Pengalaman Mudahnya Melahirkan Anak Pertama, Anak Syurga

Rasa macam baru je Noorul upload perkembangan baby Noorul dalam post yang lepas. Tengok-tengok eh, Noorul deliver dah? Sayangnya Maha Pencipta kepada anak syurga ni.

Sorry sebab Noorul ambil masa agak lama untuk update blog ni. Noorul perlukan sedikit kekuatan untuk cerita semula dari awal sampai akhir, hinggalah ke pengebumian anak syurga kami.

Buat yang follow Instagram Noorul, mesti dah tahu yang Noorul dah pun selamat bersalin pada 21 Januari lepas. Cuma Noorul tak cerita sedikit sebanyak, sebab Noorul tak ada lagi kekuatan masa tu. Hanya kawan kawan rapat je yang tahu. Sepanjang tulis post ni pun, banyak kali Noorul terpaksa stop menulis sebab terlalu sedih dan asyik teringat kat anak syurga kami.

Walaupun 6 minggu dah berlalu, kami masih terbayang wajah comelnya, tertutup rapat mata, dengan bibir manis, rindunya.

Kelahiran Yang Dinanti

21 Januari 2018 – 7 pagi

Pagi selepas subuh, Noorul mula rasa sakit sakit kat bahagian perut macam period pain. Setiap 5 minit datang tapi sekejap sekejap je. Noorul buat tak tau je sebab tak expect apa apa lagi masa ni, so Noorul sambung tidur balik lagipun sebab hari ahad, so boleh tidur lama sikit hehe.

Dua jam lepas tu Noorul terbangun semula bila sakit semakin kuat. Noorul whatsapp mak Noorul tanya macam ni ke sakit contraction? Mak Noorul dah risau suruh pergi hospital tapi bila Noorul google, sakit ni more to false contraction (Braxton Hicks). So kita pun jadi rileks sebab ingat sakit ni tak lama lagipun tarikh due pun lambat lagi baru 34 weeks.

Noorul siap sempat record kekerapan contraction tu dalam apps Labor Signs kat phone, supaya Noorul boleh aware kalau ada tanda tanda nak dekat bersalin.

Kalau tengok dari apps ni, boleh kata setiap 5 minit contraction tu datang dan dalam seminit lepas tu akan berhenti. So Noorul pun confident yang ni hanya false contraction dan sakit tu lama lama akan hilang.

Padahal..

21 Januari 2018 – 2.30 petang

Petang tu, contraction masih tak berhenti dan semakin lama semakin kuat. Sampai satu tahap tu Noorul tak boleh bangun langsung sampai terduduk! Golek golek atas katil pun masih tak hilang rasa sakit tu. Perut rasa menjerut jerut dan keras sangat. Dalam hati dah terdetik mungkin harini ke aku bersalin? Tapi tarikh due kan lambat lagi so takkan la kot?

Suami bila tengok keadaan Noorul macam tu terus dia panik dan suruh Noorul bersiap pergi hospital sementara dia tolong kemaskan baju, toiletries, kain batik, buku merah, buku yaasin etc. Sebab takut nanti tiba tiba kena warded at least semua barang dah prepared. Sebenarnya Noorul agak menyesal masa ni sebab tak siapkan beg hospital awal awal. Kalau tak, mungkin tak kelam kabut in case kalau ada emergency macam ni.

Dalam perjalanan nak ke hospital tu, Noorul pejam mata je sambil tahan rasa sakit contraction yang mencucuk cucuk tu. Suami bawak kereta tekan minyak paling kuat sampai bergoyang kereta haha. Kita yang tengah sakit ni tak kisah janji nak cepat sampai je. Kaki Noorul sampai dah letak atas dashboard, bukak aircond paling laju pun masih berpeluh. Perjalanan 45 minit terasa macam 2 jam, tapi nasib baik kebetulan hari tu jalan di kawasan KL tak berapa jem walaupun hari tu hari minggu.

21 Januari 2018 – 4.15 petang

Sampai je kat hospital, suami papah Noorul terus ke bangunan O&G bahagian emergency. Bila sakit contraction tu tak datang, Noorul bolehla jalan laju sekejap. Tapi bila dia serang je aduuhh menggeletar lutut! Nasib baik tepat tepat je sampai kat bahagian kaunter baru sakit tu datang balik so Noorul bolehla duduk kejap dan biarkan suami settlekan yang lain lain.

Bila nama Noorul dipanggil, nurse tu tanya, “air ketuban dan pecah?” “dah nampak darah keluar?” “dari pukul berapa awak start sakit?” Tapi Noorul tak mampu jawab semua tu sebab pertama, Noorul tak dapat bercakap tengah tahan sakit yang amat sangat dan kedua, sebab air ketuban memang tak ada sepanjang mengandung, so tanda tanda air ketuban pecah memang TAKKAN ada.

Bila bagitau kat nurse, nurse tanya macam macam balik, macam mana air ketuban boleh tak ada etc etc. Noorul pun explain satu persatu yang Noorul ada rare condition, air ketuban tak ada (oligohydramnios), baby actually ada problem in the womb dan need special care dari doktor.

Nurse lagi sorang pula tenangkan Noorul dan suruh kawal pernafasan bila nampak Noorul macam dah semput sangat haha. Mata pulak asyik terpejam pejam, tak pernah lagi rasa sakit macam ni. Nurse tu check Noorul sambil tekan tekan perut. Muka dia nampak macam terkejut. “Kuat jugak contraction awak ni dik! Lepas ni kita terus check bukaan awak sebab awak nampak macam dah sakit sangat dah ni.”

Dan bila nurse check bukaan Noorul, Ya Allah rupa rupanya dah 7cm! Patutla sakit bukan main dari tadi!

21 Januari 2018 – 5.15 petang

Lepas tahu bukaan dah besar, cepat cepat Noorul ditolak ke labor room. Pakaian semua dah ditukar ke pakaian bersalin warna pink, rantai dan gelang kena buka bagi kat husband. Lepas tu suami dah tak nampak bayang sebab suami disuruh untuk register wad etc.

Sepanjang dalam bilik labor tu Noorul mengerang sorang diri dan tak ada orang teman. Noorul banyak kali minta nurse panggil suami masuk sekali dalam labor room, tapi nurse cakap suami tak ada kat luar bilik (masa ni suami tengah naik turun tingkat hospital register sana sini). So Noorul nak berpaut pada siapa kan? Nak berpaut kat katil pun, katil tak ada pemegang tepi. Noorul hanya mampu peluk bantal je, nasib baik ada bantal kecik extra yang Noorul sempat bawa dari rumah.

Masa tahan sakit contraction tu ya Allah memang sakit yang teramat sangat! Sebab bukaan dah besar dan tinggal tunggu masa untuk deliver je. Then datang seorang nurse muda cucuk jarum kat tangan kanan untuk masukkan air. Tapi nurse tu tak jumpa urat so dia cucuk bahagian tangan kiri pulak. Mungkin kalau bukan tengah sakit contraction, Noorul terasa juga sakit kena cucuk dengan jarum besar tu kan. Tapi kali ni sakit tu tak terasa langsung sebab sakit contraction tu lagi kuat! Lagi lagi bukaan nak ke 10cm tu, Allahh rasa nak tercabut nyawa (hanya ibu ibu je yang tau rasa ni).

Tangan Noorul dah kebas, nafas pun dah tak betul, berpeluh jangan cerita. Noorul baca selawat dengan zikir Nabi Yunus banyak banyak untuk kurangkan rasa sakit tu. Alhamdulillah, memang menjadi.

Actually masa ni Noorul risau juga kalau kalau baby tak boleh keluar normally, sebab sebelum ni specialist cakap perut baby nampak besar dengan air kencing baby terkumpul dalam tu. So kita bayangkan bila lahir baby mungkin akan stuck atau apa kan. Noorul doa banyak banyak supaya semuanya dipermudahkan dan biarlah anak ni sempat hidup di dunia walaupun sekejap. Teringin sangat nak dengar suara dia, dengar dia menangis dan kiss dia sebelum dia pergi.

Then suddenly tu tiba tiba Noorul rasa nak meneran yang tak boleh control. Mungkin baby memang dah nak keluar masa tu. Noorul tanya nurse dah boleh teran ke sebab tak tahan sangat dah ni tak boleh stop, tapi nurse cakap jangan dulu since Noorul tak cukup 9 bulan lagi so bahaya kalau baby keluar awal selagi kantung belum pecah. Tapi macam mana nak kawal kan, takkan nak suruh baby masuk balik huhuhu. Mungkin masa ni bukaan dah 10cm.

So Noorul continue lagi teran sampai rasa nak terputus segala urat. Masa ni sakit dah tahap max. Kalaulah ada suami tersayang kat sebelah masa ni mungkin Noorul dapat rileks sikit. Tapi nak buat macam mana kan, kita pun tak boleh halang kalau baby nak keluar awal. Bila situasi semakin havoc, kelam kabut nurse dengan student practical masuk beramai ramai dalam labor room. Salah sorang student practical tu siap mintak izin dari Noorul lagi untuk tengok dan study the whole process. Noorul pun izinkan dan hanya mampu angguk je sebab dah tak berdaya untuk bercakap.

Nurse suruh Noorul kawal pernafasan dan jangan angkat punggung bila meneran sebab takut terkoyak banyak. Noorul ikut je walaupun entah betul ke tidak cara Noorul meneran tu. Dalam hati masih tak berhenti baca zikir Nabi Yunus. Then bila kepala baby dah hampir keluar, nurse suruh teran lagi kuat kuat macam kita nak berak. Noorul pun follow je dan……. PLOP!! Laju je baby keluar menderu macam air! Noorul macam.. eh senangnya?? Baby laju je keluar siap air terpercik lagi kat nurse (boleh bayangkan tak?)

Noorul rasa lega sangat sangat masa ni. Betul lah orang kata, rasa nikmat sangat walaupun sakit hingga nak terputus nyawa pun, bila kita dengar suara anak menangis automatik rasa sakit tu hilang..

Syukur alhamdulillah, gembira tak terucap dengan kata kata bila Noorul dengar suara baby menangis. Ahamdulillah Ya Allah! Kau makbulkan doa kami untuk lihat dia bernyawa saat dia dilahirkan. Siap dengar dia menangis merengek lagi :’)

Masa ni suami pun tepat tepat sampai kat labor room. Suami nampak agak kelam kabut mungkin sebab berlari, dan nampak terkejut sebab Noorul pun dah selamat bersalin waktu dia sampai. Mata suami berair bila tengok baby, gembira sangat. Anak kami nampak sempurna sangat dengan kulit putih bersih, bibir merah, jari panjang halus..

Kemudian nurse pun angkat baby, balut dengan kain dan letak baby kat dada Noorul sementara suami duduk kat sebelah. Tak sangka selama 8 bulan lebih kandungkan dia tanpa dapat tengok muka (3D scan pun tak nampak sebab tak ada air ketuban), macam ni rupanya muka dia, hidung kecik je, pipi tembam meloyot macam ibu dia, bibir dengan rambut ikut abah dia hehee.

Muka bahagia seorang ibu :’)

Semuanya berlaku sangat sekejap, rasa macam tak percaya pun ada! Mana taknya masuk labor room dalam pukul 5.15 pm, tunggu sekejap sementara bukaan nak ke 10cm, then pukul 5.45 pm baby pun dah selamat keluar. Mula mula punya lah Noorul risau takut bersalin tak normal ke, kena ceaser ke, baby stuck ke, tak kuat ke untuk push sebab air ketuban tak ada kan. Tapi laju pula Noorul bersalin.

Apa apa pun syukur alhamdulillah Allah permudahkan proses bersalin tu. Memang Noorul bersyukur sangat sangat, tak sangka mudahnya bersalin! Baby pun selamat dilahirkan, walaupun berat baby hanya 1.88kg, tapi normal untuk baby pramatang 8 bulan. Badan pun tak kecil mana dan perut pun tak besar macam yang doktor cakap sebelum ni. Semuanya sempurna la senang kata! :’)

Cumanya anak kami menangis sekejap je, dalam dua kali menangis then dia senyap. Noorul perhati dada dia dan nampak dada naik turun tanda dia masih bernafas. Then dia gerak gerakkan tangan bila kami usik sebab dia comel sangat hehe. Alhamdulillah baby masih bagi response walaupun perlahan dan nampak agak lemah.

Tak lama lepas tu nurse pun minta izin untuk ambil baby nak dibawa ke tempat khas. Katanya nak monitor heartbeat baby, kalau selepas 30 minit heartbeat nampak normal, barulah baby akan dibawa ke unit NICU untuk rawatan rapi yang seterusnya. Kami faham dan izinkan nurse untuk ambil anak kami. Selepas ini kalau ada apa apa yang terjadi pada baby, kami akan redha, seredha-redhanya.

21 Januari 2018 – 6.45 petang

Dalam pukul 6.45 petang, doktor dan dua orang nurse masuk dalam labor room. Berdebar debar rasanya bila nampak raut muka doktor agak sedih, tapi kami dapat agak apa yang nak di sampaikan.

“Puan Noorul, puan dah di inform yang anak puan mengalami masalah sejak dalam perut sebelum ni?”

Noorul dan suami angguk.

“Kami minta maaf, kami nak inform yang baby dah meninggal dunia tepat jam 6.30 petang tadi.”

Suami pegang tangan Noorul, kuat. Ya Allah, anak kecil kami dah tiada! Walaupun sedih, kami cuba tak nak menangis. Lagipun kami dah bersedia sejak baby dalam kandungan lagi. Sepanjang pregnancy ni pun Noorul dah banyak kali menangis, so kali ni tak nak menangis lagi. Noorul kena kuat, kena redha, kena yakin dengan ketentuan Allah. Allah dah makbulkan doa supaya baby dilahirkan hidup pun, kami dah bersyukur sangat.

Kemudian kami minta doktor untuk tengok anak kami buat kali terakhir. Nak bersama dengan dia dan nak cium dia puas puas! Bila doktor bawa masuk baby, baby dah nampak kaku tak bergerak. Ya Allah sedihnya hati ni.. Tapi walau macam manapun, kami tetap senyum atas rasa syukur! Sebab anak kami kuat bertahan sejak dari dalam kandungan lagi. Walaupun sebelum ni doktor pakar tak berani jamin baby akan dilahirkan hidup, tapi dia tetap bertahan sampai 45 minit :’)

We are very proud of you :’)

β™₯ Mohd Salahuddin Hamdi bin Mohd Adha Izhan β™₯

22 Januari 2018 – 12 tengahari

Doktor luluskan Noorul untuk discharge awal dari biasa. Noorul sepatutnya kena discharge lewat dalam pukul 5 petang, tapi Noorul minta untuk ada sekali waktu pengebumian anak lepas zohor nanti, so doktor pun izinkan. Alhamdulillah doktor faham, lagipun tengok keadaan Noorul dah ok dan bacaan tekanan darah pun dah nampak cun.

Actually pada mulanya family Noorul tak bagi discharge awal sebab takut Noorul tak kuat lagi untuk bergerak. Lebih lebih lagi nak jalan ke kubur nanti. Tapi Noorul berkeras, biarlah Noorul sebagai ibu dapat tengok anak buat kali yang terakhir. Badan tak kuat pun tak apa, asalkan dapat tengok dia. Sekarang barulah Noorul faham perasaan sebagai seorang ibu. Anak is beyond everything. Salahuddin is my priority now.

Selepas semua urusan hopital dah selesai, kami ke kubur di Shah Alam untuk pengebumian Salahuddin. Alhamdulillah cuaca pada hari tu sangat elok, tak hujan dan tak terlalu panas. Ibu bapa mertua Noorul pun ada sekali, sanggup datang dari Kelantan awal pagi untuk tengok Noorul dan cucu pertama. Menangis semua orang bila kami buka sekejap kain kafan untuk beri tengok wajah Salahuddin. Allah.. ummi kata sucinya muka Salahuddin, bersih sangat. Wajah anak anak syurga :’)

Bersemadilah anakku dengan tenang. InshaAllah kita akan jumpa semula di pintu syurga ya sayang..

Salahuddin bertuah sebab di hari Kiamat nanti, Salahuddin akan terus dimasukkan ke syurga.. tak perlu di hisab, tak perlu lalui alam Mahsyar, tak perlu lalui Titian Shirathal-Mustakim..

Tapi.. ibu abah lagi bertuah sebab ada seorang anak syurga!

Thank you Allah, thank you so much.

You have given us the best gift.

Kau datang dariNya dan kembali kepadaNya..
Dulu kau tiada untuk ku, sekarang kembali tiada..
Selamat tinggal anakku sayang, mata hatiku, penyejuk jiwaku..
Semoga kita bertemu semula di sana..
Atas rahmat Allah, syurga menantimu disana..
 – Al Fatihah –
21 Januari 2018

5.45pm – 6.30pm

32 Comments

  1. Assalamualaikum, tgh baca review ttg produk Nona Roguy (tgh berpantang hari kelapan) terdetik nak baca post yg ni. Sebak sbb almost similar pengalaman cuma saya baby Edward Syndrome and 32 weeks baby boy meninggal after 40minute ++ lahir. Sempat dukung and rasa heartbeat even just for awhile. Tp sedih and kesian tgk darah kluar dari hidung, cecair kluar dari mulut and baby gasping dua kali and heartbeat makin perlahan.. its a very upsetting scenery but my sister said maybe itulah paling mudah untuk dia pergi.. Hati redha tp rindu.. Allahu.. but I never regret of whatever been going through and for me this is the most beautiful gift and moment Allah gave for me and my husband.. insha’Allah kita dpt jumpa anak syurga kita di sana nanti ya sis 🌸β™₯️ aminn

  2. […] For now Noorul rasa cukuplah 2 tahun Noorul rancang kehamilan. Memang dari awal lagi Noorul plan dengan husband nak jarakkan kehamilan 2 tahun, ikut nasihat doktor. Lagipun sebelum ni Noorul pernah mengandung 2 tahun berturut-turut dengan seorang anak syurga. Jadi nak bagi badan Noorul rest betul-betul sebelum bersedia untuk next pregnancy. (Kisah anak syurga Noorul boleh baca di sini..) […]

  3. Sgt sedih baca, teringat kenangan lalu… kisah kita hampir sama, 15 tahun yg lalu, baby tiada air ketuban, ada masalah buah pinggang, baby sulung, baby syurga…

  4. […] Sedih tu memang sedih, ibu mana yang tak sedih. Tapi cuba jangan fikir sangat takut murung pula bila emosi kurang stabil. Sepanjang berpantang tanpa bayi, Noorul cuba sentiasa fikir positif walaupun kadang-kadang ada juga menangis especially lagi bila dukung anak buah Noorul yang baru berusia sebulan, lebih kurang dengan baya anak syurga Noorul.. teringat pada wildan Mohd Salahuddin. […]

  5. Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُهُ

    Allahu sedihnya saya baca, sebab skrg akak pun tgh alami pengalama n yg sama, skrg menunggu due , doc kat kk scan ultrasound xde air ketuban n refer detail scan o n g, mmg xde both kidney dan diagnos akak alami anhydramnious masa tu kandungan 20w, 3 kali scan no progress, doc suggest terminate/abort tp akak n suami x sanggup dan teruskan kandugan ni skrg 35w, sekarang menunggu hari dan akan bersedia alami sotuasi mcm adik, doakan akak kuat ye 😣

    • Assalamualaikum sis Aida. Maaf saya lewat reply. Macam mana dengan keadaan akak sekarang dah selamat melahirkan atau belum.

      Lega saya bila akak dan suami ambil keputusan untuk tak gugurkan. Siapalah kita untuk buang anak itu. Sempurna atau tak sempurnanya dia, dialah anak kita. Saya harap akak dan suami kuat demi baby. Jangan bersedih-sedih, kita dah dijanjikan dengan saham akhirat :’) Dia yang akan menunggu kita di pintu syurga kelak, dialah yang akan menarik tangan kita nanti. Allahu. Hanya hambaNya yang bertuah sahaja miliki rezeki itu.

      Keep strong ❀️

  6. hi salam sis.. meleleh air mata nih baca pengalaman sis.. actually now.. sy pun didiagnosis dengan bende yang sama.. my baby has enlarge bladder… saya pun xtau nk describe camne perasaan.. saya rasa saya sgt diuji dgn maha hebat.. 3 kali iui.. clomid.. dan pelbagai ubat dan rawatan.berkawen selama 7 thn br dapat yg first with several condition tp alhamdulillah selamat sumenya yg first membesar dgn bijak. yg kedua mula menyusul waktu yg pertama berumur 10 bln tp telah didiagnosis dgn enlarged bladder plk.. tak tau nk cakap macammana rasa hati nih.. doakan saya dapat melihat baby yg masih bernyawa saat dilahirkan. sekarang saya dah 15w.. baby saya didiagnos pada 12w waktu buat NT Scan. xtau macammana saya nk melalui hari2 memikirkan anak saya begini.. dan dari yg saya baca mostly ini adalah anak lelaki.. saya menunggu2 anak lelaki. walaupun akan jadi anak syurga.

    • Waalaikumussalam sis Hana. Allahu besarnya ujian sis, saya hanya mampu mendoakan semoga anak sis selamat dan sihat walafiat. Waktu kami suami isteri dapat tahu berita tentang anak syurga Salahuddin dulu pun, perasaan kami tak tentu, cuma kami kuat berpegang pada janji Ilahi. Itu adalah ujian, semakin besar ujian, membuatkan kita semakin dekat dengan Maha Pencipta. InshaAllah moga kita sama-sama beroleh ketenangan, kelebihan diakhirat kelak dengan kesabaran harini. Saya doakan sis terus kuat, doa berterusan, sesungguhnya kita adalah milik-Nya, dan kita akan kembali kepada-Nya. Ameenn

  7. Assalamualaikum sis,sayu hati saya bila baca..kisah saya hampir serupa cuma berbeza jln cerita. first,saya pernah merasai kehilangan anak seperti sis,anak saya no2 tak sampai berapa lama selepas saya bersalin baby saya meninggal dunia sebab ada infection& oksigen xboleh nak support.saya leaking&admit hampir sebulan dlm wad sampai air ketuban kering&saya pun bersalin prem masa tu.Secondly lepas 2thn saya pregnant balik.tapi baby saya ada problem pada buah pinggang dia.hanya satu je yg boleh function satu lagi rosak.alhamdulillah skg dia dah setahun lebih..anak yg byk akal&manja..saya doakan semoga sis dikurniakan zuriat penganti wildan sis..

    • Waalaikumsalam sis Nooraminah. Kita sama-sama dah ada anak syurga :’) Syukur Allah dah gantikan dengan yang lebih baik, dapat lihat dia membesar depan mata pun satu rahmat yang besar buat kita. Semoga sis terus kuat, saya doakan anak sis membesar dengan sihat dan sempurna. Alhamdulillah saya juga dah ada pengganti, saya baru bersalin baby boy bulan 5 haritu hehe. Terubat rindu.. πŸ™‚

  8. Allahu,. saya google nak cari pasal set nona roguy, baca tulisan awak, klik pulak kat sidebar tu cerita ni. Bertakung airmata baca. Kuatnya awak..InsyaAllah semoga Allah izinkan untuk ada adik Salahuddin nanti ya πŸ™‚

    • Terima kasih sis Fiza diatas doa awak, alhamdulillah adik Salahuddin coming soon πŸ™‚ Kami bersyukur sangat, dapat banyak doa-doa dan support dari semua yang baca kisah Salahuddin and I love your blog as well. Saya berniat nak fully breast feeding macam sis nanti inshaAllah. Thank you again dear!

  9. Assalamualaikum sis.. sayu hati sy baca pengalaman sis ni. Tak sangka niat nak cari info pasal post natal product end up terjumpa post ni..mengalir air mata sy dan percayalah sy pun sgt2 memahami keadaan sis sbb sy sekarang masih berpantang hari ke 25 setelah melahirkan anak syurga sy diusia 27minggu. Bila sis sebut sis perlukan kekuatan utk menulis tentang pengalaman sis ni,begitulah jugak sy..sy pun dlm proses menulis pengalaman sy but it was never easy for me..bila dah type panjang2 sy padam sbb sedih..then type lg n padam..berulang2.. hehe.. tapi disebalik semua ni sy juga bersyukur Allah permudahkan urusan sy melahirkan Khadja Humaira,dri bersalin dgn 2kali hembus,takda jahitan,takda complication..hinggalah urusan pengkebumian.. (tapi sy tak dapat iringi dia ke kubur mcm sis)..apepun ni lah rezeki kita kan sis..sbb sy percaya Allah kenal kita mampu hadapi ujian ni..dan insha Allah semua ini buat kita lebih kuat lagi.. sy percaya Allah tak zalim.. insha Allah sy doakan kita sama2 peroleh zuriat keturunan yg sihat sempurna,soleh atau solehah tak lama lagi….. Aaminn3x Allahuma Aaminn..😊

    • Waalaikumusalam sis Nunna,

      Allahu saya terlepas komen ni, tapi saya tetap nak balas sebab setiap kali saya rindukan Salahuddin Hamdi, saya akan ulang baca post ini πŸ™‚ Terima kasih sis diatas doa dan kata-kata semangat, sedap sangat nama anak syurga sis, Khadja Humaira, teringin untuk saya jadikan nama anak perempuan kami jika ada rezeki.

      Alhamdulillah, Allah tidak pernah zalim pada hambanya. Saya dan suami dikurniakan anak lelaki, adik kepada Salahuddin Hamdi iaitu Zyad Al-Fateh kini baru masuk 5 bulan. Moga sis juga peroleh zuriat yang soleh dan solehah, sesungguhnya apa yang terjadi adalah ujian buat kita untuk lebih dekat kepada-Nya.

      Thank you again sis, stay strong and keep inspiring others!

  10. Salam Sis Noorul..

    Actually I pun blogwalking cari info pasal NR, tapi terbaca sekali post pasal baby sis. Sedihnyaaaa baca pun sambil menitik air mata. Semoga sis dan suami kuat tabah untuk hadapi dugaan ni.. Dan semoga sis akan dapat baby yang soleh solehah sihat cukup segala sifat selepas ni.

    Ilahi Aamiin.

    • Waalaikumslm sis.. amin inshaAllah, terima kasih atas doa. Selamat berpantang sis.. 😊

  11. Assalamualaikum Noorul…actually I’m blogwalking nak cari info tentang set bersalin nona roguy, dan terbaca kisah anak syurga Noorul. Saya baca dgn linangan air mata, sedih sangat.. Saya doakan agar Noorul tabah dan semoga Allah kurniakan Noorul dengan cahayamata lain nanti. Aminnnn.
    -Ikhlas; Rozy

    • Amin, terima kasih sis Rozy atas doa.. Noorul appreciate sgt :’) InshaAllah Noorul dan suami akan terus kuat demi anak syurga kami..

  12. Assalamualaikum Noorul..

    Allahu akbar.
    Allahu akbar.
    Allahu akbar.
    Salam takziah buat Noorul n suami.
    Speechless.xtau nk type apa.sgt2 sebak😒😒😒.

    Semoga Noorul sentiasa dberi kekuatan n kesabaran.Dimurahkn rezeki..

    Baby Salahuddin tgh beriang ria dh kt alam abadi sana.

    Keep strong ya.

    • Waalaikumsalam sis Noorhayati.. amin terima kasih sis atas doa.. Noorul juga percaya Salahuddin tgh happy dekat sana.. tak sabar nak tunggu ibubapa dia :’)

  13. Saya belum pernah preggy even dah almost 3 years kawen.. Baru je sebulan operate buang fibroid and kena honeymoon dulu 1 tahun. Tp bila baca post ni memang rasa sedih sangat.. Hope puan and suami tabah.. Salahuddin dah gembira di ‘sana’.. Moga ada rezeki untuk preggy buat yg menunggu macam kita.. πŸ™‚

    • Amin alhamdulillah terima kasih atas doa..sy juga mendoakan yg terbaik buat sis dan suami πŸ™‚ Sy harap sis tabah dan jgn berputus asa k. Semoga ada rezeki anak utk kita berdua <3

    • InshaALLAH amin.. tq syg. Semoga ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.. kami redha dgn setiap ketentuan πŸ™‚

      • Assalamualaikum, tgh baca review ttg produk Nona Roguy (tgh berpantang hari kelapan) terdetik nak baca post yg ni. Sebak sbb almost similar pengalaman cuma saya baby Edward Syndrome and 32 weeks baby boy meninggal after 40minute ++ lahir. Sempat dukung and rasa heartbeat even just for awhile. Tp sedih and kesian tgk darah kluar dari hidung, cecair kluar dari mulut and baby gasping dua kali and heartbeat makin perlahan.. its a very upsetting scenery but my sister said maybe itulah paling mudah untuk dia pergi.. Hati redha tp rindu.. Allahu.. but I never regret of whatever been going through and for me this is the most beautiful gift and moment Allah gave for me and my husband.. insha’Allah kita dpt jumpa anak syurga kita di sana nanti ya sis 🌸β™₯️ aminn

        • Waalaikumsalam Puan, terima kasih atas perkongsian Puan..it’s very upsetting but it makes us stronger inshaAllah. inshaAllah kita akan bertemu semula dengan anak syurga kita di sana nanti.. 🌸β™₯️

Leave a Reply to SyazanaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *