6 Barang Ibu Mengandung Wajib Bawa Semasa Travel

Since Noorul dah masuk 2nd trimester ni, cepat pula perut membesar walaupun baru 4 bulan. Mungkin sebab mengandungkan anak kedua, jadi orang kata perut dah ada ‘ruang’ since kita pernah pregnant sebelum ni. Muka dengan hidung Noorul pun dah nampak kembang! Sekarang nak selfie pun dah kurang confident, tak jumpa lagi angle muka yang nampak slim T_T

Anyway, baru-baru ni, Noorul dan family mertua travel bersama. Kononnya babymoon sambil shopping lah. Kalau sebelum ni Noorul babymoon masa kandungan 4 bulan, kali ni Noorul pergi masa 6 bulan dan doktor pun confirm yang baby dalam kandungan sihat walafiat. Maksudnya air ketuban cukup, baby pun nampak selesa dan tak ‘cramp’ macam case pregnancy Noorul sebelum ni.

(Baca 👉 Pengalaman Melahirkan Anak Syurga… )

Tak lupa juga, Noorul dah minta surat kelulusan doktor untuk travel naik flight. Just in case kalau apa-apa terjadi dekat airport kita just tunjuk surat dari doktor je. Sebab kadang-kadang ada staff airport yang agak strict untuk lepaskan ibu mengandung naik kapal terbang, sebab diorang taknak tanggung apa-apa risiko semasa penerbangan.

Apa yang Noorul bawa masa travel haritu? Haa.. ni Noorul nak kongsi. Semoga bermanfaat pada semua 🙂

6 Barang Ibu Mengandung Wajib Bawa Semasa Travel

1# Bawa Buku Pink dan Surat Kebenaran Doktor

Surat kebenaran doktor sangat penting bila kita pilih untuk travel by flight. Dalam surat tu doktor akan nyatakan sama ada kita layak atau tak untuk travel. Kalau kita dalam golongan high risk pregnancy, memang doktor takkan luluskan untuk travel. Better safe than sorry kan?

Buku pink pula penting kalau anything happen pada kita (nauzubillah). Senang doktor kat mana-mana nak rujuk, dan kalau mungkin kita kena admitted, inshaAllah semuanya akan dipermudahkan dengan adanya buku pink 😊

2# Bawa Ubat Supplement untuk Ibu Mengandung

Jangan lupa bawa supplement! Especially folic acid, iron tablet dan vitamin C. Jangan pula bila dah seronok travel, bayi dalam kandungan kita dah lupa.

Noorul haritu bawa pill Iberet je sebab senang, dalam tu dah lengkap dengan semua vitamin yang wajib ibu mengandung ambil. So tak perlu bawa 3-4 jenis pill, nanti akan ditanya pula ubat ni untuk apa kan. Jenuh nanti nak menjawab haha.

3# Bawa Bantal Travel Yang Sesuai

Bantal ni jenis apa-apa pun tak kisah, janji sesuai dengan keadaan badan kita. Tapi yang Noorul prefer, bantal leher bentuk U Microbead yang berklip.

Bantal jenis ni agak fleksibel dan lembut berbanding bantal U biasa yang standard tu. Sebab contohnya kalau kita sakit belakang, kita boleh buka je klip dan luruskan bantal dan letak di belakang badan. Tak pun boleh letak kat atas perut bila perut rasa senak (ke Noorul sorang je yang buat macam ni? haha.) Janji, boleh bentukkan bantal tu ikut rasa selesa kita.

Lagipun bantal travel yang jenis berklip ni senang nak bawa sebab boleh gantung pada bagpack atau beg tarik. Noorul beli di Shopee 👉 https://shp.ee/nd8xfsz

4# Pakai Kasut yang Selesa & Tak Terlalu Tinggi

Bila kita nak travel mesti akan ada yang cakap, “Ehh dah mengandung ni ada hati nak berjalan lagi? Buat penat kaki je!”

Haha penat tu memang confirmlah kan, tapi nak juga berjalan lepaskan gian! Nak juga berjalan puas-puas sebelum ada anak dan tanggungjawab yang lebih besar nanti.

safya madre

Tapi jangan lupa bila berjalan tu kenalah bawa kasut selesa sesuai untuk ibu mengandung. Jalan pula pakai selipar nipis je, at least pakailah kasut yang ada ‘arch support’ atau span tebal macam kasut di MADRE. Nak berjalan pun biarlah dengan selesa, nak berdiri lama pun tak rasa penat sangat bila ada support yang cukup pada kaki. Nanti tak pasal kaki sakit pula kan.

5# Bawa Botol Air untuk Kekal Hydrate

Dah sedia maklum ibu mengandung kena minum banyak air untuk kekal hydrate. Tapi yang tak bestnya, kita ni mesti selalu nak ke toilet! Kadang-kadang sampai lencun seluar dalam dibuatnya haha. Kalau tengah malam tu tak sah kalau tak bangun berkejar nak ke tandas.

Tapi apa nak buat, kalau dengan minum air tu yang terbaik untuk baby. Cuma bila travel ni, kita kena pandai-pandai adjust berapa banyak yang kita kena minum supaya tak lah selalu nak ke toilet. Janji ibu mengandung kekal hydrated dan bertenaga sepanjang hari 😊

6# Travel dengan Beg Tarik

Time pregnant ni lah setiap benda kita kena extra careful, especially angkat benda-benda berat. Benda berat ni depends pada tahap badan masing-masing, ada yang angkat cerek dengan air penuh pun dah berat bagi dia. Ada yang angkat bagpack rasa biasa je bagi dia. Apa-apa pun, kena sentiasa berhati-hati sebab takut membahayakan kandungan.

So bila travel ni, apa kata kita tukar dari bagpack ke beg tarik. Walaupun kita rasa bagpack kita tu tak berat, tapi just for extra precaution. Lagipun best apa tarik je beg tu tak payah susah-susah angkat sana sini. At the same time boleh jaga tulang belakang kita yang dah start sakit-sakit tu.

Noorul doakan semua ibu-ibu sihat dan enjoy menempuh saat-saat kehamilan. Bila nak travel jangan lupa barang-barang essential seperti di atas ya. Jangan lupa gunakan benefits ibu mengandung dengan sebaiknya. Contoh kat airport tu naik je kereta buggy jangan malu-malu nak minta. Bayangkan kalau naik AirAsia, jauh jugak tu nak ke pintu gate. Penat tau 😥

Dan sepanjang travel nanti kalau boleh banyakkan naik Grab, jangan paksa diri jalan kaki atau bersesak-sesak naik public transport (kereta api, etc). Kita pun tak tahu keadaan kat sana macam mana, dengan bau asap semua. Kita orang perempuan ni selalu perasan diri kita gagah, tapi yang kat dalam perut tu sebenarnya sangat fragile.

Good luck, take care dan happy travel!

Salam sayang 🤍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *