Resepi Bayi : Mirepoix Sebagai Penyedap Makanan Anak

Bila baby dah mula makan solid food, mesti mummy excited nak masak sedap-sedap dan nak sediakan makanan sihat untuk anak tersayang. Tapi ada masa anak taknak makan mungkin sebab tak ada selera atau sebab gatal gusi yang menyebabkan anak taknak makan. Mummy dah pening dah nak masak apa.. Mula lah risau berat badan anak tak naik dengan cantik atau tak ikut graf.

Kadang-kadang rasa nak giveup, puas dah sumbat dengan makanan tapi anak taknak bukak mulut pun. Bagi la apa pun semua dia campak ke tepi. Sedihh

Selain serbuk ikan bilis homemade yang Noorul dah share dalam post lepas, apa kata mummy try buat mirepoix sebagai penambah rasa makanan anak. Bukan je mudah nak buat tapi sihat untuk dicampur dalam setiap menu.

Apa Tu Mirepoix?

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa tu mirepoix dan apa kegunaannya? Mirepoix atau cara sebutannya β€œmeer-pwah” adalah aromatic vegetable, salah satu penyedap makanan yang berasaskan sayuran dan baunya sangat wangi.

mirepoix

Simple, mirepoix hanya perlukan dua atau tiga bahan je untuk masak. Korek peti ais confirm ada bahan-bahan ni sebab semua pakai bahan basic je. 

Ada orang kata mirepoix ni boleh ganti garam dengan pepper. Tak payah dah tambah garam lagipun anak bawah 2 tahun memang tak digalakkan tambah garam pun. Ganti je dengan mirepoix ni terus sedap makanan anak hehe.

Bahan-bahan dan Cara Masak

Bahan-bahan yang diperlukan hanya bawang holland, celery dan carrot dengan nisbah 2 : 1 : 1.

Mula-mula panaskan minyak masak dan tumis bawang holland hingga naik bau. Nak tumis pakai unsalted butter pun boleh.

Kemudian masukkan celery dan carrot, masak hingga lembut.

Masa ni satu dapur bau wangi sangat bila dah tumis ketiga-tiga bahan.

Next, kisar kesemua bahan dalam blender sampai halus. Noorul pakai Autumnz-2-in-1 Steamer untuk blend.

Boleh beli di Shopee >> https://shp.ee/mvz8bib

Kalau rasa kurang halus boleh tambah dengan sedikit air sampai tekstur cantik. Tesktur depends pada masing-masing nak separa kasar atau halus pun boleh.

Dah siap, boleh bekukan simpan dalam freezer dan letak dalam icetray silicone macam ni. Best bila pakai icetray jenis ni sebab senang nak keluarkan, tolak je pakai jari tak perlu ketuk. Yang ni Noorul beli dekat Shopee juga! Tapi dekat Mr.Diy pun ada.

Link beli di Shopee >> https://shp.ee/ef845t7

Untuk mirepoix ni seeloknya perkenalkan pada baby 7 bulan ke atas, sebab masa ni baby dah boleh makan masakan yang bertumis. Pastikan baby dah pass 4 days rule (4dr) dengan kesemua bahan-bahan tu tau.

So, menu apa yang boleh dibuat dengan mirepoix ni?

Ha.. macam-macam boleh buat. Nak buat masak lemak boleh, masak merah boleh, masak spageti, lemak cili api, mee goreng, bubur biasa, sup stew, dan banyak lagi. Sebab mirepoix ni sebagai bahan perasa atau perencah je kan. Confirm lepas ni anak akan makan dengan lebih berselera. Lega hati mummy!

Selamat mencuba ❀

8 Comments

  1. Salam.. Nak tanya, mirepoix ni seketul untuk masakan berapa kali makan.. Sy selalu buat makanan baby untuk 2 hari.. Satu hari 3x makan.. Berapa ketul mirepoix sy perlu guna?

      • Nisbah 2:1:1 tu maksudnya yang 2 tu lebihkan dua kali ganda daripada biasa.

        Portion bawang holland lebihkan dua kali ganda daripada portion celery dan carrot πŸ₯°

        Harap membantu ❀

  2. masakan yang menggunakan/dicampur dengan mirepoix ni boleh dibekukan tak? memandangkan mirepoix stok ni kan sudah pernah dibekukan, jadi ianya cair semula bila masuk dalam masakan.. selepas itu masakan itu akan dibekukan.

    • Hi Tika! Boleh je tak ada masalah πŸ™‚ Noorul pun selalu juga frozenkan atau chill lauk yang dah dimasak menggunakan mirepoix hehe

  3. Hi~ thanks for sharing, anak sy dh 10 bulan tapi now baru nk start cari knowledge utk pelbagai kn rasa makanan dia. Selama ni dok feed nasi lembik+sejenis sayur ja. Ada satu hari tu kami tapau bakers cottage punya honey roasted chicken, sbbkn tkda lauk dah, kami campur isi ayam tu dlm bubur dia , selera benar makannnya. Pastu baru perasan situ, oh patutlah selama ni sikit je makan, dh kena start adventure dgn food flavors dia ni πŸ˜‚

    • Haah betul tu kadang2 budak tak suka makan plain ni, kita boleh tambah dengan mirepoix atau natural seasoning yg lain hehe.
      Cara Noorul, kalau nak bg makanan masin2 boleh tambah serbuk ikan bilis homemade atau sayur celery.
      Kalau nak bagi makanan manis2, boleh tambah kurma, madu, sweetcorn atau labu (madu untuk setahun ke atas).
      Nak bagi makanan masam kita tambah tomato.

      Goodluck mummy! πŸ₯°πŸ₯°

Leave a Reply to NoorulCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *