Hi dan Assalamualaikum semua!

Dalam post kali ni Noorul nak kongsi sedikit tips atau cara cara untuk buka buku pink di Klinik Kesihatan (KK). Sebab Noorul yakin mesti ada yang ‘blur’ macam Noorul dulu, sampai tak tau nak buat apa kan?

Mesti ada yang tertanya tanya;

 

“Apa yang kena buat bila dah confirm mengandung ni?”

“Kena buka buku pink bila kandungan masuk minggu ke berapa?”

“Kena buka buku pink ni dekat mana dan macam mana caranya?”

 

Bukan yang first time mother je, tapi yang dah banyak kali pregnant tapi jarak 3-4 tahun pun kadang kadang boleh lupa jugak.

So kalau nak tau secara detail, jom teruskan bacaan dekat bawah k Winking Face

👉🏻 Jom Beli : Buku Pink Cantik dan Cute di Shopee! ❤️

1. Bila Nak Kena Buka Buku Pink?

Selalunya yang disyorkan ialah between 6-12 minggu mengandung. Kalau awal sangat pun tak berapa recommended sebab tak sesuai lagi untuk dipantau, mungkin awak akan disuruh balik dan datang semula selepas 6 minggu. Yang penting, sebolehnya sebelum 3 bulan tu awak dah buka buku pink dah, kalau tak kena bebel dengan nurse je haha.

Tapi kalau previous pregnancy awak ada complication seperti keguguran, air ketuban kurang atau ada apa apa masalah kesihatan lain, sebaiknya pergilah awal supaya nurse dapat pantau awak dengan lebih teliti.

2. Macam Mana Nak Kira Jangkaan Tarikh Kandungan?

Untuk buat UPT test, awak dah boleh buat sejurus period normal awak datang lewat. So untuk check tarikh kandungan, awak boleh buat macam ni ;

Tarikh Pertama datang period paling latest = 1 April

Tarikh buat UPT Test = 15 Mei

Kalau double line, alhamdulillah, maksudnya awak dah mengandung 6 minggu!

1 April – 30 April = 4 minggu

1 Mei – 15 Mei = 2 minggu

Jumlah = 6 minggu

3. Book Tarikh Appointment

Selepas dapat tahu yang awak pregnant, pertama sekali kena book tarikh appointment untuk buka buku pink. Caranya, cari Klinik Kesihatan yang paling dekat dengan rumah, cari nombor telefon yang berkaitan, call, dan nurse akan terus setkan appointment untuk awak. Senang je kan?

Tapi kalau dah call banyak kali tapi klinik tak angkat fon, takpe awak boleh terus datang je ke KK dan set appointment dengan nurse on the spot. Lagi senang!

4. Bila Tarikh Appointment Dah Sampai, Apa Yang Perlu Dibawa?

Yang ni selalunya akan dipesan siap siap oleh nurse waktu setkan appointment kita dulu. Selain IC, kita juga kena bawa bill air atau elektrik yang paling latest, just nak confirmkan alamat rumah yang kita tinggal sekarang.

Tak pun, nurse akan tanya directly je, “Awak tinggal kat mana?” “Duduk seksyen berapa?” “Kalau tinggal kat kawasan taman, nama taman tu apa?” “Nama apartment apa?” Sebab kadang kadang alamat IC tu tak sama dengan alamat tempat kita tinggal sekarang kan. Lagi satu nurse nak check betul ke tak rumah awak berada dalam kawasan coverage KK, supaya nanti senang nurse pi mai pi mai datang rumah awak untuk pantau, in case kalau ada apa apa terjadi nanti.

5. Apa Steps Untuk Buat Buku Pink?

Actually steps dia banyak jugak tapi tak complicated mana pun. Lagipun akan ada misi yang jaga kita dari awal sampai akhir so takda la kita terkial sorang sorang. Cuma kalau ramai orang kat klinik tu mungkin lama jugaklah untuk settle, silap silap 5 jam baru habis semua. 

Dari kena isi details kat buku pink – kena interview history dan background kita – kena ambil darah – kena buat HIV Rapid Test – kena buat ujian air kencing – kena timbang berat – kena ambil tekanan darah – kena check sekali imbas gigi, buah dada, perut, bahagian kaki kot kalau ada apa apa masalah – sampailah akhir sekali kena masuk bilik doktor untuk buat pemeriksaan kandungan.

Dan… setiap steps tu semuanya kena TUNGGU. So banyakkan bersabar k. Haha.

Jururawat juga akan inform apa yang penting dan apa yang kena buat masa pregnant ni, contoh kalau tetiba ada bleeding apa kena buat, kenapa ibu mengandung kena ambil Folic Acid, apa effect pada baby kalau tak ambik etc.

Masa Noorul dulu kebetulan ada houseman junior ni, mungkin masih baru, so diorang la yang beri Noorul semua penerangan ni. Siap bukak buku rujukan sambil jururawat monitor dekat sebelah ok! Kalau diorang ada tersalah inform, nurse akan tegur, “eh apa awak nasihat patient macam tu? Kalau lupa point cuba bukak buku balik!” So terkial kial la dia selak buku. Hahaha… cute pulak rasa. Nurse usik tapi acah acah garang. Dahla Noorul kena keliling siap buat bulatan, macam kena group interview pulak dah.

6. Kena Ingat Tarikh Last Menstrual Period (LMP)

Haa ingat tak kat atas tadi yang Noorul cerita kena check tarikh jangkaan kandungan?

Ok yang ni sangat penting untuk kita ingat tau, kalau awak taktau, nurse pun susah nak anggarkan usia kandungan baby. Kalau main agak agak je susah nak tau due date awak nanti. Tak pun, last sekali mungkin doktor hanya boleh ukur panjang dan berat baby je waktu scan tu. Tapi tu pun hanya estimate, so takut tarikh due date awak jadi tak tepat pulak.

So sebelum datang KK buka buku pink tu, better ingat betul betul semula tarikh LMP awak, jangan buat muka blur pulak bila nurse tanya nanti, tak pasal kena jeling haha. Ala, Period Apps dalam fon kan ada, kalau awak ada rekod tarikh datang period so awak boleh check je dekat situ.

7. Apa Nak Kena Buat Dengan Buku Pink?

Buku pink ni kalau dalam istilah mat saleh, “Treat it like your Bible”. Over tak.. Haha. Maksudnya, sangat penting untuk awak simpan buku pink ni elok elok dan WAJIB kena bawa setiap kali datang checkup di KK.

Dalam buku pink tu juga ada panduan sebelum, semasa, selepas ibu mengandung, dan tercatatnya rekod kesihatan ibu dan bayi. Bayangkan kalau buku ni awak hilang, macam mana nurse nak monitor perkembangan awak setiap bulan? Rekod seperti berat badan, bacaan HB, kandungan gula, ukuran baby, ulasan doktor juga sangat penting. So kalau awak nak ke mana mana, bawa je buku pink ni dalam beg in case kalau anything happen, boleh terus refer mana mana klinik atau hospital.

8. Apa Nak Buat Kalau Terlupa Tarikh Appointment?

Yang ni pernah terjadi pada Noorul haritu. Allah, rasa macam nak nangis bila terlupa tarikh appointment. Noorul tau betapa pentingnya untuk datang ke appointment, lebih lebih lagi bila pregnancy lepas Noorul pernah terlepas satu appointment dan sebab tu juga doktor lambat detect yang sebenarnya baby dalam kandungan ada problem…Crying Face

But don’t panic, call je KK yang awak pergi tu dan sebut nama nurse yang handle awak haritu serta nama awak. Kenapa tak boleh bagi no IC? Sebab katanya sistem KK tak sama dengan sistem hospital, bukan cari by IC tapi kena cari by nurse yang handle.

Kalau tak ingat nama nurse jugak? Takpe, cuba selak setiap muka surat buku pink tu dan teliti betul betul tarikh appointment. Mesti jumpa punya! Kalau tak jumpa juga mungkin awak kena datang semula ke KK dan cari nurse yang handle awak dulu.

 

 

Apa apa pun.. masa mengandung ni, Noorul nasihatkan supaya jagalah betul betul kesihatan diri dan juga bayi. Anak adalah anugerah Allah yang paling tak ternilai, jagalah dia sebaiknya dan hargailah rezeki yang Allah beri. Pengalaman lepas buatkan Noorul sangat berhati hati, cerewet dan sangat teliti dengan setiap details. Kalau ada orang nasihat suruh buat macam tu, buat macam ni, Noorul takkan terus terima, sebaliknya Noorul buat research dulu dan akan tanya semua orang yang ada O&G medical background.

Noorul kalau boleh nak baby sihat, selamat, sentiasa dipantau dan paling penting sihat bila dia dilahirkan nanti. Tengokla mama nak gomol awak puas puas bila lahir nanti haha!

“Ya Allah, lindungilah bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya. Dan berikanlah kesihatan kepada bayi dan ibunya. Tidak ada kesihatan selain kesihatan daripadaMu, kesihatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain.

Ya Allah bentuklah dia di dalam rahim ibunya dengan rupa yang elok, dan tanamkanlah hati bayi ini dengan iman kepada Mu dan kepada RasulMu. Keluarkanlah bayi ini daripada kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan sihat dan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas, dan mengerti dalam urusan agama.

Ya Allah, berikanlah bayi ini umur yang panjang, kesihatan jasmani dan rohani, baik budi pekertinya, fasih lisannya, serta elok suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis. Dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW, wahai yang memiliki segala puji-pujian, Tuhan sekalian alam.”

Yang mana masih belum baca tentang pengalaman Noorul lahirkan anak syurga dalam blog yang lepas, boleh klik link di bawah untuk baca 🙂

Link —–> https://simplynoorul.com/mudahnya-melahirkan-alhamdulillah-pengalaman-melahirkan-anak-first-anak-syurga/

Terima kasih kerana membaca 🙂

5 Comments

Write A Comment