Sambutan Hari Jadi Tahun Pertama Zyad – Tetap Meriah Dengan Persediaan Yang Ringkas & Bajet

Alhamdulillah syukur ya Allah, anak Noorul dah masuk satu tahun pada 6 Mei lepas. Rasa cepat sangat masa berlalu! Masa birthday dia tu mula la terkenang-kenang pengalaman masa bersalinkan dia, first word dia, first solid food dia, first time pandai duduk, pandai merangkak.. Rasa nak menangis bila teringat balik semua tu. Haha sindrom mak-mak betul.

Untuk birthday Zyad ni, Noorul macam biasa suka plan last minit. Sebab Noorul tau plan awal ni jarang yang menjadi haha. Lagi 3 hari nak birthday, kelam-kabut Noorul cari idea. Hari jadi pertama kan, haruslah meriah! Dulu berangan nak buat party ajak beramai-ramai datang rumah etc, tapi bila dah ‘stuck’ dalam pandemik Covid-19 ni, terpaksa lah cari idea lain.

Kebetulan harijadi Zyad jatuh pada musim PKP, so nak sambut dekat luar atau ajak beramai-ramai sambut sekali memang jauh sekali. Macam birthday Noorul & husband sebelum ni pun jatuh pada musim PKP juga kami sambut dekat rumah je. Still seronok, sebab kita sambut dengan orang yang tersayang kan 😊

Bila kita semua kena kuarantin di rumah, maka terhasil lah tema idea ‘Quarantine Birthday’ ni. Kebetulan husband bawa balik printer dari ofis (work from home) jadi senang la kerja nak menghias hehe. Gigih Noorul lukis dekat iPad untuk bagi gambaran pada husband macam mana bentuk decoration pada cake. Sebabnya husband pandai design pakai Adobe Illustrator dan Noorul pula suka curah idea kreatif.

Untuk cupcake pula, Noorul cari yang baby-friendly, tanpa gula, tanpa perasa tambahan atau coloring. Alhamdulillah scroll dekat Instagram terjumpa Hokido Ofiicial yang jual cake / cupcake baby-friendly ni. Yang bestnya sebab dia banyak pilihan, dan kebanyakannya ready stock so tak perlu tempah seminggu awal. Cepat-cepat Noorul contact agent terdekat dan dia terus deliver pada keesokan hari guna LalaMove. Wah pantas! Kan dan kata plan last minit ni selalu menjadi.

hokido official

Noorul beli perisa Mango Milk (RM8.50) dan Carrot Cheese (RM9.50), total RM18 sahaja. Jimat kan. Selebihnya hiasan sendiri je yang tak perlu keluarkan banyak kos pun.

Di Shopee pun ada Cupcake Baby Friendly ni 👉🏻 https://shope.ee/2pwWvK7cZ8

Kemain tau gelak tu. Alhamdulillah Zyad nampak happy sangat. Cupcake ni pun sedap dan gebu. Suka lah dia!

Tema pula haruslah kuning hitam, barulah nampak macam kena kuarantin dekat rumah 😜

Birthday party ni kami buat lepas Isyak. Lepas settle berbuka & terawih baru set decoration. Agak lambat, Zyad dah nampak moody sikit masa ni sebab nak dekat waktu dia tidur.

Terpaksa umpan dia dengan cookies untuk bagi mood dia ok balik. Kalau tak meragam je bila dukung asyik minta nak lepas.

Happy One Year Old sayang! We love you so much ❤️❤️

P/s : Kalau ada budget lebih, boleh try Decoration Birthday Set di Shopee ni. Tak sampai RM50 tapi boleh dapat macam-macam! 😍

Link Shopee 👉🏻 https://shope.ee/1L7j8e6ubb

Terima kasih Allah, Kau hadirkan Zyad Al-Fateh mewarnai hidup kami di saat kami redha selepas kehilangan anak syurga. Doakan kami agar Zyad menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah, cantik akhlaknya dan baik budi pekertinya.
Amin.

Salam sayang,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *