Tag

ayam kunyit viral

Browsing

Bila cerita tentang ayam goreng kunyit viral ni, teringat zaman kerja dulu-dulu. Setiap hari ada van jual berdekatan office area Digital Mall PJ. Setiap kali waktu lunch, Noorul mesti akan drive ke sana semata-mata nak dapatkan ayam goreng kunyit viral tu. Rasa dia boleh buat kita teringat-ingat sampai sekarang!

Kita fikir apa la yang special sangat? Boleh je buat kat rumah tapi kenapa bila kita cuba buat tak jadi pun? Rupa-rupanya bukan sekadar bubuh serbuk kunyit + garam tapi ada bahan-bahan lain juga.

Tak susah pun, cuma kena ada ‘extra’ bahan je, dan ‘kasih sayang’ hehe.

Meh Noorul share resepi kat bawah.


Resepi Ayam Goreng Kunyit Viral

Bahan ayam perap :

Dada ayam dipotong dadu

2 sudu tepung jagung

1 sudu tepung beras

1 sudu serbuk kari (tambah lagi if nak pedas)

1 sudu serbuk kunyit

1/2 kiub pati ayam

Sedikit white pepper

Sedikit garam

Sedikit air

Bahan lain :

Sayur karot

Sayur brokoli @ kacang panjang

Bawang putih – hiris nipis

Bawang holland – hiris nipis

Garam

Serbuk perasa maggi

Cara memasak :

Gaul bahan perap bersama ayam dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng.

Size ayam bergantung pada masing-masing. Noorul suka potong besar-besar macam ni sebab isi dalam lebih juicy.

Ketepikan ayam yang dah digoreng dan kurangkan sedikit minyak.

Dengan minyak yang sama, tumis bawang holland dan bawang putih.

Then masukkan sayur ke dalam kuali dan goreng hingga agak layu. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa maggi.

Agak-agak je, jangan masin sangat sebab ayam tadi dah diperap dengan garam.

Akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng dah gaul sekali.

Siap! Senang bukan. Pejam mata dah settle.

Nak bagi lengkap, kena lah ada telur mata kerbau kan. Tips nak bagi telur garing, pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan telur. Tak perlu terbalikkan telur, cedok sikit minyak panas dan siram di atas permukaan telur. Biar dia masak sendiri dari minyak yang panas tu.

Tabur juga sedikit garam dan black pepper untuk lebih sodap.

Bahan untuk sambal :

Untuk sambal dia pula, bahan yang diperlukan :

6-7 batang cili hidup merah

6-9 batang cili padi merah

1 biji tomato

Sedikit belacan

Sedikit gula

Tumbuk semua bahan sekali. Tapi Noorul kisar pakai hand blender from AiCook lebih senang. Malas nak berdrama dengan air mata tumbuk cili bersepah-sepah haha.

Tumis sekejap atas api dengan minyak yang sama (minyak goreng ayam tadi). Tumis dalam 10 minit atau hingga dah agak-agak pecah minyak.

Boleh lah dihidang untuk suami dan anak-anak. Tambah dengan kicap, pasti lebih padu!

Confirm lepas ni dah tak mencari ayam goreng kunyit kat kedai dah sebab dah boleh buat sendiri, dan ternya lebih sedap!

Selamat mencuba!

Salam sayang,