Assalamualaikum dan hi semua!
Kali ni Noorul nak share resepi Creamy Buttermilk Chicken versi baby yang super sedap! Menu ni antara favourite anak Noorul, bila makan jarang pinggan tak licin. Kita pun happy tengok dia berselera dan makan banyak.
Menu ni juga bagus untuk naikkan berat badan anak yang underweight. Parents bolehlah cuba ya!
Bahan-bahan :
- Ayam potong dadu
- Tepung jagung
- Unsalted butter
- 1 kotak kecil susu full cream (125ml)
- Setengah tangkai daun kari
- Tatura cream cheese / Beqa Super Tasty (plastik merah)
- Serbuk ikan bilis homemade (resepi di sini)
- 1-2 biji bawang putih – cincang halus
- Sayur karot / brokoli
Cara Memasak :
Salut ayam dengan tepung jagung dan goreng beberapa minit menggunakan minyak / unsalted butter.
Dalam kuali yang berasingan, masukkan 1-2 sudu unsalted butter serta bawang putih yang dicincang halus.
Masukkan daun kari dan masak hingga wangi.
Masukkan setengah kotak full cream milk (125ml) ke dalam kuali. Tapi kalau suka berkuah macam anak Noorul, boleh tuang semua sekaligus dan reneh seketika.
Untuk baby pastikan guna FULL CREAM MILK ya. Untuk baby bawah 1 tahun pun boleh guna susu ni 😉
Last sekali masukkan serbuk ikan bilis, cheese dan ayam yang telah digoreng. Masak 1 minit sebelum tutup api.
Untuk cheese Noorul suka pakai Tatura Cream Cheese ataupun Beqa Extra Tasty. Memang sedap dan kuah buttermilk akan jadi lebih creamy!
Siap sudah Creamy Buttermilk Chicken versi baby! Simple dan mudah.
Yang penting sedap dan kalau Zyad makan memang berselera sungguh. Kita pun happy dia makan banyak sampai licin pinggan. Kuah sikit pun takde! Memang licin habisss. Bikin ketagih betul resepi ni haha.
Oh, lepas dah siap masak, mommies juga boleh blend secara halus atau kasar ikut kesesuaian anak. Kalau anak tak biasa makan seketul besar macam ni boleh je kisar, takut anak tercekik pula kan. Lain nanti jadinya.
Goodluck mommies! ♥
Boleh mkn utk baby beraa bulan kak
Baby boleh start makan after 6 bulan, selepas dah lulus 4 days rule 😊
Kalau buat frozen boleh jugak kan?
Boleh sis. Saya selalu juga frozenkan lauk yang dah dimasak, termasuk buttermilk chicken ni. Nak cairkan selalunya saya pindah dulu ke bahagian chiller bawah semalaman sebelum ambil portion untuk dipanaskan dalam microwave 🙂