Alhamdulillah sekarang kandungan Noorul dah masuk 30 minggu. Happy sangat rasa bila baby makin aktif menendang dalam perut. Bila minum air manis sejuk lagi la dia kuat menendang sampai senak perut tak boleh tidur haha. Teringat masa minum air gula kat KK beberapa minggu lepas. Tak boleh lupa pengalaman tu sebab rasa dia macam TAUBAT TAKNAK MINUM LAGI!

Mula-mula ceritanya Noorul ingat tak kena minum air gula ni sebab tekanan darah, hb, berat Noorul semua ok. Senang kata semua cantiklah. Family pun tak ada sejarah kencing manis kecuali nenek belah mak. Rupa-rupanya Noorul kena minum air gula ni jugak sebab ada history dengan pregnancy lepas yang mana baby abnormal.

So nak taknak Noorul terpaksa terima je dengan hati terbuka. Nak buat macam mana kan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cewah. Sempat lagi Noorul tanya doktor masa checkup haritu, “Nanti minum air gula ni ada yang perisa oren tak??”

Suami pandang geram je kat Noorul sebab tanya soalan bukan-bukan. Yela kita kalau boleh taknak minum yang perisa original sebab orang kata tak sedap LANGSUNG. So kalau dapat yang berperisa sikit kira rezeki la tu haha. Tapi doktor cakap ikut nasib, kadang-kadang kalau stok ada dapatla yang perisa oren atau blackcurrent.

Bila dah sampai tarikh appointment, alhamdulillah Noorul dapat juga perisa oren! Happy tak terkata! Cute pulak cawan plastik pink dia tu. Tapi.. macam banyak je air gula yang kena minum, tengokla pekat dia tu macam mana T__T

*muka konon excited bila dapat perisa oren*

So sedap ke air gula perisa oren tu?

Bagi Noorul OK la, sedap juga walaupun rasa kelat sangat-sangat kat tekak. At least better dari perisa original hihi. Cuma nak telan tu payah sikit sebab rasa macam tajam-tajam kat tekak sebab minum benda yang terlampau manis kan.

Ada orang bagi tips supaya minum sekaligus dalam sekali teguk, tapi Noorul tak mampuuu. Bila nurse lalu depan Noorul nurse siap tanya, “Ok ke minum air gula tu?” sebab tengok Noorul macam nak nangis -__-

So tipsnya minum air gula ni kena slowly and steady je yeee 😛

Actually bila dah selesai semuanya Noorul tak rasa pun ujian minum air gula ni satu benda yang membebankan. Yelah sampai buat orang takut nak buat test ni, ada yang kata lagi sanggup hadap morning sickness daripada kena minum air gula ni. Bagi Noorul jauh beza sangat. Morning sickness lagi tak seronok sebab tak boleh bangun, asyik melepek atas katil, takda selera makan, badan lesu, nak berjalan pun rasa macam nak pitam.

Lagipun bagus juga kita buat ujian air gula ni sebab nak check sama ada kita ada diabetes (kencing manis) ataupun tidak. Ada yang sebelum ni tak pernah-pernah ada kencing manis, tiba-tiba waktu mengandung ada pulak. So bahaya kalau tak kawal sebab boleh membahayakan baby. Kalau kita dapat detect awal inshaAllah ibu dan baby masih sempat dirawat.

Oh ya Noorul lupa nak cakap, sebelum buat ujian air gula ni kita kena puasa dari makan dan minum dari pukul 11 malam sebelumnya. Means bila sampai hospital / klinik pada pagi esoknya tu, doktor akan ambil ‘darah puasa’ before minum air gula. Kemudian dalam 2 jam selepasnya, kita akan diambil darah sekali lagi untuk compare bacaan dengan yang first. Kalau bacaan kurang dari 7.8 means awak normal alhamdulillah! Noorul punya 7.4 pun kira okay lagi kata doktor.

Tapi doktor pesan walaupun bacaan gula ok jangan pulak lepas ni bantai pi makan benda-benda manis haha. Sebab apa yang kita makan akan direct ke baby kita kan. Sekadar rasa-rasa tu bolehlah. Jangan makan junk food selalu, McD, KFC, maggie, air gas tu kalau boleh kena elakkan.

Tapi.. tiba-tiba teringat lagi 1 week anniversary Noorul dan husband yang kedua. Baru nak buat roadtrip sambil makan! So kena tahan nafsu makan la ni? -____-

Write A Comment