Mana Yang Lebih Penting? Antara Stroller, Baby Carrier, atau Car Seat

Hi dan Assalamualaikum semua!

Dalam post kali ni Noorul nak share yang mana penting untuk dibeli dulu, antara stroller, carrier atau car seat. Sebelum ni Noorul pun pening tak sure nak beli yang mana dulu, kalau beli sekaligus takut bajet tak cukup. Lagipun bukan murah harga baby gear ni kan! So kat sini Noorul nak kongsi yang mana berbaloi untuk kita invest, dan list down setiap kebaikan serta kekurangan supaya parents boleh buat decision yang terbaik sebelum membeli 😊

Car Seat Ke Paling Penting?

Pada pendapat Noorul benda pertama yang patut dibeli ialah car seat. Sebab lepas bersalin after discharge nak balik ke rumah tu, kita kena letak baby terus dalam car seat untuk keselamatan. Especially baby sangat fragile dan badan isteri masih lemah, suami pula kena drive, jadi siapa nak pegang anak.

car seat

Selalunya orang pangku je anak atau letak baby kat peha tapi tak digalakkan sebab sangat-sangat bahaya. So sebelum isteri bersalin standby je siap-siap pasang car seat dalam kereta. Lagipun memang kena biasakan anak duduk dalam car seat seawal mungkin supaya anak lebih berdisiplin kemudian hari.

Kebaikan car seat :

  • Keselamatan anak lebih terjamin (tips beli car seat boleh rujuk sini)
  • Anak lebih rileks dalam kereta (kita pun rileks juga!)
  • Boleh bagi anak makan dalam tu
  • Boleh pakai sampai anak besar (car seat jenis booster)

Kekurangan car seat :

  • Agak leceh untuk pasang dan cabut
  • Ambil ruang dalam kereta
  • Ambil masa untuk biasakan anak – kena tahan telinga bila anak meraung (ni paling mencabar haha)
  • Agak terbeban untuk parents yang ada sakit belakang sebab kena tunduk

Ke Baby Carrier Lagi Penting?

Baby carrier antara favourite Noorul, kalau nak ke mana-mana sangat senang! Especially bila travel, letak je anak duduk dalam tu anak dah selesa. Sampai Zyad dah umur setahun lebih ni pun, walaupun dah pandai jalan tapi sesekali masih letak dia dalam baby carrier.

Baby carrier ni ada banyak jenis, pastikan pakai yang jenis ergonomic (M-shape) supaya punggung dan tulang belakang anak tak sakit. Invest mahal sikit pun tak apa sebab ciri-ciri keselamatan lebih terjamin, compared dengan yang harga murah atau tak ori tu. Sebab pernah ada kes baby terjatuh ke lantai disebabkan klip pada baby carrier tercabut!

Nauzubillah, moga tak terjadi pada anak kita.

Kebaikan baby carrier :

  • Senang bawa, boleh lipat, ringan dan jimat ruang
  • Sesuai dibawa ke tempat sesak
  • Tangan bebas dan boleh buat benda lain – ie tolak stroller (kalau anak ramai)
  • Boleh pakai sambil buat kerja rumah bila anak meragam
  • Boleh breastfeed sambil dukung anak dalam tu
  • Anak rasa selesa dan selamat sebab rasa ‘dipeluk’
  • Anak lebih behave – takdelah tangan nak mencapai atau memanjat ke sana sini

Kekurangan baby carrier :

  • Badan cepat letih
  • Tak sesuai dipakai untuk parents yang ada sakit belakang
  • Kena cabut dan pasang semula setiap kali nak duduk, ke tandas, makan, etc
  • Tak sesuai untuk anak yang dah besar, berat!
baby carrier

Pengalaman pertama Noorul bawa Zyad berjalan overseas di New Zealand. Masa ni umur Zyad 5 bulan lebih. Setiap kali berjalan nak naik bukit dan panjat tangga, letak je dia dalam baby carrier tu. Lama-lama dia akan tertidur sendiri haha. Senang sangat!

Semasa di Cameron Highland nak panjat tangga ke Ladang Teh atas bukit. Agak sesak time ni, tapi bila ada baby carrier semua jadi mudah. Baby pun terlindung dari hujan dan panas sebab ada penutup kepala.

Ok ni pula masa Zyad dah umur setahun lebih. Badan makin berat dan makin lasak, jadi kena letak dia secara front facing (menghadap depan). Nampak tak kepala dah lentok. Baru setengah jam jalan dah mula nak tidur.

Macam Mana Pula Dengan Stroller?

Haa bagi Noorul, stroller adalah benda terakhir yang perlu dibeli. Maybe boleh beli lepas anak dah lahir atau lepas dah beli car seat & baby carrier tu. Kenapa tau, sebabnya bila anak masih kecil (newborn atau 3 bulan ke bawah) sebenarnya agak tak sesuai untuk letak anak dalam stroller (pendapat Noorul lah). Kebanyakan stroller dekat bahagian seat atau tempat sandar dia agak lebar, jadi badan baby senang menyenget atau melorot ke bawah.

So kalau badan baby kecik lagi, boleh beli seat cushion padding untuk ‘firm’kan kedudukan badan baby supaya dapat duduk / baring dengan lebih selesa. Contohnya seat cushion padding JJ Cole yang Noorul beli di Shopee. Bahagian kepala dia lembuttt macam span, siap ada protection supaya kepala anak tak bergegar bila tolak stroller. Paling best sebab senang cabut dan basuh. Noorul sharekan link Shopee ya 👉 https://shp.ee/wffezbx

Kebaikan stroller :

  • Mudah bawa jalan – tolak je stroller jadi badan tak letih
  • Boleh tumpang letak barang bahagian bawah stroller
  • Anak boleh tidur dengan selesa, tak perlu pangku anak
  • Sesetengah stroller boleh adjust ketinggian untuk jadikan babychair
  • Boleh guna lama sampai umur anak 5-6 tahun

Kekurangan stroller :

  • Ambil ruang banyak untuk letak dalam kereta
  • Tak sesuai bawa ke tempat crowded
  • Dalam mall – kena naik lif untuk turun & naik (kadang-kadang ramai tak bagi keutamaan, so kena tunggu lama sampai lif kosong)

Pengalaman Noorul, masa Noorul bawa Zyad jalan naik stroller ni betul-betul baru lepas habis pantang. Stroller ni parents Noorul yang hadiahkan. Memang selesa dan sturdy, tapi bila bawa Zyad jalan, kejap je dia nak duduk dalam tu then nangis mintak nak dukung. Bila pindah letak dalam baby carrier elok pulak dia senyap siap tertidur.

Lepas tu baru Noorul tersedar, umur macam tu baby lebih selesa bila didakap dan tak berapa nak duduk dalam stroller pun. So sejak tu jarang dah pakai stroller kecuali untuk masa-masa tertentu.

Zyad enjoying the breathtaking view of Huka Falls, Taupo New Zealand

Masa di New Zealand pun Noorul bawa stroller juga sebenarnya. Yang ni Noorul sewa dari orang (stroller pun boleh sewa je tau) sebab stroller jenis ni ringan dan boleh lipat masuk dalam flight. Tapi malangnya tak pakai sangat pun, dengan umur macam tu Zyad lebih selesa duduk dalam baby carrier. So membazir je sewa haha *menangis penuh penyesalan*

So Noorul harap dengan perkongsian ini dapat bantu parents yang masih confuse nak beli baby gear yang mana satu terlebih dahulu. Pendapat Noorul, car seat > baby carrier > stoller. But it’s your choice sebenarnya, pilihlah yang mana terbaik untuk anak. Kalau berkemampuan, better beli yang ada jenama supaya lebih dipercayai demi keselamatan anak.

Good luck ❤️

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *