Tag

tekap kobis

Browsing

Baru-baru ni, ada seorang follower Noorul yang juga ada anak syurga, mesej Noorul tanya tentang cara nak stopkan susu. Dia sedang pantang tanpa bayi, sama macam Noorul dua tahun lepas. Noorul sangat faham situasi yang dialami oleh ibu ini. Susu badan banyak tapi tiada bayi yang memanfaatkan..

Sedih tu memang sedih, ibu mana yang tak sedih. Tapi cuba jangan fikir sangat takut murung pula bila emosi kurang stabil. Sepanjang berpantang tanpa bayi, Noorul cuba sentiasa fikir positif walaupun kadang-kadang ada juga menangis especially lagi bila dukung anak buah Noorul yang baru berusia sebulan, lebih kurang dengan baya anak syurga Noorul.. teringat pada wildan Mohd Salahuddin.

Cuma itulah, masa pantang tanpa bayi tu susu badan Noorul agak banyak. Pening cari cara macam mana nak stopkan susu. Masa tu mula lah macam-macam tips orang kongsi suruh buat cara itu cari ini. Noorul pun cuba satu persatu, apa salahnya kan mungkin ada yang berkesan pada kita.

Pertama sekali Noorul cuba cara tradisional iaitu letak kelopak kobis dan tekap pada payudara. Noorul rasa cara ni menjadi sebab susu berjaya stop. Tapi malangnya susu tak berhenti sepenuhnya dan Noorul masih rasa sakit dan berdenyut. Mungkin kobis tak cukup atau Noorul salah letak ke Noorul pun tak sure.

Cara kedua, Noorul minta tukang urut (pantang lady) untuk urut bahagian breast. Rasa lega sekejap tapi few days lepas tu rasa sakit datang semula. Rupa-rupanya baru Noorul baru tau sebenarnya urutan tu hanya untuk melegakan urat yang tegang / bengkak dan untuk melancarkan saluran susu yang tersumbat. Baby still kena hisap untuk ‘sedut keluar’ susu yang tersumbat tapi kalau baby tak ada, macam mana? 🙁

Cukuplah dua cara tu je yang Noorul cuba sebelum Noorul ambil keputusan sendiri untuk jumpa doktor. Tak tahan! Walaupun tak bengkak teruk tapi still tak rasa selesa. So Noorul ke DEMC (sekarang Avisena Specialist Hospital) dan doktor cadangkan untuk ambil pil Bromocriptine. Syukur, settle semua masalah! Dalam masa seminggu lebih susu dah berhenti sepenuhnya. Pil dalam botol pun masih berbaki tak sempat habis semua. Tapi Noorul still kena berhati-hati dalam bab pemakanan, jaga dari makan makanan yang akan banyakkan susu contohnya lobak putih, oats, kurma, dan semua jenis halba.

So mommies.. kalau betul nak stopkan susu, paling penting jangan pam keluar sebab itu akan menggalakkan lagi pengeluaran susu. Dia macam satu cycle, bila kita pam susu, breast akan mengeluarkan hormon prolaktin yang akan merangsang kilang susu untuk menghasilkan lebih banyak susu (meet supply and demand). So bayi akan hisap, dan kilang susu akan sentiasa keluarkan susu lagi dan lagi. Lainlah kalau ada baby untuk memanfaatkan susu kita, barulah kita boleh buat cara ni *sad but true.

Bila tulis tentang bengkak susu ni, Noorul teringat yang Noorul pernah terkena bengkak susu yang teruk sampai dua kali, iaitu masa berpantang anak kedua dan masa balik kampung yang berjam-jam lamanya. Sangat seksa sampai Noorul menangis tahan sakit. Rasa dia sangat ngilu, p*ting rasa macam dihiris-hiris Allahuuu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haritu balik Kelantan, seharian tahan sakit sebab bengkak susu. 8-9 jam perjalanan dalam kereta, dapat bf sebelah je sebab sebelah lagi Zyad refused bila terlampau kenyang. Mana taknya duduk dalam carseat berjam-jam sambil makan roti, biskut, snacks sampai dia kenyang taknak menyusu haha 💆🏻‍♀️ Siapa yang pernah kena, tau betapa sakitnya bengkak susu ni keras macam batu, nak bangun sakit, nak mengiring sakit, nak bf lagi lah sakit. Super sensitif. Sebelum ni masa berpantang dah pernah kena sekali, tak sangka Zyad dah umur setahun kena lagi sekali. Sampai je Kelantan, cuba tuam, cuba pakai sikat, lalukan bawah air suam sambil marmet, tapi lambat nak surut terus call tukang urut. Tahan la sakit selama 1 jam mengurut tapi lepas tu legaaa sangat. Then kena sentiasa bf sampai bengkak tu betul-betul surut. Memang trauma, lepas ni memang kena lebih aware & bf / keluarkan susu ikut time 🍼 Noorul pernah dengar worst case scenario ada yang sampai kena operate. Hopefully taklah sampai macam tu. Kalau ada tanda nak #bengkaksusu tu cepat-cepat tuam atau urut k. Dan jangan lupa bagi susu on time walaupun sakit tapi tahan je sikit walaupun rasa macam kena hiris-hiris! #NoorulShares #bfjourney

A post shared by Noorul Hidayah (@noorulhidayah_) on

 

Nasihat Noorul, bila dah ada tanda bengkak susu janganlah sesekali melambat-lambatkan dari cari jalan penyelesaian. Boleh jadi demam, terkena jangkitan mastitis, atau paling worst bila dah sampai bernanah doktor kena operate dan buang nanah tu. Seram!

Noorul juga ada kongsikan pengalaman dan tips jika terkena bengkak susu dalam blog lepas, boleh rujuk sini : https://simplynoorul.com/breastfeeding-journey-pengalaman-bengkak-susu-milk-blister/

Bagi ibu yang nak stopkan penyusuan badan sebab anak dah cukup 2 tahun, mungkin boleh try cara Noorul ni juga. Dengan pengambilan pil Bromocriptine, inshaAllah masalah akan cepat selesai.

Good luck ❤ Doakan Noorul berjaya susukan anak hingga cukup dua tahun ya!