tak bergantung pada metabolism masing-masing juga. Semua orang metabolism tak sama. Yang jenis metabolism tinggi ni makanlah banyak mana pun berat akan stay kat nombor tu jugak. Selang dua hari berat naik atau turun tu normal tapi last-last berat asal jugak dia pergi. So boleh kata Noorul jenis yang high metabolism. Tak perlu exercise banyak berat masih boleh maintain.
Itβs okay kalau kita risau susah nak turun berat badan lepas bersalin. Semuanya tak mudah dan akan ambil masa. Banyak je tips yang boleh kita try yang penting kita kena kenal badan kita dulu macam mana. Yang jenis susah nak turun, kenalah extra sikit jaga makan, diet dan exercise kan π
Ni gambar baru habis pantang 44 hari. Pakai balik baju kurung majlis kenduri kahwin abang 2 tahun lepas.
Lepas 6 bulan. Saja try jaket sejuk untuk berjalan oversea. Tak percaya sekarang dah boleh pakai size S.
Selain tu juga Noorul selalu bawa air kosong kemana-mana. Walaupun dalam sehari tu teh ais tak boleh tinggal, air kosong pun kena minum banyak tau.
Moga bermanfaat! π
[…] Sepanjang Noorul suntik depo ni sebenarnya taklah naik berat badan sangat walaupun Noorul makan nasi berlauk 2 pinggan bersulamkan teh ais setiap hari π Mungkin sebab Noorul fully breastfeed, secara tak langsung kalori akan terbakar dengan banyak. (Baca : Tips Kurus Selepas Bersalin) […]
Salaam wbt..lovely blog, bersyukur dpt jumpa blog ni sementelah sdg buntu ttg brg2 nak dibeli utk baby yg bakal lahir. Boleh sy tau, bagaimana nak dapatkan contact no. confinement lady (kak mah) ni? Trrima kasih…π