Growth Scan Yang Membawa Seribu Tanda Tanya

Hi semua! Welcome to my blog ? Noorul dah lama dah tak menulis blog sebenarnya. Rindu pulak jari ni nak menaip hehe.

Alhamdulillah usia kandungan Noorul dah masuk 20 minggu. Sebelum ni Noorul pernah buat check up dua kali di DEMC Shah Alam dan plan nak bersalin di sana. Noorul selalu buat appointment dgn Dr Mazita, one of specialist DEMC yang very recommended.

Cuma after that, Noorul nak tukar klinik  untuk check up sebab nak save sedikit cost.

DEMC mcm yang korang tau adalah one of private hospital yang sangat bagus tapi quite costly (tapi SJMC Subang lagi costly). Hanya yg mampu je boleh buat appointment dekat situ.

Macam Noorul dan suami, memandangkan ni anak pertama dan baru je 7 bulan kahwin, so kami plan nak save cost on check up baby dan cuba try Klinik As-Salam Bangi di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Lagipun, ramai juga kawan-kawan Noorul yang recommend klinik ni untuk buat check up scan.

Nak cari klinik ni pun senang je, bersebelahan dengan Bangi Sentral yang famous dengan butik-butik fesyen tu.

Anyway, since kandungan Noorul dah 20 minggu, dia suggest Noorul ambil package promo RM120, 2D/3D/4D Scan free livescreen 5D lagi !

Untuk ambil package tu, kena buat appointment dulu dan kena ambil masa 3-4 hari sebab dah penuh. Tapi disebabkan Noorul nak cepat-cepat tengok baby (tak sabar! hehe) so Noorul ambil growth scan RM80 saja.

Untuk growth scan, Noorul boleh just walk in ke Klinik As-Salam dan tak perlu buat appointment. Walk in kena between pukul 9 pagi sampai 1 petang sebab doktor O&G available waktu tu sahaja. Bagi Noorul, detail scan boleh buat lain kali tunggu masa kandungan dah besar sikit dalam 24 minggu ke kan.

Pamphlet terbaru dari Klinik As-Salam

Proses pendaftaran semua mcm biasa, minta IC dan everything went smooth dan laju je. Cuma Noorul datang tengahari so kena queue lama sikit dalam 6-7 orang.

Tapi Noorul tak di suruh untuk buat ujian air kencing atau timbang berat (mungkin sebab nak buat growth scan saja), so Noorul terus masuk bilik doktor bila dipanggil dan jumpa terus dengan Dr. Sarah.

Dr. Sarah sangat friendly dan professional. Terangkan satu persatu walaupun bukan sonographer yang khas untuk buat details scan. Tapi cakap laju juga macam Dr. Mazita dekat DEMC (ke memang semua doktor cakap laju? haha).

Lepas tu Noorul terus di suruh baring, di tutup lampu dan letak cecair dekat perut untuk scan. Doc kuatkan suara denyutan jantung baby. Pertama kali dengar Noorul dan suami rasa happy sangat rasa nak menangis! Ni first baby kami yang sangat ditunggu-tunggu.

Tapi.. after dah check dan explain satu persatu tiba-tiba suara Dr. Sarah berubah serius. ”Noorul, lepas ni saya nak sit down dengan awak dan suami kejap sebab ada sedikit komplikasi pada baby.”

Kitorang terus panik la kan. Kenapa dengan baby kami? Rasa terkejut sangat sebab after doktor dah explain, tak sangka benda ni akan berlaku pada kandungan Noorul. (Insha Allah Noorul akan share dan sambung cerita pada next blog). Tapi Noorul bersyukur juga sebab benda ni doktor dapat detect awal, yang mana specialist dekat hospital lain pun puji kecekapan Dr. Sarah dapat detect komplikasi baby pada usia 20 minggu. Selalunya kes macam ni dapat detect masa 28 minggu macam tu.

Noorul akan cerita lebih detail in the next post ya. Mungkin para mommy boleh ambil iktibar / peringatan / panduan untuk baby.

Anyway, bagi Noorul, Klinik As-Salam ni very recommended ? Price pun bagi Noorul murah dan affordable, growth scan hanya RM80 (walaupun Noorul pernah jumpa yg lagi murah) tapi teknologi scan dia lagi canggih dan precise.

Cuma untuk special case Noorul dan baby ni, doktor suruh Noorul refer back to specialist DEMC untuk further scan. In fact kalau buat detail scan dekat Klinik As-Salam pun, sonographer biasa tak boleh check case macam baby Noorul dalam kandungan ni sebab only specialist tertentu je yang boleh.

So kalau ada para mommy nak try buat check up dekat Klinik As-Salam, Noorul sangat recommend tau! ?


[quote align=”” name=””]Info Klinik As-Salam :[/quote]

Facebook : https://www.facebook.com/klinikassalam24/
Alamat : 69-71, Jalan 7/7 C, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Landmark : Berhampiran Restoran Urat Keting, Seksyen 7 Bangi
Operation hours : 24 jam
No telefon : +6019 337 0969

 

Komen Noorul : Staff yang sangat friendly, tandas bersih, suasana klinik tenang, doktor yang sangat professional. 5/5

??

2 Comments

  1. Salam kak. Nak tanye about ur baby bladder? So how now? Getting better? Fyi saya pon ada masalah yang sama. 12/8 baru refer hospital pakar. Hopefull sgt takde apa yg series. 😢 can you share your story about this?

    • Waalaikumsalam dear. Sorry to hear about your baby’s condition. Unfortunately my baby meninggal dunia 45 minit selepas lahir. Sis boleh baca my post here.

      Sis teruskan berdoa, dan sentiasa tawakkal dengan ketentuan inshaAllah saya doakan semua dipermudahkan urusan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *