Seronok tak Pulau Redang Noorul? Seronok yang amat! Enjoy dan sangat tenang, tambah-tambah kalau pakej Pulau Redang yang kita pilih bersesuaian.
Percutian kali ni Noorul ajak sekali semua staff untuk rehatkan kepala, sebab masing-masing dah perform yang terbaik masa bulan Ramadhan haritu. So Pulau Redang Terengganu jadi pilihan semua untuk kita enjoy!
Sebenarnya ni kali kedua Noorul pergi Pulau Redang. Sebelum ni Noorul ambil pakej Pulau Redang Nuyu (boleh google), kali ni pun Noorul ambil pakej Nuyu juga. Memang recommended lah sebab servis dia ok dan staff dia very helpful. Bila kita dah suka dengan sesuatu servis, mesti kita nak repeat lagi kan? Noorul suka ambil pakej je sebab kerja kita jadi lagi mudah bila semua dah prepare dan kita follow je itinery yang disediakan.
Harga pakej yang Noorul ambil hanya RM298 je sekepala, twin bedroom termasuk aktiviti dan makan minum. Murah kan? Noorul ambil Redang Lagoon Chalet, which is terletak di tengah tengah pantai Redang. So kalau nak tau lebih detail tentang chalet ni, Noorul akan share dalam next post ok? Kita mula hari pertama percutian ke Pulau Redang.
Hari Pertama Pulau Redang
Noorul book flight tiket ke Pulau Redang pukul 6.05 pagi, sebab kitorang plan untuk naik feri ke Pulau Redang dalam pukul 9 pagi tu. Tapi benda yang paling tak disangka terjadi, terlepas flight! Lari sana-sini, tercungap-cungap dan macam biasalah, lewat sikit pun kena tinggal. Reasonnya sebab gate tutup awal 10 minit. So terpaksa la Noorul beli tiket next flight untuk 12 tengahari, call person in charge pakej Nuyu untuk tukar jadual feri dari pukul 9 pagi ke 3 petang.
Bila Noorul call tu, orang tu macam terkejut, mungkin tak pernah di buat orang sebelum ni kot -_-
“Betul ke awak nak ambil feri pukul 3 ni? Sebab sampai Pulau Redang nanti dah petang, awak dah terlepas lunch dan snorkeling trip yang pertama tau.”
Noorul cakap ok je dari terpaksa batalkan whole trip ni kan, lebih baik kita teruskan walaupun terlepas sesi yang pertama.
Hanya Tuhan je tahu betapa excitednya bila kapal terbang sampai. Penat dah menunggu dari pagi sampai tengahari kan. Lagipun dah terbayang bayang dah air laut warna biru turquiose tu.
So lepas dalam 40 minit perjalanan flight, kitorang pun sampai ke Sultan Mahmud Airport KT dan suami terus book grab untuk ke Jeti Syahbandar.
Kenapa kitorang pilih Jeti Syahbandar dan bukan Jeti Merang? Sebabnya, Jeti Syahbandar lagi dekat dengan airport so kita tak perlu bayar mahal untuk naik grab. Tambang grab pun dalam RM17 je. Kalau kita naik feri, kita dah tak perlu bayar apa apa since harga tiket dah termasuk dalam pakej. So kita dapat jimat duit dekat grab kalau ambil perjalanan yang lebih dekat.
Ok bila sampai je dekat jeti, first thing first jangan beli makanan kat luar pagar tu dulu walaupun nampak sedap dan very tempting! Sebabnya korang kena terus pergi ke kaunter tiket yang terletak kat belah kiri pintu masuk, tukar voucher feri yang dah di sediakan oleh pakej dan dia akan bagi 3 kad – tiket feri, boarding pass dan tag resort. Selain tu kita kena top up lagi bayar RM5 per person untuk masuk ke Marine Park untuk snorkeling hari kedua di Pulau Redang. So kena prepare cash juga la ye.
Lets say kalau korang tak follow pakej, korang juga boleh beli tiket asing dengan harga dan masa yang ditetapkan;
► Harga Tiket Feri ke Pulau Redang :
Dewasa : RM110 pergi balik
Kanak kanak : RM60 pergi balik
► Jadual Masa :
Jeti Syahbandar ke Pulau Redang: 9:00 AM , 10:30 AM, 3:00 PM
Pulau Redang ke Jeti Syahbandar: 7:00 AM, 11:00 AM, 1:00 PM
Bila dah selesai semua, baru lah korang boleh jalan-jalan atau beli makanan kat luar pagar tu. Baru tenang bila semua dah settle betul tak 🙂
Dapatlah jamah 3-4 cucuk, kenyang jugak dapat isi perut yang lapar tak makan dari tengahari hehe. Dekat sini jugak boleh beli roti, makanan ringan dan air mineral siap-siap sebab bila dah masuk Pulau Redang nanti susah nak cari kedai runcit. Make sure korang kena berada dalam kawasan jeti setengah jam before boarding ya. Sebab jauh juga perjalanan nak ke feri tu dan kena beratur panjang takut lama kena berdiri je.
Ok, kalau nak di ikutkan yang ni baru sikit je orang yang beratur sebab dah last feri kan. Kalau feri pukul 9 pagi tak dapat bayang betapa ramainya orang.
Feri dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang ni jenis yang bertutup dan beraircond sebab perjalanan dia yang agak jauh dalam 1 jam 30 minit. Kalau feri dari Jeti Merang boleh naik speedboat je sebab perjalanan dekat so tak sempat nak tidur pun tengok-tengok eh dah sampai haha. Tapi yang bestnya naik feri besar ni, kalau yang tak nak rehat tidur, korang boleh naik ke tingkat dua dan pergi ke bahagian paling belakang sekali untuk ambil angin dan enjoy open view tengok air laut yang biruuu! Kat sini nak selfie ambil gambar dengan video pun cantik sangat.
Then, kita akan dipindahkan naik boat transit yang terbuka pula sebab feri besar tak boleh rapat sangat dengan pantai Pulau Redang. Pindah bot ni kat tengah tengah laut tau, so kalau ombak tengah kuat ke kena pegang besi atau apa-apa je kat situ dan kena mengucap siap-siap haha k gurau je. Tapi pertukaran bot ni depends pada tempat penginapan korang, kalau pilih yang agak jauh sikit dia suruh stay dulu jangan turun, bila semua dah settle baru dia akan hantar. Ala dah nama pun transit, kena ikut turn masing masing kan.
Nak transfer bot semua tu kejap je. Penat kejap lepas tu korang akan dapat tengok view yang cantik macam ni! 😍
Dah sampai!! Rasa macam nak terjun terus laut tengok air jernih macam ni!
Sampai je kat pantai, orang resort dah tunggu siap dengan kenderaan masing masing. Kalau resort korang agak jauh korang akan naik truck yang dah disediakan. Kalau yang dekat korang boleh jalan kaki je macam kitorang. Sebab Redang Lagoon Chalet tu dekat je, so kitorang heret je beg yang berat tu *redha*
Selepas check in, kitorang terus berlari ke pantai dan mandi laut puas-puas sampai sunset, uish cantik betul sunset kat Pulau Redang ni! Sebabkan snorkeling yang first dah terlepas, so kitorang mandi depan depan tu je. Tapi still puas sebab banyak jugak ikan cantik cantik depan tu, especially kat tepi batu batu besar.
Acah acah macam scene hindustan sikittt
U amik gambar I, I amik gambar you~
Tempat lepak depan chalet. Memang tenang sangat dan best nak baring kat sini.
Sempat ambil video dan gambar shoot pakai drone. Ambil dari pandangan atas nampak cantik sangat dengan view pantai, orang mandi laut, etc.
Lepak petang petang sambil minum air kelapa. Sedap fuhhh!
View dari atas ni memang cantik, tenang sangat duduk sini 2-3 jam pun tak apa.
Ok, Noorul rasa dah panjang sangat dah post takut korang penat membaca hehe. So Noorul akan sambung details itinery dalam next post, part 2 ok?
Updated : Hari Kedua dan semua aktiviti di Pulau Redang Terengganu
Noorul akan cerita dari first day trip, trip snorkelling, trip ke Marine Park, tempat tempat best di Pulau Redang