Assalamualaikum semua! Macam biasalah masa tengah menunggu hari nak bersalin ni rajin pula tangan ni nak menaip hehe. First time mom, tu yang excited semacam. Kalau yang belum tahu actually sebelum ni Noorul pernah lahirkan anak syurga. Noorul lahirkan arwah Salahuddin masa dia 32 weeks dalam kandungan tapi meninggal selepas 45 minit dia lahir. So kiranya Noorul tak ada pengalaman sangatlah beli barang baby, survey keperluan baby, basuh baju baby etc.. So ni first time Noorul baru nak merasa pengalaman ni semua hehe.
Noorul start list down semua keperluan selepas dah masuk 7 bulan. Apa yang perlu ada, apa yang tak perlu beli lagi. Kita biasalah semua benda nak beli kan. Lagi-lagi banyak baby expo kat sana sini. Shopee dengan Lazada pun selalu buat sale. Rambang mata kejap!
So lepas Noorul dah tapis dan research apa yang wajib di beli, ni barang-barang yang Noorul dapat simpulkan. Cewah. Moga apa yang Noorul share boleh beri manfaat pada bakal ibu di luar sana 🙂
List Keperluan Baby Newborn
Pakaian
4-5 helai baju harian (rompers) lengan pendek dan seluar pendek. Kalau ada jenis singlet pun bagus sebab sesuai dengan cuaca panas kat Malaysia ni kan.
4-5 helai baju tidur. Noorul beli yang ada zip / butang kat tengah supaya senang nak pakaikan baju. Since baby masih fragile lagi so kita tak berani nak angkat badan dia sangat.
4-5 helai seluar panjang. Boleh juga mix and match pakai dengan rompers / baju harian kalau takut baby sejuk.
8-9 helai barut. Noorul prefer yang jenis tali sebab senang ikat dan adjust ikut ukur lilit badan baby. Kalau jenis butang atau pelekat tu senang longgar especially lepas cuci.
6-7 helai bedung baby (swaddle). Yang ni ada banyak jual kat Shopee. Geram tengok corak comel-comel! Ada orang kata baby ni kadang-kadang sebulan je nak kena bedung. Selebihnya nak bebas haha. Tapi takpe beli banyak pun takpe sebab boleh jugak dijadikan selimut, alas tempat tidur, tuala ataupun pelindung stroller. Link Shopee 👉 Minimalist Aesthetic Swaddle
7-8 pasang mittens & booties. Noorul lebihkan booties sebab kaki baby cepat sejuk. Mittens beli sikit je dalam 3 pasang sebab guna sekejap je taknak baby scratch muka dengan kuku masa mula-mula tu. Lepas dah few months nanti tak payah pakai dah, biarkan je jari baby explore pegang sana sini.
2-3 helai topi takut baby sejuk lepas mandi / keluar dari hospital.
9-10 helai sapu tangan / washcloth. Haa dalam banyak-banyak, Noorul paling banyak beli washcloth. In total ada 20 helai termasuk yang orang bagi sebab banyak kegunaan dia sama macam kain bedung tadi. Antaranya boleh pakai untuk lap muntah baby, lap montot baby, lap bahagian dalam mulut dari saki-baki susu, lap muka, lap selesema, macam-macam lagi lah. Link Shopee 👉 https://shp.ee/yjhgyvh
Diapering
Diapers / lampin pakai buang. Untuk awal-awal ni Noorul beli size NB (newborn) je dulu since baby akan banyak yakyak nanti (5-6 kali sehari!) so beli dalam 2-3 pack je pun ok dah.
Baby wipes. Noorul beli brand Anakku yang wangi dan brand Fiffy warna merah untuk yang tiada pewangi. Yang penting dua-dua brand ni free paraben dan free alcohol.
Nappy cream. Untuk disapu pada montot baby sebelum pakai diapers untuk elak ruam.
Bakul baju kotor. Khas untuk letak baju baby sahaja. Senang nak cuci nanti tak lah bercampur dengan baju orang dewasa. Bakul ni Noorul suka betul nampak cute dan sesuai untuk baby. Link Shopee 👉 https://shp.ee/vxb5x7z
Tong sampah untuk diapers. Tak pun prepare plastik kecik je untuk sekali pakai dan buang terus.
Baby care, grooming, tempat mandi
Besen mandi + alas tempat mandi. Noorul beli jenama IKEA sebab besaq. Gambar ni di ambil masa tengah basuh baju baby hihi.
Changing table. Yang ni kalau tak ada pun tak apa sebab boleh tukar baju atas katil je. Cuma yang penting kena ada tempat alas nak tukar diaper tu.
Changing mat. Noorul beli 2-3 helai terus untuk prepare dari perkara tak diingini terjadi. Sekali baby terpoo atau terkencing atas tilam susah 🤣 In case satu tu kotor so boleh pakai yang lain dulu. Tapi changing mat ni biasanya water-resistant dan waterproof. Link Shopee 👉 https://shp.ee/sdn9a2r
Bedak, losyen, sabun mandi. Noorul beli travel set dulu sebab takut baby tak sesuai dengan jenama yang dibeli kan. Bila serasi baru Noorul akan tambah kemudian.
2-3 helai kain tuala. Tuala yang bertopi tu lagi okay, lepas mandi terus sarung je kat kepala. Ada tuala yang corak kepala bear, panda, tiger tu comel sangat tauuu.
Tuam baby. Tuam ni boleh buat sendiri tapi kalau malas boleh beli kat kedai dalam RM10 je. Very good for baby especially baby boy untuk elak angin pasang.
Pencuci baju yang alcohol free dan SLS free. Noorul beli jenama Fiffy warna biru. Next time nak try brand Pureen ABD pulak sebab orang kata best hehe.
Baby oil untuk urut badan baby.
Minyak telon untuk elak perut kembung, dipakai selepas mandi dan sebelum pakai barut.
Cotton ball untuk lap kat celah-celah montot baby dan pelipat.
Cotton bud untuk bersihkan celah-celah telinga, hidung, mata, pusat (dalam telinga tak boleh tau).
Set grooming – pemotong kuku, sikat, gunting, termometer, alat sedut hingus, etc.
Botol spray. Yang ni extra je in case rasa pakai wet tissue tu tak bersih, boleh spray montot baby dengan air dan lap cotton ball / washcloth.
Nursing / Feeding
Botol baby. Yang ni ikut kesesuaian baby juga. Ada baby yang taknak pakai brand Avent, dia nak pakai brand Pureen. Ada baby yang memilih taknak puting narrow neck tapi nak wide neck je. So kalau nak beli boleh try beli sebotol dulu.
Breast pump. Noorul beli milk collector brand Haaka, yang mana fungsinya lebih kurang macam manual breast pump. Noorul tak beli electric pump sebab ramai kata agak sakit sebab dia paksa susu tu keluar. So depends pada masing-masing.
Breast milk storage, cooler bag, ice pack, bottle warmer
Berus pembersih botol
Breast pad. Penting bila kita menyusu badan, susu di breast sebelah lagi akan automatik keluar juga. So nak elak bra lencun elok lah letak breast pad ni.
Nursing pillow untuk keselesaan mommy sambil menyusu. Boleh buat alas letak belakang badan juga bila sakit belakang. Nak jadikan pillow neck pun boleh. Eh macam-macam lah haha. Link Shopee 👉 https://shp.ee/92drj89
Breastfeeding cover / poncho. Senang nak menyusu in public. Noorul cari yang size besar terus yang tutup sampai lutut. Takut baby menyusu mengganas habis terselak semua 🤣 Link Shopee 👉 https://shp.ee/7r7t4pm
Baju / singlet menyusu. Baju menyusu yang boleh selak bahagian dada tu. Bila pakai baju ni tak perlu dah pakai breastfeeding cover. Mudah sangat. Link Shopee 👉 https://shp.ee/bi43ih5
6-7 helai nursing bra. Noorul pilih one size bigger dari biasa sebab bila menyusu breast kita akan tend to get bigger. Yang ni Noorul beli brand Shapee. Sangat best dan lembut! Ada juga yang Noorul beli di Shopee less than RM10 je haha tapi selesa jugak! Thank me later 😜 Link Shopee 👉 https://shp.ee/j9i2v2r
Nipple cream. Noorul beli brand Earth Mama jenis organic. Brand ni bagus sebab paraben-free, linolin-free dan bahan-bahan yang dipakai dari sumber organic. So selamat untuk baby juga. Since sesetengah kedai baby tak jual brand ni, so Noorul beli di Shopee juga. Link Shopee 👉 https://shp.ee/fr5uniz
P/s : Noorul tak beli lagi botol baby, breast pump (kecuali milk collector), milk storage semua sebab plan nak direct breastfeed je since Noorul kerja sendiri dan boleh bawa anak ke mana-mana. Lagipun nak elakkan baby dari nipple confuse. Sometimes orang beli awal-awal sebab nak ajar baby biasakan diri dengan puting. Later nak serahkan baby untuk orang lain jaga senang.
Travel
Baby carrier yang jenis gantung kat badan tu. Elok pakai waktu badan baby dah kuat sikit dan dah besar. Nanti tak pasal baby tu melorot ke bawah.
Car seat. Yang ni sangat penting kalau nak bawa baby berjalan. Tak pun bila nak bawa baby ke nursery nanti. Selalunya car seat ni banyak pilihan umur, dari newborn ke 4 tahun pun ada. (Boleh baca post Noorul tentang tips beli car seat 👉 https://simplynoorul.com/7-tips-basic-beli-car-seat-untuk-anak/)
Stroller. Stroller tak payah beli dulu pun tak apa sebab lebih sesuai dibeli bila baby dah besar sikit. Lagipun kebanyakan stroller semuanya mahal 😂 Alhamdulillah Noorul dah tak payah beli sebab dapat hadiah dari parents. Yang ni pun Noorul ada share post, sama ada perlu beli yang mana dulu antara stroller, baby carrier atau car seat. Moga bermanfaat buat mommy daddy. 👉 https://simplynoorul.com/mana-yang-lebih-penting-antara-stroller-baby-carrier-atau-car-seat/
Tempat tidur
Baby cot. Yang ni Noorul beli paling awal sekali bila dah masuk 7 bulan tu. Sebab senang bila dah tau ukuran katil dah boleh tempah untuk tilam baby hihi. Noorul beli yang ni sebab harga mampu milik, lepas baby dah tak pakai boleh lipat dan jadikan kerusi duduk. Link Shopee 👉 https://shp.ee/8paxmev
Set tilam (comforter + bantal + tilam). Noorul tempah online ikut corak dan size yang Noorul nak. Tapi kena sabar sikit sebab nak tunggu siap jahit dalam 3-4 minggu.
Baby nest. Yang ni Noorul tak beli sebab nanti baby pakai pun kejap je. Baby dah besar 3-4 bulan tak muat dah nak pakai. Takut membazir je.
Penghadang baby cot. Ada yang kata tak elok pakai sebab takut baby tergolek dan muka terperangkap dekat celah-celah ruang tu. Takut lemas dan tak dapat bernafas. Tapi kalau kita letak betul-betul inshaAllah semuanya akan selamat.
Kerusi goyang / buaian. Noorul tunggu baby besar sikit baru beli sebab tak elok juga takut bergegar otak baby bila kita hayun. Nak tidurkan newborn better kat tempat leper dulu, contohnya atas tilam.
Mosquito net / kelambu. Tapi kalau beli katil yang Noorul share dekat atas dah ada sekali dengan kelambu katil (1 set).
3 helai selimut. Noorul beli yang ni sebab nampak selesa, guna material fleece dan baldu. Lembut sangat dan eee comel sesuai untuk baby! Link Shopee 👉 https://shp.ee/a3a67f5
Tilam nipis / extra comforter (extra) untuk baby tidur atas lantai.
Ok buat masa ni tu je yang Noorul nak share.. kalau ada yang terkurang atau ada benda yang Noorul tertinggal boleh tambah di ruangan komen yaa! Terima kasih kerana membaca, moga bermanfaat pada semua bakal mommies semua ♥♥♥
Salam sayang,
adoi banyak ye. thanks for the input
There is certainly a lot to know about this topic.
I like all of the points you have made.
Sis, changing table beli kat mana?? 😬
Alamak changing table ni mak Noorul hadiahkan so tak sure beli di mana. Saya ada tengok di Shopee yang ni kukuh juga 🙂
https://shp.ee/jpna9rv
thanks for sharing…doakan isteri saya nanti nak bersalin
Sama2. Saya doakan segala urusan dipermudahkan. Semoga isteri En Yusuf selamat bersalin dan anak sihat walafiat hendaknya 🙂
Hi, tumpang tanya, set tilam tu tempah kat mana ya?
Noorul tak ingat tempah dekat mana, tapi Noorul search di instagram je 🙂 Atau sis boleh search hashtag #settilambayi di instagram. Moga membantu 🙂
thank you, sangat berguna to first mummy to be😊
You’re welcome! Moga bermanfaat 🙂
[…] months before Noorul ada share blogpost tentang List Keperluan Baby Newborn apa yang patut dibeli untuk baby yang bakal lahir. Lepas anak dah besar dan dah masuk setahun, baru […]