Assalamualaikum semua.
Rasa lama sangat dah Noorul tak update blog ni. Rindu pula nak menulis hehe. Bukan apa, sejak ada baby ni masa jadi sangat limited dan Noorul hanya fokus dekat anak je. Barulah Noorul faham macam mana perasaan ibu-ibu. Ni baru anak sorang, kalau anak dah 2,3 macam mana agaknya kan.
Sementara baby tengah lena tidur ni Noorul saja nak menulis share tentang pengalaman bersalin di Hospital Andorra dua bulan lepas. Hospital ni sebenarnya Noorul dah lama ‘aim’ untuk bersalin, sebab banyak review best yang buat Noorul tak sabarrr nak rasa sendiri pengalaman tu. Tengok dari luar pun dah nampak exclusivity hospital ni dengan design yang ala-ala English. Belum lagi tengok bahagian interior serta layanan dia yang macam hotel 5 star! Bila dah rasa sendiri memang betul pun seperti yang di kata, nanti secara detailnya Noorul akan share di next post okay?
Isnin • 6 May 2019
First Ramadhan, jam 1 pagi. Masa ni Noorul dah bersiap-siap untuk tidur. Perut dah mula rasa sakit-sakit, tapi perlahan je dan tak kerap so ingatkan sakit biasa je. Noorul buat taktau sampailah bila Noorul bangun nak ke tandas, tiba-tiba rasa air mengalir laju turun kat celah peha.
Noorul cepat-cepat panggil husband cakap air ketuban dah pecah. Husband mula-mula tak percaya tapi bila tengok air tu bercampur dengan darah, terus muka dia berubah jadi pucat! Melompat terus dia dari katil, dia pulak panik lebih dari kita haha. Suami suruh bersiap-siap terus ke hospital, nasib baik beg hospital semua dah ready tinggal nak angkat masuk dalam kereta je.
Sempat Singgah Kedai Mamak!
On the way ke hospital tu Noorul mintak husband singgah kedai mamak untuk bungkus makanan (ceh sempat lagi). Husband mula-mula reluctant, yelah dah ada tanda darah apa semua sempat lagi fikir nak makan. Bukan apa Noorul cuma takut nanti takde tenaga nak meneran sebab dari malam semalam tak makan kan.
So agak lama tunggu makanan siap, akhirnya sampai Andorra hampir pukul 3 pagi.
Suami terus register admission sementara Noorul kena check bukaan dan buat test amniotic fluid leak detection. Yang peliknya nurse cakap cecair yang turun tadi bukan air ketuban tapi vaginal discharge je. Aik?? Cuma sebab bukaan Noorul dah 3cm nurse dan dah masuk fasa aktif labour, nurse suruh get ready terus masuk labour room. Finally! Tak payah serah diri hari khamis ni. Selamat dari di induce haha.
Labour room dia quite besar siap ada toilet. Nervous pulak Noorul bila tengok semua peralatan bersalin dah ready. Barang-barang baby pun dah siap letak atas meja. Nurse suruh tukar baju bersalin dulu dan offer nak tolong bukakan sebab takut Noorul tak larat, tapi Noorul cakap Noorul okay je since contractions pun masih tak kuat lagi. Noorul mintak izin nak makan makanan yang bungkus tadi tapi nurse tak bagi pulak, yelah bila dah masuk labour room kita tak boleh buat apa-apa selain baring je atas katil, check contraction dan ready to deliver. So Noorul duduk jelah kat situ sambil bersembang dengan husband.
Contractions Makin Kuat dan Kerap
After 1 hour and contraction pun masih tak meningkat, finally nurse bagi izin naik wad kat tingkat 4 untuk rehat and makan. Suami pun memang kena makan pun sebab nak sahur kan. Tapi tak lama pun duduk wad sebab tiba-tiba sakit tu makin kuat. Macam tiba-tiba je sakit tu datang. Panik suami bila tengok badan Noorul sampai liuk lentok tahan sakit, muka berkerut-kerut macam nak nangis siap gigit bantal. Cepat-cepat dia tekan butang kecemasan panggil nurse datang dan nurse pun bagi pilihan sama ada nak jalan atau tolak naik katil ke labour room? Noorul of course lah nak naik katil sebab nak berdiri pun tak boleh dah ni!
Bila check bukaan, rupa-rupanya bukaan dah 7cm. Patutlah sakit sangat!
“Takpe awak tahan sikit ya kami dah call doktor Yuliyanti. Dia dah on the way ke hospital,” nurse cuba pujuk. Noorul pun angguk jela suami makin gelisah kat sebelah sambil urut tulang punggung Noorul. Alhamdulillah kurang sikit sakit tapi mata masih terpejam tak boleh nak buka mata pun. Tengok screen monitor contractions Noorul dah makin kerap dan laju naik turun atas bawah. Allahu sakitnya..
Tak lama lepas tu doktor pun masuk labour room dan bagi salam. Alahai manis je doktor ni walaupun pakai tudung sarung biasa je dan nampak kelam-kabut. Kesian jugak sebenarnya tengah sahur first day Ramadhan ni tiba-tiba dapat panggilan kena berkejar ke hospital kan.
Bila doktor sendiri check bukaan…
“OK! Dah 10cm! Noorul you can deliver now and push!!” Noorul pun push lah sekuat hati sambil genggam besi katil kiri kanan. Noorul cuba push macam yang diajar dalam birthing class tapi tak ingat apa dah bila dah sakit sangat. Nafas pun dah tak betul. Noorul memang sengaja tak nak ambil gas entonox atau epidural sebab Noorul percaya Noorul boleh tahan sakit macam yang sebelum ni.
Baby DIstress dan Taknak Turun
Dalam beberapa minit Noorul teran dan still macam tiada perubahan, doktor cepat-cepat arahkan nurse untuk ambil something. “Nurse boleh you ambil vacuum? I think baby taknak turun ni. Cepat, make it quick!” Apa lagi terkejut lah Noorul bila doktor cakap macam tu kan. Belum sempat tanya apa-apa doktor dah masukkan alat vacuum dan tarik baby perlahan-lahan sambil suruh Noorul teran sekuat hati. Agak lama juga sampai Noorul dah habis tenaga tapi baby still taknak keluar 😢 Noorul dah takut. WHAT HAPPEN??
“Teran lagi Noorul! Teran kuat kat bawah macam nak b*rak!” Masa ni Noorul dah betul-betul tak larat dan hampir putus asa. Menangis-nangis Noorul cakap kat husband dah tak larat! Bersalin kali ni memang tak sama macam yang sebelum ni. Suami usap-usap kepala Noorul sambil suruh kawal pernafasan dan bacakan zikir. Sokongan suami memang sangat penting masa ni. Dan after around 45 minutes bertarung nyawa, akhirnya berjaya juga lahirkan Zyad Al-Fateh pada 6.33 pagi hening subuh.. syukur Alhamdulillah…
Mengalir-ngalir air mata suami bila tengok baby. Tergamam dapat tengok zuriat sendiri lahir depan mata. Macam tak percaya 9 bulan lebih bawa baby kehulu kehilir dalam perut dan sekarang dia dah ada kat depan mata. MashaAllah comelnya dia, dengan badan sihat montel, rambut lebat, kulit merah-merah muka chubby sebiji ikut rupa arwah abangnya Salahuddin Hamdi :’)
Terharu Noorul bila husband bagi hadiah kiss kat dahi. Alhamdulillah kali ni suami dapat teman dan experience sendiri tengok proses bersalin dari awal sampai akhir. Dapat tengok sendiri betapa sakitnya seorang isteri lahirkan zuriat untuk dia. Especially kali ni memang Noorul betul-betul struggle untuk bersalin. Lama juga kali ni bertarung nyawa dalam labour room. Rupa-rupanya baby taknak turun bila leher dah terbelit tali pusat dan baby dah terb*rak dalam perut. Allah. Doktor kata nasib baik tak sampai kena emergency ceaser sebab semuanya terjadi betul-betul sebelum bersalin, so masih tak affect paru-paru baby. Syukur.
Suami kemudian bacakan azan dan iqamat kat telinga kiri kanan baby. Doktor ajar suami cara pegang anak, kendong anak, angkat anak, burp anak. Bagus sangat doktor ni very helpful, since kita first time parents ni agak kekok nak pegang baby especially yang baru lahir kan. Doktor siap buat demo first step hingga last step dan suruh suami ulang sampailah suami confident.
Thank you doctor Yuliyanti for being the greatest doc. Yang sentiasa ada dengan kami dari awal hinggalah dah selamat bersalin. Yang sentiasa senyum dan beri kata-kata semangat di saat kami nervous nak timang cahaya mata baru. Sayangnya doctor Yuliyanti dah habis contract dekat Andorra, kalau tak memang Noorul akan suggest doktor ni untuk jadi gynae kepada bakal ibu yang akan bersalin di Andorra :’)
Terima kasih suami yang sentiasa supportive dan ada dengan saya sentiasa. Thank you for being a wonderful husband. I couldn’t ask for a better man in my life.
Let’s start our new life with our little one shall we? ♥
[…] masa hari kejadian Noorul kena admit bersalin tu, Noorul dan husband terus ke bahagian emergency belakang bangunan sebab masa tu dah pukul 3 pagi. […]
[…] Rasa cepat sangat masa berlalu! Masa birthday dia tu mula la terkenang-kenang pengalaman masa bersalinkan dia, first word dia, first solid food dia, first time pandai duduk, pandai merangkak.. Rasa nak […]