List Keperluan Baby Newborn Yang Perlu dan Tak Perlu Dibeli (Berdasarkan Pengalaman)

Few months before Noorul ada share blogpost tentang List Keperluan Baby Newborn apa yang patut dibeli untuk baby yang bakal lahir. Lepas anak dah besar dan dah masuk setahun, baru Noorul sedar ada beberapa benda yang sebenarnya tak perlu dibeli awal-awal masa mengandung tu. Ada yang tak terusik langsung pun apa yang dah beli tu sampai sekarang. Biasalah masa shopping kita excited terlebih, nak sambut baby baru katakan hehe. Takpe, as parents kita sentiasa belajar dan buat silap, that’s why Noorul nak share dengan korang supaya boleh rancang apa yang patut dan tak patut dibeli untuk elak dari membazir.

Pakaian

Pakaian tidur dan harian cukuplah sekadar 4-5 helai each, sebab baby ulang-ulang pakai je setiap hari. Anak pun akan cepat besar dalam masa sebulan dah tak muat. Lagipun, boleh shopping lagi yang baru kemudian hari in case baju anak tak cukup. Lagi satu kebanyakan orang kita suka hadiahkan set baju untuk baby newborn, so tak perlu lah kita beli banyak-banyak.

Barut

Barut baby Noorul beli banyak haritu dalam 8-9 helai. Lagi banyak dari baju tidur dia haha apakah. Beli sebab corak dia comel je. Selalunya baby pakai barut ni lepas mandi dan waktu tidur untuk elak perut kembung, so sehari 2 barut je dia akan guna. Jadi buat apa nak beli banyak-banyak kan. Kecuali baby berak atau kencing terkena barut, barulah kena tukar selalu. Masa anak dah 4 bulan macam tu dah stop pakai dan barut tu semua simpan dalam kotak.

Bedung (baby swaddle)

Bedung ni beli banyak pun takpe sebab banyak kegunaan. Bukan pakai untuk bedung baby je, tapi untuk buat alas tempat tidur, pelindung stroller, selimut atau tuala pun boleh. Bila banyak kali pakai dan basuh ni kadang-kadang kain akan jadi berbulu, jadi belilah banyak terus ok haha.

Anak Noorul walaupun dah besar, kadang-kadang Noorul pakaikan dia bedung jugak sebab dia ada mild eczema dan selalu garu badan dia waktu tidur. Tapi dah besar ni payah sikit dia dah pandai loloskan badan dia haha.

Mittens, Booties, Wash Cloth

Mittens & booties cukup beli 4-5 pasang je. Wash cloth / sapu tangan beli la banyak sebab banyak kegunaan dan cepat kotor.

Noorul paling banyak pakai untuk lap muntah (memang busuk kena terus tukar baru), lap air liur (especially bila dia nak tumbuh gigi tu), jadikan pelindung muka masa jalan tengah panas etc. Beli bebanyak sebab semua corak dia comel-comel eee geram.

Diapers / Lampin

Bagi Noorul, diapers ni beli satu pek dulu cukup untuk test sama ada sesuai tak dengan kulit anak kita. Noorul ada pengalaman beli diapers jenama X, diapers tu buat kulit anak cepat gatal-gatal dan naik rashes. Diapers jenama Y pulak cepat bocor dan bila anak kencing memang kuat bau dia maybe sebab diapers tu jenis nipis. Sampailah Noorul jumpa jenama yang paling sesuai untuk Zyad barulah Noorul stick to that brand sampailah sekarang. Tapi lampin ni depends pada anak masing-masing mungkin apa yang anak Noorul pakai tak sesuai dengan baby lain. Boleh cuba-cuba dulu. Sekarang pun kalau buat checkup kat hospital swasta atau pergi baby fair, kadang-kadang dia akan bagi free sample diapers. Bolehlah test dulu pada baby sebelum beli untuk buat stok banyak-banyak nanti.

Baby Wipes

Baby wipes ni sila lah beli lah banyakkkkk. Noorul beli bukan untuk lap punggung baby sebab selalunya akan cuci pakai air lebih bersih dan suci. Mostly Noorul akan pakai untuk lap muntah baby yang terkena kat baju, lap mulut baby lepas menyusu atau lap mainan. Sebolehnya beli baby wipes yang peket kecik supaya senang nak bawa masuk dalam handbag.

Tempat Mandi

Besen mandi yang jenis bathtub tu worth it untuk beli, sangat memudahkan korang untuk mandikan baby. Beli siap dengan alas tempat mandi dia. Tapi Noorul jarang pakai sebab lama-lama dah expert mandikan anak sambil pegang sendiri hehe.

Changing Table

Bagi Noorul, changing table pun worth it untuk dibeli walaupun ada yang cakap ‘alahh anak pakai kejap je lepas tu tukar baju pakai diapers semua atas katil je’. Entahlah, sampai sekarang anak Noorul susah betul nak tukar lampin atas katil asyik nak bergolek je. Kalau atas changing table dia akan behave sikit. Lagipun lagi mudah kalau tukar atas changing table yang tinggi sama level dengan badan kita, tak sakit badan bila tunduk lama-lama. Tukar lampin dan pakaikan dia baju mau setengah jam. Kena bersilat-bergelut-berpeluh baru settle semua percayalah.

Changing Mat

Dalam post lepas Noorul tulis beli 2 helai dah cukup kan. Ok yang ni kena beli at least 3-4 helai lah. Banyak kejadian tak yang di ingini berlaku macam baby boy sengaja pancut lepas mandi atau changing mat kotor terkena tahi haha. So beli 2 helai definitely tak cukup.

Nursing / Feeding

Masa kat baby fair, Noorul beli banyak set botol baby, breast pump, breast pad, breast milk storage. Tapi hanya beberapa je yang Noorul guna dan selebihnya hanya simpan dalam kotak. Contohnya macam breast pad tu, Noorul beli banyak sebab tujuannya nak tekap pada sebelah breast yang tak diguna masa menyusu anak. Tekap untuk elak susu melimpah dari basah terkena baju. Untuk awal-awal tu ada lah juga pakai tapi boleh dikira dengan jari, sebab mostly Noorul akan kumpul susu pakai milk collector. So dah tak pakai dah breast pad tu simpan je dalam kotak.

Contoh satu lagi macam botol baby tu, Noorul beli dalam 3-4 jenis tapi hanya satu je yang Zyad pakai, tu pun pakai untuk beberapa bulan je. Sebab dia lebih prefer breastfeed dan taknak minum susu direct dari botol. So dah membazir beli botol kat situ. Nasihat Noorul, kalau nak beli, beli sikit-sikit dulu ok.

Nursing bra pulak ada bermacam jenis. Ada yang jenis klip, jenis hook, jenis selak. Pening kita nak beli yang mana satu. Tapi lama kelamaan, bra biasa yang kita pakai hari-hari tu jugak yang dipakai. Bila anak nak breastfeed, Noorul angkat je bra tu selak naik atas lagi senang. Nak hook, nak klip, lagi ambil banyak masa sebab kena menggagau nak cari butang penyambung klip tu kat mana wuwuu. Mana nak nampak kalau benda tu dalam baju.

Baby Carrier, Stroller, Car Seat

Sila lah jangan beli dulu, kecuali car seat sebab car seat tu sangat penting lepas baby keluar dari hospital dah terus kena letak dalam tu. Tapi yang lain-lain boleh hold dulu, tunggu habis pantang dan badan kita pun dah kuat, barulah boleh keluar shopping dengan husband dan baby untuk cari baby carrier atau stroller yang sesuai. Lagi best sebab boleh test dulu letak anak dalam tu, tengok anak kita selesa ke tak. Lagipun baby gear ni agak mahal, so boleh kumpul duit dulu dan tak perlu beli awal-awal. Takut nanti salah beli sayang duit dah terbang~

Tempat Tidur, Tilam, Baby Cot

Ok ni wajib beli, salah satu benda penting yang wajib ada dalam list. Baby cot tu kalau nak pakai lama, beli yang tinggi sikit bila anak pijak dia tak boleh panjat keluar. Noorul ada pengalaman dalam blog post yang lepas, anak Noorul panjat keluar dari baby cot dia sampai berdarah hidung dan kena xray masuk hospital. So pleaseee fikir yang terbaik untuk anak kita ok.

Set Berpantang

Sebelum ni Noorul ada buat review set berpantang Nona Roguy, memang best dan very recommended. Ada yang tanya Noorul bila start boleh pakai set berpantang ni? Boleh pakai terus lepas bersalin atau tunggu 2-3 hari lepas tu? Untuk set berpantang ni, Noorul suggest terus pakai lepas bersalin sebab masa tu badan kita lemah sangat-sangat. So nak kena pakai minyak untuk urut, minum air herba untuk tenaga dalaman etc. Beli siap-siap supaya tak kelam kabut kemudian hari.

So Noorul rasa cukuplah apa yang Noorul kongsikan setakat ni. Nasihat Noorul beli lah yang mana wajib dulu sebab yang lain-lain tu boleh beli kemudian. Tambah lagi bila baby baru lahir orang suka bagi hadiah macam-macam. Takut barang yang kita dah beli tak terpakai akhirnya. Buat masa sekarang, boleh je list down siap-siap apa yang patut dibeli sekarang dan kemudian. Then buat research sikit-sikit mana satu yang nak dibeli. Untuk pilih car seat, Noorul ada kongsi tips boleh rujuk blogpost 7 Tips Mudah Beli Car Seat untuk Anak.

Noorul harap post ni dapat beri sedikit idea dan banyak manfaat pada parents di luar sana dalam membeli keperluan baby newborn.

Good luck! ❀️

2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like