Nikmat Adalah Satu Ujian – Ikhtiar, Tawakkal & Redha

Assalamualaikum & hi!

First of all, thank you sebab sudi follow cerita Noorul dalam post yang lepas. Alhamdulillah, ramai yang concern tentang kesihatan baby dalam kandungan Noorul.

[quote align=”” name=””]”Noorul OK?”[/quote] [quote align=”” name=””]”Macam mana keadaan baby?”[/quote] [quote align=”” name=””]”Baby masih membesar dalam perut?”[/quote] [quote align=”” name=””]”Baby ada heartbeat tak?”[/quote]

Antara soalan-soalan yang tak pernah putus. Tak lupa yang banyak bagi tips dan nasihat untuk kami suami isteri. Terima kasih banyak-banyak. InshaALLAH, semoga dibalas dengan kebaikan yang berterusan.

25 Oktober 2017

Noorul dan suami decide untuk jumpa dengan Pakar Fetomaternal di HTAR, Klang untuk further check up secara detail keadaan baby dalam kandungan. Dr. Ramesh (seperti yang di refer oleh doktor di Hospital Umra) adalah Fetomaternal Specialist and Consultant yang agak well-known di hospital government.



Nasib kami baik, sebab ibu Noorul ada beberapa kenalan yang masih kerja dekat HTAR yang tolong setkan appointment lebih awal dan arrange dari segi proses pendaftaran.

Untuk yang masih belum tahu, bangunan yang menempatkan doktor pakar adalah di bahagian belakang bangunan utama hospital.

https://www.flickr.com/photos/26104620@N07/4871810646
flickr – Che Nal

Untuk ke bangunan ni senang je, lepas masuk ke pintu pagar utama, drive terus sampai ke hujung jalan dan belok ke kanan. Then akan nampak satu bangunan warna pink “Kompleks Rawatan Harian” atau lebih dikenali sebagai bangunan ACC (Ambulatory Care Centre) oleh staff-staff dekat sini.

Agak berdebar jugaklah sebab first time kitorang nak jumpa dengan specialist. Appointment kali ni juga akan tau keadaan baby dalam kandungan secara detail. Kalau sebelum ni kitorang jumpa dengan doktor O&G biasa, teori mungkin kurang tepat kot? (saja nak sedapkan hati)

Lagipun sebelum ni doktor tak buat detailed scan, hanya buat growth scan biasa. So mungkin ada lagi benda penting yang perlu kami tahu.

Pagi tu, Noorul ke HTAR ditemani dengan suami dan ibu Noorul. Terharu sekejap sebab ibu Noorul sepatutnya ada important meeting pagi tu, tapi sanggup ambil cuti emergency demi kami.

Dalam bilik Dr. Ramesh, seperti biasa Noorul disuruh baring dan diletak gel dekat perut untuk scan. Agak lama juga scan dan semua senyap hanya fokus pada black and white screen. Baby masih ada heartbeat, laju, cuma tak ada movement. Baby tengah tidur mungkin. Berdebar-debar hati bila doktor explain yang baby ada beberapa komplikasi teruk.

Berkali-kali kitorang pandang screen, tengok report doktor, rasa macam tak percaya pun ada. Extremely poor to no chance of survival? Maksudnya betul lah teori doktor dari klinik-klinik yang kami pergi sebelum ni.

Dengan rasa yang agak down, Noorul tanya Dr. Ramesh mungkin ada rawatan atau ubat untuk sembuhkan balik keadaan baby. Tapi doktor hanya gelengkan kepala. “It’s hard to say because your baby is already around 21 weeks and both kidneys are already affected.”

SUBHANALLAH..

Maksudnya tak ada rawatan langsung?

Kata Dr. Ramesh, kalau komplikasi seperti ni dapat detect masa usia baby around 12-16 minggu, doktor still boleh rawat dan keluarkan air kencing yang terkumpul dengan teknik “Shunting”. Doktor akan masukkan satu tiub kecil ke dalam perut baby sebagai laluan supaya air kencing dapat mengalir keluar.

Kata doktor, hanya 5% yang boleh survive selepas delivery, 95% selebihnya tak boleh survive sebab organ dalaman baby tak develop dengan sempurna. Kalau hidup, kemungkinan besar baby kena bergantung pada life support.

Yang paling kami kecewa, kami cuma sedikit terlewat dapat tau keadaan baby sebab kalau detect awal, inshaALLAH doktor masih boleh rawat lagi. Vital organ baby pun mungkin masih belum badly affected 🙁 Tetapi semuanya kuasa Tuhan, kita tak boleh menidakkan qada’ dan qadar Allah.

Sebenarnya kitorang tertanya-tanya jugak, masa scan baby dekat DEMC tempoh hari (around 12 minggu), baby masih ok dan tak nampak apa-apa komplikasi lagi. Air ketuban pun still banyak. Semua nampak normal senang kata. Bila kami tanya Dr. Ramesh, katanya masa tu air ketuban dihasilkan oleh ibu sendiri sebab tu semuanya still nampak normal. Bila dah masuk lebih kurang 4 bulan, pundi kencing baby dan beberapa organ dalaman yang lain mula terbentuk, barulah baby akan start produce air kencing sendiri.

So, Dr. Ramesh bagi 2 option untuk kami buat pilihan.

Option 1

Since baby tak boleh survive selepas dilahirkan, Noorul dinasihatkan untuk gugurkan baby sebab organ dalaman tak develop dengan sempurna. Bila pundi kencing tersekat, najis yang terkumpul akan masuk ke dalam paru-paru dan kacau sistem pernafasan baby.

Kalau bergantung pada life support, in the end, mungkin baby still takkan survive dalam jangka masa yang lama.

Option 2

Noorul boleh teruskan pregnancy hingga 9 bulan, cuma bila dah due nanti, doktor akan guna teknik “Shunting” untuk keluarkan air kencing baby. Kalau tidak, dengan keadaan perut baby yang kembung mungkin tak boleh lepas untuk dilahirkan secara normal (Noorul memang nak elak dari ceaser).

Dalam proses kelahiran tu juga, baby mungkin boleh meninggal dunia sebab lemas, atau meninggal 1-2 jam selepas dilahirkan.

Jadi tak ada option yang boleh selamatkan bayi?

“I’m afraid there are no other options.”

ALLAH.

Noorul pandang sekilas suami yang sedang tunduk, keruh sangat air mukanya. Ibu Noorul yang datang teman pun terdiam seribu bahasa. Berat sungguh ujianMu ini ya Allah.

Kami dinasihatkan untuk pulang dulu ke rumah dan bincang semula mengenai kedua-dua option. Pihak hospital serahkan 100% kepada kami untuk decide yang mana terbaik.

Cumanya, option mana yang paling baik? Kalau kedua-duanya tak dapat selamatkan baby?

Dua hari kemudian, nurse dari HTAR call Noorul semula untuk confirmkan option yang kami pilih. Kalau kami pilih yang pertama, doktor akan forward rumusan diagnosis dari Dr. Ramesh ke pihak komuniti atasan hospital, sama ada dibenarkan untuk gugur ketika baby masih bernyawa dalam kandungan ataupun tidak. Sebab of course pihak hospital tak nak tanggung apa-apa risiko kalau tak ada kelulusan dari pihak atasan (dan jugak kelulusan dari pihak kita sendiri).

Kalau tengok report scan dari Dr. Ramesh, hanya kidney dan bladder (buah pingang dan pundi kencing) sahaja yang abnormal. Kedudukan baby pun dalam keadaan songsang. Yang lain-lain baby nampak normal dan cukup sifat alhamdulillah.

Mengenai abortion, kalau pihak komuniti hospital benarkan, Noorul kena terus ke HTAR dan warded. Kemudian doktor akan masukkan 5 biji pil di bawah (dalam sehari) untuk induce supaya Noorul ada ransangan contraction.

Seram sejuk betul Noorul dengar. Dahlah first time nak lahirkan anak, tak ada pengalaman, kena masukkan pil lagi. Dengan tak ada air ketuban nak tolong push, kedudukan baby songsang, macam mana nak lahirkan nanti?

Abortion pulak tu! Tak pernah sesekali terfikir nak gugurkan anak apatah lagi anak yang masih bernyawa.

Sejak baby dah masuk 5 bulan, kadang-kadang Noorul dapat rasa tendangan baby dalam perut. Maksudnya baby masih boleh bergerak walaupun tak ada air ketuban langsung. Tak dapat bayangkan kalau Noorul proceed dengan abortion! Entah-entah baby tengah harapkan doa dari mommy and daddynya, instead of kita nak buang dia. Bukan salah baby dijadikan begitu..

So, setelah Noorul dan suami bincang dengan family, rujuk ustaz, tanya pihak Jakim, kitorang bersetuju untuk proceed dengan option 2. Teruskan juga pregnancy sampai 9 bulan. Cuma Noorul dinasihatkan untuk prepare for the worst kalau apa-apa terjadi pada baby, maksudnya secara mentally, Noorul kena bersedia. Doktor nasihatkan kalau tak rasa any movement dari baby, atau ada keluar darah, Noorul kena cepat-cepat jumpa Dr. Ramesh semula.

Sebab apa kitorang pilih option 2?

? Selepas kami rujuk dengan Jakim dan ustaz-ustaz, haram untuk gugurkan bayi jika bayi dah melebihi 120 hari (4 bulan) Sebab selepas daripada 120 hari, baby dah di tiupkan dengan roh. Kalau Noorul teruskan dengan abortion, itu dah dikira sebagai bunuh.

? Haram untuk gugurkan bayi kecuali atas kecacatan / penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Dalam kes Noorul, bayi memang dah ada komplikasi @ kecacatan, cuma ia tak beri affect apa-apa pada Noorul. Bila Noorul call ustaz (dan juga pakcik belah suami), first soalan yang ustaz tanya, “Noorul sihat tak? Noorul ada rasa sakit-sakit sepanjang pregnancy? Noorul ada apa-apa penyakit daripada baby? Noorul masih boleh jalan, berdiri, duduk?” Dan alhamdulillah setakat ni semuanya still OK. Cumanya secara mentally, semestinya Noorul akan affected sebab ibu mana yang tak sedih bila tahu anaknya ada komplikasi.

? Noorul dan suami tak nak rasa bersalah atau berdosa sepanjang hidup kalau kami teruskan dengan abortion. Anak ni anak pertama kami, anak yang sah dan suci. Takkan disebabkan ketidaksempurnaannya kami terus nak buang dia. Sekurang-kurangnya kalau dengan izin Allah baby selamat dilahirkan nanti, baby dapat hidup sekejap pun at least kita still dapat tengok dia, pegang dia, dukung dia, azankan dia.

Noorul bersyukur sebab banyak nasihat yang diterima dari kawan dan family. Sekurang-kurangnya kami akan ada seorang anak syurga. Dan anak inilah yang akan sambut kami di pintu syurga kelak. InshaALLAH.

I know I have you and I have Allah SWT.

Mommy and daddy takkan putus asa untuk sayang ok? Mommy and daddy akan tetap cari alternatif untuk sayang sembuh semula. Mana tahu dengan izin Allah sayang dapat lahir dengan normal. Kun Fayakun, kalau Allah nak jadikan ia maka jadilah. Kuasa Allah Maha Besar daripada kuasa kita.

Kami mohon doa dari semua untuk kesihatan baby kami, kesembuhan dia untuk menghadapi segala kemungkinan. :’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like