Assalamuailaikum & hi semua!
Terima kasih buat yg masih mengikuti blog Noorul, dan juga yang banyak berikan nasihat dan tips pada Noorul dan suami. Kami appreciate sangat-sangat dan berterima kasih buat semua yg mendoakan kandungan Noorul đ
Ada juga yang tanya, bila Noorul nak update blog? Setiap hari buka blog tapi tak ada apa-apa update tentang baby. Hehe. Sebenarnya bukan Noorul tak nak update tapi masa yang kurang mengizinkan. Lagipun Noorul nak monitor dulu perkembangan baby buat beberapa bulan ni sebelum share dengan semua.
Alhamdulillah, sekarang kandungan Noorul dah 27 minggu, kiranya lagi seminggu nak masuk 7 bulan. Badan Noorul pun dah makin mengembang, berat badan dah naik 10kg, muka dah nampak tembam (walaupun suami kata sejak bila Noorul tak tembam? đ )
Actually, selepas appointment dengan Dr. Ramesh tempoh hari, Dr. Ramesh pesan supaya datang semula ke HTAR selepas 6 minggu untuk buat routine checkup. So sementara Noorul tunggu masa untuk next checkup tu, Noorul buat research lagi tentang condition baby Noorul, yelah, mungkin ada ubat atau cara lain yang boleh sembuhkan baby kan (still berharap!)
Then, Noorul terfikir, why not kalau Noorul jumpa dengan another Fetomaternal Specialist for second opinion?
Kebetulan, Noorul jumpa satu tempat ni – Fetal Medicine and Gynaecology Centre (FMGC) yang terletak di Petaling Jaya. Tempat ni actually macam klinik gynae biasa, cuma servis dia lebih kepada kesihatan ibu dan bayi. Dan yang paling menarik perhatian Noorul, di sini juga ada treatment untuk baby yang ada masalah dalam kandungan!
So, Noorul terus call FMGC dan book appointment dengan Dr. Raman Subramaniam, pakar Fetomaternal yang recommended dekat sini. Dr. Raman very friendly dan energetic, so kita jadi selesa nak ceritakan masalah kita pada dia.
Masuk je bilik doktor, dia tanya Noorul baby ada problem apa? Noorul tak tau nak terangkan macam mana dan minta mak Noorul yang explain. Sebab dada Noorul sebak tiba-tiba bila nak buka cerita tentang masalah baby.
Kalau tengok dari ultrasound, benda bulat hitam tu lah air kencing baby yang terkumpul. Urine baby tak dapat keluar sebab laluan tu dah tersekat (bagi yang masih belum tau boleh baca post Noorul yang sebelum ni.) Nampak besar kan? Noorul cuba sedaya upaya untuk bayangkan keadaan baby macam mana, sebab doktor cakap perut baby agak besar dalam rahim Noorul.
Kata doktor, jantung dan paru-paru baby mungkin akan affect teruk kalau pundi kencing membengkak lagi. Sebab bila pundi kencing tu tolak organ vital yang lain, tumbesaran organ lain mungkin akan terbantut so perkembangan jadi tak normal.
Kedudukan baby juga songsang seperti sebelum ni, kaki di bawah dan kepala di atas dengan kedudukan statik – tak dapat bergerak sebab tak ada air ketuban untuk baby move around.
So Noorul tanya doktor, ada tak treatment yang boleh rawat keadaan baby? Sebab Noorul baca-baca dekat FMGC sini boleh buat rawatan. Actually treatment tu memang ada, cuma sebab umur baby dah 6 bulan so agak terlewat untuk buat sebarang treatment.
Allahu..
Suami senyap je sepanjang doktor tulis report kat buku biru tu. Noorul nampak raut wajah suami sedih sangat, tapi mata suami dah tak terkaca macam mula-mula dapat tau berita dulu. Mungkin suami pun dah redha dengan apa yang berlaku. Noorul pegang tangan suami, Noorul tak dapat nak cakap apa-apa dan cuma berdoa supaya kami sentiasa kuat dengan setiap ujian dari Allah.
Balik dari FMGC, kami buat research lagi ubat-ubatan yang boleh rawat atau mungkin dapat kurangkan sedikit komplikasi baby. Walaupun tau kemungkinan tak ada (sebab dah dua specialist kami jumpa dan jawapan tetap sama), tapi kami tetap cuba nak cari jalan alternatif lain.
Kami percaya walaupun doktor dah bagi pelbagai diagnosis, tapi doktor tu kan hanya manusia juga? Which, doktor hanya boleh buat anggaran saja based on their experience dan expertise. Tapi in the end hasilnya Allah saja yang boleh tentukan.
Orang kata, apa yang kita makan sekarang akan beri kesan pada baby secara tak langsung. So buat masa sekarang, Noorul tak pernah miss dari ambil supplement khas, which is supplement tu berasal dari bahan-bahan natural je. Noorul consume supplement tu 26 biji sehari, pagi dan malam setiap hari. Bukan tu je, Noorul juga amalkan acid folic, vitamin C, dan juga minuman pure juice extract.
30 Nov 2017 – Perjumpaan kali kedua dengan Dr. Ramesh, HTAR
Selepas 6 minggu dari last checkup, Noorul jumpa lagi dengan Dr. Ramesh untuk further screening. Kali ni Noorul juga di temani suami dan mak Noorul.
Dalam bilik Dr. Ramesh, macam biasa Noorul di minta baring untuk buat ultrasound scan. Kali ni Dr. Ramesh senyap seribu bahasa, termasuk 3-4 orang pembantu yang ada dalam bilik yang sama. Jantung Noorul dah berdegup laju, macam ada something wrong je? Doktor pun hanya fokus tengok kat black and white screen je. Ye lah, sebab selalunya doktor akan cakap-cakap juga kan.
Then, dalam 8-10 minit baru lah doktor buka mulut.
“Your baby’s heart and liver seems to be in a quite good condition.”
Alhamdulillah! Happy sangat Noorul masa tu! Muka suami pun dah berseri sikit. Sebab sebelum ni specialist cakap jantung dan paru-paru baby mungkin akan affect since bladder baby membesar. Tapi setakat ni semuanya masih sihat. Alhamdulillah, kuasa Tuhan :’)
Kedudukan baby pun dah tak songsang macam sebelum ni – which, sampai sekarang Noorul still hairan macam mana baby boleh pusing 180 degree kalau air ketuban tak ada. Boleh tahan baby ni bergerak haha.
Dan.. macam mana pula dengan bladder baby? Di screen kami nampak macam makin mengecil dan tak besar macam sebelum ni. Maksudnya baby dah berjaya keluarkan air kencing sendiri ke?
“No, it’s not that. Your baby still cannot take out the urine.” “It just looks small on the screen because your baby is growing and getting bigger inside your tummy.”
Ohhh…
Maksudnya air kencing baby masih terkumpul lagi, cuma dah tak membesar lagi dan saiz sama je dari dulu hingga sekarang. Disebabkan baby dah besar, sebab tu bladder nampak kecik je.
But it’s ok, tahu keadaan jantung dan paru-paru baby sihat pun kami dah bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk buat treatment selepas deliver nanti, dan baby pun boleh bernafas dengan sendiri sebab paru-paru masih sihat, inshaALLAH. Baby pun masih boleh terima lagi makanan dan zat dari Noorul, which is good, cuma baby masih tak boleh keluarkan air kencing je.
Buat pengetahun semua, selepas ni Noorul akan further up dengan specialist di HKL pula. Dan inshaALLAH Noorul juga akan bersalin di sana nanti, sebab di sana ada ramai juga specialist dan equipment khas untuk rawatan rapi baby yang seterusnya. Dr. Ramesh pun faham dan dah contact dengan specialist di sana, so next check up Noorul pada awal bulan January ni. Doakan Noorul supaya baby ada perkembangan positif ya! đ
Buat masa sekarang, Noorul dan suami hanya mampu berfikiran positif dan berdoa setiap hari je. Mungkin ada yang nampak Noorul happy go lucky, bila jumpa atau borak dekat luar, bila borak-borak tentang baby, Noorul nampak rileks je tak sedih, nampak macam semuanya normal.
Sebagai ibu, mesti Noorul akan sentiasa nampak happy kan. Siapa yang tak happy dapat rezeki anak? At least, Noorul masih dapat merasa pengalaman mengandung tu, dapat rasa tendangan baby, sentiasa terbangun setiap malam ke toilet, sentiasa rasa lapar (sampai suami pun dah mati akal nak bagi Noorul makan apa lagi haha), kaki start bengkak-bengkak, seluar jeans dah tak muat, tengok perut membulat dan besar setiap hari. Alhamdulillah đ
Setiap malam, suami tak pernah miss usap perut Noorul dan cakap-cakap dengan baby sebelum tidur.
“Lagi 2 bulan kita jumpa ya anak abah..”
“Baby jangan nakal-nakal dalam perut mummy tu..”
“Nanti abah nak ajar baby jadi kuat macam abah tau..”
Lepas tu suami selalu tanya Noorul harini baby aktif tak? Baby ada gerak-gerak dalam perut tak? Sebab kadang-kadang dalam sehari tu Noorul tak rasa langsung tendangan baby, usap-usap tolak-tolak pun tak ada respon. So Noorul jadi risau sangat. Tapi alhamdulillah, mungkin sehari suntuk tu baby tidur je kot, sebab esoknya baby aktif balik sampai senak perut ni haha.
Teringin juga nak pergi Baby Expo, tapi kami terpaksa padamkan niat sebab tak tau what’s going to happen in the future? Lebih baik kami simpan duit untuk rawatan baby yang akan datang nanti. Kadang-kadang pun teringin juga nak rasa anak gerak bebas dalam perut, nampak movement baby kejap kat atas, kejap kat bawah, kejap kat tepi. Buat masa sekarang walaupun baby menendang, tapi slow je dan menendang hanya kat satu tempat saja since air ketuban tak ada. So movement baby agak terbantut sikit.
Apapapun, kami cuba terima segala ujian dari Allah dengan redha, dan tak nak merungut atau bersedih dah. Walaupun jauh di sudut hati kami semestinya nak anak yang sihat dan sempurna macam orang lain.. kami akan cuba untuk sentiasa bersyukur, redha, tawakal dan berfikiran positif demi anak.
Kami percaya akan ada rezeki yang lebih baik selepas ni..inshaALLAH.