Kesan Sampingan Suntik Perancang Kehamilan (Depo-Provera) Selama 2 Tahun

ο»ΏAssalamualaikum dan Hi semua!

Dalam 4 bulan juga Noorul tak update blog. Rinduuu pulak hehe. Biasa lah bila dah mula masuk ofis ni kena fokus pada bisnes dan kadang-kadang tak sempat nak menulis blog.

Alhamdulillah, anak Noorul dah masuk 2 tahun 2 bulan. Terasa cepat betul masa berlalu. Since Zyad pun dah besar, ramai mula tanya Noorul,

“Tak nak bagi Zyad adik ke?”

“Masih nak merancang lagi? Sampai bila?”

“Tak kesian ke dekat Zyad selalu main sorang je takda kawan?”

For now Noorul rasa cukuplah 2 tahun Noorul rancang kehamilan. Memang dari awal lagi Noorul plan dengan husband nak jarakkan kehamilan 2 tahun, ikut nasihat doktor. Lagipun sebelum ni Noorul pernah mengandung 2 tahun berturut-turut dengan seorang anak syurga. Jadi nak bagi badan Noorul rest betul-betul sebelum bersedia untuk next pregnancy. (Kisah anak syurga Noorul boleh baca di sini..)

Sebagai perancang kehamilan, pada mulanya Noorul try makan pill hormon sebab bagi Noorul mudah nak dapat kat mana-mana farmasi. Tapi Noorul stop sebab Noorul malas nak ikut jadual, kena makan wajib tepat ikut waktu. Contoh kalau hari ni telan pill pukul 10 malam, esok pun kena telan pill tepat pukul 10 malam.

Noorul selalu juga terlupa, entah dah berapa kali Noorul termiss lepas tu gelabah sendiri haha! So Noorul ambil keputusan untuk ambil suntikan perancang depo je. Lebih mudah, 3 bulan sekali datang klinik untuk inject.

Ada Kesan Sampingan Ke Ambil Suntikan Perancang?

Ok boleh kata ramai juga yang tanya Noorul soalan ni. Noorul ambil suntikan perancang tepat selama 2 tahun. Ada yang Noorul ambil di Klinik Kesihatan. Ada juga yang Noorul ambil di klinik swasta sebab tak nak buang masa beratur panjang. Kalau di KK kena bayar RM1 je, di klinik swasta dalam RM35-RM45 untuk sekali suntikan depo.

#1 – Haid Tak Teratur

Bila kita disuntik dengan hormon progesteron, akan ada sedikit gangguan kepada kitaran haid. Ni antara kesan sampingan yang paling obvious. Boleh kata period tak teratur tu perkara normal. Seingat Noorul, selama 2 tahun cucuk depo ni hanya 3 kali je Noorul datang bulan. Selebihnya hanya spotting atau memang tak datang terus.

Pengalaman Noorul masa first time lepas cucuk depo tu, Noorul masih datang haid macam biasa. Nurse KK terkejut, “Aik? Dah cucuk depo masih datang period ke? Suburnya awak!” Haa cuaklah Noorul. Maksudnya normal ke tak normal tu?Β  Paling penting, setiap 3 bulan Noorul tak pernah miss repeat cucuk depo sampailah cukup 2 tahun.

#2 – Naik Berat Badan

Bila cucuk depo ni memang dia akan kacau hormon buat kita lapar. Perangai ni datang sama macam bila kita nak datang period tu. Terasa nak makan, asyik nak mengunyah jee 24 jam.

Sepanjang Noorul suntik depo ni sebenarnya taklah naik berat badan sangat walaupun Noorul makan nasi berlauk 2 pinggan bersulamkan teh ais setiap hari 😁 Mungkin sebab Noorul fully breastfeed, secara tak langsung kalori akan terbakar dengan banyak. (Baca : Tips Kurus Selepas Bersalin)

Secara logiknya memanglah berat badan akan naik banyak kan kalau dah kuat makan tu. Tapi kalau berjaya kawal makan takda nyaa nak jadi obese. Berat naik salahkan je perancang. Haha kesian depo tu.

#3 – Mengganggu Pengeluaran Susu Ibu

Ada yang kata suntik depo akan menggangu pengeluaran susu ibu. Ada betulnya, depends pada badan masing-masing. That’s why doktor atau nurse akan minta kita try depo dulu for few months, kalau susu drop, baru tukar ke perancang lain. Sebab ada ibu yang tak serasi dengan perancang suntikan depo ni.

Ibu-ibu boleh try and error dulu ya. Kesian kat baby kalau tiba-tiba susu kurang.

brestfeeding
Menyusu Zyad selepas landed di airport New Zealand tahun 2019. Rindunya zaman tiada pandemik. Huhu.

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun ambil suntikan depo, susu badan Noorul tak pernah kurang so Noorul teruskan je sebab dah serasi dengan badan. Know your body ok!

#4 – Rambut Gugur Dengan Banyak!

Yang ni bukan kita je stress, tapi husband pun stress jugak haha. Setiap hari lantai mesti penuh dengan rambut. Tak kira sikat pakai berus atau jari memang rambut akan gugur dengan banyak. Paling mencabar bila nak vacuum satu rumah tu.

Jadi kena bertabahlah. Nasib tak botak je rambut Noorul ni. Kena pakai minyak rambut untuk kuatkan akar baru ok.

#5 – Ambil Masa untuk Betulkan Hormon Semula

Bayangkan dah 2 tahun kita suntik depo, jadi badan kita pun mesti akan ambil masa juga untuk betulkan hormon semula.

Pengalaman Noorul, selepas 6 bulan stop suntik depo barulah haid datang semula. Lama juga kan? Rasa macam dah lama tak beli pad. Rasa pelik pulak tetiba. Bila dah datang haid ni bermaksud hormon kita dah kembali normal. InshaAllah akan mudah lekat untuk mengandung lepas ni, doakan Noorul untuk dapat 3rd baby ya!😊

So Berbaloi Ke Ambil Suntikan Perancang?

Kalau tanya Noorul, memang berbaloi sangatlah ambil suntikan perancang ni. Antara kebaikan ambil suntikan perancang ialah :

  • Mudah dan tak perlu makan consume setiap hari macam pill.
  • Hanya perlu suntik 4 kali setahun (setiap 3 bulan).
  • Harga affordable, dalam RM35-RM45 sahaja di klinik swasta dan RM1 di Klinik Kesihatan.
harga depo-provera
Sebelum cucuk depo boleh call klinik dan tanya harga terlebih dahulu. Yang Noorul pergi ni u.n.i Klinik Cyberjaya, best tak perlu beratur panjang tunggu giliran lama macam di KK.
  • 99% berkesan dalam rancang kehamilan sepanjang tempoh 3 bulan.
  • Tak mengganggu dalam hubungan suami isteri.
  • Sangat sesuai untuk ibu yang menyusu badan.
  • Tidak mengurangkan susu ibu (depends).

Wallahu’alam. Ibu-ibu buatlah perancang yang terbaik ya. Boleh bincang sama-sama dengan husband sebelum buat keputusan bersama. Thank you for reading dan Noorul doakan yang terbaik untuk ibu-ibu semua ❀

39 Comments

  1. Saya ambil depo sudah 2 kali dah tetapi period Tak datang lepas itu datang darah Tak herti hating debar debar dan tangan tarik I takut ini side effects ke depo

  2. Hai.. saya nak tanya saya dah berhenti cucuk depo, selepas sebulan berhenti depo ada bersama suami. Adakah tggi utk saya hamil.. sbb sekarang hampir 3bulan dr berhenti cucuk blm ada dtf period lg

  3. Hi nak tanya
    Saya dah suntik depo seminggu sebelum kahwin, kemudian selepas kahwin haid datang lambat. Doc cakap fungsi depo untuk stop kan period which is I love it and cant wait for it. So I think it works since rasa period takkan datang but end of the month period datang dan sekarang dah lebih 10 hari pendarahan. Normal kah? Sejujurnya keadaan ini adalah sangat tak selesa buat saya dan suami. Ada baca confessions cakap pendarahan boleh berlaku selama 3 bulan straight! Ini bermakna 3 bulan tidak bersama suami? Saya takut situasi menjejaskan hubungan kami. Apa pendapat?

    • Hi Puan πŸ™‚ Betul puan, once kita dah ambil depo memang akan ada perubahan pada hormon. Hormon pula depends, ada yang macam puan pendarahan datang tak berhenti, tapi macam saya tak datang period almost 6 months pun ada. Mungkin awal2 ambil depo pendarahan tanpa henti tu normal πŸ™‚

      • dah lebih 4 bulan pendarahan secara berterusan… rasa sangat risau dan keliru dengan status ibadah solat saya… doc cakap kalau next appt pun masih berlaku pendarah kena stop depo πŸ™

    • hai..sy nk tanye juga sy dah amik depo 2 tahun boleh x klau sy nk tkr depo kpd pil perancang jenama postinor..sy mcm was2 je risau bhenti depo ni ngndung plk..bkn apa dah ramai 5 orang ni next lah klau tuhan nk bg pn..tlg sy mcm mne nk selesaikn masalah sy ni samada nk trs kn depo atau boleh tkr kpd pil postinor trs..

  4. Hi kak nak tanye
    Saya memang selalu ambik ccuk depo tu, tapi skrg masalah nya saya belum cucuk lagi tanggal yg sepatut nya saya ambik cucuk depo tu 28.01.2023
    Dah lewat masa, itu ada kemungkinan tak saya boleh mengandung ?

    • Hii maaf lewat reply ❀️

      Kalau tanpa protection ada kemungkinan puan, in fact kalau dah cucuk depo, puan kena tunggu 7 hari baru boleh bersama tanpa protection πŸ™‚

  5. Hai awk. Sy nk tnya. Dkt atas td awk ada ckp. Kdg2 awk klua spotting je. Masa spotting tu. Awk solat juga ke mcm mana? N spotting awk brpe hr? Normal ke kalau cucuk depo klua spotting? Sorry byk tnya.

    • Hii ❀️

      Masa keluar spotting saya tak solat sebab saya tak yakin. Dalam 4-5 pun ada. Tapi normal sebab hormon tengah tak balance.

  6. Saya cucuk depo 3 tahun. Ni dh nak dekat 2 bln sy berhenti sy tak datang haid. Berat badan sy maintain 70kg je. Sy dh buat mcmΒ² dh nak kuruskan badan. Nak buat mcm mana ya nak datang haid. Sy takut

    • Hi Puan ❀️

      Jangan risau puan, Puan tak dapat haid tu maksudnya depo tu berkesan buat Puan πŸ™‚ Saya sendiri tak datang haid almost setahun. Untuk kuruskan badan, saya juga alami masalah yang sama, naik berat badan yang mendadak. Dari 52kg naik ke 64kg. Tapi Puan boleh cuba diet Intermittent Fasting (IF), saya try dalam 6 minggu macam tu dah turun 10kg 😍

      Puan boleh baca blog saya πŸ‘‰πŸ» https://simplynoorul.com/pengalaman-diet-berjaya-dengan-intermittent-fasting-if-mampu-hilangkan-6-kg-dalam-masa-3-minggu-tanpa-ubat-kurus/

      • Assalamualaikum.kalau dah berhenti suntik depo dan tak datang haid, mcm mana sismerancang ye ? Kalau merancang semulajadi kena ambil kira tempoh haid etc.. kn? Minta tips..

        • Waalaikumsalam Puan Adleen πŸ™‚

          Kalau dah berhenti suntik depo dan nak merancang, Puan boleh try method semulajadi seperti tidak bersama sewaktu subur, menggunakan kondom, menyusu badan dan sebagainya.

    • Saya pernah ambk depo 2x(6bln) dan kesannya tak dtg haid dlm setahun kiraan Dari suntikan pertama. Saya ikhtiar permata suri CNI. 10 Hari kemudian haid spt biasa. Dan kemudian terus stop ambik depo. πŸ™‚

      • Saya menang selalunya amik depo kat kerajaan tapi pada tarikh yang sepatutnya saya kene injection depo tu kebetulan pulak suami saya sedang berada di hospital jadi saya betul2 terlupa yang saya ni memang ada sempat pergi ke klinik kk untuk ambil injection depo tu. Sebab buku temujanji tu pun dah hilang ke mana tah time tu. Saya yang panic betul bila lihat tarikh temujanji di buku tu tiada tarikh baru untuk temujanji seterusnya. Itu yg saya lihat tiada tarikh dan tanpa berlengah masa saya pun pergi ke klinik swasta untuk mengambil injection depo. Dan pada minggu depan tu saya mengemas rumah dan bilik. Baru Saya jumpa dan perasan buku temujanji sya dgn klinik kk yg lama tu. Jadi kat sini saya suda inject dua bulan berturut-turut. Sepatutnya 3bulan sekali. Tapi ni contoh bulan May saya sudah inject depo di klinik kk next month pada bulan Jun saya amik inject depo sekali lagi. Adakah itu berbahaya?

        • Mungkin akan beri kesan pada badan sebab sis dah cucuk depo dua bulan berturut-turut. Mungkin akan keluar haid yang banyak, tetapi effect akan berbeza ikut badan masing-masing 😊 Saya doakan supaya sis tak ada masalah apa-apa.

      • Saya ambil depo sudah 2 kali dah tetapi period Tak datang lepas itu datang darah Tak herti hating debar debar dan tangan tarik I takut ini side effects ke depo

  7. Sorry nk tnya .. Klau cucuk depo 3 bulan period teratur tak selepas 3 bulan ? Means lepas 3 bulan kita tak x sambung cucuk depo tu

    • Hi Puan,

      Kalau tak ngam dengan cara perancang depo, kemungkinan susu badan akan jadi kurang, hormon tak stabil, kurang nafsu bersama suami. Kesan lain seperti rambut gugur, naik berat badan & period tak normal semua tu normal Puan 😊

    • Hi awak..saya nak tanya,normal ke lepas stop cucuk depo..bila dah lama tak datang bulan..then tiba datang bulan..kitaran haid tu agak lama? Saya sedang alami sekarang..period berpanjangan selama 42 hari..ada time 30hari..paling lama 42hari..kadang sebulan tu takde datang..

      • Hi Puan. Saya rasa normal tu sebab hormon memang tak balance bila kita pakai perancang. Tapi kalau sis risau, sis boleh rujuk doktor atau pharmacist πŸ™‚

  8. Blh tnya sy bru kna suntik jrum prcng skrng ni sy mengalami skt bdn yg teruk dn puct kulit smua haid sy bnyk 2 mnggu ank sy bru 1 sy berumur 21 thun yg sy alami sakit bwh perut sy skt dada tlng blkng dn kpla sngt2 teruk smpi tdk dpt jln gra2 skt seluruh bdn..

    • Salam Puan,

      Puan perlu rujuk dengan doktor jika ada kesan sampingan. Mungkin doktor boleh suggest cara perancang yang lain yang lebih serasi dengan Puan. 😊

  9. sorry nak tanya. sepanjang cucuk depo tu kalau bersama suami mmg buang dalam ke? sbb sy ada baca, yg cucuk depo pun boleh terpregnant jugaπŸ˜…

      • haii nak tanya..
        dya normal kaa bila stop ambil perancang suntik.. tlg blkg dgn bagian hulu hati tu sakit truk sht bila tarik nafas pun sakit.. dya ada kaitan dgn perancang yg sy pernah ambil tu kaa??

        • Hi sis ❀️

          Kalau ikut pengalaman saya tak ada sakit bahagian ulu hati atau tulang belakang. Mungkin depo tak sesuai dengan sis.. apa2 pun boleh refer doktor ya. Kadang2 bukan sebab depo, kadang2 boleh jadi sebab benda lain juga 😊

      • hai..sy nk tanye juga sy dah amik depo 2 tahun boleh x klau sy nk tkr depo kpd pil perancang jenama postinor..sy mcm was2 je risau bhenti depo ni ngndung plk..bkn apa dah ramai 5 orang ni next lah klau tuhan nk bg pn..tlg sy mcm mne nk selesaikn masalah sy ni samada nk trs kn depo atau boleh tkr kpd pil postinor trs..

        • Hi Puan. Bagi saya kalau Puan dah serasi dengan depo, baik teruskan saja dengan depo. Boleh saya tahu kenapa Puan nak tukar kepada pil postinor tu? πŸ™‚

      • Salam Puan, saya kurang pasti tentang tu. Puan boleh tanya doktor sama ada sesuai tak dengan medical condition Puan πŸ™‚

Leave a Reply to NoorulCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *