I’ve been there – haha. Ini antara sebab utama kenapa post ini ditulis. Memang kami ada hilang barang masa melawat kota lama Dubrovnik, bukan sebab kecurian, tapi sebab kecuaian. So sebelum ia terjadi, Noorul nak pesan, sila berhati-hati.
Okay cerita dia bermula bila Noorul dan suami nak balik dari Oldtown Dubrovnik, sebabkan malas nak naik bas dan tukar beberapa stesen, kami ambil keputusan untuk gunakan Uber, harga pun actually lebih kurang naik bas sebab kena tukar beberapa stesen.
So nak dijadikan cerita, masa tunggu Uber tu agak kekok sebab jalan kat area Dubroknik sangat kecik, tambah pulak asyik duk confuse dengan ‘left driver’ kan. Waktu Uber dah sampai, berlari kami melintas jalan, keadaan yang agak kelam kabut buatkan GoPro 5 kami tercicir dalam kereta Uber tu! Yang sedih lagi, lepas dah sampai Split baru kami sedar, mencanak jugak cari GoPro5, pedih woo!
Apa yang kami buat?
Of course kelam kabut, tapi kami cuba bermacam cara, post di website seperti Tripadvisor, di website GoPro sendiri, dan beberapa website termasuk Facebook Fanpage. Tapi semua tak dapat feedback.
Last sekali baru terfikir nak report kepada Uber. Selang 2 hari baru Uber inform yang GoPro kami ada dengan driver. Syukur yang teramat rasa dia, lega! Tapi keadaan macam freeze sekejap sebab malangnya, kami dah ada kat Malaysia.
#1 – Cuba Minta Uber Driver Bungkuskan & Hantar Menggunakan Fedex
Salah satu masalah di Croatia adalah komunikasi, mereka tak berapa fasih bertutur dalam English, apatah lagi menaip. Since masalah ini berpunca dari kecuaian kami, kami cuba untuk tidak menyusahkan driver.
Tapi lain jadinya, driver mula rasa proses ini complicated, kos pun agak tinggi.
#2 – Hubungi ‘Delivery Company’ Yang Buat Servis A-Z
Ya, kami ada buat sedikit research dalam mencari syarikat yang bersesuaian, dan akhirnya end up dengan syarikat Parcel Monkey.
Mereka ada sediakan servis door-to-door pickup cuma kami perlukan mereka untuk bungkuskan sekali. Tapi percubaan gagal sebab mereka nak pengirim sediakan bungkusan beserta cetakan borang, so Uber Driver tu refuse maybe sebab rasa menyusahkan dia.
By the way, nasib baik juga tak pakai Parcel Monkey sebab lepas baca beberapa review, banyak barang yang hilang semasa penghantaran dan bungkusan hampir hancur semasa sampai di tangan penerima, so once again, berhati-hati.
#3 – Guna Hashtag di Instagram Untuk Cari Kenalan Berdekatan
Buka Instagram dan taip #Dubrovnik, akan keluar semua post mereka yang berada disana even dalam masa seminit lepas. Cuma masalahnya, tak ramai rakyat Malaysia yang kesana.
Kalau ada pun belum tentu mereka akan hashtag, atau bergambar atau post di Instagram, so proses ini jadi lebih complicated, kami lagi pening nak contact seorang demi seorang, even kami pernah contact seorang rakyat Thailand yang masih bercuti di Dubrovnik.
Namun semua gagal sebab masa dan juga komunikasi. Sehinggalah…
#4 – Bila Travel, Jangan Sombong & Berkenalan Rakan Senegara atau Tempatan
Hah! Semasa kami sampai di airport Zagreb, kami ada nampak seakan orang Malaysia, apapun kami tegur sebab kami fikir itu dah jadi budaya kita. Berkenalan tak lama tapi sempat bertukar nombor telefon.
Katanya mereka akan berada di Croatia selama 2 minggu, seminggu lebih lama dari tarikh trip kami. Dari situ kami cuba hubungi mereka, dan nasib baik mereka masih berada di Dubrovnik.
Memang nasib kami tersangat baik. Uber driver tu pun mudah untuk bekerjasama, dia hanya perlu set masa dan tempat untuk perjumpaan dan seterusnya GoPro5 kami berada di tangan kenalan travel kami tu! Dan bila mereka dah balik Malaysia, kami terus set masa untuk berjumpa dan belanja mereka makan sekali, sebagai tanda terima kasih.
Sekali lagi, berwasapadalah bila bawa terlalu banyak gajet ketika melancong, eloklah kalau ada satu beg hanya untuk gajet je ok?
Happy travelling and stay safe!