7 Tips Mudah Beli Car Seat Untuk Anak

Hi dan Assalamualaikum semua!

Pernah terdengar tak berita kes kemalangan kereta, anak yang duduk dalam carseat terselamat tanpa sebarang kecederaan? Padahal kereta dah remuk teruk siap terpusing 360 darjah!

Boleh refer sini :

  1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/19/anak-selamat-tidak-tercampak-keluar-dari-kereta-kerana-car-seat/
  1. https://www.facebook.com/331481044571/posts/10157326220174572?d=n&sfns=mo 

Dulu Noorul tak berapa kisah sangat tentang kepentingan car seat ni. Yelah kan sebab selalu tengok orang elok je pangku anak kat riba, nampak macam selesa duduk dekat peha mak. Bila duduk dalam car seat ni kita nampak sempit, tak bebas, tak boleh baring, dahlah harga mahal eh macam-macam lah!

Sedangkan tu semua antara 1001 alasan yang menyebabkan kita semua rasa car seat tu useless. Bila kita dah terkena sendiri dan terlibat dalam accident, masa tu baru dah terhantuk nak terngadah.

graco carseat
Kemain Zyad happy dapat car seat baru hehe

Nak beli car seat ni sebenarnya kena ikut kesesuaian anak, kesesuaian parents dan kesesuaian kereta. Noorul sendiri sebelum ni pernah terbeli car seat yang ‘salah’ sebab desperate nak pakai cepat. Tak buat cukup research, main taram je beli last sekali tak terpakai dan terpaksa jual semula. Masa tu tak tahu pun car seat ni sebenarnya ada bermacam jenis, ada yang ikut europe standard, us standard, chest clip, extended rear facing.. macam-macam lagi lah.

Nampak macam mudah tapi sebenarnya banyak yang perlu di ambil kira supaya pelaburan kita ni berbaloi. So dalam post ni Noorul nak share serba sedikit tips pemilihan beli car seat. Moga bermanfaat.

Tips #1 – Tentukan Sama Ada Car Seat Jenis Isofix atau Sealbelt Installation

Sebelum beli car seat, cuba check dulu sama ada kereta kita support isofix / top tether atau tak. Kalau tak, boleh pilih car seat yang pakai belt (manual) sahaja. Yelah, takut tersalah beli car seat nanti tak boleh install dekat kereta kan. 

Untuk check isofix – boleh tengok pada kusyen kerusi kereta, ada tak label isofix tu? Kadang-kadang tulisan kecik je so kena zoom sikit mata hehe. Tak pun kalau perasan dekat kerusi tu ada lubang kecik untuk masukkan klip isofix.

Untuk check top tether – boleh check dekat belakang seat kereta, bentuk dia macam tempat letak hook. Yang ni untuk secure car seat anak dengan cara sangkut kat belakang kerusi. Kalau tak sure boleh check buku manual kereta masing-masing je untuk confirmkan 😉

Tips #2 – Kenalpasti Tumbesaran & ‘Group Age’ Si Manja

Kalau anak jenis cepat meninggi / membesar, boleh beli car seat yang boleh pakai lama. Means car seat yang limit berat kg dia sampai anak masuk tadika atau sekolah rendah haa macam tu lah. 

Pilih car seat yang ada function ‘booster’, yang boleh tarik penyandar belakang untuk adjust paras tinggi anak. Lagi satu check harness slot dia sama ada bahu anak tu ngam-ngam atau masih ada ruang. 

Kalau ngam-ngam tu maksudnya tinggi anak dah sampai had. So kena say good bye dekat car seat tu walaupun car seat tu alahaii cantiknya mommy sendiri tengok hati terus berkenan haha. Nanti anak dah besar dah tak boleh pakai membazir kena beli car seat baru lagi. Lari budget..

Tips #3 – Padankan Dengan Kesesuaian Tubuh Ibubapa

Pilih jenis car seat ikut kesesuaian tubuh kita (mak bapak). Ni pun penting juga.  Ada parents yang badan agak besar, ada masalah sakit tulang belakang / sakit tengkuk yang kronik, payah kan nak tunduk-tunduk dalam kereta. So boleh prefer car seat yang jenis pusing 360 darjah contohnya macam Joie iSpin, Crolla S+ 360 Spin, Nado 03 dan Koopers Lucafix Zip. 

Tapi Noorul tak berapa suggest car seat jenis ni sebab kelebihan dia hanyalah boleh spin bagi mudah untuk kita angkat dan letak anak tu je. Tu pun waktu baby masih kecil, bila dah lasak nanti dia dah pandai keluar masuk panjat sendiri car seat tu. So akhirnya tak terpakai pun fungsi spin tu lagipun bila dah pasang car seat ni dah tak boleh pusing sesuka hati melainkan kena bukak semula belting / top tether sebab dah ‘locked’ kat kerusi. Leceh..

Jadi kalau tak ada masalah apa-apa better pilih car seat yang biasa je, lagi banyak function dia tau!

Tips #4 – Pilih Jenis Car Seat Yang Mudah Dipasang

Nak pilih cara pemasangan car seat yang mudah atau leceh? 

Cuba tengok balik point nombor 1 tadi, kereta kita ada isofix / top tether tak? Kalau tak ada, nak taknak kena beli car seat yang dipasang secara belting je. 

Ada yang kata pemasangan secara belting ni agak leceh (Noorul la tu). Kena pusing-pusingkan tali seatbelt then kena ngamkan masuk kat penyangkut khas dia lagi. Kemudian part paling leceh bila nak angkat atau letak anak agak susah sebab terhalang dengan tali seatbelt tu. Boleh tersangkut kepala anak kat situ haha.

Tapi sebenarnya ada je cara untuk memudahkan parents yang pakai car seat cara belting ni, cuma Noorul baru tau tipsnya lepas dah jual car seat yang lama. Sobs *pujuk diri sendiri*

Ada dua kereta? Satu kereta ada isofix, satu lagi kereta tak ada? Then boleh je beli car seat yang boleh pakai dua-dua contohnya Koopers Boston dan Graco Sequence. Boleh jugak tukar-tukar kereta kan. 

Tips #5 – Sesuaikan Jenis Car Seat Dengan Saiz Kereta

Jom kita tengok pada keselesaan anak dan kesesuaian size car seat dengan kereta pula. Cuba try letak anak dalam tu, agak-agak anak nampak selesa tak? Tengok kusyen kepala terlalu menghimpit ke, padding kusyen nipis sangat ke atau fabrik jenis panas ke. 

carseat bayi

Then cuba minta staff kedai untuk pasangkan car seat dekat kereta and troubleshoot, sama ada ngam tak dengan car seat tu dengan kerusi kereta kita? Sebabnya kadang-kadang bila car seat tu terlalu bulky atau besar, dia akan makan space kerusi depan so orang depan pulak yang tak selesa (lagi-lagi yang kaki panjang).

Apa-apa pun, buatlah pilihan yang bijak sebab kita nak pakaikan car seat dekat anak ni lama kan.

Tips #6 – Pilihlah Car Seat Yang Baru, Bukan Preloved

Car seat baru vs car seat preloved. 

Noorul faham car seat ni harganya agak pricey. Mesti ada yang terfikir, baik beli preloved dengan half price je kan. Entah-entah anak tak pakai lama pun. 

Emm dulu Noorul pun terfikir macam tu juga. Beratus @ beribu juga harga dia macam boleh beli perabot baru. Tapi demi keselamatan anak, banyak perkara yang perlu dititik beratkan sebenarnya. Berminggu jugak Noorul dengan suami fikir nak beli baru ke preloved?

Nak beli preloved tu sebenarnya tak ada masalah cuma banyak yang kita kena double check. Salah satunya kena check warranty car seat tu tinggal balance berapa tahun dan sama ada pernah terlibat dalam accident ke tak. Then car seat ni pun ada expiry date nya. Kalau dah expired, ketahanan car seat tu dah worn out, warranty tamat, pecah sana sini atau pernah involved dalam accident, hmm macam sia-sia je kita pakaikan car seat sebab tujuan car seat ni pun demi untuk keselamatan anak betul tak.

So beli lah yang baru, it is much better, kalau tak cukup budget, menabunglah dari sekarang. Tak pun boleh buat installment by credit card if taknak rasa too heavy. Sekarang pun banyak je kedai yang offer 0% installment 🙂

Tips #7 – Periksa Standard Piawaian Keselamatan

Haa ni tips paling penting. Sebelum beli car seat kita cuba check sama ada sah standard piawaian keselamatan atau tidak. Then, ada certificate ke tak?

Sijil ni ada banyak jenis, ECE, FMVSS, AS atau NZS. Jangan pening, mana-mana jenis pun okay janji ada sijil tu. Maksudnya company car seat tu dah buat car crash test etc. Boleh tengok sticker yang ditampal pada car seat atau minta kat seller untuk tunjuk tengok cert. Kalau rasa fishy tu elakkan je ok. Especially if beli online kadang-kadang seller blurkan je gambar. Amboih naaa

So itu sahaja tips yang boleh Noorul kongsi setakat ni. Semoga memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat bantu mommy & daddy buat pilihan yang betul dalam beli car seat. Tak rugi pun kita melabur duit untuk keselamatan anak, nyawa anak lebih berharga dari segalanya. Kalau kita sedih tengok anak kita luka sedikit sebab terjatuh, bayangkan bila tengok anak kita kulit terkoyak kulit melecur patah kaki etc. 

Nauzubillah. Semoga dijauhkan. 

P/s; Kalau ada salah dan silap dalam perkongsian ni, boleh komen dekat bawah. Apa yang Noorul harapkan ialah kita sama-sama tahu tentang kepentingan car seat supaya kita dapat buat pilihan yang terbaik untuk anak kita.

Silakan SHARE penulisan ini supaya kebaikan ini dapat disebarkan seluas-luasnya. Terima kasih 🙂

Salam sayang,

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *