Nak Bercuti Tapi Belum Buat Passport Baby – Kisah dan Tips Buat Passport Untuk Anak

Mungkin yang follow Noorul dekat Instagram tahu, bulan Oktober tahun lepas Noorul sekeluarga bercuti ke New Zealand selama 8 hari. Masa tu baby Zyad baru umur 5 bulan, dah confident nak bawa jalan overseas.

Masa ni memang best bawa baby berjalan sebab baby menyusu je dan fully breastfeed. Tak payah renyah bawak makanan, biskut, periuk, steamer semua tu since Zyad tak start solid food lagi. Bawak breastfeed cover je senang boleh lipat masuk dalam beg. 

Lagipun Zyad pun masih belum boleh jalan lagi, so senang tak risau dia nak lasak ke apa. Kerja dia sekarang tidur, bangun, main soft toys, minum susu, then tidur balik bila dah kenyang hehe.

Untuk ke New Zealand ni barang-barang shopping baju semua dah ready. Tapi bila hari makin dekat, terasa macam ada something je yang masih belum settle. Rupa-rupanya passport Zyad tak buat lagi!

So apa yang Noorul buat?

First thing first, kita kena buat gambar dulu sebelum ke pejabat Imigresen untuk buat passport. Actually boleh buat dekat kedai gambar atau buat terus kat pejabat Imigresen tu. Tapi untuk mempercepatkan proses, kami ambil gambar sendiri pakai camera phone je. 

Gambar ni kami ambil kat rumah waktu malam dengan Zyad muka mengantuk siap pakai baju tidur. Hehe percaya tak? Background tu kami pakai dinding putih dapur je. Suami angkat Zyad tinggi-tinggi dan Noorul ambil gambar dari depan.

Then, suami edit gambar cerahkan pakai Adobe Photoshop sebab lighting agak gelap dan edit sikit muka kasi nampak flawless. Lepas tu simpan softcopy dalam thumbdrive dan hantar kedai gambar untuk cuci. Dalam 10 minit semua dah settle! Sekejap sangat tak payah tunggu lama-lama atau berpeluh layan drama anak kat kedai kalau anak start cranky. 

Lagipun ambil gambar sendiri ni senang, kalau tak cantik boleh re-shoot semula berkali-kali sampai puas hati kan 😊

Pejabat Imigresen Putrajaya

Esoknya, Noorul dengan suami pergi pejabat Imigresen untuk buat passport Zyad. Kena bawa;

  • surat beranak (sijil lahir) baby
  • mykid
  • IC ibu/bapa yang memohon
  • semua salinan photostat di atas

Cuma silap kami pergi agak lewat hari tu, dengan terlupa tak bawak surat beranak Zyad lagi, so officer tu suruh kami balik rumah untuk ambil atau jalan kaki ke Pejabat JPN (cross bangunan bertentangan) untuk print surat beranak yang ori.

Alamak! Dengan 1 jam lagi pejabat nak tutup sempat ke? 

Tapi salah kami juga sebab terlupa nak bawa. Nak balik rumah terasa jauh. So sebab nak settlekan everything hari tu, kami redah jugak dukung Zyad bawah panas matahari untuk ke Pejabat JPN tu. Kesian juga tapi nak buat macam mana kan..sorry sayang. Then bila dah dapat surat beranak ori tu berlari-lari kami balik ke pejabat Imigresen balik sebab takut pejabat tutup. Haha terasa kelakar pulak bila ingat balik!

Dah sampai tu kami terus naik tingkat 3 dan Noorul serahkan surat beranak ori dengan semua dokumen yang wajib bawa kat officer Imigresen.

Masa ni Zyad dah tidur lena kat pangkuan babah dia, nasib baik dah ambil gambar siap-siap sebelum ni. Kalau tak kesian kena kejut dia pulak. Lagipun kalau meragam nanti takut lagi lambat nak settle ambik gambar dia kat booth. Syukur sangat Allah dah mudahkan urusan dalam bab tu.

Lepas tu kena tunggu sekejap dalam 1 jam untuk dia proses buat passport. Masa ni nak pergi makan ke solat kejap pun boleh. Bila nama dah dipanggil baru kita buat bayaran dekat kaunter dengan bayaran minimum RM100 untuk 5 tahun. Murah sangat bagi Noorul sebab setahun dalam RM20 je.

Passport dah siap. Dah boleh jalan overseas yay!

Actually tak susah pun buat passport baby ni. Ingatkan leceh tapi sebenarnya sangat senang, especially bila bawa baby akan dapat ‘priority lane’ dekat pejabat Imigresen tu. So mudah kerja kita sebab everything akan jadi cepat. Ha masa ni kalau parents nak ambil kesempatan renew passport pun sendiri boleh. Opps!

Antara tips yang Noorul boleh kongsi ;

  1. Ambil gambar anak dan cuci siap-siap sebelum ke pejabat Imigresen. Sangat menjimatkan masa I tell you!
  2. Bawa makanan / susu / breastfeed cover in case anak lapar
  3. Bawa toys atau buku untuk hiburan anak if anak start cranky
  4. Bawa duit yang mencukupi

Moga bermanfaat ♥️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like