Hi dan Assalamualaikum semua! Dalam post kali ni Noorul nak share satu benda best dan sangat practical untuk memudahkan kita untuk masak dan panaskan lauk anak dengan menggunakan Electric Lunch Box (ELB).

ELB ni sangat membantu especially para ibu yang superbusy. Dengan ELB kita boleh masak nasi, rebus telur, buat sup, buat bubur atau nak panaskan lauk, hanya dengan tekan butang suis elektrik. Senang kan! Paling best bila travel, tak payah pening kepala dah fikir macam mana nak masak kat hotel atau panaskan lauk anak yang kita dah siap-siap masak dari rumah.

Macam Noorul, Noorul memang suka masak lauk anak banyak untuk 2-3 hari sekaligus. Lepas dah siap masak Noorul akan simpan dalam peti sejuk, bila nak makan baru keluarkan dan panaskan semula kat microwave. Tapi bila travel macam mana nak angkut microwave tu kan. Nak panaskan lauk anak macam mana. So inilah gunanya ELB ni! Hehe.

Sebelum jumpa ELB puas Noorul survey macam mana lahh nak panaskan lauk anak. Pernah sekali tu Noorul letak je air panas dekat lauk nak bagi lauk tu suam-suam kuku. Tapi jadi tawar, nasib baik anak makan jugak sampai habis 🤭 So sekarang setiap kali nak travel, Noorul akan bawa lauk yang dah siap dimasak dari rumah dan simpan dalam cooler bag, bila sampai hotel terus simpan dalam peti. Then bila nak panaskan lauk keluarkan je ELB ni.

Mesti ada yang tertanya-tanya pakai ELB ni boleh tumis tak?

Jawapannya tak boleh, kalau nak tumis kena pakai multicooker. Yang tu sesuai untuk yang suka masak setiap hari / setiap kali.

Dalam set ELB ni ada mangkuk & pinggan stainless steel, penutup, measuring cup, egg tray, dan cable 2 pin. Boleh dibeli kat kedai babyshop tapi macam biasa Noorul beli kat Shopee je. Kaki Shopee la katakan hehe (boleh jadi duta Shopee ni!). Saiz dia kecik dan comel, sebesar tapak tangan je. Ringan dan senang nak dibawa ke mana-mana. Yang penting boleh muat dalam beg. So kalau nak travel, bawa je beras ke telur ke. Then bawa la lauk yang korang dah siap-siap masak dari rumah tu.

Ok jom tengok cara Noorul masak nasi dan panaskan lauk Zyad masa bercuti ke Melaka baru-baru ni.

Mula-mula masukkan air kat bahagian base ELB mengikut sukatan (sukatan ada diberi dalam manual). Sukatan untuk masak nasi, panaskan lauk, rebus telur lain-lain.

Boleh rujuk manual instruction yang diberi sekali dalam kotak.

Then masukkan lauk pauk kat dalam tu. Nasi tu Noorul bawa yang dah siap dimasak dari rumah. Kebetulan ada lebih so bawa je ke hotel.

Lepas tu tutup je dengan penutup ELB dan switch on elektrik. Nak tau dia dah habis panaskan lauk, lampu kat depan akan terpadam sendiri. Ataupun boleh ikut masa yang dah ditetapkan.

Macam ni lah lauk lunch & dinner Zyad. Simple je. Janji cukup segala protein, karbo, sayur & lemak.

Lauk Noorul pun boleh panaskan guna ELB ni. Best betul. Lepas ni bolehla tapau lauk kat kedai dan makan panas-panas dekat hotel.

Untuk masak nasi pula, sama jugak macam steps di atas letak air ikut sukatan kat bahagian base. Then basuh beras macam biasa dan letak air pun macam biasa yang kita masak selalu tu. Macam Noorul suka guna cara lama guna konsep sukat jari. Konfem nasi akan jadi gebu hehe.

Tunggu 30 minit nasi dah siap. Ni dalam setengah cawan beras, cukup-cukup untuk anak makan 2-3 kali.

Zyad Al-Fateh sejenis makan banyak dan makan apa saja yang disumbat ke dalam mulut dia.

So kesimpulannya, memang best beli ELB ni sebab sangat membantu nak panaskan lauk & masak yang simple tapi praktikal. Especially bila travel la kan, senang nak bawa, ringan, saiz pun comel, janji tempat tu ada suis elektrik je. Dan dia tak macam multicooker kalau masak akan keluar asap berkepul. Takut berasap pulak bilik hotel nanti. ELB ni lebih kurang guna konsep steam. Biarkan dia masak sendiri ikut timer, sambil tu kita boleh buat kerja lain. Jadi mudah sangat kerja kita.

Cuma sesekali bila travel, kalau Noorul langsung tak rajin nak masak ke apa, Noorul bawa je instant baby food yang bancuh dengan air panas tu. Lagi senang kerja mommy. Heheh!

Ok dah habis baca ni cepat-cepat pergi beli ELB tau. *done hasut*

Author

Hi! I’m Noorul from Malaysia, a wife and a mother. Just a typical struggling human being, like everyone else. For any collab, reviews, sponsorships, adverts or invitation can contact me via email [email protected]

Write A Comment