Minggu lepas hari Jumaat, Noorul panggil cleaner datang untuk spring cleaning kemas rumah. Bila spring cleaning ni satu rumahlah dia punggah barang untuk kemas, susun, lap dan mop. Rumah dua tingkat terasa besar untuk dikemas, tak larat kami berdua nak buat semua sekaligus. Panggil cleaner pun sesekali bila lama tinggalkan rumah sebab balik kampung atau pergi holiday.
Masa Noorul tengah bincang dengan suami susunan katil baru nak letak kat mana etc, tiba-tiba terdengar bunyi jatuh kuat dari luar bilik. ALLAH ANAK AKU!! Berlari-lari Noorul dan suami dapatkan Zyad yang tengah menangis sekuat hati sampai hampir hilang nafas. Panik bila nampak darah banyak mula mengalir keluar dari hidung. Allah.. Allah..
Zyad jatuh head first dengan bahagian depan muka menyembam ke lantai. Hidung dan dagu terhentak kuat dengan gigi sampai luka bibir dan gusi dalam. Kalau kita jatuh macam tu pun sakit, inikan pula baby, tak terbayang sakitnya.
Maafkan Mama Babah..
Sebenarnya masa tengah discuss tu Noorul letak Zyad yang baru 9 bulan lebih main dalam babycot kat ruang tamu. Noorul biarkan pintu terbuka supaya senang nak jenguk Zyad tengah main buat apa. Mungkin too involved in discussion dengan suami, sampai anak tengah lasak memanjat keluar dari babycot pun tak sedar.
Dalam panik, Noorul dan suami cepat-cepat bersiap untuk ke hospital sambil pujuk Zyad. Tapi Zyad meraung tak henti. Noorul dah hampir mati kutu sebab first time benda ni terjadi. Tak sangka pun sebab Zyad tak pernah try panjat keluar dari babycot (selalu leka dengan mainan dia) dan kita pun ingat selamat letak Zyad dalam babycot sebab berpagar. Rupa-rupanya..!
“Kita nak ke hospital ke klinik ni?” Dalam kereta Noorul tanya suami.
“Klinik lah. Cepat sikit. Hospital takut lambat walaupun bahagian emergency, sebelum ni dah pernah kena.”
Tapi suami pun tak sure dengan jawapan dia sebab yang tu kes lain. Yang ni baby, bawah 1 tahun pulak tu, mungkin perlukan perhatian lebih dan takut peralatan klinik tak sama dengan peralatan hospital. Dalam menggigil Noorul terus call kakak Noorul untuk minta opinion dia. Maybe doktor lebih tau apa nak buat. Tengah panik kan, otak kurang berfungsi dengan baik sampai taktau nak buat decision apa tskk. Kakak Noorul suruh cepat-cepat pergi Hospital bahagian emergency since hidung Zyad berdarah ada kemungkinan hidung dia patah. Maybe kena buat X-ray dan klinik tak ada kemudahan X-ray sama macam hospital!
Bila sampai Hosp Putrajaya Noorul terus ke kaunter luar bahagian emergency minta staff ED kat situ tengok keadaan Zyad. Dia tanya Zyad jatuh macam mana, darah keluar banyak ke, ada pengsan ke tak. Bila nampak Zyad dah agak tenang dia minta Noorul register kat kaunter belah dalam. Lega rasanya bila tengok nombor giliran lagi 3 turn, sekali dekat satu jam lebih jugak tunggu huhu.. Entah berapa kali Noorul asyik ulang-alik depan bilik doktor. Risaunya kalau jadi apa-apa lambat bagi rawatan dekat Zyad!
Sementara tu suami bawak Zyad pusing jalan-jalan satu hospital and masuk kedai serbanika bagi Zyad leka tengok orang ramai. Zyad nampak happy bila kita dukung dia siap tendang angin. Tangan pulak sibuk nak capai benda kat sekeliling. Mulut tak berhenti bebel “da..da..da..” eh macam tak sakit je budak ni haha. Sesekali bagi dia minum air kosong yang sempat isi dalam botol kat rumah tadi walaupun kelam-kabut.
Tak lama lepas tu kakak Noorul datang dan bawak kitorang masuk bilik jumpa doktor kawan dia (kakak Noorul doktor Ortho kat hospital tu juga). Zyad meronta sekuat hati bila Noorul pegang dia sebab doktor nak check bahagian dalam gusi. Amboi nak.. satu hospital dengar suara awak. Tapi kesian bila tengok anak kita menangis meronta macam tu. Kita sebagai mak pun rasa nak menangis jugak..
Alhamdulillah, doktor cakap tak nampak luka yang perlu dijahit. Maksudnya luka bibir dengan gusi Zyad boleh sembuh dengan sendiri cuma letak ais je untuk surutkan bengkak. X-ray still kena buat, untuk tengok sama ada hidung retak atau patah since terhentak kuat kat lantai and darah keluar banyak.
Zyad meraung lagi. Kesian dia.. must be too stressful for him 😥 Bilik X-ray ni sorang je boleh masuk. Noorul bagi suami yang masuk teman Zyad sebab Zyad meronta kuat sangat takut Noorul tak dapat kawal. Nak kena pegang bahagian kepala supaya tak bergerak senang nak buat X-ray. Nak pujuk bagi dia tenang bukan senang.
Bila tengok X-ray, alhamdulillah bahagian hidung tak ada apa-apa yang patah / retak. No black gap anywhere area hidung maksudnya darah banyak yang keluar tadi tu bukan sebab patah tapi blunt trauma je.
Masa check tu Zyad dah tertidur kat bahu Babah dia. Letih hampir seharian dekat hospital. Dari pagi sampai tengahari tak makan apa-apa just bagi minum air je. Kesian dia..
Bila dah check semua ok so semua dah boleh balik. Alhamdulillah.. strong boy. Senyum la sikit Zyad 😆 Balik rumah nanti Mama letak ais kat bibir bengkak tu bagi surut ok.
Terima kasih pada kakak Noorul yang sentiasa ada dan tolong kami yang tengah panik. Anak buah dia sakit mana tak risau kan. Sebelum ni Zyad pernah masuk emergency sebab kena kuning pun kakak Noorul tolong juga. Masa tu bacaan kuning Zyad tinggi sampai lebih 300! Kelam-kabut kakak Noorul tolong sana sini adjust katil ambilkan ubat etc. Kebaikanmu tak ternilai..
Untuk Zyad, doktor tak bagi ubat apa-apa cuma bagi air sterile dalam botol kecik ni untuk cuci bahagian dalam hidung dia. Tuang sikit kemudian sedut dengan penyedut hingus supaya darah beku keluar. Doktor siap pesan dalam dua tiga hari lagi kalau darah masih ada, tengok kepekatan darah. Kalau coklat pekat maksudnya darah lama tak perlu risau. Kalau darah warna merah fresh maksudnya darah baru so kena cepat-cepat jumpa doktor balik!
Then monitor juga kalau Zyad dah boleh makan, minum, aktif main, badan tak nampak goyang and kepala tak nampak pening dalam dua tiga hari ni. Baby kan, kalau sakit dia tak boleh cakap so kita kena closely monitor kesihatan dia. Boleh jadi ada pendarahan dalam kepala yang kita tak sedar. Nauzubillah.
Banyak pengajaran yang Noorul dan suami dapat daripada apa yang terjadi ni. Berkali-kali kita nak salahkan diri sendiri sebab cuai pun, tak guna dah sebab benda dah jadi. Kita cuma boleh belajar dari kesilapan dan jangan ulang. So disebabkan kejadian ni, Noorul dan suami jadi SUPER ALERT kalau tinggalkan anak kejap untuk buat kerja, setiap 2 saat akan toleh tengok dia tengah buat apa. Bila dengar bunyi benda jatuh mesti jantung rasa macam nak jatuh je. Seriauuu.. takut yang jatuh tu anak kita.
So Noorul nak pesan untuk ibubapa kat luar sana (peringatan untuk Noorul juga) ;
- Jangan biarkan anak main seorang diri dalam babycot melainkan dah periksa semua keselamatan.
- Kalau anak jatuh katil, cepat-cepat check sama ada berdarah, benjol atau luka. Tengok juga after affect kalau anak pengsan atau muntah, cepat-cepat bawa jumpa doktor.
- Sentiasa awasi anak main – dia capai apa, pegang apa, masukkan dalam mulut apa. Buang jauh-jauh benda yang kecil atau tajam.
- Kalau boleh letak tilam atau bantal di sekeliling babycot, in case anak jatuh boleh kurangkan impact.
- Jangan lupa kunci penghadang / pagar babycot!
Percaya pada naluri kita. Jangan buang masa jika anak nampak lain dari biasa. Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Mudah-mudahan.
Salam sayang,
[…] beli yang tinggi sikit bila anak pijak dia tak boleh panjat keluar. Noorul ada pengalaman dalam blog post yang lepas, anak Noorul panjat keluar dari baby cot dia sampai berdarah hidung dan kena xray masuk hospital. […]