SOP Balik Raya : Tips Beraya Dengan Selamat Semasa Musim Covid-19

Sedar tak sedar kita dah pun berada di penghujung Ramadhan. Lagi beberapa hari je lagi nak sambut Aidilfitri. Tapi tahun ni, pastinya agak kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelum.

SOP Beraya Dengan Selamat

Bila ada anak kecil dan parents yang semakin berumur, kita jadi risau sebab mereka antara golongan high risk dan paling mudah dijangkiti virus Covid-19. Nak beraya lama-lama di kampung pun rasa bersalah sebab takut berisiko, walaupun membuak-buak rasa rindu lama tak berjumpa dengan keluarga. Oleh sebab tu, dalam post kali ni Noorul nak share beberapa tips atau SOP untuk beraya dengan selamat.

Mungkinkah Akan Ada Kluster Raya?

Noorul harap kita semua boleh ambil langkah berjaga-jaga, especially di musim perayaan ni kemungkinan besar ada potensi untuk wujud kluster baru iaitu Kluster Raya. Sekarang, tanggungjawab untuk melindungi orang yang kita sayang terletak pada diri kita sendiri. Bukan lagi kerajaan. Bukan lagi KKM.

1) Terus ke destinasi masing-masing dari rumah (khas untk rentas daerah sahaja). Elakkan dari singgah ke mana-mana langsung termasuklah RnR, stesen minyak, surau atau supermarket kecuali kecemasan.

2) Bangun pagi raya — check dulu temperature badan. Jika bergejala seperti suhu tinggi / demam / selsema / batuk / sesak nafas (*ILI*=influenza like illness) dinasihatkan untuk stay dalam bilik dan terus inform KKM.

3) Pakaian yang dipakai dalam rumah mestilah dibasuh terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dengan suhu 40 darjah celcius untuk membunuh kuman dan bakteria.

4) Tak perlu pakai mask dalam rumah. Tapi kalau pakai make sure terus buang dalam plastik khas dan jangan sepah merata-rata.

5) Sebelum sesi bersalaman, cuci tangan atau pakai hand sanitizer at least hingga ke separuh lengan.

6) Cuba pendekkan masa melawat atau tidur berhari-hari di kampung. Kalau boleh satu hari pun dah memadai seperti yang disarankan oleh KKM.

7) Penjarakan sosial di rumah. Yang ni macam strict sikit tapi boleh follow mana yang perlu je.

  • Duduk berjarak at least 1 meter.
  • Tak perlu berpeluk atau cium pipi, kalau nak salam pun secepat mungkin.
  • Minta parents atau adik beradik kurangkan main / bergomol dengan anak kecil especially baby.
  • Elak berkumpul buat aktiviti di rumah seperti BBQ atau mandi swimming pool.
  • Digalakkan bergilir-gilir masuk ke dapur untuk jaga social distancing.

Nampak macam strict dan leceh kan? So kalau boleh, just stay at home, jangan keluar ke mana-mana, jangan risk anything dan jangan over-do anything. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau nak beraya juga make sure follow SOP yang dah ditetapkan oleh kerajaan.

Raya Cara di Oversea!

Bak kata kakak Noorul, anggap je Aidilfitri tahun ni macam beraya kat oversea. Dekat sana lepas solat hari raya, ambil gambar, makan-makan kejap lepas tu balik dan teruskan aktiviti harian macam biasa hehe.

Raya kali ni bukan untuk terlalu bersuka ria tetapi lebih kepada berhati-hati. Anggaplah ini pengorbanan yang besar untuk ibu ayah tercinta. InsyaAllah, semoga tahun depan keadaan akan pulih seperti biasa. Noorul doakan semoga kita semua dijauhkan dari virus Covid-19.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Noorul sekeluarga! ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *