Alhamdulillah Noorul diberi peluang untuk join Antenatal Class Andorra pada 10 March 2019 haritu. Walaupun ni kelahiran yang kedua dan Noorul dah ada pengalaman bersalin sebelum ni, tapi Noorul tetap nak join sebab kali ni Noorul nak betul-betul bersedia dan nak tau cara yang betul. Sebelum ni Noorul tak ready sebab terlalu fokus kat baby syurga Noorul yang masa tu ada condition Bladder Obstruction Outlet. So sepanjang pregnancy tu Noorul tak fokus pun kat diri sendiri dan akibatnya masa bersalin tu Noorul tear banyak!

Teringat masa tu Noorul kena marah dengan nurse sebab teran cara salah. Sambil kena jahit, sambil dia bebel, โ€œhaa tulah tadi dah suruh jangan teran lagi kau teran jugak. Kan dah koyak.โ€ Oh myyy! Terus pregnant kali ni Noorul berazam nak gali ilmu bebanyak supaya pengalaman lepas tak berulang. Walaupun dah beli buku birthing tapi tetap tak sama dengan macam kita attend kelas. Noorul bersyukur sebab Andorra ada buat kelas antenatal, so apa lagi terus Noorul book cecepat sebab takut penuh!

Kenapa kelas antenatal penting?

antenatal class andorra

Selain sebab di atas, kelas antenatal penting untuk kita tahu persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin. Setiap pengalaman berbeza dan setiap kelahiran pun berbeza. So dengan ilmu yang ada kita akan lebih confident dan relaks. 

Untuk kelas ni penting jugak ya untuk kita heret ajak suami sekali join, supaya suami lebih memahami dan boleh beri moral support pada isteri yang nak bersalin nanti. Apa-apa suami boleh standby, tahu expectation yang bakal dihadapi so taklah blur je dalam labour room silap-silap ada suami yang pengsan haha. 

Topik apa yang di ajar dalam kelas?

Haa sebelum tu nak bagitau yang dalam kelas antenatal ni bukan new parents je tau tapi ada juga ada parents yang bakal lahirkan anak ketiga, keempat. Sebab pregnancy gap jauh so masing-masing dah lupa cara nak bersalin dengan betul. Yelah bila anak bongsu dah 7 tahun mana ingat dah teknik semua tu kan. So takyah segan if awak bukan new mom sekalipun, lagi seronok bila boleh share sekali experience kat parents lain tau ๐Ÿ™‚

First topic, sharing tentang cara parenting yang betul untuk anak dari kecil sampai remaja. Topik ni more to counselling, macam mana cara ibubapa nak didik anak mengikut usia. If anak 1 tahun, nak ajar dia macam mana dan kalau anak dah remaja pulak macam mana. Topic ni quite useful walaupun Noorul rasa macam lambat lagi sebab baby pun tak keluar lagi, tapi bagus juga if kita didedahkan ilmu ni dari awal. Lagipun ada jugak parents yang join kelas ni anak dia dah besar kan. Tapi speaker hanya cerita secara surface je sebab masa yang di beri hanya 1 hour. 

antenatal class andorra

Next, topik berkaitan penyusuan. Topik ni antara yang paling ditunggu-tunggu sebab Noorul memang berazam nak breastfeed sampai cukup 2 tahun. Ilmu ni bukan untuk ibu je tapi bapa juga wajib tahu, at least suami boleh faham kenapa susu ibu sangat penting dan supaya dia lebih faham cabaran serta penat lelah ibu yang sanggup menyusu badan. Rupanya bukan senang nak breastfeed, kadang-kadang boleh bengkak susu, nipple melecet, susu tak keluar, so masa ni lah sokongan si suami sangat diperlukan. Alhamdulilah, Noorul cukup puas hati dengan semua info yang di kongsi. Speaker pun friendly, so kita rasa seronok je dan tak mengantuk dalam kelas.ย 

Then, ada sedikit sharing tentang Stemcell Cryocord dan kenapa ia penting untuk life investment kita. Banyak benefit dari uri (placenta) yang kita tak tahu, rupanya cell dari uri sebenarnya boleh sembuhkan banyak penyakit seperti leukaemia, osteopetrosis dan banyak penyakit keturunan yang lain. So rugi lah kalau kita tak take advantage kan. For more info boleh terus ke website Cryocord ๐Ÿ™‚ย 

reana madre
Best pulak pakai wedges Reana from Madre ni ๐Ÿ™‚

Petang tu lepas lunch dan solat, sambung topik berkaitan preparation for labour class oleh Madam Jennifer Hor. Yang ni lebih kurang macam pain management, macam mana nak handle sakit bersalin, macam mana nak bersalin tanpa koyak, teknik meneran dengan betul, cara kawal pernafasan masa contraction, dan banyak lagi. Kelas ni paling lama sebab ada sesi praktikal sekali. Oh ya lupa nak cakap dalam kelas ni kena bawa yoga mat dan bantal sekali tau!ย 

antenatal class andorra

Sambil buka lagu piano as background music, masing-masing kena senyap sambil tutup mata. Hanya dengar suara Madam Jennifer bercakap sambil suruh hayati dan ikut arahan, bila masa perlu tarik nafas dan bila masa kena hembus. Sesekali Madam Jennifer suruh suami cubit isteri kuat-kuat supaya bila dah sakit macam tu masa bersalin nanti, ha tau lah nak kawal pernafasan macam mana. Paling kurang asam, suami sengaja cubit kuat macam nak balas dendam sebab dia kata kita degil selama ni. Ceh.ย 

Tapi itu yang bagusnya kelas praktikal ni, untuk tunjuk situasi sebenar dalam labour room nanti. Kita pun akan lebih bersedia dan tau apa nak buat. Since sakit bersalin ni berbeza, so teknik pernafasan pun berbeza contoh sakit masa contraction kita kena tarik nafas panjang kemudian hembus sikit-sikit dan laju. Masa dah nak bersalin, kena tarik nafas dan hembus perlahan-lahan sambil pejam mata dan dagu dirapatkan ke leher. 

Berbeza kan?

Last sekali, sebelum habis antenatal class ada sesi lucky draw. Hadiah pun boleh tahan jugak ada yang menang stroller dan pakej berpantang full. Tapi bukan rezeki Noorul nak menang masa tu but itโ€™s okay ilmu yang dapat harini bukan calang-calang!

So berbaloi tak kelas antenatal by Andorra ni dan apa yang bestnya? 

Haa berbaloi lah sebab fees hanya RM100 sahaja per couple, manakala non-patient RM200. Bukan je kita akan dapat ilmu yang paling berharga, tapi juga dapat rasa experience dan layanan first oleh staff Andorra.  Paling best siap dapat rasa makanan dari team MasterChef Zubir heheee. 

chef zubir
chef zubir
chef zubir
chef zubir

Terasa meleleh air liur bila tengok gambar ni. Teringat makanan dia yang super sedap. Kalaulah ada bekas tupperware masa tu…

So lepas dah join kelas ni, berguna tak waktu bersalin nanti?

Yes sangat berbaloi! Sangat berbeza ya bila kita dah ada ilmu dan tau teknik. Compared to my previous pregnancy, Noorul blur taktau nak buat apa dan kesudahannya tear banyak. This time Noorul lebih relaks dan alhamdulillah tak ada koyak cuma kena gunting sikit sebab baby kena vacuum. Situasi dalam labour room tu je yang hectic sikit sebab baby degil taknak keluar haha. 

Kalau nak baca kisah pengalaman bersalin Noorul boleh klik link ni okay ๐Ÿ™‚

Pesanan Noorul buat para parents especially suami, sentiasa lah ada di sisi isteri masa isteri tengah sakit bertarung nyawa. Suamilah insan yang paling penting dan percayalah, sokongan suami sangat diperlukan bila isteri tengah sakit separuh mati. Apa-apa pun, hargailah pengorbanan isteri yang sanggup membawa zuriat dan keturunan, kerana ianya sangat tidak ternilai. 

To my husband ; thank you for always being there with me for the whole pregnancy and labour. Terima kasih juga sebab bagi peluang untuk join kelas antenatal Andorra dan bersalin dekat sini. Kalau macam ni lah setiap tahun boleh beranak untuk awak!ย 

Salam sayang,

Write A Comment