Resepi Bayi : Strawberry Dates Jam Homemade

Hi semua! Macam mana minggu pertama korang stay at home? Dah rasa lemau? Hehe.. kalau macam tu, apa kata kita cuba resepi baru yang Noorul nak kongsikan ni. Khas untuk bayi 8 atau 9 bulan ke atas.

Alang-alang buah strawberry yang dibeli kat Cameron Highlands masih berbaki, so timbul lah idea resepi baru ni. Boleh juga bagi anak makan dengan roti sambil ajar dia makan pakai tangan (Baby-led-weaning @ BLW).

Cara buat sangat simple. Hanya perlukan buah strawberry, kurma dan air.

Bahan-bahan :

  • Buah strawberry (9-10 biji)
  • Buah kurma (5-6 biji)
  • Air

Cara-cara :

Pertama, siapkan puree kurma terlebih dahulu. Basuh dan rendam kurma semalaman dan blend sampai halus.

Dalam mangkuk lain, rendam buah strawberry dengan Liquid Cleanser Pigeon. Biarkan dalam 5-10 minit kemudian bilas. Tujuan cuci dengan liquid cleanser ni untuk hilangkan segala chemicals yang ada pada buah atau sayur.

Then buah strawberry tadi dipotong kecil atau dadu. Senang nak masak nanti (tapi nak blend pun boleh)

Dah siap dua ni, baru boleh start buat Strawberry Dates Jam kita!

Mula-mula panaskan kuali dengan api paling kecil. Masukkan sedikit air.

Masukkan puree kurma tadi dan kacau sekejap.

Masukkan pula buah strawberry yang dah dipotong kecil @ dadu tadi. Tambahkan air kalau rasa terlalu kering. Jangan biar kering sangat nanti keras tak shedapp.

Sementara tu pukul-pukul sikit buah strawberry tu bagi separa hancur atau lenyekkan pakai masher. Saja Noorul buat macam ni sebab taknak jem tu terlalu berketul. Sedang-sedang ajaaa

Cantik tak jadiannya? Ada sedikit tekstur macam ni, barulah jem strawberry namanya!

Jangan lupa kacau sampai buah strawberry tu keluarkan sedikit air dan biarkan likat.

Dah siap! Biarkan sejuk sekejap sebelum letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan 2-3 bulan kalau betul cara penggunaannya. Bila nak ambil pastikan pakai sudu bersih dan jangan campur dengan benda lain.

Sedap dan mudah kan resepi ni. Rasa masam manis gitu. Confirm anak suka. Boleh makan dengan roti, biskut, pancake atau waffle.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like