Ramadhan 1441H Yang Terasa Sangat Berbeza

Ramadhan tahun ni terasa sangat berbeza. Bukan saja sebab kita berpuasa dalam musim PKP, tapi juga harus berdepan dengan pelbagai new normal dalam usaha untuk memutuskan rangkaian virus COVID-19. Noorul percaya, semakin lama kita semua mulai sedar dan redha menerima takdir kehadiran wabak yang sedang melanda dunia.

Bak kata suami, nanti dah tua-tua kita ada bahan nak cerita kat anak cucu. Macam atuk moyang kita cerita pengalaman masa zaman perang dulu-dulu. Haha boleh tak samakan macam tu.

Shopping Barang Raya Online

Tahun ni dah tak perlu bersesak-sesak ke PKNS, Jalan TAR, Bangi Sentral atau Seksyen 7 untuk beli barang raya. Semuanya beli secara online, lebih senang dan selamat. Lagipun disebabkan musim PKP ni kebanyakan kedai memang tutup dan hanya bergerak secara online. Noorul dan husband juga tak terkecuali, butik kasut yang kami usahakan pun tak dibuka secara fizikal sampailah PM benarkan untuk buka pada awal Mei haritu.

Walaupun tahun ni tak digalakkan untuk beraya, ramai juga yang shopping beli baju atau kasut baru. Nak juga cantik-cantik untuk bergambar kan. Tapi bagi Noorul dan suami, tahun ni hanya pakai mana yang ada je. Tak beli yang baru sebab bukan nak ke mana-mana pun. Baju anak je yang beli baru hehe. Rasa tak berbaloi kalau sekadar nak ambil gambar sekejap time pagi raya lepas tu tukar balik tshirt rumah. Kalau makeup pun tahan setengah jam je lepas tu dah kena cuci *sobsob*

Tiada Bazaar Ramadhan

Gambar dari johorfoodie.com

Bila tiada bazaar ni Noorul percaya ramai yang terkesan especially para peniaga. Sebabnya sesetengah peniaga sangat bergantung pada bulan Ramadhan untuk dapat keuntungan yang berlipat ganda. Ekonomi keluarga memang terjejas teruk. Tapi ramai juga peniaga yang bijak untuk buat penghantaran pakai LalaMove atau Grab.

Noorul pula boleh kata dua minggu sekali tapau makanan dekat luar sebab setiap hari masak. Kalau tak sebelum ni malas juga nak ke dapur haha. Bila dalam keadaan macam ni, nak jimat, kena juga masak dan try menu baru setiap hari. Suami Noorul lah paling suka dan bangga bila suami puji masakan Noorul makin lama makin improved hehe *kembang hidung*. Ada juga hikmah bila tiada bazaar Ramadhan ni kan.

Tiada Umrah di Bulan Ramadhan

Agak sedih bila kerajaan Arab Saudi minta umat Islam untuk tangguh dulu ibadah umrah pada Ramadhan tahun ni. Terasa sangat rugi sebab umrah di bulan Ramadhan pahalanya sangat besar, sama seperti melakukan ibadah haji.

Ramai yang berebut-rebut nak ambil peluang ni termasuklah parents Noorul, yang dah dua tahun berturut-turut terpaksa tangguh untuk ke Mekah & Madinah. Sedih dan kecewa bila preparation semua dah buat. Tapi Noorul percaya semuanya ada hikmah. Di sana, hanya beberapa bilangan jemaah je dibenarkan solat, tu pun social distancing tetap dijaga. Doakan agar parents Noorul dipanjangkan umur dan dapat tunaikan ibadah umrah dan haji pada tahun hadapan ya!

Tarawih di Rumah Berjemaah Bersama Keluarga

Rasa pelik bila tiada solat tarawih di masjid atau surau seperti biasa. Selalunya selepas berbuka, kelam-kabut solat maghrib dan terus berlari ke masjid untuk tarawih berjemaah. Berbuka beramai-ramai di masjid / surau pun tak ada tahun ni, semuanya perlu di buat di rumah.

Tapi dari sudut positif, masa ni lah kita nak beri peluang pada suami, anak, abang, adik lelaki untuk jadi imam buat keluarga. Syukur, ramai yang ambil peluang ni untuk improve skill bacaan dan surah. Yelah takkan dalam 30 hari tu baca satu surah yang sama je kan hehe. Alhamdulillah, tak perlu suara yang sedap ala-ala Imam Mekah. Cukuplah orang tersayang yang menjadi imam untuk kita, itu pun sudah terasa cukup manisnya.

Tak Dapat Sahur di Kedai Mamak atau McD

Semasa masih berdua belum dapat anak, memang favourite Noorul untuk sahur dekat kedai mamak atau McD. Husband pun pelik kenapa Noorul suka sangat dengan masakan mamak, kadang-kadang kedai mamak bukan bersih sangat. Noorul suka sebab portion dia yang besar! Dan sedap of course hehe. Kena dengan taste tekak katakan.

Tapi tahun ni, semuanya terpaksa dilupakan. Setiap hari Noorul akan masak untuk berbuka dengan portion yang banyak, then lebihan lauk tu Noorul akan simpan dan panaskan semula untuk dimakan waktu sahur nanti. Memang jimat buat cara ni, boleh save separuh dari duit yang keluar untuk beli makanan. Kita juga akan lebih bersyukur dan menghargai makanan yang ada.

Tak Dapat Berbuka Puasa Beramai-ramai

Yang ni antara yang Noorul paling rindu sekali, especially makan buffet beramai-ramai bersama keluarga. Tahun lepas Noorul tak dapat join sebab masih berpantang. Sebenarnya banyak yang Noorul tak dapat buat tahun lepas, tak dapat buat tahun ni juga. Sedihh.. tapi nak buat macam mana. Moga tahun depan semua akan beransur pulih seperti sediakala semula.

Ini sahaja perkongsian dari Noorul. Semoga tiada yang salah anggap kerana Noorul hanya lihat dari sisi positif hikmah wabak COVID-19. Yang pastinya, Ramadhan tahun ini pasti menjadi antara Ramadhan yang paling di ingati.

Apa-apa pun, Noorul bersyukur kerana disebalik kesusahan kita berdepan dengan wabak COVID-19, pelbagai hikmah yang Allah tunjuk walaupun hanya sedikit perubahan yang berlaku. Semoga yang baik itu sentiasa kita amalkan dan jadikan new normal dalam kehidupan seharian kita.

Mudah-mudahan ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *