Hi dan Assalamualaikum semua! Okay harini saja Noorul nak kongsi resepi ayam masak asam pedas, sebab husband Noorul tak berhenti tambah hehe. Suka pulak kita bila tengok husband berulang kali tambah lauk kan.

Husband Noorul sebenarnya jenis yang jarang puji masakan. Bila ditanya “Sedap tak lauk saya masak hari ni?” Baru lah dia akan jawab. Kalau tak sampai ke sudah kita takkan tau sedap ke tak melain kan berpinggan-pinggan dia cedok lauk kat kuali tu haha. Siapa husband macam Noorul kita genggg *sep sikit*

Ayam Masak Pedas

Bahan-bahan :

1 ekor ayam – dipotong ikut suka
7-8 sudu besar cili kisar / 35 tangkai cili kering
2 batang serai – di ketuk
1 batang bunga kantan – dipotong 5 (optional)
Segenggam daun kesom
Air asam jawa
Sedikit lada hitam – ditumbuk kasar
Sos pelam (optional)
2 biji tomato – dipotong 6 (optional)
3-4 cawan air
Bendi / Terung
Garam
Gula

Bahan kisar :

7 biji bawang merah / 2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Belacan – sebesar saiz ibu jari

Cara-cara :

  1. Panaskan 5-6 sudu minyak masak.
  2. Masukkan bahan kisar tadi dengan cili kisar dan serai, kacau hingga agak garing. Masa ni minyak akan meletup-letup so kena pakai apron (sebab Noorul kadang-kadang masak pakai baju tidur aje haha)
  3. Bila dah garing sikit masukkan pula ayam, daun kesom dan bunga kantan. Tutup kuali dan masak hingga ayam tadi agak mengecut.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Gaul dalam 5-6 minit kemudian masukkan pula lada hitam.
  5. Masukkan air sikit (agak-agak je) untuk dijadikan kuah.
  6. Masukkan pula sos pelam untuk rasa yang lebih masam. Tapi tak letak pun tak apa kalau rasa dah ngam.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Last sekali masukkan bendi dan biarkan hingga empuk. Jangan terlalu lama pula takut bendi terlalu lembik.
  9. Nak masukkan tomato atau terung pun boleh sebagai optional. Meriah sikit lauk tu kan hehe.
  10. Ok dah siap.. boleh dihidang bersama nasi putih atau roti.

Ada yang tanya, kena masukkan daun limau purut tak?

Kalau awak masak daging masak ayam pedas, bolehlah masukkan daun limau purut untuk gantikan daun kesom tu tadi. Sebab ianya lebih sesuai untuk daging. Macam kita masak kari lah, cara masak kari ikan lain dengan kari ayam kan? Hehe.

So tu jelah yang Noorul nak kongsi kali ni. Sejak mengandung ni macam-macam pulak tekak ni mengidam. Kadang-kadang tak berselera makan lauk kat kedai, nak yang kita masak jugak sebab tak kena dengan tekak kita kan. Sabar jelah.. nasib baik husband banyak membantu juga isterinya memasak.

Alhamdulillah šŸ™‚

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *