Bila tengok frame gambar kahwin yang digantung kat rumah, tiba-tiba Noorul tersenyum sendiri. Teringat kisah 4 tahun lepas macam mana suami datang approach, berkawan, dan kemudian serius nak jadikan Noorul sebagai isteri yang sah.
Noorul dengan suami kenal tak lama – hanya 6 bulan, lepas tu bertunang 2 minggu dan terus bernikah. Rasa sekejap je tapi Alhamdulillah, walaupun kenal dalam masa yang singkat tapi Allah permudahkan semuanya dari awal hubungan hingga selesai penghujung majlis.
Macam mana Noorul nampak suami serius nak ambil Noorul sebagai isteri dan kemudian yakin dengan pilihan untuk jadikan dia sebagai suami? Noorul ceritakan berdasarkan pengalaman sendiri dan share tips dekat bawah. Semoga boleh dijadikan panduan bersama 😊
1) Tak Ragu-Ragu Nak Jumpa Ibubapa Kita
Bila dah lama berkawan dan rasa selesa dengan dia, kita mesti excited nak kenalkan dia dengan ibubapa kita. Especially perempuan, ibubapa mana tak tertanya-tanya dengan siapa anak dia selalu keluar sampai lewat petang.
Ayah Noorul selalu nasihat kalau lelaki tu serius dengan kita, cepat-cepat bawa kenal dengan mak ayah walaupun baru kenal sekejap. Minta restu la macam tu. So bila Noorul tanya suami masa tu, dengan yakin dia terus jawab ok dan tanya balik bila boleh jumpa? Siap senyum sengih ehhh kita pulak yang nervous bukan dia (ke sebenarnya memang tak sabar haha). Sebenarnya ni petanda pertama kalau dia betul-betul serius. Bagi dia, lagi bagus terus jumpa parents sebab lepas ni senang nak masuk merisik etc.
2) Selalu Bercerita Tentang Masa Depan Bersama

Perasan tak kalau borak tentang planning masa depan, dia akan include kita dalam setiap perkara. Contohnya dalam plan dia nak beli rumah, dia akan sebut rumah kita dan bukan rumah saya. Dia juga akan suka minta pendapat kita sebab dalam gambaran dia, kita lah wanita yang dia pilih untuk bersama in future. How sweet!
Mula-mula Noorul tak perasan benda ni. Agak blur so Noorul get along je dengan setiap conversation walaupun pelik jugak suami siap video call nak tunjuk rumah idaman dia masa tu. Tunjuk laman, dapur, bilik utama etc. Rupa-rupanya..
3) Ingin Berkenalan Dengan Kawan-Kawan Kita
Bukan setakat kawan, tapi adik-beradik, sedara mara kita semua dia nak kenal. Dia akan cuba masuk dalam ‘circle’ kita walaupun agak asing pada mulanya. Bagi dia, dia nak orang nampak yang dia wujud dalam dunia kita hari-hari. Dia jugak nak kenal dengan kawan-kawan rapat supaya nak kenal tentang kita dengan lebih mendalam. Kadang-kadang diorang ni terlebih jujur, macam kawan Noorul selamba cakap Noorul ni malas tak suka keluar rumah. Abang Noorul pulak cakap Noorul degil. Haha sabar jelah. Nasib baik suami ok je tak melatah. Dia tau kita semua pun tak sempurna, which brings to the next point…
4) Terima Kita Seadanya
Walaupun orang kata kita macam-macam, dia tetap terima kita seadanya. Dia tidak kisah siapa kita sebelum ni yang penting, siapa kita sekarang.
Sebab sayang, dia akan sentiasa beri nasihat untuk memperbaiki diri kita. Sentiasa akan bersama di saat susah dan senang. Kita pun kalau sayang kenalah cuba untuk ubah jadi yang lebih baik betul tak 😉
Noorul pernah dengar, kalau nak cari benda negatif pada seseorang tu senang je. Tapi takkan kemana-mana lah hubungan tu kalau asyik cari point negatif. Kalau nak cari yang perfect, sampai bila-bila lah takkan jumpa. Jadi terima lah pasangan kita seadanya ya!
Bak kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, “Bila kita terima pasangan kita seadanya dan bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat.” InshaAllah.
5) Sentiasa Luangkan Masa Bersama
Tak jumpa sehari, tak tidur malam dibuatnya. Bak orang kata ANGAU. Tak kira awal pagi atau lewat petang, busy macam mana pun dia mesti akan luangkan masa untuk bersama. Dia akan sentiasa cari alasan untuk berjumpa hehe. Tak pernah bosan untuk luangkan masa bersama-sama.
Sebab tu mak ayah Noorul suruh cepat-cepat bawa jumpa nak kenal, risau tengok anak dara dia selalu keluar hampir hari-hari (amboi…)
6) Kenalkan Kita Dengan Family Dan Kawan Dia
Sama juga macam point di atas, tujuannya sebab nak orang tau kewujudan kita dalam hidup dia. Cuma awal-awal tu suami Noorul tak perkenalkan sangat, just cerita melalui gambar siapa kawan dia, kerja apa, personaliti dia macam mana. At least kita dah ‘kenal’ walaupun belum jumpa secara berdepan. Sebab tu bila suami edar kad jemputan, semua kawan-kawan dia terkejut. “Wehh kau nak kahwin dah? Senyap-senyap je sejak bila kau ada awek pun aku taktau!” Haha.
Family je suami bagitau awal-awal dan tunjuk gambar Noorul masa tu. Family dia duduk jauh belah Timur, nak jumpa susah sikit so kena arrange flight untuk jumpa 2 minggu lepas tu. Tapi tak apa, asalkan parents husband dah kenal dengan siapa anak dia tengah berkawan.
7) Tak Ada Wanita Lain Yang Dipandang
Dia akan lebih fokus kepada kita, bukan orang lain. Beribu perempuan cantik depan mata sekalipun, kita juga yang dia pandang walaupun muka banyak jerawat siap eyebag 2 lapis. Dia juga akan setia dan jaga batas dalam pergaulan dengan perempuan lain, tak akan layan jika tiada urusan penting, tak melebih-lebih bertepuk tampar and so on. Kecuali kita pun jenis tak kisah nak bertepuk tampar dengan lelaki lain jugak, tu lain cerita.
Suami Noorul ada bisnes yang berkaitan dengan fashion. Kadang-kadang Noorul insekiyo jugak bila dia kena jumpa dengan model itu ini, contact dengan artis etc. Tapi suami sentiasa ingatkan Noorul, fizikal tak menjadi kunci utama dalam perhubungan. Yang penting adalah persefahaman, hati masing-masing perlu ada kepercayaan, hormat & saling give and take.
Bagi Noorul, ini antara point penting untuk kita tengok sama ada pasangan kita serius atau tidak dalam sesuatu hubungan. Ada sesetengah hubungan mungkin tak perlukan kesemua point-point ni, ada juga yang lebih, boleh share di ruangan komen di bawah.
Noorul doakan bagi yang belum berjodoh, semoga ditemukan dengan jodoh yang terbaik dan ikhlas dengan cintanya. Hendaknya sampai ke syurga Allah. InshaAllah. Usah terburu-buru & usah juga tertunggu-tunggu, jodoh itu aturan Ilahi, namun kita perlu sentiasa berusaha.

Ya Allah, hadirkanlah cinta yang ikhlas bagiku.
Sesungguhnya aku tidak mahu cinta yang tidak pasti.
Ya Allah,
Semoga Kau hadirkan cinta yang halal bagiku suatu hari nanti,
Dan jauhkanlah cinta yang sia-sia.
Amin.