Hi Assalamualaikum dan Hi semua pembaca blog Noorul! Kalau dalam post sebelum ni Noorul ada share resepi Ayam Kunyit Viral, kali ni Noorul nak share pula satu resepi kegemaran iaitu AYAM MASAK BURMA.
Resepi ni Noorul belajar sendiri dari mak Noorul. Memang sedap rasa ayam masak burma ni, lain dari yang lain. Ada rasa kari sikit, rendang sikit. Tak perlu pakai santan pun. Sangat special. Yang bestnya, lauk ni sesuai dimakan sekali dengan nasi putih, nasi minyak atau pulut kuning. Variety gitu!
Resepi Ayam Masak Burma
Bahan-bahannya :
2 biji bawang besar *
4-5 biji bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
3-4 biji cili padi (tambah jika nak pedas) *
2-3 batang serai (hiris halus) *
**kisar halus bahan yang bertanda**
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
3-4 sudu besar sos tiram (boleh juga dicampur sekali semasa blend)
1 sudu besar serbuk kari
4 helai daun limau (dicarik dan urat tengah dibuang)
1 biji tomato dibelah 4
Cara memasak :
Blend kesemua bahan kisar sehingga halus
Masukkan sekali 1 sudu serbuk kari untuk dikisar.
Kemudian panaskan minyak yang banyak dan masukkan bahan blend serta cili kisar.
Tumis hingga bahan tumisan agak garing.
Masukkan pula ayam dan tabur daun limau purut yang sudah dicarik dan dibuang uratnya.
Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan tomato dan asam keping.
Jangan lupa masukkan sedikit air sikit untuk kuah. Jangan terlampau banyak nanti jadi kuah kari pula (first time Noorul buat fail! haha..)
Biarkan reneh seketika hingga ayam masak.
Masukkan sedikit garam dan gula.
Kecilkan api dan biar hingga kuah agak sedikit kering. Pastikan tekstur seperti sambal, pekat-pekat gitu.
Kemudian, siaplah hidangan ayam masak burma kita! Senang je nak masak (tapi first time buat fail jugak hihih). Hasilnya Noorul tak ambil gambar pulak sebab dah lapar. Bau dia saja sangatlah menyelerakan sampai boleh buat kita lapar secara tiba-tiba!
Bolehlah cuba ya. Sedap dimakan dengan nasi panas.
Salam sayang ♥