Tergerak hati untuk kongsi tip rawat luka jahitan bersalin dalam post kali ni. Sebab teringat kawan Noorul yang baru lahirkan anak lelaki baru-baru ni. Katanya kena jahit sebab tersalah teknik teran dan terangkat punggung, jadinya terkoyak banyak kat bahagian perineum bawah tu. Anak dah masuk sebulan pun, luka bawah masih belum sembuh. Jalan masih terkepit-kepit. Seriaunya dengar! Ngilu!
Noorul tahu sakit tu macam mana, Noorul pun pernah ada pengalaman yang sama masa lahirkan anak pertama, anak syurga hampir 3 tahun lalu. Masa tu memang boleh kata zero knowledge, tak ambil tahu pun teknik teran dengan betul. Sepanjang pregnancy anak pertama tu Noorul terlampau fikirkan keadaan anak dalam kandungan sampai lupa everything. Sudahnya Noorul pun ada tear kat bawah dan kena jahit banyak!
Tapi alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah sembuh luka jahitan episiotomi tu. Dalam seminggu dah boleh jalan macam biasa walaupun masih berjaga-jaga. Jadi dalam post kali ni, tergerak pula hati untuk share cara untuk cepatkan luka bersalin. Kepada para ibu yang baru first time deliver khususnya, Noorul nak share 6 cara rawatan yang Noorul amalkan untuk merawat luka jahitan bersalin dalam masa kurang dari 2 minggu.
1. Belajar Teknik Cuci Luka Jahitan Bersalin Yang Betul
Lepas buang air, lap kering di bahagian luka episiotomi dengan cara ‘dab’ atau tekap secara perlahan dari depan ke belakang. Lepas tu letak ubat kuning dan biarkan 5-10 minit sebelum pakai seluar dalam. Selain ubat kuning boleh juga letak minyak herba. Noorul suka letak minyak herbanika Nona Roguy dekat pad sebab rasa fresh je, rasa berangin dan kurang bau hanyir darah.
2. Wajib Keringkan Tempat Luka Jahitan
Selepas cuci, lap bersih dan sapu ubat, wajib keringkan bahagian luka dengan kipas kecil atau hairdryer. Tapi pakai hairdryer ni angin dia panas dan bunyi agak bising, takut orang luar bilik dengar pulak hehe. Ataupun, buka sedikit kaki sambil baring kat bawah kipas dan biarkan dia kering sendiri. Pemandangan yang kurang enak, jadi pastikan bilik berkunci yaa 😂 Cara ni yang paling selesa sebab baring je tak payah buat apa.
3. Tukar Pad Setiap 3 hingga 4 Jam
Lagi kerap tukar, lagi bagus. Taknak segala bakteria berkumpul kat bawah tu kan. Sedangkan kalau heavy period pun sentiasa nak tukar pad apatah lagi darah nifas yang banyak tu. Kalau bertungku tekan kat bahagian perut, lagi boleh rasa menderu-deru darah kotor tu keluar. Jadi kena tukar pad sekerap yang mungkin!
Setiap kali nak pakai pad, Noorul akan letak minyak Herbanika Nona Roguy dalam 6-7 titik.
4. Elak Posisi Duduk Terlalu Lama
Orang berpantang ni, especially kalau ada jahitan episiotomi, kena banyakkan baring selalu. Tak boleh duduk terlalu lama sebab takut akan beri tekanan pada luka bawah.
Kalau nak duduk juga, duduklah atas bantal bentuk donut atau half moon yang berlubang di bahagian tengah. Memang selesa sangat I tell youu!
Noorul dulu sebab ada banyak bantal breastfeeding hadiah orang bagi, jadi Noorul ambil pakai untuk duduk atas bantal tu. Memang tak sakit duduk macam ni, tak rasa pressure dekat luka bawah. Bukan apa, takut juga kalau-kalau benang jahitan terbuka tanpa sedar. Jadi better kita elakkan dari awal.
5. Amalkan Rendaman Sitz Bath (Rendaman Air Garam)
Katanya air garam boleh cepatkan luka bersalin bercantum dan keringkan benang kat bahagian berjahit. Tapi kita ni, dengar perkataan garam je mesti rasa seram haha betul tak. Macam-macam persoalan timbul, “tak pedih ke bila kena luka tu?” “tak rasa mencucuk-cucuk ke?”
Tapi sebenarnya langsung takk!
Sitz bath ni hanya perlukan air panas, besen leper dan garam bukit je. Simple dan sangat mudah. Nak lagi better, beli besen portable yang memang khas untuk sitz bath sebab boleh letak dalam mangkuk tandas. Nak rendam duduk lama-lama pun selesa. Nak bangun semula pun senang.
Caranya ambil besen, tabur garam bukit dan letak air panas sikit untuk larutkan garam. Then baru tambah dengan air sejuk sampai air bertukar suam, duduklah dalam besen tu untuk 10-15 minit.
Selain guna air garam, boleh juga letak air rebusan dari daun herba. Rasa fresh sangat! Noorul masa pantang dulu setiap 2 atau 3 hari wajib buat. Atau kadang-kadang kalau timbul rasa gatal, Noorul akan buat rendaman sitz bath ni juga.
6. Elakkan dari Terkena Sembelit, Kalau Tak Luka Jahitan Bersalin…
Masa berpantang anak kedua, Noorul pernah rasa susah nak buang air besar. Memang seksa sebab susah nak teran, kalau boleh seminggu pun sanggup tak nak ke toilet sebab teringatkan sakit tu huhu!
Noorul amalkan minum ubat Duphalac (ubat stool softener) tapi efek dia agak lambat, maybe tak berapa serasi berbanding pil Phytonatal Nona Roguy yang Noorul amalkan masa berpantang anak pertama dulu.
Makan pil Phytonatal tu, memang laju je rasa nak ke toilet dan najis lembut seolah-olah cirit birit. Masalah sembelit memang tak ada langsung! Jadi cadangan Noorul, kalau tak serasi dengan ubat maybe boleh cuba cara lain dengan makan pil Vitamin C, makan buah oren dan minum air banyak-banyak. Jangan percaya mitos yang minum air banyak tu boleh buat bahagian bawah berair pula, doktor tak pernah kata macam tu pun tau.
Alhamdulillah dengan cara di atas, tak sampai 2 minggu luka Noorul dah sembuh. Boleh kata terkejut juga sebab luka banyak macam tu boleh sembuh dengan cepat. Benang pun cepat reput dan mudah tertanggal. Syukur sangat. Anything is possible kan! Hehe.
Moga bermanfaat ♥
Noorul kalau jahitan luka terbuka sikit boleh ke letak minyak herbanika?
Hi sis Asyiekeen! Boleh je sis. Ikut pengalaman Noorul luka jahitan pernah terbuka sebelum ni, letak minyak herbanika ni mmg akan percepatkan proses sembuh. Tapi kalau luka besar Noorul suggest letak CMC Ointment atau ubat kuning. Yang ni suggestion daripada nurse Hsopital Andorra 🙂
hai…nk tnya klu luka czer nk bg kering cpt nk letak apa ye
Hi Puan Norzila. Untuk luka bersalin czer puan boleh sentiasa amalkan vitamin C untuk bantu luka dalam dan luar kering dengan cepat. Puan boleh banyakkan makan buah oren atau pil vitamin C yang 1000mg tu, 2x sehari. InshaAllah, saya doakan mudah-mudahan luka puan cepat sembuh 🙂