Hi mommies!
Seronok pulak bila Noorul blogwalking sambil baca pengalaman mengandung masing-masing. Sebab setiap orang perjalanan pregnancy dia lain-lain. Macam-macam dugaan perit pahit manis yang kaum ibu terpaksa tempuhi dan kita je yang faham perasaan ni hehe.
Alhamdulillah minggu ni Noorul dah masuk hujung 3rd trimester. Sepanjang mengandung boleh kata dugaannya agak berbeza dengan trimester sebelum ni. Walaupun ni anak kedua Noorul, Noorul tetap nervous bila makin dekat tarikh due! Bayangkanlah kawan yang sama tarikh due pun dah selamat bersalin. Hati makin berdebar-debar bila pulak turn Noorul ni?
Erk!
MY 3RD TRIMESTER SWEET JOURNEY
Kali ni Noorul nak cerita pengalaman mengandung Noorul sepanjang 3rd trimester. Banyak sweet memories yang Noorul nak share, so kalau anak dah besar nanti boleh baca betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang membawa satu nyawa, yang tak mungkin seorang anak akan faham kecuali dia menjadi seorang ibu atau ayah juga :’)
Sakit di Bahagian Ari
Noorul selalu rasa sakit kat bahagian bawah bila nak bangun dari katil, start dari around 37 weeks. Jalan pun slow je terkepit-kepit. After check dengan doktor katanya sebab baby dah ‘masuk’ ke laluan tulang pelvik, that’s why rasa sakit je bahagian situ. Tulang tengah adjust nak bagi kepala baby masuk haa macam tu lah. Means hampir ready dan anytime boleh deliver.
Pergerakan Baby Makin Aktif
Pergerakan aktif ni bukan flutterings biasa tapi dia siap bagi pakej tendangan yang padu! Tengoklah tu perut sampai senget sebelah. Senak oi. Rasa amazed setiap kali nampak perut berombak-ombak, macam ada little ‘alien’ dalam perut tu. Walaupun kadang-kadang rasa sakit especially bila baby tendang area tulang ribs tapi sebagai ibu Noorul rasa bahagia sangat. Sometimes siap boleh main tangkap-tangkap kaki dia hee.
Badan Rasa Panas Luar Biasa
Allahu yang ni kena banyak bawak bersabar lagi-lagi Malaysia makin panas. Aircond tak sah tak bukak yang paling kuat. Dalam bilik pakai singlet pun still berpeluh boleh bayang tak? Haha.
Berulang Alik ke Tandas
Lagi-lagi bila yang kita selalu minum banyak air ni, lagi lah kerap kena ke tandas. Sebelum ni Noorul sejenis yang suka simpan air sembahyang dari Zohor sampailah ke Asar. Kadang-kadang boleh simpan sampai ke Maghrib. Tapi sekarang ni setiap setengah jam je berlari masuk toilet. Tengah malam pun asyik terbangun semata-mata nak ke tandas. Bilik pulak gelap tergagau-gagau lah kita nak cari suis lampu. Redha jelah mommy..
Muka puffy, kaki bengkak
Haa tak bengkak pun tak sah lah kan. Tengoklah tu hidung macam di pam-pam. Tapi ada je mommies yang macam takda perubahan langsung waktu pregnant. Still maintain kurus siap boleh sorok perut sampailah 9 bulan. Jelesnyaaa tengok. Noorul masuk 5 bulan je muka dah kembang setaman. Suami tanya, “Yang kat muka tu hidung tu belon?” Geramnyaaaa lah. Nasib baik sayang. Kaki pulak hmm takyah cakaplah tengok jelah macam mana bengkak dia.
Heartburn / Pedih Ulu Hati
Part yang paling tak selesa >.< Selalu akan rasa selepas makan. Sebabnya bila kita makan bahagian perut akan jadi makin sempit, so bila baby pulak makin besar akan ada pressure kat ulu hati. Tu yang selalunya rasa sebu dan terasa macam nak muntah. Noorul akan kena bila terus baring lepas makan tu lah. Sepatutnya lepas makan kita kena duduk dulu around 1-2 jam barulah boleh baring. Hmm tulah kecik-kecik mak dah pesan jangan baring lepas makan kan dah terbiasa sampai ke besor!
Sakit Belakang
Sakit belakang ni pun kira pakej wajib juga bila pregnant. One of common problems yang kaum ibu akan alami. Dalam kereta Noorul akan prepare 2 biji bantal siap-siap dan atas katil pulak wajib ada 5 atau 6 biji. Kalau tak, tak boleh tidur malam lah jawabnya..
Badan Cepat Penat
Noorul memang akan cepat penat dan bila jalan rasa macam penguin. Mengah bawak perut 3kg oi!
Nafas Makin Pendek
Noorul selalu lelah especially nak naik tangga. Lelah dia macam berenang kat kolam olympic 10 round! Selalu tau Noorul jalan tertinggal kat belakang sampai suami tak perasan. Tau-tau dia tengah cakap sesorang.
Kontraksi Braxton-Hicks
Since Noorul pernah tersalah ‘warning’ sebelum ni, Noorul lebih alert yang mana satu false contraction dan yang mana satu real contraction. Braxton Hicks ni taklah sakit sangat dan kadang-kadang je perut tu rasa keras. Tak macam contraction sebenar yang mana sakit tu lebih kerap.
Naik Berat Badan
Ni pun redha je lah. Tapi sebulan terakhir tu Noorul naik 1 kg je berbanding masa 8 bulan tu, naik sampai takat 71.5kg je. Berat baby pulak yang naik cantik ikut graf. Nak kata Noorul tak makan banyak, Noorul makan banyak je sampai suami pun pening nak membayar bill.
Noorul Prefer First Trimester atau 3rd Trimester?
Noorul prefer 3rd trimester lah of course! Sebab masa first trimester dulu Noorul rasa lemah sangat asyik pening, tak ada selera makan, muka pucat, loya all the way. Siap kena ambil supplement dan juice tambahan untuk extra energy.
Bila masuk 3rd trimester, it was a different kind of challenge for me, but still bearable. Makin tak sabar nak baby keluar ada lah bila baby makin aktif dan selalu bagi respond.
Apa-apa pun, Noorul bersyukur sangat for this pregnancy journey. It was fun and I really enjoyed all the little things. Kalau sebelum ni Allah beri rezeki dapat anak syurga, kali ni Allah beri nikmat dalam bentuk lain :’)
Suami pun banyak support Noorul physically and emotionally. Alhamdulillah. He makes me stronger everyday. Kalau tak ada husband tak mungkin Noorul akan sekuat ini.
Love you, sayang awak walaupun berat sama naik pipi sama tembam ♥
Sekian,
Yang tak sabar nak bertentang mata dengan awak, sayang awak, dan peluk awak,
Mommy Noorul,
37 weeks 6 days.