Hai Assalamualaikum apa khabar mommies semua? Alang-alang hujung minggu ni, jom kita settlekan sesi dobi mendobi baju baby! Lagi beberapa minggu je nak deliver ni risau pulak kalau tak start dari sekarang. Kalau apa-apa terjadi nanti, baby nak keluar awal atau tiba-tiba kena admit masuk hospital ke (nauzubillah), at least kita dah siap prepare basuh baju semua dah.

Ada yang pelik kenapa nak kena basuh baju baby? Noorul mula-mula pun agak tertanya-tanya jugak kenapa penting basuh baju baby walaupun masih baru kan. Seelok-eloknya baju baby memang kena basuh dulu sebabnya kulit baby ni tak sama dengan kulit orang dewasa yang lebih tahan sensitif. Kulit baby kan masih nipis, β€˜fresh’ from oven kata orang. Mudah terdedah dengan penyakit luar. Kalau pakai terus baju yang tak dibasuh takut hama yang mungkin ada dekat baju tu melekat kat baby kita. Kesian kat baby kalau terkena rashes, eczema atau allergic mesti dia rasa tak selesa je. Dahla kena bedung, pakai barut apa semua lagi alahai.

Takpe, lagipun lepas basuh baju nanti baju akan lebih wangi dan lebih lembut. So tak rugi pun kalau kita basuh πŸ˜‰

Untuk sesi mendobi baju baby ni Noorul pakai detergent brand Fiffy. Yang ni Noorul beli masa baby event Motherhood kat Viva Mall haritu. Murah! Lagi-lagi yang siap set dengan pek refill macam ni, jimat berganda-ganda. Bau dia pun wangiii sangat! Letak sikit je pun dah berbuih penuh baldi. Menyesal pulak tak beli banyak terus haritu.

Oh ya, since semua baju baby pun masih baru Noorul prefer basuh pakai tangan je. Celup-celup sikit then biarkan dalam 45 minit-1 jam. Tak perlu sental beriya sebab baju tak kotor pun lagi, lainlah kalau dah comot dengan muntah atau najis kan. Untuk misi membasuh ni Noorul asingkan baju putih / cerah dengan baju yang berwarna dalam baldi berasingan. In case kalau warna baju luntur takdelah kita nangis tak berlagu nanti haha.

Noorul pakai besen baby dari IKEA sebab besar

Noorul rendam semua baju baby, swaddle, barut, stokin, mitten, topi dalam dua besen ni. Boleh tahan banyak walaupun baju kecik-kecik je. Paling jenuh masa nak perah tu, asyik fikir bila laaa nak habis. Jari dah menggerutu sebab lama sangat dengan air dan sabun. Takpe, nak merasa jugak pengalaman basuh baju anak sendiri kan. Lepas ni baby dah lahir takda masa dah nak buat ni semua, masukkan je semua dalam washing machine haha.

Masa tengah ralit membasuh ni baby duk aktif menendang sampai senget-senget perut. Amboi diaaaaaa. Dia tau mummy dia tengah basuh baju untuk dia la tu πŸ˜›

Alahai comelnya yang kecik-kecik kat atas tu. Geram pulak tengok sebab comel sangat. Yang ni baru sikit, belum campur lagi dengan baju order online yang masih belum sampai. Selimut, tuala, cadar pun ada yang tak basuh lagi, tunggu next sesi dobi pulak. Mommy dah lenguhhh πŸ˜›

Yang ampaian baju tu Noorul beli dekat Shopee around RM27.00 je tau. Murah kan? Kuat dan steady pula tu walaupun Noorul sidai sampai penuh. Kaki siap boleh kembangkan lagi untuk lebih stabil. So bila angin kuat taklah jatuh ampaian tu nanti.

Hanger baby ni pun Noorul beli dekat Shopee, 10 keping RM7 je. Noorul borong beli 30 keping terus siap dapat free shipping!

Dah kering kejap lagi, Noorul nak iron baju baby pulak. Gigih tak? Noorul rimas kalau nampak baju berkedut. Nampak tak cantik. Biasalah first time mommies. Semangat dan terlebih excited hehe!

Ok tu jelah Noorul nak cerita kali ni. Doakan Noorul selamat bersalin nanti ya! Nervous pulak walaupun ni second time. Sebab pengalaman bersalin setiap anak tak sama kan. Huhuhu..

(Visited 460 times, 2 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *