Tag

Warung Aziz Satar 2

Browsing

Sepanjang umur nak masuk 3 series ni, rasanya ni first time Noorul jejak kaki ke Cherating, Pahang. Percutian kali ni seronok sebab pergi beramai-ramai dengan mak ayah, adik beradik & anak yang makin membesar. Sebelum ni tak pernah langsung buat family trip, jadi Noorul bersyukur sangat bila PKP semua dapat berkumpul kat rumah dan dapat rancang holiday sama-sama. 

Dekat Cherating kami decide untuk duduk homestay ala rumah banglo sebab family agak ramai dalam 9 orang. Bila pergi beramai-ramai ni duduk chalet atau resort tak best, lagi seronok duduk rumah @ villa sebab dapat stay together kan. Kami pilih rumah yang ada dapur dan tempat barbeque sebab mak Noorul suka masak. Penuh satu kereta mak Noorul angkut beras, minyak masak, cili, bawang, sayur, santan, ayam perap BBQ dari rumah.

Err nak bercuti ke nak memasak ni mak? 😂

First day sampai tu tak ke mana-mana sebab hari pun dah petang. Banyak borak dengan family sambil rehat dan kemas rumah je. Parents Noorul paling seronok dapat berkumpul dengan cucu-cucu. Noorul pun seronok jugak dapat rehat bila ada orang nak layan Zyad. Yela kat rumah Zyad kan melekat je 24 jam dengan mak dia. So dapatla me time kejap hehehe.

Zyad pun happy ada kawan, ada kakak saudara beza umur setahun boleh join aktiviti melasak – panjat kerusi – campak barang – bergusti – sepahkan rumah sama-sama.

Cherating Homestay – Nightmare!

Rasanya sepanjang PKP ni tak ada orang duduk kat homestay ni dan tuan rumah pun langsung tak cuci rumah. Rumah penuh lipas, semut hitam, debu tebal, dapur melekit dan agak berkarat. Sedih juga terasa separuh mood holiday hilang bila tengok rumah kotor macam ni. Noorul taknak sebut homestay mana kami duduk kan.

Bilik tingkat atas paling worst dengan aircond panas, semut hitam merata-rata atas tilam, dinding, lantai. Lipas tiba-tiba muncul sebelah katil dan ada yang merangkak naik kat kaki. Ada juga lipas terbang lalu sebelah muka (lipas ni bila terbang tak dipanggil lipas dah). Nasib baik bukan Noorul yang kena, dah la phobia dengan lipas, boleh heart attack kalau nampak apatah lagi bila naik merayap kat badan 😣

Bila mengadu kat tuan rumah, katanya tak pernah penghuni sebelum ni complain apa-apa. Jadi redha jelah dan kemas apa yang patut. Nasib baik tuan rumah dah sediakan 2 botol spray Ridsect termasuk perangkap. Habis jugaklah satu botol kitorang spray satu rumah!

Tapi yang best dengan rumah ni, tuan rumah ada sediakan wifi, Netflix & Android box. Bolehla sesekali buka youtube bagi Zyad tengok Omar Hana. Homestay ni juga dekat dengan banyak tempat menarik area Cherating. Meaning lokasi dia not bad cuma kebersihan je agak kurang terjaga. Tuan rumah pun ada sediakan tempat BBQ & private pool dalam package. Malam tu puas kitorang makan, borak-borak dan tidur lewat sampai 2 pagi. Sempat juga borak bisnes dengan mak ayah Noorul yang penuh dengan idea dan pengalaman. 

Lunch : Warung Aziz Satar 2 – Kuala Kemaman

Pagi esoknya, kami makan nasi goreng kampung untuk breakfast. Semestinya masak sendiri sebab semua bahan mak Noorul dah bawa dari rumah haha. Dalam tengahari baru kami keluar untuk lunch kat Warung Aziz Satar 2, Kuala Kemaman. Tak sangka sebenarnya boleh terlajak ke sini sebab negeri sebelah-sebelah je kan. Drive depan sikit dah sampai Terengganu. 

Bagi Noorul makan kat sini, ada yang sedap ada yang biasa-biasa je. Sini ada banyak lauk campur boleh pilih dan ada warung seafood untuk sotong/udang/ikan celup tepung. Satar dan otak-otak dia paling sedap, original dan guna inti ikan yang fresh. Lain la rasa macam jual kat KL tu.

Pais ikan pun ada dijual kat sini, first time Noorul rasa serius sedap! Tapi tak sempat ambil gambar sebab masing-masing dah kelaparan. Bagi yang tak tau, pais ikan ni di balut dengan daun kunyit & daun pisang sebelum dibakar, so memang confirm sedap dengan aroma harum dari daun tu. Rupa dia macam otak-otak tapi isi dalam dia letak ikan seketul. Rugi pulak tak beli extra untuk bawa balik. 

Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay – Chukai Terengganu 

Dah alang-alang kat Terengganu tu, kitorang sempat singgah Pantai Teluk Mak Nik atau nama glamour dia Monica Bay. Singgah sekejap sebelum ke tempat penyu pukul 5.30 petang nanti. Pantai ni mungkin kurang famous macam Pantai Cherating, tapi best untuk kita rileks sambil tenangkan fikiran. Pantai pun cantik, bersih dan banyak pokok rhu besar.

Pantai ni tak busy dan tak ada aktiviti sangat kecuali ada gerai makanan kecil kat tepi jalan. Ada juga jual satar dan otak-otak, seronok la nak makan sambil lepak-lepak tepi pantai enjoy angin kuat dari Laut China Selatan. Serius rasa macam nak tidur je kat sini! Excited bila nampak orang tidur kat hammock yang digantung kat pokok.

Tengok dari gambar pun nampak tenang je tempat ni. Redup dikelilingi dengan pokok rhu.

Laut ni tak berapa sesuai untuk mandi sebab ombak dia agak kuat dan tinggi. Sekadar bawa Zyad main celup kaki je dalam air laut. 

Then ajak Zyad main pasir dengan kakak Alexa. Tapi bila Zyad main pasir ni, tak sah la tak sumbat pasir sikit dalam mulut. Haha perangai betul.

“Babah, bila Zyad boleh mandi laut ni?”

Sambil lepak tepi pantai sambil main drone. Kena berhati-hati sebab angin tengah kuat, Noorul tak berani nak control takut jatuh laut sia-sia je -__- Benda tu dah la mahal.

Ok sebenarnya jeles dengan orang tidur kat hammock kat belakang tu.

Dah puas lepak sini, jom kita ke tempat penyu pulak! 😊

Rimbun Dahan Turtle Hatchery (Turtle Conservation) – Kemaman Pahang

Tak silap Noorul, ada dua tempat penyu kat area Cherating ni. Rimbun Dahan Turtle Hatchery yang kami pergi ni memang sesuai nak bawak anak-anak datang sebab lebih kurang macam lawatan sambil belajar. Paling best sebab kita boleh experience sendiri lepaskan anak penyu ke dalam laut.

Tentang harga, untuk dewasa hanya RM30 seorang dan RM20 untuk kanak-kanak. Free untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah sahaja. Since tempat ini under NGO dan tiada bantuan dari kerajaan, jadi duit yang kita bayar tulah digunakan untuk beli telur-telur penyu dari orang kampung. Dengan duit tu juga digunakan untuk maintain kawasan hatchery dan expenses yang lain.

Sebelum aktiviti lepaskan anak penyu, Along, owner kepada turtle hatchery explain sedikit sebanyak tentang penyu dan life cycle dia. Memang best sebab very informative, Along pun sangat peramah dan kelakar. Dengar kata tempat ni diusahakan turun temurun oleh ahli keluarga, selepas arwah Pak Su (ayah Along) meninggal dunia pada 2018, barulah Along take over tempat ni bersama adik beradik yang lain.

Very cute but fragile! Anak-anak penyu yang nak dilepaskan ke dalam laut ni tak sampai sehari pun dilahirkan. Maksudnya malam tadi anak penyu menetas, esoknya terus dilepaskan ke laut.

Setiap seorang akan diberi seekor anak penyu. Badan dan cengkerang dia masih lembut sebab baru menetas tak sampai pun sehari. Jadi kena pegang betul-betul tak boleh jatuhkan atau grip kuat sangat takut anak penyu stress.

Kalau perasan kat bawah badan anak penyu ada bahagian warna pink. Itulah kantung makanan (egg yolk) untuk anak penyu survive selama 2 minggu di permukaan air. Selepas tu, anak penyu akan berenang masuk ke dalam laut untuk mulakan hidup baru. Then barulah dia akan start makan obor-obor, tumbuhan laut dan makanan yang lain.

Nature is beautiful, isn’t it? 🖤

Untuk kanak-kanak akan diberi tempurung untuk letak anak penyu dalam tu. Takut budak geli atau main campak-campak je anak penyu tu haha.

Semua orang kena berdiri belakang line dan lepaskan anak penyu secara serentak. Excited nampaknya masing-masing. Cuma Zyad tidur pulak masa ni ohh whyyyy

1..2..3..Go! 

Masa ni seronok sebab semua beriya-iya sorak anak penyu siapa paling cepat masuk laut. Dah macam acara perlumbaan pulak haha.

Sedikit info, penyu ni sangat special sebab ada daya ingatan semula jadi untuk ingat tempat mana dia dilahirkan/menetas. So dengan biarkan anak penyu merangkak menuju ke laut, sambil tu dia akan ‘rasa’ pasir yang dilalui dan hayati kawasan sekeliling, supaya bila besar nanti dia akan datang semula ke sini untuk bertelur atau mengawan. Menakjubkan, kan?

Good luck anak penyu, semoga terselamat dari ancaman dimakan burung atau ikan lain.

Pendek kata, Noorul dan family sangat berpuas hati dengan tempat ni. Bagus ada program macam ni, at least kita dapat ilmu dan kesedaran tentang nature dan haiwan terancam. So kalau ke Cherating tu, jangan lupa datang dan bawa anak-anak spend time ke sini ok? ❤️

Pantai Cherating – Pahang

Last day sebelum check out baru kitorang datang untuk mandi kat Pantai Cherating ni. Last day baru nak datang sini haha apakah. Kami datang sini dalam pukul 10 pagi macam tu sebab kalau datang waktu sunrise, selalunya air laut tengah pasang dan tak sesuai untuk mandi.

First time Noorul ke pantai ni, jujur Noorul amazed jugak dengan pasir dia yang bersih dan pantai yang sangat cantik! Pantai nampak kosong, mungkin sebab dah nak tengahari atau sebab harini hari Jumaat, bukan hujung minggu yang confirm ramai orang.

Ombak laut dia just nice, tak surut tak pasang. Sesuai untuk mandi laut waktu ni. Cuma panas sikit sebab hampir tengahari kan.

Mak Noorul sebenarnya paling excited datang pantai Cherating ni. Macam-macam yang dia bawa untuk piknik siap bawa tong air besar, bbq set, dan paling banyak makanan lah. Dalam gambar tu sebenarnya banyak lagi makanan yang belum keluar haha.

Tengoklah tu ombak pun nampak manja je. Seronok mandi laut waktu ni sebab pantai tak ada orang. Kalau ada pun maybe dalam 1-2 family. Untung juga sebab musim Covid-19 ni tak perlu bersesak dengan ramai orang.

Sampai ke tengah laut kitorang bawa Zyad berenang. Budak ni suka main air tapi takut swimming. Siap jerit dan tarik atuk dia halah halah. Letak dalam pelampung baru dia tenang sikit tu pun for few seconds je 😅

Mak dan ayah Noorul in their 60s.

Err macam mana ayah Noorul nampak agak katang dalam gambar ni?

Nak lepak-lepak kat bar area pantai Cherating ni pun best jugak. Ada banyak spot cantik untuk bergambar. Instagrammble gitu!

Restoran Intan Seafood

Lepas dah puas mandi bersihkan diri semua, wajib singgah makan dekat restoran Intan Seafood ni. Kedai makan ni area pantai Cherating juga, kena drive hujung sikit sampai ke area kawasan tanah kubur. Bila singgah makan tengahari tu tak la rasa seram sangat, maybe malam seram sikit sebab makan sebelah kubur kan haha. Tapi tak ada apa pun, at the end kita semua akan duduk dalam kubur jugak (eh tiberr)

Sebab datang on weekdays so tak ramai orang makan dalam kedai. Bagus juga order tak payah tunggu lama since masing-masing pun dah kelaparan. Datang sini pun on recommendation sebab ramai kata sedap dan harga pun worth it.

Kami order ikan siakap steam, ikan siakap masak merah, telur dadar, cendawan sos tiram, sayur goreng, daging blackpepper & sotong goreng tepung. Makan banyak tak ingat dunia tapi harga tak lebih dari RM200 pun, which is very worth dengan sedap dan freshness dia tu. 

Zyad tidur lagi. Penat swim lettew. Nasib baik bawa foldable stroller ni, senang nak lipat dan bawa ke mana-mana.

So kalau datang ke Cherating tu jangan lupa singgah makan sini ok! Kalau Noorul recommend tu memang betul sedap lah tu, bukan review berbayar ke apa hehe.

So itu jelah Noorul nak share dalam family trip ke Cherating kali ni. Rasa tak puas mandi laut sebenarnya, rasa nak datang lagi dalam waktu terdekat. Ada banyak lagi tempat yang belum pergi contohnya snorkeling kat Pulau Ular dan Mangrove Boat Ride, tapi tunggu Zyad besar sikit supaya dia lebih excited dan appreciate aktiviti bersama dengan keluarga ❤

Salam sayang,