Baru-baru ni, ada seorang follower Noorul yang juga ada anak syurga, mesej Noorul tanya tentang cara nak stopkan susu. Dia sedang pantang tanpa bayi, sama macam Noorul dua tahun lepas. Noorul sangat faham situasi yang dialami oleh ibu ini. Susu badan banyak tapi tiada bayi yang memanfaatkan..
Sedih tu memang sedih, ibu mana yang tak sedih. Tapi cuba jangan fikir sangat takut murung pula bila emosi kurang stabil. Sepanjang berpantang tanpa bayi, Noorul cuba sentiasa fikir positif walaupun kadang-kadang ada juga menangis especially lagi bila dukung anak buah Noorul yang baru berusia sebulan, lebih kurang dengan baya anak syurga Noorul.. teringat pada wildan Mohd Salahuddin.
Cuma itulah, masa pantang tanpa bayi tu susu badan Noorul agak banyak. Pening cari cara macam mana nak stopkan susu. Masa tu mula lah macam-macam tips orang kongsi suruh buat cara itu cari ini. Noorul pun cuba satu persatu, apa salahnya kan mungkin ada yang berkesan pada kita.
Pertama sekali Noorul cuba cara tradisional iaitu letak kelopak kobis dan tekap pada payudara. Noorul rasa cara ni menjadi sebab susu berjaya stop. Tapi malangnya susu tak berhenti sepenuhnya dan Noorul masih rasa sakit dan berdenyut. Mungkin kobis tak cukup atau Noorul salah letak ke Noorul pun tak sure.
Cara kedua, Noorul minta tukang urut (pantang lady) untuk urut bahagian breast. Rasa lega sekejap tapi few days lepas tu rasa sakit datang semula. Rupa-rupanya baru Noorul baru tau sebenarnya urutan tu hanya untuk melegakan urat yang tegang / bengkak dan untuk melancarkan saluran susu yang tersumbat. Baby still kena hisap untuk ‘sedut keluar’ susu yang tersumbat tapi kalau baby tak ada, macam mana? 🙁
Cukuplah dua cara tu je yang Noorul cuba sebelum Noorul ambil keputusan sendiri untuk jumpa doktor. Tak tahan! Walaupun tak bengkak teruk tapi still tak rasa selesa. So Noorul ke DEMC (sekarang Avisena Specialist Hospital) dan doktor cadangkan untuk ambil pil Bromocriptine. Syukur, settle semua masalah! Dalam masa seminggu lebih susu dah berhenti sepenuhnya. Pil dalam botol pun masih berbaki tak sempat habis semua. Tapi Noorul still kena berhati-hati dalam bab pemakanan, jaga dari makan makanan yang akan banyakkan susu contohnya lobak putih, oats, kurma, dan semua jenis halba.
So mommies.. kalau betul nak stopkan susu, paling penting jangan pam keluar sebab itu akan menggalakkan lagi pengeluaran susu. Dia macam satu cycle, bila kita pam susu, breast akan mengeluarkan hormon prolaktin yang akan merangsang kilang susu untuk menghasilkan lebih banyak susu (meet supply and demand). So bayi akan hisap, dan kilang susu akan sentiasa keluarkan susu lagi dan lagi. Lainlah kalau ada baby untuk memanfaatkan susu kita, barulah kita boleh buat cara ni *sad but true.
Bila tulis tentang bengkak susu ni, Noorul teringat yang Noorul pernah terkena bengkak susu yang teruk sampai dua kali, iaitu masa berpantang anak kedua dan masa balik kampung yang berjam-jam lamanya. Sangat seksa sampai Noorul menangis tahan sakit. Rasa dia sangat ngilu, p*ting rasa macam dihiris-hiris Allahuuu.
Nasihat Noorul, bila dah ada tanda bengkak susu janganlah sesekali melambat-lambatkan dari cari jalan penyelesaian. Boleh jadi demam, terkena jangkitan mastitis, atau paling worst bila dah sampai bernanah doktor kena operate dan buang nanah tu. Seram!
Noorul juga ada kongsikan pengalaman dan tips jika terkena bengkak susu dalam blog lepas, boleh rujuk sini : https://simplynoorul.com/breastfeeding-journey-pengalaman-bengkak-susu-milk-blister/
Bagi ibu yang nak stopkan penyusuan badan sebab anak dah cukup 2 tahun, mungkin boleh try cara Noorul ni juga. Dengan pengambilan pil Bromocriptine, inshaAllah masalah akan cepat selesai.
Good luck ❤ Doakan Noorul berjaya susukan anak hingga cukup dua tahun ya!
Sy nk tnye..ank sy da mmg xnk susu bdn ..lau bg je asyik tolak lau bg mengempeng jeee tolak abis2 ..smpai xtau nk buat ap..tpi sy sering bengkak susu pdahal anak bru msuk sbulan nk xnkk bg susu formula ja..nk hntikan bengkak susu tu mcm mne ya..msa tgh bengkak lau amik pil bromocriptine tu kne pam susu jgk ke untuk kluakan susu atau kne biar je bengkak and biar surut sndrii smpai susu xklua..and stu lg hehe ..nk tnyeee pil tu bole dpatkn kt farmasi x??sbb sy da nk msuk kje..sy xnk time kje bengkak susu msih ade..sy risau je sbb jnis bila pam susu ..susu nya meriah bukan mainn…tpi anak xnkkk..bg yg da pam msuk btol pon xnkkk…kdang2 da pkai pad breast pon xselesa sbb terlmpau bengkak..ni plk lg2 da nk msuk kje da sbb sy pon bru ank first so sy xtauu..bole bg penjelasan skit x
Hi puan ❤️
Kalau dari pengalaman saya, saya consume pil stop susu tu saya tak pam apa2 dah. Risau bila pam tu ada stimulation untuk breast kita produce lebih banyak susu. Tapi kalau bengkak, puan boleh pam tapi cuba jarakkan masa. Jangan kerap sangat. Sekadar untuk melegakan breast yang sakit. Pil tu saya rujuk doktor sebelum saya consume. Tapi tak silap saya ada juga di farmasi 🙂
Salam Puan Noorul,
Saya pun tgh proses wean off anak yg sulung sbb dah berumur 3 tahun tp susu bdn masih byk. Nak tny, pil boleh didapati di farmasi ke? Ke wajib jumpa dr dulu untuk consult? Kalau jumpa dr, dr obgyn ke? Thank you.
Waalaikumsalam Puan,
Pil stop susu badan tu saya consult dulu dengan doktor. Kalau di farmasi saya kurang pasti, mungkin Puan boleh try tanya ☺️
Hai sis, nak tanya pengalaman sis makan bromocriptine. Dalam tempoh pengambilan pil tu sementara nak tunggu susu berhenti memang susu akan bengkak, keras dan sakit ke?
Hi Puan Fika 🙂
Berkenaan breast bengkak tu saya tak pasti sebab saya consume pil Bromocriptine tu sebelum bengkak. Kalau Puan dah bengkak sis boleh legakan dulu guna cara tradisional. Antara cara yang saya pernah buatk, marmet payudara bawah air panas, pam keluar susu (sekadar untuk melancarkan susu tersumbat sahaja) dan urut payudara menggunakan sikat. Sambil tu Puan boleh consume pil Bromocriptine tu juga. Moga dapat membantu 🙂