Pengalaman Manis Bersalin di Andorra Women & Children Hospital, May 2019

Assalamualaikum semua!

Seronok rasa bila husband approve untuk Noorul bersalin kat Andorra Women and Children Hospital kali ni. Kenapa kami pilih hospital ni untuk bersalin, disebabkan pengalaman Noorul yang lepas juga. Sebelum ni Noorul bersalin kat hospital government, which is good but still ada few things yang Noorul rasa takkan dapat kalau pilih private. Contohnya dekat Andorra, aurat kita confirm akan terjaga sebab doktor dan nurse semuanya perempuan since hospital ni Islamic-friendly. Dan kalau nak rasa pengalaman mewah macam kat hotel 5 bintang, Andorra lah pilihan yang paling tepat untuk bersalin. Thank you husband sebab layan permintaan wifey hehe.

So masa hari kejadian Noorul kena admit bersalin tu, Noorul dan husband terus ke bahagian emergency belakang bangunan sebab masa tu dah pukul 3 pagi. Bila Noorul cakap dah ada tanda turun air ketuban, terus staff nurse suruh masuk dalam bilik khas untuk ambik sample air ketuban dan check bukaan. Tapi macam yang Noorul cerita dalam post lepas, air yang turun tu rupa-rupanya bukan air ketuban tapi vaginal discharge biasa je. Sebabnya bila ambik sample, air tu tak bertukar jadi biru atau hijau bila campur dengan cecair chemical.

Tapi since bukaan Noorul dah 3cm, nurse suruh standy terus kat labour room sebab bila-bila masa dah boleh beranak. Nasib baik masa tu dah mentally and physically ready, so tak rasa cuak sangat bila tiba-tiba kena admit masuk LR.

Dan alhamdulillah, dengan izin Allah pada 6.33 pagi lahirlah baby boy si mata sepet lagi comel bernama Zyad Al-Fateh (full story boleh baca kat sini).

Noorul bersyukur sebab dapat doktor dan nurse yang very supportive. Pengalaman bersalin kali ni memang berbeza dari tahun lepas. Especially masa tengah meneran tu tiba-tiba doktor detect baby terbelit tali pusat, siap dah terb*rak dalam perut. Patut pun bila dah 10cm baby taknak turun-turun. Suspen betul! Kelam kabut suasana dalam labour room tu lagi sikit nak kena emergency ceaser. Semuanya berlaku dengan pantas. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan izin Allah.

Yang bestnya masa bersalin tu suami boleh teman siap rekod video, cuma doktor tak bagi directly ambik video kat area ‘situ’. Aurat katanya, dan mungkin takut video tu ditengok orang bukan muhrim. Suami pun ok je dia pun memang takut tengok darah haha. Boleh ambik video dari atas kepala atau dari tepi je. Syukur, at least ada kenangan untuk kita boleh ulang kali tengok in future nanti. 

Dekat sini makanan semua disediakan oleh team MasterChef Zubir. Yang ni semua dah include sekali dalam pakej bersalin Andorra tak kisah kita ambil pakej yang mana. Staff nurse akan bagi menu untuk kita pilih menu breakfast, lunch dengan dinner. Susah betul nak pilih sebab semuanya nampak sedap! Lama jugak Noorul fikir (biasalah perempuan) sebabnya setiap menu kena pilih complete set siap dengan dessert, side dish dengan main course. Rambang mataaa!

Nampak tak sedap dia? Cewah. Suami telan air liur je. Berat dugaan dia first day puasa pulak tu hihii. Ada juga makanan yang orang tua-tua kata tak elok untuk makan contohnya macam telur, nasi goreng, kek etc, tapi Noorul yakin mesti chef tau mana yang sesuai mana yang tak untuk dimakan kan. Sebab kalau tak sesuai dia tak akan serve dalam menu orang berpantang. Ha gituu

Sepanjang hari dari siang sampai malam suami rileks je kat kerusi katil dia sambil-sambil jaga anak. Noorul pilih bilik single so privacy sikit suami boleh teman tidur sekali malam tu. Katil baby letak kat sebelah katil Noorul, so anything senang boleh tengok-tengok. Bila baby nangis ke, nak tukar diapers ke, nak mandikan ke, tekan je bell atas katil dan staff nurse akan datang ambik baby bawa ke nursery. Semua dia akan uruskan, mummy and daddy rehat je sambil layan Netflix :p

Ni baby baru balik dari nursery. Amboi hensemnya dia rambut siap sikat tepi! Bedung pun ikat kemas je, wangi pulak tu. Geram rasa nak gomol tapi takut terjaga pulak susah dia nak tidur balik. Masa kat sini lah kita nak enjoy rehat puas-puas sebab balik rumah nanti bila semua kena dah urus sendiri confirm tak dapat tidur dah haha.

Sesekali, Mak Yam (midwife yang expert bahagian penyusuan) akan datang dan ajar cara nak susukan anak dengan betul. Mula-mula Noorul memang fail habis, nak pegang baby sambil menyusu pun tak reti (sekarang dah expert kau haha), baby pun tak pandai nak latch lagi, so Mak Yam lah yang akan ajar step by step. Ada one time tu baby nangis tak berhenti walaupun Noorul dah suakan breast, dia asyik tolak-tolak muka tak nak menyusu. Tapi bila panggil Mak Yam, automatik baby diam dan elok je hisap susu. Noorul macam… ehh.. Mak Yam ni ada magic hand ke? Tinggalkan tangan Mak Yam nak bawak balik rumah boleh!

Mak Yam ni macam mak-mak, kita rasa tenang je dan seronok nak ajak bersembang. Pagi-pagi kat luar wad riuh dengar suara Mak Yam je :p Suasana terus jadi happening. Setiap kali datang jenguk Noorul dia akan pegang dada dan bacakan doa untuk banyakkan susu. Berulang kali ajar benda yang sama tanpa rasa jemu. Banyak benda yang Mak Yam nasihat Noorul akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih Mak Yam :’)

Oh ya, dekat sini bila kita nak mandi lepas bersalin tu, semuanya personal masseuse yang uruskan. Dia yang sabunkan kita, lapkan badan, pakaikan baju, sampailah urutkan satu badan. Haa sampai ke situ dia layan kita best takkk? Rasa macam puteri bila dia buatkan semua untuk kita. Tapi kena tebalkan sikit muka tahan malu sebab kena tanggalkan baju depan dia waktu nak mandi tu tsk. Tak kisahlah, janji bila dia urut tu badan rasa ringan sangat! 

Masa nak discharge tu semua beg kita diangkut dengan trolley. Ala macam kat hotel-hotel tu. Suami pun jalan lenggang kangkung je. Noorul masa nak balik tu duduk kat wheelchair, staff nurse yang tolak sampailah ke kereta. Anak pulak duduk dalam trolley khas dia haha comel je. 

Tak lupa juga terima kasih kepada pihak Andorra sebab bagi free gift. Banyak betul dia bagi macam beg baby, bedung, stokin, thermos, notebook, baby wash, hygiene wash, sample diapers, ehh macam-macam lagi lah. Yang beg baby warna purple tu cantik betul siap ada gold plate Andorra. Tak payah susah-susah dah nak beli beg baby lepas ni. Paling best sebab dapat bunga dengan congratulations card tu, rasa macam kita di appreciate sangat :’)

So secara keseluruhan, kos yang kami spend dekat Andorra ni around RM5.8k (RM3999 single room + RM1000 vacuum + RM699 baby charge + tax), tak termasuk checkup baby sebelum admitted. For me pengalaman, servis dan layanan dari pihak Andorra sangat memuaskan, jadi apa yang kita bayar tu worth dengan apa yang diberi. Kita rasa seronok sangat kat sini dan kalau di beri peluang lagi, Noorul nak bersalin kat sini lagi! (eh encik shuben kenapa jeling tu?)

Welcome home Zyad Al-Fateh!

So bagi yang tengah survey nak bersalin dekat mana, Noorul recommend untuk pilih hospital Andorra. Tak salah kalau kita pilih tempat yang terbaik sebab kita dah lakukan benda yang terbaik, kan? Kalau ada budget lebih Noorul suggest pilih single room sebab husband boleh teman sekali. Tak pun boleh pilih VIP room, bilik besar siap ada sofa dengan peti sejuk. Satu family dah datang melawat nak berkampung pun rasa selesa hehe.

For me this is one of the best decisions I’ve made to choose Andorra. And I’m sure you will too! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like