Sejak anak dah masuk 8 bulan ni, makin rajinlah mummy nak masak macam-macam untuk baby. Since Zyad masuk 6 bulan haritu dia dah start solid food dan benda pertama yang Noorul buat ialah 4 days rule (4DR).
Untuk new mommies yang masih tak tau 4DR ni untuk apa, tujuannya ialah untuk kenalpasti makanan mana yang ok dan tak ok untuk baby. So senanglah mommy nak detect makanan apa yang buat baby naik ruam, gatal-gatal atau sembelit kan.
Macam anak Noorul, dia tak boleh makan ayam untuk permulaan tu. Mula lah leher, betis naik merah lagipun kulit dia jenis sensitif @ eczema. Then after one month baru slowly Noorul masukkan ayam dalam lauk dia dan alhamdulillah dia dah boleh mula terima semula.

Untuk serbuk ikan bilis yang Noorul nak kongsi ni, sebenarnya untuk perasa (seasoning) sahaja. Bukan sebagai protein utama macam ayam, ikan atau daging tu. Ala seasoning yang untuk tabur-tabur dalam makanan je nak bagi lauk tu lagi sedap.
Walaupun serbuk ikan bilis ni untuk dijadikan seasoning sahaja tapi sebenarnya mengandungi vitamin A, kalsium, kalium dan selenium juga tau, so bagus untuk perkembangan anak kita. Yang best bila ada serbuk ikan bilis ni, kita boleh buat macam-macam dengan lauk dan boleh varietykan lagi masakan.
Steps nak buat dia sangat senang.
Yang perlu ada :
- Blender with miller (blender kering)
- Ikan bilis
- Air untuk rendam
- Bekas kedap udara
Cara-cara :

First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.
Kemudian rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.
Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.

Next, sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya, jangan letak minyak pulak macam nak goreng biasa tu haha. Sangai ni proses agak renyah bagi Noorul sebab api kena slow and kena jaga ikan bilis tu jangan sampai hangus. Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.
Nak masak guna airfryer pun boleh, lagi senang kerja mummy. Setkan masa 10 minit untuk suhu 140°C. Kalau kurang garing boleh adjust tambah masa lagi 5 minit.

Bila dah nampak rangup macam ni dah boleh blend!

Biarkan sekejap ikan bilis tu sejuk baru boleh teruskan aktiviti kita untuk blend. Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap.

Start blend!

Lepas dah blend akan dapat serbuk halus macam ni. Kalau nak lagi halus, boleh tapis pakai penapis dan blend lagi sekali. Tapi bagi Noorul macam ni ok dah.

Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan!
Balang plastik ni Noorul beli kat Shopee je. Ada banyak size, murah pulak tu! 😍
Link 👉 https://shp.ee/84ijw5r
So mommies, senang tak cara nak buat serbuk ikan bilis homemade ni? Pejam mata celik je dah siap kan. Confirm anak akan lagi berselera bila tambah serbuk ikan bilis ni nanti. Biasa lah anak ni macam-macam ragamnya kan kejap taknak bubur kejap taknak sayur kejap mudah muak. Pening kepala nak masakkan apa. So mommies kena cuba ok buat resipi ni ok, InshaAllah dengan serbuk ikan bilis ni anak akan lagi berselera.
Lagipun lagi senang hati bila kita buat sendiri ni, confirm kebersihan akan terjaga dan kita boleh control no garam, no sugar, no msg, no preservatives dalam makanan anak.
Bagi mommies yang superbusy, boleh je beli serbuk ikan bilis ready stock di sini 👉🏻 https://shope.ee/5fGiHwBuzq
Selamat mencuba dan jaga lupa share untuk kongsi manfaatnya bersama ❤

[…] Serbuk ikan bilis homemade (resepi di sini) […]