Hi dan Assalamualaikum semua!
Sejak butik Madre di buka kat Cyberjaya ni, tempat lunch kalau bukan kat kedai mamak, mesti kat J Corner ataupun Mad Ayam Kampung. Jarang sangat nak makan tempat lain sebab masing masing buntu nak makan kat mana haha. Lagipun Noorul jenis yang selagi makanan tu sedap dan convenient, Noorul akan stick to that place sampai la bosan.
Hari ni tiba tiba suami cakap nak bawa Noorul makan yang tempat ‘special’ yang lain dari yang lain. Rupa rupanya nak bawa kat Bawal Power Sempoi Cyberjaya nih. Then Noorul teringat, ohh ni lah tempat yang staff Noorul cadangkan nak makan makan team haritu! Tempat makan ni memang terkenal untuk kaki seafood sebab saiz dia yang besar, gemuk dan fresh. Tempat dia pun sempoi je, easy going dan relax sesuai dengan nama kedai. Bukan style kedai yang nampak exclusive sampai kadang kadang orang takut nak masuk.
Bawal Power Sempoi ni terletak kat TSI Sports Arena, Cyberjaya (update : now dah pindah kat belakang bangunan Futurise Centre, Cyberjaya – tak jauh dari tempat lama). Tempat ni sentiasa penuh dengan customer. Tengok saja gambar di atas, kena beratur panjang! Walaupun berdiri lama dalam panas terik tapi masing masing sanggup berdiri demi makanan yang best tuh.Kedai ni walaupun nama dia Bawal Power Sempoi tapi ada juga makanan lain yang famous seperti ikan keli goreng berempah, sotong goreng berempah, sotong bakar percik dan ikan bawal goreng. Pekerja dia dalam 3-4 orang je tapi laju betul masak. Macam tau je perut masing masing dah lapar hahah. Tak sampai 10 minit tunggu dah boleh ambil lauk yang di hidang atas meja. Yeyyyy!Tengok size sotong dia. Besar yahamat! Fresh, juicy dan sangat lembut. Kecur air liur sis!
So inilah set yang dah siap di hidang kat atas meja. Boleh pilih je mana mana yang kita nak — kitorang pilih sotong bakar, ikan bawal goreng dan sotong goreng berempah. Tamak tak? Haha.
Bukan satu satu je dish yang sedap, tapi SEMUA SEDAPPP.
Yang paling best, dia akan curah sos atau air asam atas pinggan sampai banjir. Tewas juga hidung ni daripada berair sebab kuah dia boleh tahan pedas. Tapi pedas pedas pun licin jugak pinggan memasing wohoo! Total semuanya RM56.00 sahaja! Berbaloi kan? Berbaloi bagi perut dan juga dompet
So harga setiap pinggan yang Noorul boleh kongsikan :
Ikan bawal : RM10/set
Ikan siakap : RM15/set
Ikan keli : RM7-8/set
Sotong : RM10-15/set
So apa lagi jom serbu tempat ni! Tempat macam ni syok makan ramai ramai sebab tempat dia yang open dan family-friendly. Pastikan perut kosong yeeeeee! Sebab ada juga menu lain yang boleh buat kecur air liurrr. Antaranya asam pedas sotong bawal, kari kepala ikan merah, udang galah, gulai nangka, siput sedut cili api, ayam masak arab, ayam merah delima dan macam-macam lagi!
Bawal Power Sempoi, Cyberjaya
Operation Hours : 11.00 am – 5.00 pm (Isnin-Ahad)
Facebook : Bawal Power Sempoi Cyberjaya
Tel No : 011-3533 1741 (Jang Bawal)