COVID-19 : Pengalaman Kuarantin Di Hotel Ibis, Kuala Lumpur

Assalamulaikum dan hi semua! Dalam post kali ni Noorul nak share pengalaman adik Noorul (Khairul) yang perlu di kuarantin selama 14 hari di Hotel Ibis, Kuala Lumpur. Bukan pengalaman Noorul sendiri tapi sekadar perkongsian dari adik Noorul baru pulang dari United Kingdom.

Ada sebab kenapa Khairul ambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Antaranya sebab kes positif di UK melebihi 65,000 dengan kematian mencecah 8000 orang, siapa je tak risau dan taknak pulang ke tanah air. Tambah pula kerajaan UK tak berapa proaktif macam Malaysia yang lebih pantas dalam membendung wabak Covid-19.

Awalnya Khairul memang nak terus stay je di UK, lebih lagi bila fikirkan kat rumah ada mak ayah yang dah berumur 60-an. Kalau self quarantine pun possibility jangkitan tu tetap akan ada. Tapi dengan keadaan kat UK yang makin worst dan bekalan makanan semakin limited, jadi dia terpaksa balik jugak walaupun masih banyak assignments dan project Uni yang perlu disiapkan. 

Lagipun bila kerajaan Malaysia dah umumkan selepas 2 April sesiapa yang balik ke Malaysia akan ditempatkan di pusat kuarantin khas, so dah tak perlu risau dari risiko jangkiti sesiapa.

Adik beli tiket MAS seminggu awal. Sebelum balik tu, kitorang satu keluarga dah pesan Khairul siap-siap (dalam kata lain : bebel) supaya prepare segala sanitizer, mask, sarung tangan etc. Adik bongsu kan, walaupun dah besar panjang tapi tetap kena ingatkan haha.

Sebelum kapal terbang berlepas, Malaysia Airlines akan bersihkan dan sterilize satu kapal terbang. Katanya penumpang pula tak ramai masa tu (flight awal pagi) so masing-masing boleh duduk berjarak dan jaga social distancing. Cabin crew pun semuanya sangat helpful, dengan kata lain, perjalanan dalam flight sangat smooth!

Setibanya Di Malaysia – Kuarantin 14 Hari Bermula

Sampai je di airport Malaysia, setiap orang wajib declare health condition kepada staff KKM. Kalau ada salah satu simptom Covid-19 (batuk, demam, sesak nafas etc) kena terus buat test dan dihantar ke hospital, tunggu result sama ada positif atau negatif. Kalau tak ada simptom, terus ke tempat menunggu bas untuk ke pusat kuarantin yang dah ditetapkan oleh kerajaan.

Tapi sebelum tu, semua beg kena decontaminated guna spray untuk kurangkan penyebaran virus Covid-19. Sanitizer juga disediakan sepanjang pergerakan dari airport, bas dan ke hotel. Nampak tak betapa efisyen nya sistem di negara kita?

Khairul kata, masa ni kalau rasa nak lari atau singgah mana-mana, lupakan je sebab polis atau askar akan escort sampai lah ke destinasi! Hehe

****

Setiap masa kami akan update dengan Khairul. Badan ada rasa panas tak? Okay ke tempat tu? Macam mana rasa duduk situ? Aktiviti apa yang boleh dibuat? Internet okay?

Dalam ramai-ramai, Mak Noorul yang paling risau. Siap tanya lagi, Mak tak boleh datang visit ke? Nak Mak bawak apa-apa tak? Haha Mak ni buat lawak lah pulak. Risau sangat dengan anak bongsu dia yang sorang ni.

Dekat sini toiletries, fridge, kettle, tv, tuala, hot water semua dah disediakan dalam bilik. Makanan pula akan dihantar 3 kali sehari. Kalau nak order luar Foodpanda atau Grabfood, boleh order ikut masa tertentu. Kalau lapar lagi nak order makanan dari hotel kena pakai duit sendiri. Semuanya akan dihantar ke bilik masing-masing. Pihak hotel dah siap sediakan satu tempat khas depan bilik (macam meja kecik) untuk pickup makanan masing-masing.

Antara makanan yang diberi setiap hari. Nampak sedap kan! Berkhasiat lengkap dengan protein dan sayur.

Khairul kata, dekat Hotel Ibis ni tak payah pakai tag & hospital gown macam kat sesetengah quarantine centre lain. Semuanya bergantung pada pusat kuarantin tu sendiri. Bagi yang risk of infection rendah atau negative case, tak perlu strict sangat dari segi pemakaian so bebas nak pakai baju apa-apa pun.

Setiap petang, staff KKM akan call dan tanya condition semua orang sama ada ada tanda-tanda terkena jangkitan Covid-19 atau tak. Kiranya setiap masa kena update dengan pegawai kesihatan sepanjang tempoh 14 hari kuarantin ni. Ada tanda sikit pun kena cepat-cepat inform. Swab test pula dibuat pada hari kedua.

Jadi sementara tunggu result, apa aktiviti yang diorang boleh buat semasa tempoh kuarantin ni? 

Macam kita sekarang, para isteri mungkin suka memasak & mengemas. Trying out new menu tak pun cuba bercucuk tanam untuk jimat beli sayur. Tapi kalau student / bujang macam Khairul, dia lebih kepada buat assignment, join online class, video call, layan Netflix dan main PS4. Nasib baiklah bawak PS4 tu, kalau tak pishang jugak lah 14 hari kot!

Bagi Noorul, kita sebagai rakyat Malaysia sangat beruntung sebab kerajaan dah sediakan bermacam kemudahan dan bantuan. Walaupun ramai nitezen persoalkan kenapa kerajaan perlu bawa balik rakyat Malaysia dari luar, Noorul percaya PM kita lebih arif dalam mempertimbangkan sesuatu keputusan.

Kemungkinan UK akan jadi lebih teruk, kita pun tak tahu tapi dari zahirnya kadar kes dan plan pelaksanaan PKP, ia tidak ditangani sepantas Malaysia. Jika kita fikir balik, kalau dibiarkan rakyat Malaysia kat luar negara terkontang-kanting & nauzubillah jadi apa-apa, amat susah untuk berurusan dengan keadaan sekarang yang tersangat limited pergerakan kita.

Apapun, Noorul nak minta kita sama-sama doakan untuk para frontliners yang sedang sengit berjuang sekarang ni (termasuk Kakak Noorul). Tanggungjawab kita hanya mudah, duduk dirumah dan lakukan apa yang patut, tapi mereka, pertaruhkan nyawa demi kesejahteraan kita semua.

Stay at home, kita doa sama-sama.

Salam sayang,

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *