Tips : Pemilihan Kasut Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Hi dan Assalamualaikum semua!

Bila kita tengah preggy ni, perasan tak badan kita semua dah start mengembang termasuklah bahagian muka dan kaki? Kalau muka kembang tak apa lagi, comel je orang tengok haaa. Tapi kalau kaki, kita yang seksa haha. Kaki kalau tak pakai kasut @ sandal yang sesuai, boleh lenguh-lenguh dan sakit belakang. Noorul dah masuk 7 bulan lebih ni kalau boleh nak pakai kerusi roda je suruh cik abang tolak sebab cepat penat dan tak larat.

Teringat dulu before pregnant, Noorul cukup suka kasut yang style bertali, jelly atau high heels. Selesa atau tak belakang kira yang penting kasut tu cantik! Tapi sekarang ni dah preggy, Noorul agak fussy dalam pemilihan kasut. Antara jenama kasut favourite Noorul ialah dari Madre Collection sebab kasut dia yang cantik dan selesa!

So di sini Noorul nak share sedikit tips pilih kasut untuk ibu mengandung ;

#Tips 1 – Make Sure Tapak Dalam / Bahagian Insole Lembut

Tengah preggy ni confirm berat badan kita naik kan. Kadang-kadang naik sampai 10-12KG, padahal baby bila keluar dalam 3KG lebih je haha. Sebenarnya berat placenta, berat air ketuban, berat lemak kat peha & breast juga antara salah satu faktor yang buat berat badan kita naik.

So, kalau macam tu make sure korang pilih kasut yang bahagian insole dia lembut, supaya tak rasa lenguh bila berjalan atau berdiri. Barulah dapat tampung berat badan kita yang tengah naik tu. Make sure pilih kasut yang di bahagian dalamnya berspan tebal macam kasut DONNA di atas, so rasa sedap je pakai macam pijak bantal gituu. Bayangkan kalau kita pakai kasut tapak keras, bila alik rumah kena urut pulak!

#Tips 2 – Pilih Kasut Tapak Grip / Anti Licin

Pernah dengar tak betapa bahayanya ibu preggy dan baby dalam kandungan kalau si ibu tiba-tiba terjatuh? Baby mungkin akan lahir premature atau boleh meninggal dalam kandungan tau! Ibu mengandung ni sangat fragile, so perlu sangat berhati-hati bila berjalan especially ketika lantai licin ataupun turun tangga. Kena sentiasa pegang penghadang tepi atau lengan cik abang ya.

So, penting untuk kita pilih tapak kasut dari material getah yang anti-slip supaya tak berlaku kejadian yang tak di ingini.

#Tips 3 – Pilih Kasut Bertapak Rata / Flat

Haaa kalau tak biasa pakai tinggi, jangan pula korang pakai kasut tumit tinggi masa tengah preggy ni. Seboleh mungkin, pilihlah yang tapaknya rata sebab ibu mengandung perlukan sokongan supaya dapat berjalan dengan stabil. Kalau tak, boleh tergelincir dan sangat bahaya untuk kandungan.

#Tips 4 – Cari Kasut Yang Mudah Disarung

Bila tengah preggy ni, of course kita pun nak cari kasut yang mudah dipakai dan disarung je kan. Sekarang nak pakai kasut yang bertali, cangkuk semua tu memang tak sesuai, sebab kita tak boleh nak tunduk lagi-lagi kalau kandungan dah besar. Senak perut! So nak mudah cari kasut yang bersarung je, senang kita nak ke mana-mana nanti.

#Tips 5 – Pilih Kasut Bergetah Di Bahagian Belakang

Kalau korang tak suka style kasut bersarung, korang boleh pilih kasut yang bergetah di bahagian belakang supaya kulit di bahagian tumit tu tak melecet. Siapa yang pernah terkena boleh tahu kan betapa pedihnya bila kaki bergesel dengan kasut! So better pilih kasut yang ada getah kat belakang lebih-lebih lagi kalau kulit korang agak sensitif macam Noorul. Yang paling best, kasut bertali getah macam SANSA kat atas ni boleh stretch ikut saiz kaki kita. So tak ada problem kalau kaki kita gemuk macam gajah pun haha.

#Tips 6 – Cari Kasut Yang Berpotongan Lebar

Bila kaki dah bambam ni, takkan kita nak pakai kasut-kasut lama yang sedia ada tu lagi. Semua kasut kena simpan dalam almari je sebab semua dah tak muat! Kalau nak paksa juga, alamatnya melecet la kaki kita.

So nak tak nak kita kena cari kasut yang sesuai dengan keadaan kaki kita sekarang. Pilih kasut yang berpotongan lebar macam kasut MIKAL di atas, yang korang boleh dapati di butik kasut MADRE. Sebab bila pakai kasut cutting macam ni, waktu berjalan nanti taklah rasa kaki macam terhimpit je betul tak? Silap haribulan boleh rasa kebas atau cramp lagi.

#Tips 7 – Pilih Kasut Atau Sandal Yang Terbuka

Kenapa penting untuk kita pilih kasut atau sandal yang terbuka? Selain sebab kaki kita dah mengembang macam pau (yang menyebabkan kaki rasa tak selesa), kaki kita sebenarnya perlukan ruang udara yang cukup untuk bernafas dengan baik. Taklah nanti kaki berbau busuk especially kalau orang tu jenis kuat berpeluh. Lagipun kalau korang nak tau, ibu mengandung selepas masuk 3rd trimester badan selalunya akan cepat rasa panas dan berpeluh. So kalau nak pilih kasut atau sandal, boleh pilih design yang terbuka ya.

So itu je yang Noorul boleh kongsikan buat masa sekarang. Jangan anggap masa preggy ni kita tak boleh pakai kasut cantik macam sebelum ni, cuma sekarang kena pakai kasut yang bersesuaian dengan keadaan kita sekarang.

Masa ni Noorul pakai kasut Freya tinggi 3 inch. Stabil and selesa je walaupun pregnant 7 bulan hehe

Haa siapa kata ibu preggy tak boleh pakai cantik-cantik kan? Kasut wedges pun ibu mengandung masih boleh pakai tapi kena ada ciri-ciri di atas. Yang penting setiap kasut yang kita pilih tu kena ada elemen selesa, sedap di pakai dan stabil. Kalau menyeksakan lebih baik kita elak yaa!

MADRE COLLECTION

FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE | TWITTER | YOUTUBE

Alamat Butik : D-G-11 Plaza Crystalville, Jalan Vita 1, Lingkaran Cyberpoint Timur
Cyberjaya

Operation Hours : Isnin-Sabtu (10pagi-7petang)

Whatsapp : 018-6686761

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like