Masalah Lipas Dalam Rumah – Pengalaman Buat Pest Control

Lipas? Erkkk!

Dengar nama lipas pun Noorul dah geli. Noorul memang musuh ketat dengan lipas sebab dari kecik ada pengalaman yang membuatkan Noorul trauma. Pernah lipas naik atas kaki, pernah lipas terbang hinggap kat muka, pernah kena kejar dengan lipas sampai Noorul semput. 

Macam tau-tau je kita ni takut dengan dia. Tak boleh ke kacau orang yang berani sikit?

(jangan risau dalam post ni tak ada gambar lipas yerr..)

Macam suami Noorul. Alhamdulillah dapat suami yang boleh handle lipas, maksudnya instead of kena kejar, dia yang kejar balik haha. Siap boleh pegang sesungut lipas yang masih bergerak untuk buang atau flush dalam toilet. 

Masalah lipas banyak dalam rumah bermula bila dah hampir setahun duduk dekat situ. Sebelum ni memang dah ada tapi taklah sampai bukak almari dapur nampak 3 ekor sekaligus. Dalam toilet sebelah dapur tu tak payah cakap, boleh lipas bertenggek kat dinding dengan anak-anak dia sekali. Terkejut kita yang tengah membuang ni rasa macam diperhatikan.

Nak kata rumah bersepah, memang la bersepah sebab ada anak kecik kan. Tapi taklah kotor sebab setiap kali makan atau masak Noorul akan lap atau sapu. So Noorul syak dia datang dari saluran kumbahan kat luar rumah dan masuk ikut paip sinki atau mesin basuh. 

Bila tak tahan dengan lipas yang terlalu banyak, Noorul cuba cari solution. Pernah cuba letak perangkap lipas tapi sekor pun tak masuk. Kemudian cuba letak kiub serai wangi dalam almari and toilet, okla menjadi walaupun result dia kurang memuaskan. Sebabnya lipas tak mati on the spot tapi akan mabuk kejap dalam 3-4 jam sambil tawaf satu rumah. Nanti tengok lah ajal dia mati dekat mana kadang-kadang depan pintu, depan tangga, bawah meja. 

Sangat tak best okey bila kita tengah jalan dalam rumah tiba-tiba terpijak lipas yang dah mati! (meremang pulak bulu roma).

Fikir punya fikir, bincang dengan husband, apa kata kita cuba buat pest control? Lagi bagus bila dia racun satu rumah termasuk sarang dia sekali. Biar habis satu keturunan. Tapi suami pulak agak reluctant sebab takut Zyad yang baru umur 6 bulan tak boleh handle bau racun.

Noorul bukan tak peduli tapi kalau dah cara lain tak jadi, apa kata kita cuba je? Zyad kita boleh bawa dia keluar rumah kejap. Dan akhirnya suami pun setuju setelah puas pujuk *sujud syukur* 🀣

Inilah dia encik Faisal. Orang Klang, dari jauh dia datang. Katanya rumah Noorul ni rumah yang 7 untuk job harini. Alhamdulillah murah rezeki. Bila encik Faisal ni sampai, dia minta untuk tutup semua makanan supaya tak terdedah dengan racun. Baby pula kena bawa keluar (kebetulan Ayah Teh dia datang so boleh jagakan Zyad kejap) sambil Noorul dengan suami tunjuk dekat mana yang selalu banyak lipas.

Tapi encik Faisal mungkin dah banyak pengalaman, dia dah tau spot mana dan dekat mana. So dia terus ke belakang rumah dah buka penutup besi saluran kumbahan guna screwdriver.

Bila bukak je.. “Pheewww! Mana tak banyak lipas, berterabur sarang dia dalam ni bang!” Suami Noorul pun jenguk tengok dalam sekali, terus berubah muka dia. Maksudnya memang banyakla tu!

“Awak.. jomla tengok sekali.” Suami ajak Noorul tengok sambil tersengih. Eh dia ni.. memang taklah, kita kalau nampak lipas sekor pun dah mencicit lari. Ini kan pulak sengaja nak datang dekat. “Takpela awak bagi RM1000 pun saya taknak.” Ewah.

Lama juga encik Faisal spray dalam lubang tu sebab terlalu banyak katanya, so setiap sudut dia tembak dengan racun. Lepas settle, dia masuk dalam rumah dan settlekan bahagian dapur pulak. Noorul buka siap-siap setiap cabinet bawah (ada 9 laci) dan dalam tu semua ada lipas! Ada satu laci tu yang agak kedalam sikit, ada lebih kurang 15 ekor lipas mati kat dalam tu. Allahu.. ni ke port diorang mati beramai-ramai.

Kenapa banyak sangat ni? Macam mana boleh masuk? Kenapa rumah kami jadi target? Banyak pulak persoalan dalam kepala. Dalam cabinet dapur Noorul simpan pinggan mangkuk je. Dalam laci Noorul simpan plastik and cutleries. Tong sampah sentiasa bertutup. Bila tanya encik Faisal, dia kata biasalah.. kadang tu bila lipas berjaya masuk rumah cepat dia membiak sebab tu boleh banyak. Lubang kecik toilet pun dia boleh masuk since dia boleh squeeze kan badan. Eh macam kucing pulak.

Takpelah.. janji lega sikit hati bila dah panggil buat pest control ni. Taklah takut-takut dah nak bukak cabinet lepas ni. Nak masak pun senang hati tak payah panggil husband suruh ambik blender yang jauh tersimpan dalam sudut cabinet.

Then, encik Faisal sambung spray racun dekat setiap toilet (lubang, tepi tile) dan juga setiap rekahan dinding. InshaAllah semua serangga termasuk semut dan anai-anai akan mati bila bau racun tu. Last sekali, dia keluar rumah dan spray dekat longkang depan rumah pulak. Total dalam 15 minit je dah siap semua sekali. Dia pesan, jangan mop dulu dalam 1-2 jam biar racun tu ‘serap’ satu rumah. Pergilah mana-mana shopping ke keluar makan dulu ke. Kita ni okey jee bila dengar perkataan shopping tu laju je bersiap kah!

Sebelum keluar rumah buka dulu semua laci supaya bau racun bebas keluar.

Esoknya, Noorul panggil cleaner untuk cuci satu rumah. Noorul suruh dia keluarkan semua pinggan mangkuk dalam cabinet dan buang lipas yang mati. Laci dapur suami Noorul dah cabutkan supaya senang dia nak sapu keluar semua saki baki. Penuh satu penyodok uols!

Alhamdulillah, leganya hati bila tau rumah dah bebas dari lipas ni. Serius rasa dia lain macam. Rasa selamat duduk dalam rumah sendiri. Katanya kalau nak betul-betul lipas-free ni, kena buat pest control at least 2 bulan sekali. Panggil je dia dan dia akan racun sekali lagi. Noorul sanggup!

Rumah korang banyak lipas? Jom kongsi dengan Noorul cara-cara untuk kurangkan lipas dengan komen di bawah. Sharing is caring! 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *