Hi dan Assalamualaikum semua. Dalam post kali ni Noorul nak share khas buat para suami yang tak sure nak buat apa bila isteri tengah sakit nak bersalin nanti. Saja Noorul nak share sebab tiba-tiba teringat masa bersalinkan anak syurga dua tahun lepas. Masa tu kandungan baru 8 bulan tiba-tiba Noorul rasa sakit contraction terus berkejar ke hospital. Suami paling panik, mana taknya ni kandungan yang pertama, tak bersedia apa-apa dan tak expect Noorul nak bersalin petang tu jugak.
Biasalah first time father kan, suami mana tak panik. Kecuali awal-awal dah prepare mentally dan emotionally, inshaAllah, kita takkan panik.
Di sini Noorul nak share beberapa tips berdasarkan pengalaman, moga bermanfaat ❤️
Bila kandungan isteri masuk 3rd trimester
Bila isteri dah masuk 3rd trimester, letak siap-siap beg baby dan keperluan isteri dalam kereta. Tak payah keluarkan langsung biar je dalam kereta supaya tak kelam-kabut bila isteri mula sakit contraction. Lagipun kita tak tau bila isteri nak sakit, mungkin masa tengah jalan-jalan kat mall atau kat tempat kerja. So boleh terus ke hospital bila beg semua dah siap letak dalam kereta.
Buku Pink (Buku Baby) Kena Bawa Sentiasa!
Ingatkan isteri untuk bawa buku pink (buku baby) kemana-mana. Buku baby sangat penting untuk check condition ibu dan anak bila nak bersalin nanti. Macam Noorul dulu nak bersalinkan anak syurga, nurse taktau yang anak Noorul ada special condition dan Noorul kemungkinan tak boleh bersalin normal (Noorul ada cerita dalam blog lepas). So bila Noorul tunjuk buku pink tu baru nurse faham tak payah kita nak explain further. InshaAllah semuanya akan jadi mudah lepas tu.
Sediakan Makanan Untuk Tenaga Isteri Bersalin
Suami jangan lupa sediakan air untuk minum dan roti / kurma untuk tenaga isteri nak meneran. Kita tak tahu waktu bila isteri nak bersalin mungkin waktu malam atau awal pagi. Kalau awal pagi macam Noorul dulu, nak dapatkan makanan tu susah. Kedai runcit tak bukak kecuali kedai mamak atau 7E. Selepas bersalin nanti pun, confirm isteri akan lapar dan dahaga bila dah gunakan tenaga sehabisnya untuk meneran.
Cadangan Noorul belikan makanan yang boleh beri tenaga yang banyak contohnya kurma, air milo, biskut oats atau roti.
Apa Perlu Buat Bila Isteri Keluar Tanda / Mula Sakit Contraction
Jangan lengah, cepat-cepat bawa isteri ke hospital. Bila dah sampai nanti kalau isteri masih boleh tahan sakit contraction, minta isteri duduk dulu dekat lobby sementara suami cari parking. Kalau isteri dah tak boleh tahan sakit (macam Noorul dulu sampai hospital je dah 7cm), papah isteri ke kaunter pendaftaran dan inform nurse yang sakit isteri makin kerap. Biarkan nurse tolong settlekan yang lain-lain, lepas tu baru suami boleh cari parking.
Oh ya, buku pink bagi isteri pegang ok. Yang lain macam beg baby tu biar suami angkat kemudian.
p/s : Sementara nurse check isteri (check bukaan dan lain-lain), suami duduk je kat ruang menunggu di luar. Jangan keluar ke mana-mana, kalau boleh stay dekat je dengan isteri. Kalau perlu register bilik wad, inform isteri dulu supaya isteri tau suami dekat mana.
Bila Sakit Contraction Isteri Semakin Kerap
Masa ni boleh kata saat paling sakit untuk ditanggung isteri. Perut rasa macam ditarik-tarik, menjerut dan memulas-mulas, orang kata sakit antara hidup dan mati. Masa ni isteri mula tak boleh duduk diam, mata terpejam sentiasa tahan sakit. Bila tengok isteri macam tu suami boleh kurangkan sakit isteri dengan urut bahagian belakang (especially tulang punggung) dan usap perut isteri sambil baca yaasin atau zikir. Peranan suami sangat penting waktu ni, suamilah kekuatan dan semangat untuk si isteri.
Jangan fikirkan perasaan takut sendiri, tapi cuba selami perasaan takut seorang isteri 😉
Bila Isteri Dah Bersedia Untuk Meneran
Ingatkan isteri untuk follow cara meneran dan breathing technique dengan betul. Walaupun sebelum ni isteri dah masuk kelas ibu mengandung @ kelas antenatal, tapi kadang-kadang tak ingat apa bila dah terlampau sakit nak bersalin tu (pengalaman sendiri haha). Sebab tu penting juga untuk suami join sekali kelas antenatal, supaya boleh bantu wife untuk manage sakit contraction dan deliver bayi dengan selamat. InshaAllah.
Sentiasa ingatkan isteri juga untuk baca zikir nabi Yunus untuk memudahkan proses bersalin.
” Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Paling Penting Jangan panik!
Paling penting untuk si suami, jangan panik! Bimbinglah dan support isteri, genggam tangannya dan bisikkan kata-kata semangat.
Noorul ingat lagi masa bersalinkan anak kedua Zyad Al-Fateh, doktor terpaksa guna vacuum sebab kepala baby tersangkut dan Noorul susah nak teran keluar. Banyak guna tenaga (kebetulan Noorul tak sempat makan sebelum tu) so Noorul jadi penat sangat dan give up, baby pun masih tak nak keluar-keluar lagi! Suami lah yang pujuk dan beri Noorul kekuatan.
“Jangan angkat punggung! Teran sambil angkat kepala dagu ke dada..”
“Ikut nafas saya, tarik.. hembus..”
“Ok dah nampak kepala! Teran lagi sikit je lagi..”
“1..2..3..Push!!”
Bergegar bilik. Boleh kata dialah cheerleader suara paling kuat dalam bilik bersalin tu. Haha.
Terima kasih suamiku sebab beri kekuatan dan semangat pada Noorul untuk lahirkan anak kita dengan selamat.
***
Noorul harap pengalaman ni dapat bantu para suami di luar sana untuk lebih bersedia dalam memberi sokongan kepada para bakal ibu. Nasihat tambahan Noorul, banyakkan bersabar dalam menghadapi situasi penting ini & cuba untuk mudahkan urusan isteri kerana proses ini juga melibatkan nyawa, sakitnya hanya isteri yang rasa dan tahu. Berikan mereka yang terbaik dan termampu, inshaAllah para suami juga akan dipermudahkan urusan.
Salam sayang,