Bila tengok ramai kawan kawan dah selamat bersalin, tengah berpantang, tergerak hati nak kongsi review set yang Noorul amalkan sepanjang berpantang tempoh hari iaitu Set Bersalin Nona Roguy (NR). Ni review ikhlas tau bukan berbayar hehe. Saja nak share dengan korang, kot ada yang masih confuse nak pakai set apa masa pantang nanti kan.

Sejujurnya, Noorul kadang kadang sedih bila orang share gambar baby di FB, Instagram sebab teringat kat Salahuddin. Baru Noorul faham macam ni lah perasaan ibu yang tak ada anak atau tak dapat anak. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu.  Tapi Noorul sedaya upaya pujuk hati dan redha, dengan semangat dari Salahuddin dan support dari orang sekeliling yang memahami situasi kami, Noorul dan suami kuat sampai sekarang. Alhamdulillah terima kasih semua :’)

Untuk baca kisah arwah Salahuddin disini

Okay sambung cerita tentang set bersalin Nona Roguy yang Noorul amalkan masa berpantang haritu. Hehe. Noorul bersyukur sebab ada kenalan yang pakar dalam bab ni dan boleh suggest yang mana bagus untuk berpantang. Lagipun sepanjang mengandung Noorul memang tak prepare apa-apa sangat, tak sempat survey produk mana yang ok, tak survey confinement package mana yang paling bagus.

Dalam set NR ada 6 jenis produk :

PhytoNatal – 90 biji

Akar Herbanika – 10 paket

Minyak Herbanika – 100 ml

Krim Herbanika Barut – 60gm

Uncang Cuci Herbanika – 10 paket

Herbanika Lulur – 100gm

Jom kita tengok apa kelebihan set NR ni 😉

PIL PHYTONATAL

Selalu kita dengar problem paling besar ibu lepas bersalin ialah masalah sembelit. Seram nak buang air besar sebab takut jahitan bawah terbuka semula kan, sampai ada yang sanggup tahan buang air besar berminggu minggu. Nak tunggu jahitan bawah kering dulu baru berani nak pergi toilet. Tapi bila dah jadi sembelit, baru menyesal bila susah nak meneran, sebab najis dah jadi keras dan susah nak keluarrrr! Boleh menangis tau. Noorul haritu agak bernasib baik sebab pada hari yang sama Noorul nak bersalin tu Noorul sempat buang air besar siap siap. So tak rasa nak membuang sangat dalam 2-3 hari lepas bersalin tu hehe.

Yang best dengan consume pil Phytonatal ni, pil ni akan melembutkan najis dan trigger kita untuk membuang. So tak perlu nak meneran sangat dah sebab automatik kita akan rasa nak membuang. Kadang-kadang masa Noorul tengah baring lepak atas katil, tiba-tiba je rasa nak membuang yang amat sangat, sampai Noorul kelam kabut nak bukak stokin bengkung apa semua (nasib baik bengkung ada zip, so senang nak buka tak perlu cabut tali satu persatu). Berlari anak ke toilet kan. Then bila membuang tu najis keluar laju je macam air, tak perlu meneran langsunggg haha. Best.. korang bayangkan macam sakit cirit birit, macam tu la keadaannya. Lepas dah habis membuang tu perut memang rasa lega sangat, badan pun rasa ringan. Berat badan pun boleh turun dengan cepat bila dah membuang selalu.

AKAR HERBANIKA

Akar Herbanika ni orang kata ‘bestfriend’ kepada pil PhytoNatal. Sebab fungsinya untuk melawaskan pembuangan disamping untuk menguruskan badan juga. Ni ala-ala minuman teh yang boleh keluarkan angin dan sembuhkan badan secara dalaman. Air teh ni juga bagus untuk tambahkan susu badan dan anak pun tak kembung perut. Paling bagus kalau consume sekali dengan pil Phytonatal tadi.

Cara minum dia senang je, cuma ambil 1-2 uncang teh kemudian rebus dalam air mendidih. Kalau malas nak tunggu boleh rendam je dalam thermos then terus minum masa panas-panas tu. Minum time sejuk tak sedap sebab air dia agak kelat. Tapi boleh je tambah dengan madu kalau tak tahan dengan rasa pahit teh tu, cuma rasa dah tak pure la hehe. Noorul suka minum macam tu je lagipun dah terbiasa dengan air green tea, rasa dia pun lebih kurang je 🙂

UNCANG CUCI HERBANIKA

Masa baru beli set bersalin Nona Roguy ni, Noorul paling tak sabar nak try Uncang Cuci Herbanika ni sebab dia bagus untuk luka jahitan episiotomy kat bawah tu. Masa baru-baru bersalin kan seram je nak membuang, takut jahitan terbuka lah etc. Nak cuci bawah tu pun takut sebab pedih haha.

Tapi dengan Uncang Cuci ni Noorul tak risau dah, makin Noorul nak cuci selalu ada la sebab fungsi dia sebagai ‘antiseptik’ yang boleh halang jangkitan kuman kat area bawah tu. Lagipun bila kita pakai pad selalu, darah masih banyak dan area situ pula selalu lembap, boleh jadi jangkitan kuman kalau tak jaga betul betul. Silap haribulan bila luka belum sembuh, benang dah tercabut dan kena jahit semula tempat tu. Seram.

Cara pakai uncang cuci sama macam cara Akar Herbanika, beza dia cuma jangan minum je haha. Ambil dalam 1-2 uncang kemudian rendam dalam air panas/mendidih dengan 3 sudu garam bukit. Kacau-kacau dalam besen leper then campur dengan air biasa supaya jadi suam kuku. Then bolehlah rendamkan punggung dalam besen selama 10-15 minit (pastikan sampai tenggelam bahagian jahitan). Kalau korang nak cepat atau tak ada masa, jadikan air cebok pun dah cukup. Cuci tempat jahitan dengan uncang cuci Herbanika then biarkan air kering dengan sendiri. Jangan sesekali biarkan area bawah tu lembab tau.

MINYAK HERBANIKA

Minyak ni sangat best sebab boleh legakan sakit otot dan bahagian yang tegang lepas bersalin. Nak pakai untuk urut badan pun sesuai. Tukang urut Noorul setiap kali datang rumah, wajib urut dengan minyak Herbanika ni dan letak kat bahagian bahu, tengkuk dengan kulit kepala. Rasa ringan je kepala lepas tu. Sapu sebelum bertungku pun boleh.

Orang tua-tua kata, masa berpantang ni kalau badan masuk angin tak elok sebab takut bentan. So Noorul selalu sapu seluruh badan dengan minyak ni setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur. Minyak Herbanika ni tak berapa panas macam minyak yang lain, rasa dia sedap je dan kita dapat rasa minyak tu menyerap masuk dalam badan. Nak letak kat perut sebelum pakai bengkung pun sangat digalakkan sebab minyak ni mampu untuk cepatkan proses pembakaran lemak.

Minyak ni pun bagus untuk cepatkan proses penyembuhan luka jahitan episiotomy. Memang berkesan, luka Noorul cepat je sembuh dalam 2 minggu je dah kering. Caranya lepas mandi tu, lalukan minyak Herbanika beberapa titis dan biarkan dia mengalir sampai terkena kat luka jahitan. Letak juga beberapa titis kat pad lepas tu korang boleh rasa berangin je kat bawah tu. Bau darah pun boleh hilang bila letak minyak ni kat pad, tak bau hanyir dah. So nak duduk kat sebelah orang pun selesa.

KRIM HERBANIKA BARUT

Krim ni dikira macam adik beradik kepada Minyak Herbanika. Krim ni fungsi dia boleh atasi perut buncit, perut menggeleber dan lembik. Sebelum pakai bengkung, sapu dulu perut dengan Minyak Herbanika tadi then baru sapu dengan Krim Herbanika Barut ni. Tak susah pun, nak kurus kena la rajin kan 🙂

Krim ni pun tak berapa panas macam krim yang lain, so rasa selesa je nak letak kat perut dan belakang badan. Nak letak kat area peha pun boleh untuk cepatkan proses pecah lemak. Kan ada bengkung yang sampai peha tu, kalau pakai bengkung yang jenis macam ni, pakai setiap hari pulak tu, confirm body meletups macam Che Ta. Cuma rajin tak rajin jeee.

HERBANIKA LULUR

Herbanika Lulur ni antara favourite Noorul dalam set NR ni. Lulur ni sebenarnya skrub tradisional, fungsi dia boleh cerahkan kulit dan untuk hilangkan segala daki kat badan. Selalu kan kita tengok ibu habis pantang mesti berseri seri je muka, glowing habis macam Datuk Siti hehe. Salah satunya sebab rajin skrub seluruh badan. Normal masa mengandung memang kulit kita akan mengembang then lepas bersalin kulit kita mengecut semula. Especially kat kawasan peha dengan perut tu, kalau ada selulit nampak tak cantik sangat. So dengan lulur ni la kita nak balas dendam dapatkan kulit yang cantik balik!

Noorul boleh kata ‘gila’ skrub juga, sebab setiap kali mandi Noorul WAJIB sental badan dengan Herbanika Lulur ni. Kalau 3 kali mandi sehari, 3 kali la Noorul akan skrub badan. Hasil yang paling obvious, kulit kat tangan dan kaki Noorul nampak halus sekata je. Bawah ketiak pun makin cerah, belakang badan pun makin kurang jerawat. Sukanyaa! Suami Noorul pun perasan. Tapi kena rajin sental setiap hari, sebab kesan takkan nampak dalam 2-3 hari je. Paling penting kena sental bahagian berdaki, bawah ketiak, celah peha, kawasan selulit (elakkan bahagian breast), dan inshaAllah semua tu boleh hilang dengan usaha 🙂

Kesimpulannya, set bersalin Nona Roguy ni sangat best! Walaupun harga agak mahal tapi memang sangat berbaloi. Dah habis berpantang pun Noorul masih lagi consume set NR ni dan pakai bengkung setiap hari. Set berpantang lain Noorul belum cuba kecuali sabun skrub Tanamera. Sabun ni pun okay juga, kalau malas nak bancuh serbuk Herbanika Lulur boleh je pakai sabun ni, cuma biji biji dalam sabun tu agak kasar dan agak sakit kalau sental kuat kat badan.

Uncang Cuci dengan Akar Herbanika tu boleh pakai berkali kali tau. Lepas pakai boleh simpan dalam peti sejuk, then bila nak guna barulah rendam dalam air panas sekali lagi, boleh berulang kali sampai hilang warna kuning herba. Harga bukannya murah, so sayang nak buang macam tu je kalau baru je sekali pakai 😛

So itu jela yang Noorul nak kongsi kali ni, mungkin next time kalau ada rezeki anak lagi, Noorul akan cuba set bersalin yang lain dan boleh share review. Mohon doakan yang terbaik buat Noorul dan suami ya, agar dikurniakan anak yang sihat, sempurna, soleh dan solehah.. 🙂

(Visited 13,702 times, 1 visits today)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *