Ramadan tahun 2020 ni terasa sangat berbeza kan. Berbeza bila kena puasa dalam musim PKP, pergerakan terbatas dan perlu stay at home sepanjang masa untuk elak dari dijangkiti virus COVID-19.
Seronok juga Ramadan kali ni walaupun ada sedikit kelainan. Bak kata suami, nanti dah tua-tua kita ada juga bahan nak cerita kat anak cucu. Macam atuk moyang kita cerita pengalaman masa zaman perang dulu-dulu. Haha boleh tak samakan macam tu.
Shopping Barang Raya Online
Tahun ni dah tak perlu bersesak-sesak ke PKNS, Jalan TAR, Bangi Sentral atau Seksyen 7 untuk beli barang raya. Semua beli secara online je, lebih senang dan selamat gitu. Lagipun musim PKP ni kebanyakan kedai memang tutup dan open order online melalui website atau whatsapp.
Walaupun tahun ni tak digalakkan untuk beraya, ramai jugak yang shopping beli baju baru. Tengok je pejabat pos sampai penuh gudang ada yang tak terhantar kat customer. Bagi Noorul dan suami, baju tahun ni pakai mana yang ada je. Takda mood nak beli baru sebab bukan boleh ke mana-mana pun. Rasa tak berbaloi kalau sekadar nak ambil gambar kejap time pagi raya lepas tu tukar balik tshirt rumah. Kalau makeup pun tahan setengah jam je lepas tu dah kena cuci *sobsob*
Tiada Bazar Ramadan
Bulan Ramadan tak sah la tak ada bazar kan. Tak complete rasanya kalau tak bersesak-sesak ke bazar Ramadan demi beli kuih untuk berbuka puasa. Cuma tahun ni disebabkan musim PKP, kerajaan tak benarkan sebarang bentuk bazar kecuali e-bazar atau e-kitchen.
Kita sebenarnya boleh jimat banyak bila kurang membeli makanan dari luar. Noorul boleh kata setiap hari masak untuk berbuka puasa. Kalau tak sebelum ni suka order makanan dari luar je haha. Bila ada anak yang makin lasak ni kelam-kabut jugaklah kita nak masak. Bila dalam keadaan macam ni, sebab nak jimat, takde dah nak order hari-hari. Kena juga pandai adjust masa sendiri dan masak everyday. Suami Noorul la paling suka sebab dia lebih prefer makanan homecook.
Noorul pun secara tak langsung jadi lebih organized, pandai rancang masa bila nak ke dapur, bila masa nak layan anak kemas rumah etc. Ada jugak hikmah bila tiada bazar Ramadan ni kan.
Tiada Umrah di Bulan Ramadan
Seperti yang kita tahu umrah tahun ni terpaksa ditangguhkan. Dekat sana, hanya beberapa bilangan jemaah je dibenarkan solat tu pun social distancing tetap dijaga.
Sayang, terasa sangat rugi bila tak dapat buat umrah di bulan Ramadan. Bulan ni lah yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Mana taknya sebab pahala umrah waktu ni sangat besar, sama macam pahala melakukan ibadah haji.
Ramai yang berebut-rebut nak ambil peluang ni termasuklah parents Noorul yang dah dua tahun berturut-turut terpaksa postpone untuk ke Mekah & Madinah. Tahun lepas sebab ayah Noorul ada masalah kesihatan dan tahun ni sebab wabak COVID-19. Allah dah susun cantik-cantik di sebalik apa yang berlaku dan Noorul percaya semuanya ada hikmah. Doakan agar parents Noorul dipanjangkan umur dan dapat tunaikan ibadah umrah dan haji pada tahun depan ya ☺️
Tarawih di Rumah Berjemaah Bersama Keluarga
Rasa pelik pulak bila tak ada solat tarawih kat masjid atau surau macam biasa. Selalunya lepas berbuka, kelam-kabut kita solat maghrib dan terus ke masjid untuk tarawih berjemaah. Tahun ni, berbuka beramai-ramai kat masjid / surau pun tak ada sebab semuanya perlu di buat di rumah.
Dari sudut positif, masa ni lah kita nak bagi peluang pada suami, anak, abang, adik lelaki untuk jadi imam buat keluarga. Syukur, ramai yang ambil peluang ni untuk improve skill bacaan dan hafal surah. Alhamdulillah, tak perlu suara yang sedap ala-ala Imam Mekah. Cukuplah orang tersayang yang menjadi imam untuk kita, itu pun sudah terasa cukup manisnya.
Tak Dapat Sahur di Kedai Mamak atau McD
Waktu masih berdua sebelum dapat anak, memang favourite Noorul untuk sahur dekat kedai mamak atau McD. Husband pun pelik kenapa Noorul suka sangat dengan masakan mamak. Bagi dia bukan sedap mana punnn. Noorul suka sebab portion dia yang besar! Dan sedap of course hehe. Kena dengan taste tekak katakan.
Tapi tahun ni, semuanya terpaksa dilupakan. Setiap hari Noorul akan masak untuk berbuka dengan portion yang banyak, then lebihan lauk tu Noorul akan simpan dan panaskan semula untuk dimakan waktu sahur nanti. Memang jimat buat cara ni, boleh save separuh dari duit yang keluar untuk beli makanan.
Tak Dapat Berbuka Puasa Beramai-ramai
Yang ni antara yang Noorul paling rindu sekali, especially makan buffet beramai-ramai dengan family. Tahun lepas Noorul tak dapat join sebab masih berpantang. Telan air liur jela bila diorang berbuka puasa kat kedai arab favourite Noorul. Noorul pulak makan ikan rebus dengan air halia je wuwuw.
Tapi tak apa, demi untuk jaga kesihatan orang tersayang terpaksa kita tangguh dulu berbuka puasa beramai-ramai. Secara tak langsung kita boleh jimat duit jugak kan. Kita juga akan lebih bersyukur dengan makanan apa yang ada di depan mata dan tak perlu nak makan bermewah-mewah. Cukup sekadar apa yang ada je.
Apa-apa pun, Noorul bersyukur kerana disebalik kesusahan kita berdepan dengan wabak COVID-19, pelbagai hikmah yang Allah tunjuk walaupun sedikit perubahan yang berlaku. Semoga yang baik itu sentiasa kita amalkan dan jadikan new normal dalam kehidupan seharian kita. Marilah kita berdoa supaya tahun depan semua akan beransur pulih seperti sediakala. InshaAllah. Yang pastinya, Ramadan tahun ini pasti menjadi antara Ramadhan yang paling di ingati ❤️
Salam sayang,