Breastfeeding Journey : Pengalaman Bengkak Susu & Milk Blister

Bengkak susu! Siapa yang pernah kena, tahu sakitnya macam mana bila payudara keras macam batu. Nak bangun sakit, nak mengiring sakit, nak susukan anak lagilah sakit.. Horror sungguh! Bila sentuh, terasa ketulan keras dalam payudara dengan saluran susu yang membengkak.

Sejak Zyad dah masuk setahun 2 bulan, dua kali Noorul terkena bengkak susu. First masa beberapa hari lepas bersalin (masih dalam pantang) Noorul tak pandai lagi nak breastfeed baby macam mana. Zyad pun masa tak pandai latch dengan betul. Susu banyak, tapi baby taknak sedut keluar. Biasalah first time kan.

Nasib baik masa dalam pantang tu, Noorul ambil confinement lady yang stay-in selama 2 minggu so bila bengkak susu dialah yang urut sampai bengkak tu surut. 

Zyad teman Noorul sambil berurut

Kali kedua terkena ni, sebenarnya Noorul tak sangka boleh terkena lagi sekali. Last week Noorul sekeluarga balik kampung Kelantan, 8 jam dalam perjalanan Noorul letak Zyad dalam carseat untuk keselamatan. Nak tidur, nak main, nak makan semua dalam carseat je kecuali berhenti kat mana-mana. Sambil Zyad rileks dalam carseat, kita bagilah dia air, biskut, roti, snacks. Sesekali Noorul bukak cerita Didi n Friends dalam Youtube untuk hilangkan bosan. 

Yang sedihnya, bila Zyad dah kenyang dia dah tak nak menyusu. Noorul paksa juga sebab masa tu dah start rasa berdenyut, tapi Zyad nak breastfeed sebelah je. Sebelah lagi dia tolak sampai meronta-ronta. Amboi! Menyesal pulak bagi makan macam-macam dalam kereta tadi haha. Nasi berlauk yang Noorul dah prepare siap-siap dari rumah pun dia tolak.

Akibatnya seharian Noorul terpaksa tahan sakit sampai mengalir air mata sebab kali ni lagi sakit dari sebelum ni. Siap timbul tompok putih kuning kat bahagian nipple sebab ada saluran susu tersumbat.

Milk bleb / nipple bleb

Suami suggest, why not minta Kak Mah (confinement lady yang jaga Noorul dulu) datang urut je? Kebetulan memang dia duduk dekat 5 minit je dari kampung.

Bukan Noorul tak nak, tapi sebab teringat betapa sakitnya kena urut kat area situ dulu. Biarlah Noorul nak cuba try cara manual dulu. 

Macam-macam Noorul cuba buat, tuam dengan botol panas, lalukan air suam bawah shower sambil marmet, paksa Zyad menyusu (ni paling sakit), tapi bengkak tak jugak surut. Bila sentuh makin terasa benjolan keras kat area situ. Noorul pun ada survey pil Lecithin Shaklee untuk cairkan susu, tapi kebetulan semua agent Shaklee kat area Kelantan habis stok. So nak tak nak, last sekali terpaksa juga panggil Kak Mah.

Terpejam-pejam mata Noorul tahan sakit bila kena urut. Benjolan keras kat saluran susu tu Kak Mah tekan perlahan-lahan sambil baca selawat. Pandai dia lembutkan urat area situ, kejap urut bawah ketiak, kejap urut belakang badan, katanya urat situ agak tersimpul. Dalam satu jam dah rasa lega. Syukurrrr. Kak Mah pesan walaupun dah urut tapi kena kerap bagi anak susu sampailah bengkak tu betul-betul hilang.

Bengkak susu kali ni agak teruk sebab Noorul lambat tuam / berurut sampai naik milk blister kat puting. Dah seminggu lepas urut pun masih tak hilang, bila breastfeed sakit macam kena hiris. Takpelah asalkan bengkak dah hilang, cuma kesan milk blister je masih ada. Maksudnya ada lagi saluran susu yang tersumbat so kena sentiasa breastfeed atau pump susu keluar untuk lancarkan semula.

Sesekali Noorul letak Organic Nipple Butter ni untuk legakan sikit sakit kat situ. Tak risau kalau baby menyusu lepas tu sebab bahan dalam cream ni organic dan selamat. Noorul beli kat Shopee je sebab ada free shipping haha.

Sesekali kena rajin pump susu keluar untuk pastikan saluran yang tersumbat tu clear selalu. Tapi macam Noorul yang duduk 24 jam kat rumah, jarang pump sebab Zyad sejenis mengempeng sentiasa haha. Kalau yang kerja ofis tu pump lah selalu nanti tak pasal bengkak semula. Seriau betul bila teringat balik sakit bengkak susu tu. Lambat sikit boleh terkena demam atau paling worst, boleh kena operate!

Antara suggestion dan tips yang boleh dicuba bila terkena bengkak susu :

#Tips 1 – Tuam dengan ais dan air panas

Tuamkan dengan air sejuk / ais sebelum pump atau breastfeed anak. Then, urut perlahan-lahan sambil tuam dengan air panas (guna botol panas pun boleh) pada area breast yang bengkak. Fokuskan pada ketulan atau urat yang keras.

#Tips 2 – Guna epsom-salt

Rendam bahagian puting yang tersumbat dengan epsom-salt yang dilarut dalam air suam. Epsom-salt boleh bantu kembangkan dan buka saluran susu untuk lancarkan bahagian yang tersumbat tu. Epsom-salt boleh dibeli kat farmasi.

#Tips 3 – Kerap keluarkan susu

Kerap susukan baby atau pump dengan kuasa sedutan optimum (sederhana – tak terlalu kuat atau terlalu perlahan) untuk keluarkan susu. Kalau tak ada pump, boleh cuba marmet sambil lalukan bawah air panas.

#Tips 4 – Tuam dan tampal

Tuam dan tampal bahagian breast yang bengkak dengan daun sireh. Boleh juga cuba letak daun kobis tapi bak kata orang tua takut susu berkurang. Cuba yang mana rasa perlu je ok.

#Tips 5 – Consume pil Lecithin

Consume pil Lecithin untuk cairkan susu yang pekat / tersumbat dalam saluran susu. Kerapkan minum air suam juga.

Nak lagi senang, kalau ada tukang urut yang berdekatan macam Noorul, minta je dia datang untuk urut sebab lagi cepat haha. Kalau tak, boleh buat cara manual je dan ulang semua tips di atas sampailah titik putih pada puting (nipple bleb) hilang & bengkak susu tu berkurang.

Good luck mommies!

1 comment
  1. Suka bila baca noorul share perkongsian bermanfaat dan menarik gini. Elok untuk orang yang takda pengalaman supaya tahu ✨🌸

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like