Ok jom sambung post kita yang lepas tentang trip ke Pulau Redang. Buat yang tertanya tanya apa aktiviti kat sana nanti, pantai dia cantik ke tak, Redang Lagoon Chalet tu best ke tak, makanan dia sedap ke tak, dalam post ni Noorul akan cerita lebih details ok?
Dalam post yang sebelum Noorul ada cerita yang Noorul tertinggal flight kan, sebab pintu gate tutup awal so terpaksa beli tiket petang. Sampai ke Pulau Redang pun dah pukul 5 lebih, so tak dapat join snorkeling trip yang pertama. *sedih!*
Jujur Noorul cakap Pulau Redang adalah antara pulau yang tercantik kat Malaysia. Walaupun dah pernah pergi sini sebelum ni, tapi Noorul masih rasa tak puas dan sebab tu untuk company trip kali ni Noorul suggest datang ke pulau ni untuk rehatkan kepala.
First day di Pulau Redang
Pukul 5.30 petang kami check in ke Redang Lagoon Chalet. Masa sampai je dekat chalet tu kitorang sebenarnya agak blur dekat mana nak check in. Cari punya cari, rupa-rupanya kaunter tu terletak kat sebelah cafe, kecik je dan agak terlindung. Noorul pun bagi kertas booking yang dah print siap-siap dari rumah, bayar balance deposit dan dia pun bagi kunci, set snorkeling dengan mask. Kalau yang rabun tu nak sewa power mask pun boleh tapi kena tambah extra duit sikit lah.
Dah dapat kunci! Jom masuk tengok cantik tak rumah ni?
Katil queen bed yang selesa terletak betul betul kat bawah aircond. Bukak pintu je akan terus nampak katil ni.
Tempat simpan barang kat sebelah katil bawah tangga. Siap ada 2 tempat plug untuk charge phone atau laptop. Very convenient!
Berhadapan katil ada kipas dinding, cermin, meja dan 2 tempat plug lagi. Noorul tak buka pun kipas ni sebab nampak agak berdebu.
Katil di tingkat atas. Wow! So nice dan simple dengan warna dinding cerah dan lantai kayu, sesuai dengan tema rumah tepi pantai. Kalau bercuti ramai ramai best ni.
Toilet yang luas dan bersih. Noorul sukaaa.
Tangga kayu yang klasik.
Pemandangan dari balkoni tingkat atas.
Secara keseluruhannya rumah ni nampak selesa kan? Siap boleh muat 4 orang lagi (sebenarnya Noorul book rumah untuk dua orang je). Aircond, tuala, selimut, penyapu, alas kaki, kerusi semua dia bagi lengkap kecuali air panas dengan sabun je tak ada. Tapi Noorul tak expect lebih sebab sesuai dengan harga chalet dia which is RM298 je kan. So Noorul dah bawak sabun dengan syampu siap siap dari rumah.
Rumah ni terletak yang paling hujung, bilik J, agak jauh dari pantai dan dekat dengan rumah penempatan orang pulau. Mungkin sebab kitorang book last minit so dapat bilik paling jauh. Tapi bagi Noorul okay je walaupun mengah juga nak ke pantai. At least sunyi juga dan ada privacy.
Lepas masing masing dah selesai solat jamak, kitorang gerak ke cafe chalet yang terletak kat depan pantai. Masa ni dah ramai orang tapi nasib baik makanan masih banyak lagi (fuh!). Makanan petang dia simple je hanya cekodok, bubur kacang hijau dengan air teh. Walaupun simple tapi serius sedap. Boleh tambah sebanyak mana yang korang nak, diorang akan continuously masak sampailah masa makan petang habis. Memandangkan Noorul nak mandi laut lepas ni so Noorul tak ambil banyak, lagipun lepas ni nak makan malam pula!
Cekodok yang sedap dan rangup.
My feveret bubur kacau hijau pun ada!
Then dah kenyang kita lepak lepak tepi pantai pulak~
Sangat tenang baring kat sini sambil tengok orang berenang. Pasir kat sini warna putih dan lembut sangat macam baring kat atas katil tau.
Beach volleyball court pun ada kalau nak main, tapi kena ada geng ramai ramai baru best.
Layan buaian besi. Terserlah perangai bebudak tu haha.
Syok jugak baring kat atas hammock ni sambil borak layan angin pantai.
Tapi syok lagi baring kat sini sambil berlapikkan lengan suami haha *tiberrr
Dah puas lepak ambil gambar semua baru ada mood nak mandi laut. Bila perut dah turun sikit baru selesa nak mandi kan. Since dah terlepas snorkeling trip yang pertama, kitorang mandi kat pantai depan chalet je. Mandi tepi tepi air pun dah nampak ikan cantik ok! Baling roti sambil baring atas pasir pun boleh, banyak ikan datang berebut.
Time ni Noorul tak pakai mask dengan safety jaket sebab air cetek je kan. So Noorul just pakai power goggle yang Noorul bawa dari rumah untuk swim. Bila tak pakai safety jaket, Noorul rasa free sikit untuk berenang sebab boleh menyelam sampai ke dasar. Laut pun tak berapa dalam dan masa tu ombak tak berapa kuat. Seronok tengok ikan ikan cantik, jinak pulak tu berenang renang depan kita.
Lepas dah puas swimming, staff Noorul pula yang mandi laut dan kitorang tukar turn jaga beg kat pantai. Masa ni dah hampir maghrib, cantik sangat tengok matahari terbenam kat celah celah bukit. Walaupun hari hampir gelap tapi ramai lagi yang masih berenang kat laut. Dekat sini atau mana mana pantai memang tak ada had limit sampai pukul berapa nak mandi, mandi lah seberapa lama nak mandi cuma jaga keselematan diri masing masing je. Alhamdulillah kat Pulau Redang ni selamat, tak ada lagi kes yang melibatkan nyawa inshaAllah.
P/s; Percaya tak sebenarnya ni first time datang pulau lepas setahun lebih kahwin? 😛
Ok lepas dah puas mandi laut, jom makan malam pula!
Meriah tak lauk dinner dia? Terkejut Noorul tengok menu dia dah macam lauk kenduri. Sedap pula tu, memang tak rugi pilih chalet ni hehe. Pilihan air pun banyakkk! Kalau yang bawa botol air tu boleh isi air siap siap sebab dalam pukul 8.00 malam cafe ni akan tutup. Dekat sini rata ratanya masa makan dia agak strict, contohnya kalau waktu dinner hingga 8.00 malam, cafe akan tutup juga walaupun lauk masih banyak.
Ni baru lauk untuk first day. Esok? Akan ada BBQ night!
Lihat lauk kuuu! Ni namanya perut serupa belon.
Pemandangan cafe waktu maghrib / dinner time.
Pemandangan on the way nak balik ke bilik. Kalau dari gambar ni sebenarnya bilik Noorul jauh lagi ke dalam. Semoga kaki larat jalan sampai ke hujung. *gulp*
Second day di Pulau Redang
Pukul 9 pagi, kitorang bersiap-siap untuk snorkeling trip yang kedua kat Marine Park. Ingat lagi tak bayaran RM5.00 yang kita kena bayar masa sampai kat Jeti Syahbandar dalam post sebelum ni? Tiket tu sebenarnya untuk masuk ke Marine Park ni lah. So tiket tu kena bawa sekali sebab nanti dan akan ada orang check kat sana.
Nak naik bot tu kita kena berendam dulu dalam laut ok. So jangan lupa bawa beg kalis air takut handphone / camera basah masuk air. Tapi kalau yang tak bawa boleh jinjing beg atas kepala je. Sebenarnya boleh je naik pakai jeti tapi kena berebut dengan orang lain dan jugak depends pada bot yang kita naik tu.
Group snorkeling dan bot ni dibahagikan mengikut chalet yang kita duduk. That’s why penting untuk kita pakai safety jaket yang disediakan, selain untuk keselamatan ketika dalam laut sebab kat belakang jaket ada tertulis tempat yang kita stay. Ada group lain yang jaket dia warna hijau, warna oren pun ada, so depends.
Off we go! Masa ni Noorul dan team dapat duduk yang paling depan sekali 😆
Paling best bila dia bawa laju sampai terpercik air dalam bot. Habis basah spek tapi Noorul suka hahaha! Baru la adventerous gituu.
Best naik bot ni laju dia bawak tengok je rambut abang ni! Abang ni orang pulau kat sini, so dia yang akan jaga dan guide kita time snorkeling nanti.
Dah sampai ke Taman Laut a.k.a Marine Park! Masa perjalanan dalam 20-30 minit ikut speed boat. Kalau laju makin cepat la kita sampai.
Jernih tak air laut dia? 😍 Tak sabar nak mandiiii!
Tapi sebelum tu, kitorang kena briefing dulu cara cara pakai jaket keselamatan yang betul, cara pakai mask, cara berenang. Masa ni juga dia akan promote sewa gopro untuk rakam video / gambar dalam laut.
Ni haa Noorul nak pesan yang perempuan bertudung tu kena lipat tudung bebetul ye, supaya getah mask tu melekat dekat kulit muka bukan kat tudung. Kalau tak air mudah masuk dalam goggle dan kita jadi stress sebab asyik nak betulkan mask je (true story).
Marine Park ni sebenarnya agak cetek sebab dia kat depan depan pantai je. Tapi tu pun dah ada coral cantik dan bermacam macam jenis ikan. Kalau bertuah korang boleh nampak belut elektrik sorok kat celah celah batu. Masa tu punya la Noorul excited sebab first time nampak belut elektrik depan mata kan. Noorul kalau bab bab nature ni memang nombor 1, excited lebih hehe. Tapi belut tu duduk diam je dan takkan serang kita sebab dah jinak katanya. Dia hanya akan timbul bila orang pulau bagi makan, so secara tak langsung belut tu dah jinak dengan manusia.
Ikan yang paling besar dan ‘rare’ yang Noorul jumpa kat sini ialah ikan Parrotfish dan Titan Triggerfish. Ikan ni jenis gigi tebal dan agak powerful, ikan yang akan gigit atau pecahkan coral untuk cari makanan. Sebab tu kalau nampak coral yang dah patah, mungkin salah satu penyebabnya sebab ikan ni lah.
So secara kesimpulannya, memang seronok snorkeling dekat sini! Masa yang diberi pun agak lama dalam 2-3 jam, agak agak matahari dah tegak atas kepala baru naik ke pantai untuk gerak balik chalet dan makan tengahari. Bagi yang datang tanpa pakej, bolehla spend lama sikit kat sini untuk aktiviti panjat bukit atau sewa boat 😉
Best betul makan kat cafe ni. Sedap sedap pula tu! Walaupun bayar tak mahal untuk pakej tapi lauk yang disediakan memang heaven.
Lepas dah kenyang, kitorang balik ke chalet untuk rehat dan solat. Nanti pukul 2.30 petang kena bersiap untuk snorkeling kat Open Sea pula 🙂
Open Sea ni pun best untuk snorkeling sebab banyak ikan jenis lain ada kat sini. Dah nama pun open sea kan hehe. Since laut dia agak dalam, so warna air dia agak gelap compared to air laut yang cetek. Perasan tak?
So dekat sini nak buat terjun tiruk dari atas boat pun boleh sebab ianya selamat!
Selalunya ikan belang hitam kuning ni je yang akan makan roti yang kita bawak. Kalau ada rezeki, ikan warna biru (yang kawan Nemo tu) akan join makan sekali. Normally Noorul akan sumbat roti dalam botol air besar, bila nak bagi ikan makan baru buka penutup botol. Lagipun untuk elakkan jari kita dari digigit kan. Sakit jugak bila kena gigit tu, nampak je kecik tapi gigi dia boleh tahan tajam.
Kalau bertuah, korang boleh nampak ikan Bumphead Parrotfish berenang kat sini. Ikan ni agak unik sebab ada benjol bulat besar dekat kepala untuk hentam coral untuk cari makanan. Menarik kan? Cuma Noorul tak jumpa pulak haritu sebab ralit sangat tengok coral hidup yang berwarna warni. Serius cantekk.
Tips Noorul, cuba rajinkan diri borak dengan orang pulau yang jaga kita sepanjang sesi snorkeling tu. Selalunya diorang akan join berenang sekali dengan kita. Kalau berbaik dengan dia, dia akan tunjuk spot mana yang best, kat mana ikan pelik pelik menyorok dan kadang tu sanggup berenang sampai dasar untuk tunjuk coral atau ikan yang cantik dengan lebih dekat.
Masing masing dah nampak sunburn -_-
Untuk snorkeling trip yang ketiga ni agak sekejap rasanya, mungkin sebab masa tu langit nampak gelap so kena cepat cepat balik. Takut ombak semakin kuat bahaya juga kan. Tapi puas jugak okkk.
Petang tu sebenarnya ada trip untuk berenang dengan penyu. Trip tu tak termasuk dalam pakej dan kena bayar RM30 sekepala. Kalau berminat dia akan bawa kita naik bot ke satu tempat yang pantai dia agak kosong, tak ada coral atau ikan, cuma ada 2-3 ekor penyu je. Penyu ni agak jinak siap boleh ajak selfie, tapi since hari pun dah gelap so tak dapat join trip tu demi keselamatan.
Nah Noorul share gambar dari tahun 2016 masa first time datang Pulau Redang 😛 Jojo ni memang jinak, tak rugi tambah extra duit pergi sini. Bukan selalu kita dapat main dengan penyu kan?
So since hari tu tak dapat tengok penyu, Noorul dan team lepak lepak je tepi pantai sambil borak dengan orang pulau yang naik bot sekali tadi. Tak silap nama dia Abe Mat. Orang orang pulau kat sini memang friendly, bila ajak borak memang non-stop, ada je cerita best yang diorang nak share pasal Pulau Redang ni.
Sambil borak kita minum air kelapa muda yang sedap ni!
Ada minuman manis juga kalau nak order. Tapi harga agak pricey.
Nak makan mee atau makanan bergoreng juga ada disediakan dekat sini.
Borak sambil layan angin petang. Seronok!
Tapi dalam seronok tu ada benda tak di ingini terjadi jugalah. Macam mana entah Noorul boleh tak perasan ada batu besar kat tengah pantai, dengan tak pakai selipar Noorul pergi sepak batu tu sampai terkoyak kulit ibu jari kaki. Allahu! Banyak betul darah sampai penuh tisu, nasib baik suami dengan team ada. Thank you semua :’) *nanges*
Dekat area depan tempat lepak tadi actually ada satu spot yang best untuk berenang. Disebabkan sini ada batu batu besar dan kedudukan laut dia lebih open, so boleh nampak anak Blacktip Shark dengan Nemo dekat sini! Tapi tulah, tengok langit pun dah gelap, ombak pulak kuat so tak dapat berenang kat situ huhu.
Then Abe Mat ajak jalan naik atas bukit untuk tengok view yang cantik. Kalau perasan bukit ni yang berada kat tengah tengah Long Beach tu. Dekat atas ni tak semua boleh naik sebab tempat ni selalunya fully booked untuk orang yang nak enjoy candlelight dinner. Dari sini boleh tengok orang berenang renang kat bawah sambil layan sunset dari celah gunung.
Kedai souvenir shop pun ada dekat sini. Kalau nak shopping kat sini pun harga mur mur je!
Dah puas ambil gambar, kitorang gerak balik ke cafe chalet untuk BBQ night dinner. Sebenarnya itinery ni lah antara yang paling tak sabar nak join dan paling ditunggu tunggu!
Masa ni pukul 7.30 malam, orang ramai dah beratur untuk ambil lauk masing masing. Tapi jangan risau lauk memang banyak dan semua confirm dapat makan dengan puas. Yang menariknya kat sini, BBQ night dekat sini boleh bakar sendiri dan bukannya dah-siap-bakar-terus-makan macam kat tempat yang Noorul pernah duduk sebelum ni. So kita lagi enjoy sebab dapat rasa sendiri experience BBQ kan. Nak yang half cook ke fully cook ke ikut korang.
Sebelum bakar dan pilih lauk, pilih dulu pemanggang mana yang kita nak. Jangan salah pilih macam Noorul dahla, habis sotong terkeluar terjatuh dalam api sebab salah pilih pemanggang haha.
Ni lah abang-abang yang jaga stesen lauk. Very peramah dan helpful diorang ni.
Sotong marinate. Peghhh.
Ayam marinate pun adoooo.
Tak sabar nak bakaq masuk dalam mulut!
K jom bakaq! Time la masing masing nak tunjuk skill kan. Minyak, serai, kipas semua dia sediakan siap ok! Korang tak payah berebut tempat bakar sebab tempat bakar memang banyak.
Dah siap bakar, kita makan dulu ~ Abaikan ikan yang hitam tu k.
Lepas dah kenyang dan cafe pun dah tutup, wajib jalan-jalan kat tepi pantai sambil hirup udara malam. Kadang tu ada juga pertunjukan api tapi malam ni tak ada pulak maybe sebab angin kuat. So kitorang lepak sambil baring atas hammock sampai 12 malam, nyaman sangat sampai Noorul tertido. Dekat KL mana nak dapat experience macam ni kan? Nak rasa angin kuat tu kena letak kerusi depan kipas 😛
Third day –
Pagi ni semua makan breakfast kenyang-kenyang sebelum bertolak balik dari Pulau Redang. Rasa sayang pulak nak tinggalkan tempat ni macam tak puas lagi je. Macam nak tambah satu hari lagi je #eh! Bukan selalu dapat rehatkan diri pergi pulau cantik macam ni. Lagi lagi kerja bisnes ni, tak banyak masa dan masa free tu kadang tak menentu.
Tapi korang perasan tak kebanyakan foreigner yang datang pulau ni diorang akan stay 2 minggu atau sebulan kat sini? Diorang selalunya akan bawa tarik 2-3 beg besar dan bukan macam kita yang suka style bagpacking. Mungkin sebab diorang suka enjoy suasana pantai atau sebab currency negara kita rendah so bagi diorang murah kalau nak stay lama lama pun.
Yang penting, pagi ni kita breakfast masakan sedap iaitu nasi lemak style ganu!
Nasi lemak dia memang sedap tau. Lengkap dengan ikan bilis, kacang, timun dan telur. Sambal dia rasa pedas pedas manis, perfect bagi tekak Noorul gituh. Wajib tambah dua kali! Roti bakar, bubur nasi dan air kopi pun ada disediakan. Memang tak habis habis makan je kat sini haha. Kalau duduk seminggu masing masing naik 10kg agaknya.
Secara keseluruhannya, Madre Trip tahun 2018 is the best! Memang tak rugi enjoy rehatkan diri kat Pulau Redang ni, harga pun ok tak sampai RM500 pun sorang. Jimat sangat yang penting kita puas dan happy. Untuk ke pulau area timur ni kalau nak datang kena between bulan Februari hingga September sebab bulan lain selalunya musim monsoon, air kuat dan tak sesuai untuk mandi, orang orang pulau semua cuti balik kampung. Pulau Kapas, Pulau Tioman semua sama je cuma Noorul tak pasti kalau pantai area bawah (Johor, etc).
So kesimpulannya, kalau balik kulit tak sunburn tak sahhh! 😛
Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.